Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 44

DHIA AIRISYA memandang pantulan cermin yang memantulkan Emir Adden Fattah sedang membutang baju kemejanya dengan mulut yang muncung ke hadapan. Suaminya yang memandangnya dengan senyuman melalui pantulan cermin membuatkan dia mukanya semakin cemberut.

Keluhan kecil dilepaskan.

Kakinya melangkah menghampiri Emir Adden Fattah lalu memeluk suaminya dari belakang. Perbuatannya itu membuatkan Emir Adden Fattah yang sedang membutang baju kemejanya terhenti. Perut suaminya yang dipenuhi six packs itu diusap. Addicted!

"Airisya, stop seducing me"

Emir Adden Fattah menelan air liurnya perit. Dhia Airisya memang sengaja taknak bagi dia pergi kerja hari ini. Sengaja betul nak goda dia!Tangannya memegang lengan Dhia Airisya lalu pelukan dileraikan. Dia menarik Dhia Airisya berdiri di hadapannya.

Dagu Dhia Airisya dipegang lalu didongak memandang dia. Masam sahaja muka isteri dia itu. Geli hatinya melihat muka Dhia Airisya. Lama tak tengok isterinya itu begitu. Dia tersenyum. Rambut yang menutup separuh muka isterinya itu dialih ke belakang telinga.

"Abang janji tengah hari nanti abang balik lepastu kita keluar okay?"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya.

"Jom la keluar sekarang" ujar Dhia Airisya dengan mulut muncung. Tangannya pula membuka semula butang kemeja Emir Adden Fattah. Taknak bagi suaminya pergi kerja!

"Sayang"

Tangan Dhia Airisya yang membuka butang baju kemejanya itu dipegang.

"Mana ada kedai buka masa ni sayang. Baru pukul 7 pagi. Tengah hari nanti okay?" Pipi Dhia Airisya dicubit geram. Comel betul isterinya itu. Sejak mereka berbaik semula, Dhia Airisya asyik mahu berkepit dengan dia. Kalau boleh 24 jam mahu bermanja dengan dia. Dia pulak hairan dengan perubahan kelakuan Dhia Airisya yang drastik itu. Daripada takut dengan dia terus berubah ingin bermanja dengan dia.

"Taknak. Nak keluar pagi ni juga."

"Kalau macam tu ikut abang pergi kerja. Abang habis meeting kita keluar"

"Taknak. Bosan tunggu abang habis meeting.

"Habistu sayang nak apa?"

"Nak abang"

Dhia Airisya memeluk Emir Adden Fattah erat. Sumpah rasa nak menangis bila Emir Adden Fattah berkeras mahu pergi kerja. Ponteng tak boleh ke? Kan suaminya itu boss, jadi bolehla ponteng kerja. Gaji pun tak kena tolak nanti.

Dahi Dhia Airisya dicium sekilas.

"Tapi abang taknak sayang."

Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang Emir Adden Fattah dengan mata yang berair.

"Abangggg hikss abang dah tak sayang Icha"

"Eh sayang, janganlah menangis abang gurau je lah" panik Emir Adden Fattah melihat Dhia Airisya yang menangis.

"Okay abang tak pergi kerja"

"Betul?"

Kepalanya diangguk berserta senyuman manis. Tangannya menyeka sisa air mata Dhia Airisya. Manja betul isteri dia ni. Nasib baik dia sayang. Dhia Airisya yang memeluknya itu turut dibalas dengan pelukan. Sisi kepala Dhia Airisya dicium lama. Lega sangat apabila segalanya kembali kepada asal.

"Tapi abang nak hadiah dari sayang."

"Hadiah?"

Kepalanya diangguk. Dia senyum penuh muka.

Cuppp

"Enough?"

Emir Adden Fattah tersenyum lantas kepalanya diangguk. Suka bila Dhia Airisya mencium bibirnya walaupun sekilas.

"But I want more tonight"

"Mengadalah abang ni"

Ketawa kecil dia apabila perutnya dicubit oleh Dhia Airisya.

"Siapa lagi mengada? Abang ke sayang?"

Dhia Airisya tersengih. Dia kembali memeluk suaminya. Kepala disandarkan pada dada bidang suaminya. Dipeluk erat suamimya itu. Tak dapat bayang kalau nanti Emir Adden Fatah tiada lagi di sisinya. Seminggu pun dah merana.

"Abang"

"Abang akan sayang and cintakan Icha sampai bila-bila kan?"

Emir Adden Fattah meleraikan pelukan. Bahu Dhia Airisya dipegang. Dipandang lama anak mata Hazel isterinya itu.

"Of course lah sayang. I will love you till the end of my life. I told you, bintang tak selalu ada untuk bulan tapi abang akan sentiasa ada untuk sayang. You're precious moon"

Dhia Airisya senyum lebar. Senang hati bila dia mendengar jawapan dari Emir Adden Fattah. Entah kenapa, kebelakangan ini dia selalu berfikir bukan-bukan. Dia takut sangat kalau Emir Adden Fattah akan membencinya suatu hari nanti.

"Abang, kalaulah suatu hari nantikan, Icha tak ada kat dunia ni lagi, apa yang abang akan buat?"

"Enough with your nonsense."

"Abang, Icha tanya ni"

Emir Adden Fattah menarik nafas dalam. Tidak suka ditanya soalan sebegitu sebab dia tak pernah fikir akan jawapan kepada soalan itu. Hidup tanpa Dhia Airisya? Dia taknak bayangkan dan takkan pernah bayangkan.

"I will die with you"

"Maksud abang, suicide?"

"Anything as long as I don't need to live without you"

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah lama.

"Mana boleh. Kalau Icha tak ada nanti, Icha nak abang teruskan kehidu......"

Tersentap Dhia Airisya apabila bibirnya disambar secara tiba-tiba oleh Emir Adden Fattah. Mata mereka merenung satu sama lain dengan ciuman yang lebih mendalam. Dan tika itu, Dhia Airisya dapat melihat yang Emir Adden Fattah betul-betul takut akan kehilangan dia dari anak mata suaminya itu.

Dia tersenyum.

"I don't want to lose you. Never."




DHIA AIRISYA tersenyum kecil memandang Emir Adden Fattah yang masam je sejak mereka keluar dari rumah sehingga sampai di Bukit Bintang. Seronok betul dia melihat mulut suaminya itu muncung sedepa.

"Sayang, abang nak balik. Abang nak tukar baju"

"Kita dah sampai lah abang. Kan Amsyar?" Ujar Dhia Airisya sambil memandang Amsyar di ribanya. Melihat Amsyar ketawa kecil membuatkan Dhia Airisya turut ketawa. Comel betul si budak Amsyar ni! Tak sia sia dia culik.

"Malu lah abang sayang. Kalau abang tahu macam ni baik abang pergi kerja"

Dhia Airisya menoleh mukanya memandang Emir Adden Fattah yang memamerkan reaksi wajah yang tidak berpuas hati. Anak matanya memandang pada baju yang dipakai oleh Emir Adden Fattah. Dia tersenyum.

Secomel-comel Amsyar, comel lagi suami dia yang pakai baju sweatshirt couple warna pink!"

"Senyum senyum, abang tengah marah ni"

Pecah ketawa Dhia Airisya apabila Emir Adden Fattah berkata begitu. Comel betul! Gigit kan nanti!

"Comel la abang ni. Isya gigit kan!"

Emir Adden Fattah menjeling tajam Dhia Airisya. Sempat lagi isterinya itu nak bermanja manja ketika dia sedang merah. Kan ada juga yang kena kejap lagi. Dia mendengus geram. Menyesal dia setuju dengan permintaan Dhia Airisya. Kalau dia tahu baik dia pergi kerja daripada keluar jalan-jalan pakai sweatshirt warna pink. Geli betul! Hilang machonya.

"Abang tak kira abang nak balik juga" ujarnya seraya itu enjin kereta dihidupkan semula.

"Abanggg"

"Isya merajuk nanti"

"Abang pujuk nanti"

Dhia Airisya mencerbik.

"Isya taknak tidur dengan abang! Isya nak balik rumah mommy!"

Emir Adden Fattah berpaling memandang Dhia Airisya yang dah memandang ke luar tingkap dengan mulut yang muncung. Dia berpaling memandang Amsyar yang duduk diam sahaja dia riba Dhia Airisya sekilas. Keluhan kecil dilepaskan.

"Ye lah sorry"

Dhia Airisya tersenyum.

"Eee geram betul, malam ni abang gigit gigit sayang"

Dicubit pipi Dhia Airisya geram. Terpaksa dia mengalah untuk jalan-jalan di Bukit Bendera ini dengan memakai sweatshirt warna sama dengan Dhia Airisya iaitu pink. Ni first and last dia pakai warna pink! Takkan buat dah lepasni!

"I love you, abang. Muahh muahh"

Dicium pipi Emir Adden Fattah kiri kanan sebelum dia keluar dari kereta. Amsyar di dukung. Dilihat Emir Adden Fattah yang keluar dari kereta lalu mengunci kereta sebelum menghampiri mereka berdua.

"Biar abang dukung Amsyar"

Kepalanya diangguk. Amsyar diberikan kepada Emir Adden Fattah. Walaupun Amsyar berada di dukungan Emir Adden Fattah tapi Emir Adden Fattah tetap mengenggam tangan kirinya membuatkan dia semakin tersenyum.

"Nak pergi mana dulu?" Soal Emir Adden Fattah.

"Petrosains lepastu aquaria"

Tangan kanan Emir Adden Fattah dihayun dengan senyuman yang lebar. Okay tak sabar nak date bertiga!

BERJAM-JAM mereka dating dari pagi sampai ke petang membuatkan Dhia Airisya terduduk di atas kerusi di dalam MRT dengan keletihan yang amat. Habis semua tempat menarik di Kuala Lumpur ni mereka pergi. Bukan setakat Bukit Bintang sahaja, tempat lain pun mereka pergi menaiki MRT. Best dapat date naik MRT. Memang impian dia dahulu dan hari ini tercapai.

Kepala disandarkan pada bahu Emir Adden Fattah. Dia memandang Amsyar yang tertidur di dukungan Emir Adden Fattah. Nasib baik la Amsyar serorang budak yang tak banyak ragam. Sampai keletihan budak itu ikut mereka dating.

"Mesti lagi best kan kalau kita ada anak sendiri?"

Emir Adden Fattah menyengetkan kepala memandang Dhia Airisya yang sedang merenung Amsyar yang tidur dengan polos kemudian dia memandang Amsyar. Melihat muka Amsyar membuatkan dia tersenyum. Selalu dia dating dengan Dhia Airisya sahaja ni bawa Amsyar sekali membuatkan dia rasa lagi gembira.

"Not our rezeki yet"

Dhia Airisya mendongkak kepalanya memandang Emir Adden Fattah.

"Abang nanti nak anak perempuan ke lelaki?" Soal Dhia Airisya.

"Abang tak kesah"

Dhia Airisya memandang muka Amsyar semula. Sejuk je hatinya melihat Amsyar yang sedang tidur itu lagi-lagi di dukungan Emir Adden Fattah. Tak sangka yang Amsyar mudah rapat dengan Emir Adden Fattah. Rasa macam makin tak sabar nak tengok Emir Adden Fattah bermain dengan anak mereka nanti!

"Both of you have painful fate" ujar seorang nenek yang duduk di depan mereka membuatkan mereka memandang nenek itu.

Emir Adden Fattah mengenggam tangan Dhia Airisya erat dan bersedia dengan bakal yang terjadi. Risau pula dia apabila nenek di depan mereka itu melihat mereka berdua lain macam. Dia memandang Dhia Airisya yang kelihatan ketakutan.

Nenek itu bangun apabila MRT tiba di stesen Merdeka lalu menuju ke pintu yang berhampiran dengan mereka. Sebelum nenek itu keluar dari MRT, sempat dia berpaling memandang Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya dan meninggalkan kata-kata yang mendalam.

"Don't let her go or you will regret till the end of your life" ujarnya tepat memandang anak mata Emir Adden Fattah.

MRT bergerak semula dan menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Bukit Bintang di mana mereka akan turun sekejap lagi. Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah yang diam sahaja sebaik nenek itu berkata begitu kepadanya.

"Abang?"

"I will not let you go. Don't worry"

"Abang percayakan nenek tu?"

Emir Adden Fattah menggelengkan kepalanya.

"Nope and abang taknak sayang risau dengan kata-kata nenek tu tadi. Our fate is already written"

HANA memandang cermin yang memantulkan dirinya yang berpakaian serba putih hari ini. Dia menarik nafas dalam lalu cuba mengukirkan senyuman yang paling manis. Hari ini hari kebahagiaannya mungkin? Entahlah. Tapi yang pasti hari ini adalah hari dimana status bujangnya akan tamat. Dia tidak tahu mahu gembira atau sedih.

"Are you sure with your decision, Hana?" Kepalanya ditoleh memandang Dhia Airisya yang entah sejak bila masuk ke biliknya.

Bahunya dipegang oleh Dhia Airisya lalu dipusing menghadap dirinya. Mata Dhia Airisya tepat memandang ke dalam matanya.

"Kau dah buat solat isthikharah semua?" Soal Dhia Airisya lagi. Bukan apa, dia taknak Hana salah buat keputusan. Semasa Hana memberi tahu niatnya yang mahu berkahwin dengan Harriz membuatkan dia terkejut tambah lagi apabila Hana sanggup mengorbankan kebahagiaannya demi ibunya yang tercinta.

Hana tersenyum lantas kepalanya diangguk perlahan.

"Hmmm aku dah buat setiap malam dan aku dapat jawapan yang sama. Jangan risau okay? Aku yakin yang aku sememangnya ada jodoh dengan Harriz"

"Tapi kau yakin ke dia boleh bahagiakan kau?" Hana diam tidak menjawab soalan Dhia Airisya.

"See? Kau sendiri tak yakin yang dia boleh bahagiakan kau. Tapi jangan risau, selama aku kawan dengan Harriz sebenarnya dia baik. Harriz ni kau nampak je dia macam tak ada perasaan tapi dia sebenarnya caring sangat dengan orang sekeliling dia. He looks like an evil outside but actually an angel inside." Bahu Hana digosok lembut. Tersenyum dia apabila menceritakan perangai Harriz yang sebenar.

"I'm 100% sure both of you will love each other one day and live happily. Aku akan sentiasa berdoa untuk korang berdua"

Hana tersenyum. Sedikit sebanyak dia rasa lega dengan kata-kata Dhia Airisya.

"Thanks Icha."

DENGAN debaran di dada, Harriz mengangkat mukanya memandang pakcik saudara Hana iaitu abang kepada ibu Hana. Dia menarik nafas dalam. Entah kenapa dia begitu berdebar. Atau mungkin dia trauma untuk majlis kahwinnya hari ini kerana dia mempunyai sejarah silam di mana bekas tunangnya tidak menghadiri majlis akad nikah dan menghilangkan diri. Kejadian itu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga membuatkan dia takut untuk jatuh cinta lagi.

Kepalanya ditoleh memandang Hana yang sedang duduk bersebelahan ibunya dan mommynya. Tidak pernah dia menyangka akan berkahwin dengan perempuan yang selalu mencari gaduh dengannya tambah lagi perkenalan mereka singkat, hanya beberapa bulan sahaja kenal berbeza dengan bekas tunangnya yang sudah 7 tahun bercinta. Matanya ditutup. Semoga dia dapat maju ke depan dan melupakan segala kisah silamnya.

"Riz?"

Harriz tersentak dengan panggilan daddynya. Dia tersedar dari lamunannya. Ternyata tok kadi di depannya iaitu pakcik saudara Hana sudah menghulurkan tangan kepadanya. Tanpa melengahkan masa, dia menyambut tangan tok kadi. Keluhan berat dilepaskan. Mulai hari ini, dia akan memikul tanggungjawab yang besar yang dia sendiri tidak tahu dapat menggalasnya dengan baik atau tidak.

"Dah sedia?"

Dia memandang Harraz yang duduk tidak jaih darinya. Dipandang kembarnya itu untuk mendapatkan kekuatan dan semangat untuk dia melanjutkan majlis perkahwinannya ini. Minggu yang lepas, kembarnya Harraz datang bertemu daddy mommy mereka untuk memberitahu yang dia selama ini sebenarnya masih hidup. Dia tersenyum memandnag Harraz. Alhamdulillah, yang Harraz turut datang ke majlis perkahwinannya.

"Riz?"

"Ouh sorry, go on. I'm ready"

Nafas dalam ditarik.

"Tengku Harriz Adham bin Tengku Hadif"

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dengan anak saudaraku Farhana Sofea Binti Khalish dengan mas kahwin 10 dinar tunai"

"Aku terima nikahnya Farhana Sofea Binti Khalish dengan mas kahwinnya 10 dinar tunai"

*********

Less than 16 chapters guys!
Bersabarlah setia dengan author hingga ke penghujung.








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro