JARI jemari semakin liar bermain dengan hujung baju pengantinnya itu. Sedari tadi dia asyik menunduk ke bawah dan bermain dengan hujung bajunya. Ketika ini, debaran dadanya semakin rancak memainkan peranan. Setelah memberitahu pilihan itu, Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah banyak membantu menguruskan perkahwinannya.
Dia tidak sangka yang semuanya sudah siap dibereskan. Baru sahaja dia memberitahu pilihannya tempoh hari tup tup hari ni dah kahwin. Pantas betul parents angkatnya membuat kerja. Mereka berdua la yang paling excited sekali walaupun dia yang sebenarnya kahwin.
Helaan nafas panjang dilepaskan dari mulutnya.
Semoga pilihannya ini tepat.
Dia memandang pada bakal imannya yang sedang menyambut tangan wali hakim memandangkan ayah kandungnya berada dalam penjara manakala abangnya pula berada di luar negara. Dan pakcik saudaranya pula tidak dapat datang kerana perkahwinannya secara mendadak itu.
Satu senyuman nipis terukir di bibirnya melihat bakal imannya itu kelihatan agak nervous untuk menyambut ijab daripada wali hakim. Dalam masa yang sama sempat dia mengusya bakal imannya yang agak handsome dalam memakai baju melayu berwarna putih, bersongkat dan juga bersamping.
'Ouhh bidadaraku kenapa kau handsome sangat?' Tutur kata hatinya yang tidak dapat menafikan bakal imannya yang sangat handsome itu.
"Jaga sikit mata tu. Belum ijab qabul lagi" tegur Tengku Sumayyah yang perasan akan pandangan Dhia Airisya pada bakal suaminya itu. Kepala digeleng-geleng. Nakal juga anak angkatnya ini. Sempat dia pergi usya lama-lama bakal suaminya yang nervous itu.
Dhia Airisya tersengih malu. Kantoi pula.
"Aku terima nikahnya Nur Dhia Airisya binti Ahmad Zaki dengan mas kahwin RM 100 ringgit tunai"
Lafaz akad nikah yang diijab kabul tadi disudahi dengan doa. Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang ibu angkatnya dan Farhana yang berada di sisinya. Senyuman nipis dihadiahkan buat mereka yang sedang menangis itu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.
Namun dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Terasa dia masih sedang bermimpi ketika ini. Dia tidak mimpi kan kali ini? Tidak sangka dia akan kahwin pada umur 26 tahun. Fikirnya 2 3 tahun lagi dia akan kahwin namun jodohnya sudah ditetapkan.
Melihat Emir Adden Fattah bangkit daripada tempat duduknya lalu berjalan mara ke arahnya membuatkan air mata yang memenuhi kelopaknya banjir membasahi pipinya. Senyuman kecil dihiaskan di bibirnya. Betulke ni dia kahwin dengan Emir Adden Fattah?
Hari ini merupakan tanggal 6/6/21. Tarikh perkahwinan mereka sama seperti apa yang berlaku dalam mimpi begitu juga dengan tarikh penerbangan Emir Adden Fattah ke Malaysia. Adakah di penghujungnya dia akan kehilangan Emir Adden Fattah?
Ya Allah, dia sangat takut.
"Icha salamlah tangan suami kamu tu. Menangis pulak dia"
"Huh?"
Dhia Airisya mendongak kepalanya memandangnya Emir Adden Fattah yang berada di depannya menghulurkan tangan. Dia tersenyum nipis. Tangan Emir Adden Fattah disambut dengan terketar-ketar lalu dia mengucup lembut belakang tapak tangan Emir Adden Fattah.
Kucupan syahdu di dahinya membuatkan air matanya semakin lebat mengalir. Bermacam-macam perasaan bermain ketika ini. Dia gembira yang dia dapat kahwin dengan Emir Adden Fattah namun dia juga sedih dan takut mengingatkan apa yang dia mimpikan.
Namun dia sudah melakukan solat istikharah setiap malam sebaik sahaja dia dilamar tempoh hari. Namun jawapan kepada solat Isytikharah membawa dia kepada satu mahligai baru yang dibina hari ini.
"Malam-malam nanti boleh pegang tangan aku. Kau ni tak penyabor betul" bisikan Emir Adden Fattah pada telinganya menyentakkan dia daripada lamunan.Dengan segera dia mendongak kepala memandang Emir Adden Fattah. Dijeling tajam Emir Adden Fattah yang sudah tersenyum sinis itu.
Haiss kacau daun betul!
Dia memandang orang sekelilingnya itu yang sedang tersenyum-senyum memandangnya. Senyuman nipis dihadiahkan. Bikin malu betul! Ditundukkan kepalanya memandang tangan Emir Adden Fattah yang masih digenggamnya. Semakin erat genggamannya.
Mulai hari ini, dia tidak akan melepaskan tangan ini kerana dia sudah meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan bahawa lelaki di depannya itu dapat membawanya kepada mahligai indah yang dibina mereka berdua. Dan segala dugaan dan rintangan akan dia tempuhi dengan hati yang kental.
'You are my world now. Isya akan cintakan abang sepenuh hati Isya'
SELESAI sahaja majlis akad nikah dan majlis sanding, Dhia Airisya membaringkan tubuhnya di atas katil milik Emir Adden Fattah. Barangnya sudah dipunggah ke bilik Emir Adden Fattah. Dia memejamkan matanya tatkala badannya sudah habis tenaga. Penat.
Agak penat kerana melakukan majlis akad nikah dan majlis sanding serentak. Bukan apa, senang sikit kalau buat serentak. Tak bazir masa, tak bazir duit dan tak bazir segalanya. Namun ya ampun penatnya tak boleh diungkap!
Sedar tak sedar, dia terlelap akibat kepenatan yang amat.
Emir Adden Fattah meneguk air dalam cawan dengan rakus. Dahaga dan penat! Nak sahaja dia mengangkat kaki ke biliknya sekarang namun ada benda yang perlu dia bereskan sekarang.
"So kau nak aku buat apa dengan betina tu?" Soal Firash merujuk pada Tiara yang hampir-hampir membuat kecoh semasa majlis perkahwinan mereka tadi. Nasib Tiara sempat ditangkap oleh mereka dan kini Tiara berada dalam genggaman mereka.
Emir Adden Fattah terdiam sejenak memikirkan apa yang patut dia buat dengan betina itu.
"Si jantan upahan tu tak mampus lagi kan?"
Firash menggelengkan kepala.
"Good. Aku nak kau suruh jantan tu buat apa yang tertangguh kat betina tu"
Firash menangguk faham dengan arahan Emir Adden Fattah itu yang mahukan apa yang dirancang oleh Tiara pada Dhia Airisya berbalik kepada Tiara semula. It's karma!
"Itu je?"
"Ikutkan hati aku memang aku nak bunuh dia. But it's not fun"
"Lagi satu, kau sebarkan kat media sosial. Biar semua orang pandang dia jijik. It will be a slow death to her" sambung Emir Adden Fattah lalu tersenyum sinis. Dia sudah memberi amaran bahawa jangan dikacau Dhia Airisya lagi tapi masih juga nak buat hal. Kan dah kena dengan dia.
"Okay pape aku inform kat kau. Have a good night!"
Setelah bayangan Firash hilang dari pandangan, Emir Adden Fattah mengangkat kaki masuk ke rumah. Sepi sahaja keadaan rumahnya. Mungkin semua sedang merehatkan diri dalam bilik masing-masing kerana kepenatan.
Tombol pintu dipulas lalu dia menolak dedaun pintu. Satu senyuman terukir di bibirnya melihat Dhia Airisya yang sedang tidur dengan baju sanding. Nampak macam penat sangat tu sehingga baju pun tak ditukar.
Langkahnya diatur pada katil lalu dia turut membaringkan badannya di sebelah Dhia Airisya. Dia mengiringkan badannya menghadap Dhia Airisya yang tidur dengan polos. Tangan kanannya menongkat kepalanya memerhati setiap inci muka Dhia Airisya. Cantik.
Tangannya diangkat memegang dahi Dhia Airisya yang sedikit berparut itu akibat tempoh hari. Jika dilihat dari jauh ianya tidak nampak tapi kalau dilihat dekat ianya nampak. Mungkin parut itu ditutupi dengan bedak.
Emir Adden Fattah mengeluh kecil.
Nasib sahaja dia cepat sampai di situ kalau tidak entah apa agaknya yang jadi. Sebab itu dia membuat keputusan untuk menjadikan Dhia Airisya sebagai isterinya. Senang nanti dia dapat melindungi Dhia Airisya.
"Aku janji aku akan protect kau Airisya"
HARI ini merupakan hari permulaan baru untuknya yang sudah bergelar menjadi isteri kepada Emir Adden Fattah. Daripada status single, terus bertukar statusnya kepada isteri orang. Walaupun segalanya berlaku dengan cepat, namun dia terima dengan hati yang terbuka.
"Awak kerja ke hari ini?" Soalnya dengan nada kecewa apabila melihat Emir Adden Fattah bersiap dengan rapi. Lagaknya nampak macam nak pergi kerja.
"Hmm. Kerja aku berlambak kat office. Siapa yang nak settlekan kalau bukan aku?"
Dhia Airisya mencerbik. Jawapan daripada Emir Adden Fattah betul-betul tidak memuskan hati dia. Agak-agaklah nak pergi kerja! Baru je semalam menikah hari ini terus masuk kerja. Gila!
"Habistu saya?"
"Kau apa?"
"Saya macam mana?"
"Macam mana apa?"
Berkerut dahi Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya. Entah apa yang disampaikan oleh Dhia Airisya, dia pun tak tahu. Cakap tu biar panjang sikit!
"Habistu takkan saya duduk kat rumah je? Dahla awak suruh saya resign" rungut Dhia Airisya tidak berpuas hati. Kalau macam ni jadi baik dia tak resign. Daripada membuat tahi mata kat rumah menunggu kepulangan suami dari kerja, baik dia kerja!
"Duduk je lah kat rumah. Macam mana apa lagi?"
Mulut Dhia Airisya semakin memuncung. Bosan tahu duduk kat rumah! Kalau dia boleh main dengan Ayeen tak apalah juga. Ni Ayeen confirm pergi sekolah, Aqish pergi kolej dan daddynya pergi kerja. Lepastu ibu pula mesti pergi butik miliknya. Tengku Haqiem pula sudah terbang jauh semalam membawa diri kerana pinangannya ditolak. At the end, dia keseorangan kat rumah.
"Taknak bosan"
Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya sebaik sahaja menyikat rambut dengan rapi.
"Ada nampak aku kesah?"
Dhia Airisya menjeling tajam Emir Adden Fattah. Sakit hati betul cakap dengan suaminya itu yang tidak ada perasaan!
"Dah la malas saya nak cakap dengan awak." Rungutnya lalu keluar dari bilik mereka. Langkah dihentak-hentak tanda protes. Dengan mulut yang dimuncungkan, dia turun ke bawah lalu ke dapur.
"Ehh Icha baru kahwin dah kenapa muncung sedepa?" Tegur Tengku Sumayyah melihat muka Dhia Airisya yang masam mencuka. Mahu tergelak dia dibuatnya. Jarang- jarang dapat melihat muka Dhia Airisya macam tu. Selalu dihiasi dengan senyuman lebar.
"Ibuuuuu"
Dhia Airisya menghampiri Tengku Sumayyah lalu memeluk lengan ibu angkatnya itu. Kepalanya disandarkan pada bahu ibu angkatnya.
"Ibu, tengoklah Adden tu. Baru kahwin dah nak pergi kerja"
DHIA AIRSYA menghentakkan punggungnya kasar di sofa. Matanya menjeling tajam Emir Adden Fattah yang sedang fokus melakukan kerjanya. Dikutuk-kutuk suaminya itu dalam hati. Geram!
Aduannya pada ibu angkatnya berjaya dan Emir Adden Fattah diberikan ceramah yang panjang lebar. Dia ketika itu tersenyum puas kerana berjaya mengadu kat ibu angkatnya.
Namun bila Emir Adden Fattah mengajaknya keluar setelah lama bertapa kat rumah, dia lah manusia paling excited sekali. Tapi end up, Emir Adden Fattah membawanya ke syarikatnya iaitu Secret Hunters Agency dan sekarang suaminya itu sedang fokus melakukan kerja sementara dia merayau-rayau di syarikat suaminya itu kerana sangat bosan!
'Huwarghh nak balik!' Jerit hati kecilnya.
Dhia Airisya memandang jam di tangannya. Sudah hampir waktu lunch. Dia memandang sekilas Emir Adden Fattah yang masih fokus melakukan kerjanya. Dia rasa waktu lunch pun tak kabar suaminya itu.
Dikeluarkan telefonnya lalu menghantar pesanan pada Farhana. Setelah itu, dia bangkit daripada sofa lalu menuju ke pintu. Tengok! Dia keluar pun tak perasan. Fokus betul buat kerja!
Dhia Airisya mendegus kasar. Dia terus blah dari situ dengan geram. Lantaklah nanti Emir Adden Fattah tercari-cari dia. Sekarang dia nak pergi lunch dengan Farhana. Padan muka suaminya itu! Siapa suruh pentingkan kerja darinya?
Selesai sahaja lunch bersama Farhana dan bergosip itu ini, dia membuat keputusan untuk pergi ke butik ibu angkatnya. Dapatlah juga dia berborak-borak menghilangkan kebosanan daripada terperap dalam office Emir Adden Fattah.
And yes, sampai sekarang suaminya itu tidak mencarinya. Huhu sedih pulak rasanya. Terasa dirinya tak penting untuknya. Jadi disebabkan dia terlampau geram, dia mematikan phonenya.
"Icha"
"Yaa ibu?"
"Tolong angkat phone ibu jap. Ibu nak layan customer"
"Okay ibu"
Dhia Airisya masuk ke biliknya lalu phone yang berada di atas meja diambil. Ditekan butang hijau tanpa melihat pemanggilnya lalu dilekapkan di telinganya.
"Salam ibu, Airisya ada kat butik ibu tak?"
Mata Dhia Airisya terbuntang mendengar suara Emir Adden Fattah. Dia melihat pemanggil. Bibirnya diketap apabila dia melihat nama Emir Adden Fattah. Ditepuk-tepuk dahinya kerana tidak melihat pemanggil dahulu sebelum mengangkat call.
"Airisya kau kan?"
Dhia Airisya mengetap bibirnya.
"Apa?" Soalnya dingin. Tak ada guna juga dia berdalih. Sudah tentu Emir Adden Fattah dapat menagaknya.
"Kau balik office aku sekarang!"
Telefon dijauhkan dari telingannya apabila Emir Adden Fattah menjerit dengan kuat di talian sana. Nasib tak pekak gegendang telingannya. Agak-agak lah oii nak menjerit. Dia masih belum pekak lagi!
"Taknak"
"Ak....."
Tik tik
Panggilan dimatikan oleh Dhia Airisya tanpa sempat Emir Adden Fattah menghabiskan ayatnya. Malas dia nak dengar bebelan Emir Adden Fattah. Buat sakit telinga dia je!
"Airisya!"
Puting beliung dah datang !
Kepala ditundukkan memandang lantai. Sesekali dia mengerling Emir Adden Fattah yang duduk di sebelahnya itu sekilas. Mereka berdua hanya senyap mendengar bebelan daripada Tengku Sumayyah dari tadi.
"Emir, kan ibu dah cakap yang kamu tu baru kahwin! Fikir pasal kerja tu kenapa? Tak habis-habis kerja! Haa yang Icha keluar tak minta kebenaran suami tu kenapa? Suka tengok suami tercari-cari? Syurga tu kat bawah tapak kaki suami blah blah blah....."
Dhia Airisya diam tidak berkutip. Tidak pasal-pasal dia turut dimarahi. Dia tahu yang dia salah sebab dia keluar tak minta kebenaran suami tapi itu semua salah Emir Adden Fattah! Kalau suaminya itu tak taksub dengan kerja tak adalah dia buat macam tu.
"Dah korang keluar dari butik ibu. Haishh"
Setelah dihalau keluar dari butik, Dhia Airisya merenung tajam Emir Adden Fattah begitu juga dengan Emir Adden Fattah. Masing-masing taknak mengaku salah dan masing-masing nak menuding jari kat orang lain.
"Yang kau datang sini kenapa? Seronok kena marah?"
Dhia Airisya mengetap bibirnya.
Malas mahu melayan Emir Adden Fattah, Dhia Airisya melangkah menuju ke kereta Mercedes putih milik Emir Adden Fattah yang tersadai betul-betul di depan butik Tengku Sumayyah.
Dia memandang Emir Adden Fattah menyuruhnya membuka pintu kereta yang masih berkunci itu. Namun Emir Adden Fattah membuat tidak endah. Dia hanya memeluk tubuhnya memandang Dhia Airisya yang sedang berjemur matahari itu.
"Any words of apologize to me?"
Dhia Airisya mengetap bibirnya geram. Dia tak ada masa nak susun ayat untuk minta maaf sekarang! Yang dia tahu dia cepat-cepat nak balik rumah sekarang! Cuaca panas dan hati pun panas!
"Cepatlah buka pintu ni. Panas tahu tak!"
"Rude"
Dhia Airisya mengetap bibirnya.
"Fine! Saya minta maaf. Puas?"
"Tak ikhlas"
Ditarik nafas dengan dalam. Sudah lah cuaca panas. Memang mendidih betul dia sekarang! Nak menyakat dia sekalipun tengoklah leadaan dulu!
"Suka hati awaklah. Saya nak balik naik teksi" ujarnya lalu mengangkat kaki. Malas nak bergaduh dengan Emir Adden Fattah tentang pintu kereta. Suruh buka aja pun tu pun banyak songeh.
"Ada aku izinkan?"
Langkahnya dihentikan di tengah jalan. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Emir Adden Fattah. Dipandang Emir Adden Fattah dengan tidak puas hati. Susah betul kalau suami guna kuasa ni!
"Faham tak saya nak balik sekarang?"
"Biadap. Kalau apa-apa jadi kat kau padan muka"
Dhia Airisya mengetap bibirnya. Apa cakap macam tu kat dia? Kalau tak sayang sekalipun kat dia tak payah la cakap macam tu! Tak payah lah doa yang tak baik-baik untuk dia. Dia pun ada hati dan perasaan. Sumpah dia mahu menangis sekarang!
Dhia Airisya berpaling memandang motor yang agak laju meluncur di lebuh raya besar.
Nak sangat benda buruk berlaku kat dia kan?
Fine!
"Airisya!"
*******
Aigoo baru je kahwin dah gaduh.
Jangan lupa votement guys !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro