Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

DHIA AIRISYA menyelimutkan tubuhnya sehingga paras ke kepala. Seharian suntuk hari ini dia dibebel. Sudahlah masuk bilik kena bebel dengan Emir Adden Fattah pula. Kesian akan telinganya yang terpaksa menadah sahaja bebelan keluarganya. Kakinya yang agak teruk terseliuh turut dikesian kerana terpaksa menanggung sikapnya yang keras kepala.

"Nasib sebelah je. Kalau kedua-dua belah? Berkerusi roda lah kau"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Tidak habis-habis Emir Adden Fattah memberikan ceramah percuma padanya. Dari tadi lelaki itu ingin cari pasal dengannya. Dia pula hanya diam, malas nak menjawab apa-apa. Tahu dia penat? Penat kerana menangis dari tadi di sebalik selimut itu.

Tak sangka yang kaki terseliuh pun sakit juga ye. Sudahlah nak jalan pun susah.

Ishh kalau dia tahu dia tak buat dah macam tu.

"Nasib baik aku sempat tarik kau. Kalau tak kau tu dah ada kat hospital dah sekarang. Terlantar kat situ. Nak sangat bunuh diri kan?"

Pegangan pada selimut semakin dieratkan. Ya, dia mengaku semua salahnya. Dah nak jadi nak buat macam mana? Nasi sudah jadi bubur. Kakinya pun dah selamat lebam. Nasib sekadar lebam dan tak ada patah kat mana-mana.

"Kau dengar tak aku cakap ni? Lepasni kau nak buat apa pulak? Terjun bangunan sebab protes aku pergi kerja?"

Dhia Airisya menahan sabar. Bila agaknya suami itu mahu habis berleter? Telinga dia dah tak sanggup nak mendengar dah ni.

"Woi"

Selimutnya yang ditarik itu sehingga mendedahkan separuh badannya membuatkan dia bengang. Dia bangun daripada baring lalu memandang Emir Adden Fattah.

"Saya minta maaf. Saya janji tak buat lagi" tuturnya perlahan dengan kepala ditundukkan. Tidak berani berlawan mata dengan Emir Adden Fattah yang kelihatan sangat berapi itu. Air matanya yang sedari tadi mengalir dikesat kasar.

Bang

Bunyi hentakan pintu bilik membuatkan bahu Dhia Airisya terhinjut. Kepala didongak memandang bayang suami yang sudah keluar. Bibirnya digigit. Marah sangat ke suaminya itu?

SUDAH hampir seminggu sejak kejadian kakinya yang lebam itu, sampai kini Emir Adden Fattah masih tidak taknak bercakap dengannya. Nampak muka dia je mengelak walaupun mereka duduk sebumbung. Penat dia mencari jalan untuk memujuk suaminya itu.

Baru je kahwin tapi dah gaduh.

Kalau macam ni, dia rela dibebel oleh Emir Adden Fattah sampai ke esok pun tak apa daripada dipalau oleh suami sendiri. Sakit dipalau suami sendiri terasa sehingga ke lubuk hati. Sakit lagi dipalau berbanding sakit kakinya itu.

Dhia Airisya menghela keluhan kecil. Dia hanya memandang dari jauh Emir Adden Fattah yang sedang menghadap laptop di luar rumah. Sejak daripada kena bebel, suaminya itu tidak lagi keluar pergi bekerja dan hanya bekerja dari rumah.

Langkahnya diatur perlahan-lahan ke dapur. Nasib ada tongkat yang dapat membantunya berjalan. Nak diharapkan suami memang tak la. Suaminya itu sudahlah masih marah dengannya.

"Yee Icha nak apa?" Soal Kak Siti yang merupakan ketua pembantu bibik rumah parents angkatnya. Dhia Airisya berjalan menghampiri Kak Siti yang sudah berumur 40-an tahun. Kata ibu angkatnya, Kak Siti merupakan bibik yang paling lama sekali bekerja di rumah ini.

"Tuangkan susu dalam gelas"

"Okay"

Dilabuhkan punggung di kitchen island. Dhia Airisya hanya memerhati sahaja gelagat Kak Siti yang menuangkan susu full cream Dutch Lady ke dalam gelas. Setelah itu diberikan kepadanya.

"Thanks Kak Siti" tuturnya lalu menghirup susu full cream tersebut. Rasa segar tekaknya apabila. dibasahi dengan susu full cream. Minuman favouritenya iaitu susu.

"Emir masih tak bercakap lagi dengan Icha?"

Dhia Airisya meletakkan gelas lalu kepalanya digelengkan perlahan-lahan dengan mulut yang dicerbik. Entahlah susah betul mahu membaca isi hati Emir Adden Fattah. Sukar untuk difahami!

"Kak Siti ada rahsia"

Kak Siti membisikkan sesuatu pada telinga Dhia Airisya. Tersenyum Dhia Airisya mendengar plan dari Kak Siti. Nasib juga Kak Siti sudi membantu. Siapa lagi yang perasan akan hubungan mereka itu kalau bukan Kak Siti. Kak Siti lah yang selalu ada 24 jam bersama dengan mereka

"Thanks Kak Siti. Icha akan cuba buat"



MATA terhendap-hendap mencari bayangan Dhia Airisya yang sedari tadi dia tidak nampak. Entah ke mana isterinya itu pergi. Sudah digeledah seluruh rumah namun tidak dijumpai. Main sorok-sorok ke isterinya itu?

"Cari apa Mir? Macam hilang bini je kamu ni" tegur Tengku Sumayyah apabila dia perasan Emir Adden Fattah dari tadi terhendap-hendap mencari sesuatu.

"Cari barang ibu. Dari tadi tak jumpa" tipunya malah mahu mengatakan yang dia sebenarnya cari Dhia Airisya. Kan dia kata cari Dhia Airisya confirm kena bebel nanti. Nanti mulalah cakap dia tak pedulikan kat isterinya sehinggakan keberadaan isterinya sendiri pun tak tahu.

"Barang apa?"

"Err tak apa lah ibu" tuturnya lalu cepat-cepat mengangkat kaki dari ruang tamu. Dia menaiki tangga lalu menuju ke biliknya. Dedaun pintu ditolak lalu ditutup semula. Tahu la dia yang Dhia Airisya berada dalam tandas apabila bunyi pancuran air dari tandas.

Emir Adden Fattah membaringkan tubuhnya atas katil sambil bermain telefon. Namun bunyi sesuatu yang kuat dari tandas menyentakkan dia. Macam bunyi jatuh something. Perlahan-lahan badan dibangkitkan dari katil menghampiri tandas. Pintu tandas diketuk.

"Airisya?"

Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang pintu bilik air apabila bunyi ketukan pada pintu bilik air dan panggilan Emir Adden Fattah menyapa gegendang telingannya.

"Awak" panggilnya. Air mata dikesat kasar.

"Kau main gusti-gusti ke kat dalam?"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Ada pula dia dituduh main gusti kat dalam bilik air? Tahu tak dia tergelincir dalam tandas! Dipandang kaki kirinya pula yang lebam itu.

Gara-gara dia syampoo rambut dan membuatkan lantai penuh dengan buih, dia tergelincir. Tak sempat nak berpaut terus dia jatuh menghempap lantai. Apa lah nasib. Sudah kaki kanannya belum pulih lagi tambah pula kaki kiri pula yang lebam.

"Airisya?" Soalnya risau apabila dia mendengar esakan Dhia Airisya.

"Ter...tergelincir"

"Buka pintu ni Airisya"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya "Hikss taknak" tuturnya tidak mahu membuka pintu bilik air. Gila apa nak buka? Sudah badannya itu tidak ditutupi dengan satu benang pun. Kan nanti lain pula jadinya.

"Habistu kau nak bertapa dalam bilik air?" Soal Emir Adden Fattah geram. Susah betul nak buka pintu bilik air. Bukannya dia nak buat benda pelik pun. Ada juga kena luku dengan dia kejap lagi.

"Saya malu"

"Buka sebelum aku terjah, Airisya"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Suaminya itu tak faham ke yang dia malu nak buka! Nafas panjangan dihela. Kepala didongak memandang tuala dan bajunya yang agak tinggi disangkut pada tempat penyangkut.

"Kejap"

Cuba dicapai tualanya untuk menutup tubuhnya namun tangannya tidak sampai. Dia cuba untuk berdiri walaupun ketika ini kedua-dua belah kakinya terasa sakit mencucuk. Berkerut dahinya menahan sakit.

"Arghh!"

"Airisya!"

Malang tidak berbau betul apabila syampoo terbalik lalu tertumpah ke mukanya membuatkan matanya itu terasa pedih yang amat. Tergapai-gapai tangannya ke udara cuba untuk mencapai sesuatu.

"Hikss awak tolong pedih"

"Buka la pintu ni cepat. Kau ni kan!"

"Ta..tak nampak. Hikss awak cepatlah masuk! Pedih ni"

Emir Adden Fattah mengetap bibirnya geram. Dia melangkah keluar dari bilik lalu menuju ke tempat dimana segala kunci berada. Setelah menjumpai kunci bilik airnya, dia berlalu ke biliknya semula. Kunci dimasukkan pada lubangnya lalu pintu bilik dikuak kasar.

Sesaat, dia menutupnya semula. Istighfar panjang dia melihat keadaan Dhia Airisya yang tidak memakai apa-apa benang di tubuhnya. Tangannya diletak di dada merasai degupan jantung yang semakin laju.

"Awak"

Emir Adden Fattah menghela nafas panjang. Lantaklah nak jadi apa. Pintu dikuak semula. Sempat dia mengambil tuala yDhia Airisya yang tergantung lalu menghampiri Dhia Airisya yang duduk di atas lantai. Dibaluti badan Dhia Airisya dengan tuala yang diambil tadi.

Dia kembali berdiri. Segala barang yang berada di tepi sinki idijatuhkan dalam sinki. Badan Dhia Airisya diangkat lalu didudukannya di situ. Dhia Airisya yang sedang memejam mata menaham pedih syampoo yang masuk dalam mata dipandang dengan gelengan kecil.

"Orang pakai syampoo kat rambut kau pakai syampoo kat muka" tuturnya apabila melihat muka Dhia Airisya penuh dengan buih syampoo. Tergeleng-geleng kepalanya dengan kelakuan Dhia Airisya. Perlahan-lahan dia membersihkan muka Dhia Airisya yang sudah dipenuhi buih itu dengan air dan juga tuala.

"Tak sengaja" tutur Dhia Airisya perlahan bersama esakan. Sumpah dia rasa nak menangis teruk sekarang! Kaki yang semakin lebam, mata pula masuk buih syampoo! Nasib betul! Karma betul sebab tak minta izin kebenaran suami! Sumpah dia takkan buat macam tu lagi!

"Tu lah kau. Derhaka lagi dengan suami" bebel Emir Adden Fattah geram dengan kecuaian Dhia Airisya. Namun bebelannya itu membuatkan esakan Dhia Airisya semakin kuat kedengaran. Makin menangis dibuatnya.

"Hikss sa...saya hikss mi...minta maaf. Janji tak buat lagi hiksss"

Emir Adden Fattah tersenyum kecil. Comel pula isterinya mengangkat tangan bersumpah persis seperti budak kecil yang sedang dimarah oleh ibu.

"Duduk diam. Aku nak sapu buih ni"

Segala buih di muka isterinya sudah habis dibersihkan. Ditiup-tiup mata Dhia Airisya perlahan bagi menghilangkan pedih. Agak merah matanya akibat syampoo yang masuk dalam mata.

"Awak mata saya tak buta kan nanti?" Soalnya risau dengan keadaan matanya. Walaupun matanya sudah selamat dibuka tapi dia agak risau akan matanya yang merah dan berair itu.

"Tak tahu. Kalau kau derhaka lagi maybe buta kut"

"Awak!"

Dhia Airisya memukul kuat dada Emir Adden Fattah menyebabkan Emir Adden Fattah semakin galak ketawakan dia. Ada ke cakap macam tu kat dia? Sudah lah kakinya itu lebam akibat Emir Adden Fattah berkata bukan-bukan padanya. Tak ke naya dia kalau mulut suaminya itu masin?

"Betul lah aku cakap. Tengok apa yang jadi kat kau sebab derhaka dengan aku. Take it as a lesson, Airisya."

"I will" tuturnya dengan nada bersalah.

Emir Adden Fattah tersenyum nipis melihat Dhia Airisya yang menunduk ke bawah itu. Tahu pun rasa bersalah! Suka betul buat dia risau. Mahu gugur jantungnya apabila Dhia Airisya tiada di officenya. Sudah phone dimatikan. Mana dia tak marah?

"Kau mandi sendiri atau nak aku mandikan?" Soal Emir Adden Fattah apabila dia melihat badan dan juga rambut Dhia Airisya masih diselaputi buih. Dengan dia sekali berbuih.

"Mandi sendiri. Nanti aw......."

Dhia Airisya mengigit bibirnya. Tidak jadi menyambungkan ayatnya apabila dia baru teringat akan sesuatu. Setahunya tadi badannya tidak memakai apa-apa dan kini badannya ditutup dengan tuala. Jangan kata yang Emir Adden Fattah sudah tengok?

"Nanti apa?" Soal Emir Adden Fattah pura-pura tidak faham walaupun dia faham apa yang dimaksudkan oleh Dhia Airisya. Sengaja mahu mengusik isterinya itu.

"Ta....tak ada apa" tuturnya melarikan anak matanya daripada memandang anak mata suaminya yang berwarna grey kebiruan menggoda itu. Sungguh mukanya terasa panas yang amat sekarang. Malu nak berdepan dengan Emir Adden Fattah! Gara-gara matanya yang pedih tadi dia lupa yang dia berbogel sebelum ditutup dengan tuala oleh Emir Adden Fattah.

"Sa...saya nak ma..mandi sendiri"

"Are you sure nak mandi sendiri?"

Kepalanya diangguk laju lantas dia turun daripada tempat duduknya itu. Jeritan kecil kedengaran sebaik sahaja kakinya menyentuh lantai. Aduh lupa pula kakinya kedua-dua lebam. Nasib malang betul!

"See?"

Dhia Airisya mencerbik mahu menangis. Badannya diangkat semula oleh Emir Adden Fattah lalu didudukkan dia di tempat tadi. Nampaknya dia memerlukan pertolongan Emir Adden Fattah untuk mandi.

"Bo...boleh tak awak tu...tutup mata? Saya malu"

"Habistu macam mana aku nak mandikan kau kalau aku tutup mata? Nak aku meraba bukan-bukan?"

"Awak! Ish!"

Emir Adden Fattah ketawa kecil. Lucu dengan 'ish' yang disebut Dhia Airisya. Kedengaran comel dan menggoda di telinganya. Dia memandang lama Dhia Airisya dari atas hingga bawah. Bahu putih melepak yang terdedah itu begitu juga dengan paha dan betis membuatkan nafsunya lain macam sekarang.

Jika tadi dia tak perasan sangat kerana terlalu risau dengan mata Dhia Airisya yang diselaputi dengan buih syampoo. Air liurnya ditelan kasar. Dadanya kini diambang sesak. Sukar pula dia mahu bernafas.

"A...awak kenapa pandang saya macam t......."

Dhia Airisya terkaku.

Segala anggota tubuh badannya kini seakan-akan tidak berfungsi apabila Emie Adden Fattah melekapkan bibir pada bibirnya. Dadanya diambang sesak. Jantung tak pauah cakap lah, berdegup rancak seperti baru habis daripada lari.

"Niga....neo wonhae (I....want you) "

********

Aaaa let's scream together.

Jangan lupa votement yaaa.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro