Bab 8
MATA dibuka perlahan-lahan daripada tidur yang lena. Mulutnya menguap kecil membicarakan yang dia masih mengantuk. Baru sahaja dia mahu menutup kembali matanya menyambung tidur yang terganggu dengan silauan cahaya matahari namun terbantut niatnya apabila wajah Dhia Airisya yang polos tidur itu menyapa pancainderannya.
Hanya beberapa centimeter sahaja jarak wajah mereka. Emir Adden Fattah tersenyum kecil memerhati setiap inci wajah Dhia Airisya yang putih mulus bahkan dapat menenangkan hati setiap orang yang memandang. Lilitan tangan pada pinggang Dhia Airisya semakin dikemaskan membuatkan jarak badan mereka berdua semakin dekat bahkan kini hidung mereka mula bersentuhan.
Lama dia memerhati wajah Dhia Airisya yang sedang tidur bersama senyuman kecil. Kening yang tak nipis dan tak tebal terukir cantik bersama bulu mata yang panjang juga melentik. Bibir yang nipis dan mulus itu sering membuatkan dia tergoda. Jujur dia kata, dia sangat bertuah mempunyai isteri seperti Dhia Airisya. Dia yang lagi jahil itu dapat memiliki isteri yang seperti bidadari di syurga.
"Kau buat aku makin jatuh cinta dengan kau Airisya" tuturnya perlahan.
Kata-katanya itu membuatkan Dhia Airisya melakukan pergerakan kecil. Dengan pantas dia menutup kembali matanya, berpura-pura sedang tidur. Risau kalau terkantoi yang dia sedang merenung lama wajah Dhia Airisya.
Badan Emir Adden Fattah yang dianggap bantal golek tidurnya dipeluk erat. Mukanya disembankan pada dada bidang Emir Adden Fattah. Bau dari badan Emir Adden Fattah yang menusuk hidungnya membuatkan dia segera mencelik matanya dengan luas. Sedar yang kini dia sedang memeluk suaminya dan bukannya bantal peluk.
Bibirnya digigit.
Kepala didongak memandang wajah Emir Adden Fattah. Nafas lega ditarik apabila melihat mata Emir Adden Fattah terkatup rapat. Matanya yang terpandang bibir Emir Adden Fattah membuatkan wajahnya mula berona merah. Tidak pasal-pasal kejadian semalam berlayar kembali di fikirannya. Kejadian di mana Emir Adden Fattah membawanya keluar dari tandas selepas mencium bibirnya. Okay stop! Dia taknak ingat !
Sekali lagi bibirnya digigit.
Malu!
Tangan Emir Adden Fattah yang melilit di pinggangnya dialih perlahan-lahan supaya tidak membuatkan Emir Adden Fattah tersedar. Badannya dijarakkan sedikit dari badan suaminya. Baru sahaja dia mahu bangkit daripada baring tetapi tidak jadi apabila pinggangnya ditarik semula oleh Emir Adden Fattah.
Air liur ditelan kasar.
Emir Adden Fattah tersenyum kecil disebalik kelakuan yang sengaja itu. Matanya dicelik separuh memerhati Dhia Airisya. Hampir sahaja ketawanya meletus melihat muka Dhia Airisya yang berona merah. Matanya dipejam sekali lagi. Tangannya semakin melilit pinggang Dhia Airisya.
Bibir semakin digigit. Dhia Airisya melepaskan keluhan kecil. Macam mana dia mahu bangun ni? Sudahla matahari semakin mencacak naik. Subuhnya pun sudah ke laut. Tidak sedar jamya berbunyi.
Tangan Emir Adden Fattah dialih sekali lagi. Nafa lega ditarik apabila dia kini berjaya bangun daripada baring. Sempat dia mengerling sekilas Emir Adden Fattah yang masih tidur sebelum dia bangun berdiri.
"Arghh"
Bibirnya digigit seraya dia terduduk semula di atas katil. Lupa yang kedua-dua kakinya kini lebam! Dahi berkerut menahan sakit. Ditilik kakinya yang bengkak membiru dengan bibir yang digigit. Teruk betul kakinya lebam!
"A...awak"
Berderu darahnya mengalir ke muka apabila dia tiba-tiba dicempung oleh Emir Adden Fattah ke bilik air. Bila masa suaminya itu bangun? Bibirnya diketap memandang ke arah lain. Malu untuk berhadapan dengan Emir Adden Fattah.
Badannya didudukkan di atas tempat yang kosong. Dhia Airisya menunduk ke bawah memandang lantai. Langsung tidak memandang Emir Adden Fattah yang sedang berdiri di depannya. Tahap malunya semakin mencacak naik lebih-lebih lagi Emir Adden Fattah tidak berbaju.
"Sa...saya nak mandi sendiri" tuturnya perlahan.
Sungguh sekarang dia tak boleh nak berhadapan dengan Emir Adden Fattah.
"Hmm. Siap panggil aku. Jangan main syampoo pula. Buta mata kau nanti " tutur Emir Adden Fattah sekadar mahu mengusik.
Mahu ketawa dia melihat Dhia Airisya yang malu kucing.
"O...okay"
"Elok-elok. Kau tergelincir nanti tak ada orang nak sambut. Nanti dengan punggung kau pula lebam"
"Awak!"
Emir Adden Fattah yang masih berdiri di depannya itu dijeling tajam. Fikir lawak ke? Tak ke naya kalau dia betul-betul tergelincir? Bibirnya diketap geram. Orang tengah malu boleh pula dia nak menyakat!
Selesai sahaja mandi, Dhia Airisya didudukkan di kerusi meja solek. Tuala yang berada di lehernya digunakan untuk mengelap rambutnya. Bibir diketip rapat melihat Emir Adden Fattah sedang menyandarkan punggung di meja solek sambil memerhatinya.
"A....awak tak...taknak ma..mandi?" Soalnya gagap.
Tidak senang dibuatnya apabila Emir Adden Fattah memerhatinya sedari tadi.
Emir Adden Fattah tidak menjawab. Hair dryer yang berada berhampiran dengannya diambil sebelum dia menyandarkan punggungnya di meja solek semula. Kerusi yang diduduki Dhia Airisya ditarik menghadapnya. Setelah itu, butang on ditekan sebelum dia mengeringkan rambut Dhia Airisya yang berurai panjang sehingga paras punggung.
Mata Dhia Airisya tidak berkelip memandang sepasang mata yang unik berwarna grey kebiruan. Perasaannya ketika ini bercampur aduk. Sikap prihatin Emir Adden Fattah padanya mengingatkan dia pada mimpinya. Dia rindu nak bermanja dengan Emir Adden Fattah.
Dan yang paling dia rindu panggilan 'sayang' daripada Emir Adden Fattah.
Kedua-dua tangan Emir Adden Fattah dipegang membuatkan kelakuan Emir Adden Fattah terhenti. Dhia Airisya menundukkan kepalanya memandang lantai tatkala kelopak matanya terasa penuh. Bila-bila sahaja ianya akan tumpah.
Kenapa setiap kali dia ingat akan mimpi, mesti dia akan ingat tentang kejadian di mana Emir Adden Fattah ditikam oleh kembar Danial sehingga Emir Adden Fattah meninggalnya?
Pegangan tangannya pada lengan Emir Adden Fattah dieratkan.
Ya Allah, dia taknak kehilangan lelaki di depannya itu.
"Airisya"
Bibirnya digigit.
"Sa..saya nak tanya, awak ada mim...mimpi p......"
Bunyi ringtone daripada phone Emir Adden Fattah mematikan kata-kata Dhia Airisya. Dhia Airisya mengesat air matanya sebelum kepala didongak memandang Emir Adden Fattah yang sedang berjalan menghampiri meja yang berada di sisi katil. Phone yang berada di atas meja itu diambil.
Emir Adden Fattah memandang pemanggil sebelum butang hijau ditekan. Phone dilekapkan di telinga seraya itu dia berjalan menuju ke wardrobenya. Pintu ditutup.
Sementara menunggu Emir Adden Fattah habis berbual, Dhia Airisya mengesat sisa air matanya dengan belakang telapak tangan. Cermin meja solek yang memantulkan dirinya itu dipandang lama. Satu keluhan kecil terbit dari mulutnya.
Selesai sahaja berbual dalam talian, Emir Adden Fattah keluar dari wardrobe. Kelibatnya yang keluar dari wardrobe tidak disedari oleh Dhia Airisya kerana gadis itu kelihatan sedang termenung jauh. Bibirnya digigit.
"Mianhae (I'm sorry) " tuturnya perlahan
PANDANGAN dilemparkan ke luar tingkap sebaik sahaja badannya diboloskan ke dalam kereta milik Emir Adden Fattah. Mereka kini dalam berjalan pulang ke rumah setelah berjumpa dengan doktor untuk memeriksa keadaan kaki dan juga matanya.
Nasib tiada apa-apa yang serius berlaku. Tapi sempat juga la dia dibebel oleh doktor yang merawatnya itu kerana kecuaiannya. Baru sahaja beberapa hari lepas dia berjumpa dengan doktor yang merawatnya dan hari ini dia berjumpa pula dengan doktor yang sama akibat kaki yang satu lagi pula lebam. Sudahnya, dia dibebel. Kebelakangan ini, dia asyik kena bebel je. Boleh bernanah betul telinganya macam ni. Apalah nasib!
Perjalanan mereka balik ke rumah hanya senyap sunyi. Hanya ditemani dengan radio sahaja. Dhia Airisya memang senyap terus sejak balik daripada hospital tadi. Boleh pula doktor yang merawatnya itu menyakat dia membuatkan dia tiga kali ganda malu mahu berhadapan dengan Emir Adden Fattah. Sudahnya dia hanya mendiamkan diri sahaja.
"Woi kau nak duduk terperap dalam kereta ni ke?"
Dhia Airisya berpaling memandang Emir Adden Fattah yang membukakan pintu kereta untuknya. Bibirnya diketap menahan rasa malu yang sudah menggunung. "A..awak nak buat apa ni?" Soalnya apabila Emir Adden Fattah menghampirinya.
"Angkat kau lah. Takkan nak angkat Kak Siti pula?"
Dhia Airisya memandang Kak Siti yang sedang menyiram pokok bunga itu. Dia memandang Emir Adden Fattah kembali. Dijeling tajam suaminya itu. Fikir lawak ke?
"Ke..kerusi roda kan ada?"
"Lambat. Angkat macam ni lagi cepat" tuturnya lalu mencempung badan Dhia Airisya keluar daripada kereta. Pintu kereta ditolak dengan kakinya lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dhia Airisya yang dicempung itu hanya diam tak berbunyi.
Emir Adden Fattah tersenyum nakal. Mahu lihat sampai bila isterinya itu mahu diam? Penat dia bercakap sorang-sorang semasa perjalanan pergi dan balik dari hospital.
Dia melangkah ke ruang tamu dan dengan sengajanya dia melabuhkan punggung pada sofa yang hanya boleh dimuat oleh satu orang sahaja. Dhia Airisya yang didudukkan di pahanya dipandang dengan senyuman nakal. Ingin pecah ketawanya melihat renungan tajam dari Dhia Airisya.
"Apa?" Soalnya pura-pura tidak faham.
"Angkat saya duduk kat situ"
Tunjuk Dhia Airisya pada sofa yang panjang itu. Geram betul dia apabila dia didudukkan di atas paha suaminya itu! Sengaja mahu buat dia semakin malu. Sudahlah dia masih malu dengan kejadian semalam dan juga masa kat hospital tadi!
"Jalan lah sendiri"
Bibirnya diketap. Kalau dia boleh jalan dah lama dia jalan. Jadi ini sebabnya Emir Adden Fattah taknak angkat dia duduk kat kerusi roda? Sebab mahu mengusik dia? Kejam!
"Awak ni kan" dicubit perut Emir Adden Fattah membuatkan ketawa suaminya itu terburai. Dhia Airisya mengetap bibirnya. Geram betul melihat Emir Adden Fattah yang galak ketawakan dia. Sukanya dia ketawakan kat kita?
Bunyi sesuatu jatuh menghempap lantai membuatkan ketawa Emir Adden Fattah terhenti. Mereka berdua memandang Kak Siti yang berdiri statik memandang mereka berdua. Berkerut dahi mereka melibat renungan pelik Kak Siti.
"Kak Siti?"
"In...ini Emir?" Soalnya memandang Emir Adden Fattah.
"Kenapa Kak Siti?" Soal Emir Adden Fattah pelik. Dah kenapa Kak Siti menanyakan dia begitu. Dia lah ni. Siapa lagi?
"Dah lama Kak Siti tak tengok Tuan Emir ketawa macam tu" tutur Kak Siti agak terharu. Terkejut dia mendengar Emir Adden Fattah ketawa tadi. Lama sudah dia tidak mendengar Emir Adden Fattah ketawa happy macam tu. Selalunya muka tegang 24 jam. Ketawa jauh sama sekali. Senyumannya semakin melebar.
Emir Adden Fattah menggosok lehernya. Terasa janggal dengan keadaan mereka sekarang. Dia pun tak tahu kenapa dia mudah rasa terhibur bila bersama dengan Dhia Airisya.
"Sambunglah kerja korang. Kak Siti nak pergi dapur"
Emir Adden Fattah membetulkan posisi dia semula menghadap Dhia Airisya. Keningnya dijongket apabila Dhia Airisya memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dibaca.
"What?"
Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan dia tersenyum kecil. Dia tidak pelik jika Emir Adden Fattah mempunyai perasaan kepada dia kerana dia sudah tahu yang lelaki itu sudah lama cintakan dia. Dia sangat berterima kasih kepada mimpinya itu kerana membuatnya tahu akan isi hati Emir Adden Fattah.
Badan Emir Adden Fattah dipeluk erat. Mukanya disembankan di dada bidang Emir Adden Fattah. Kelakuannya itu membuatkan Emir Adden Fattah terkaku. Tidak menjangka Dhia Airisya akan memeluknya.
Dhia Airisya tersenyum kecil.
'Isya sayang abang sangat-sangat. Jangan tinggalkan Isya' tuturnya dalam hati.
**********
Guys, sorry lama tak update. Author busy sikit settlekan segala hal. Author nak cakap mungkin nanti author jarang update. I'm sorry!
Jangan lupa votement yee korang!
Okay bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro