Bab 4
Guys sorry susunan bab 2,3,4 tak teratur. Author pun pening kenapa jadi camtu.
***********
KEPALA ditunduk memandang lantai yang lagi nampak menarik daripada daddynya yang sedang berdiri mencengkak pinggang. Sedari tadi dia dan Dhia Airisya mendapat ceramah yang pedas berapi khas daripada daddynya itu. Kedua-dua hanya diam tidak berkutip mendengar ceramah yang kelihatan tiada penghujungnya.
"Ini nasib baik daddy yang nampak kalau pejabat agama yang datang? Mana nak letak muka?"
Emir Adden Fattah mengigit bibirnya. Kalau macam ini jadinya, dia rela ditangkap basah oleh pejabat agama daripada ditangkap basah oleh daddynya. Entah bagaimana daddynya boleh berada di hotel tersebut dan menangkap mereka berpelukan.
"Tahu tak dosa besar peluk bukan mahram? Daddy tak pernah ajar korang peluk orang bukan mahram. Kalau gatal sangat nak peluk, kahwin! Senang citer!"
"Ka...kahwin?" Soal Dhia Airisya tergagap-gagap. Perkara yang dia ingin elak sekali tapi nampaknya ianya akan berlaku juga walaupun jauh mana dia cuba untuk lari. Hujung bajunya itu dikais dengan jemarinya. Dia takut. Takut kalau mimpinya menjadi nyata.
"Yee kahwin! Dah gatal sangat nak peluk-peluk, kahwin je lah. Nanti nak cium ke apa ke daddy tak larang. Yang penting kahwin dulu!" Tutur Tengku Yusuf dengan garang. Berombak-ombak darahnya ketika ini. Terkejut dia melihat Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya berpelukan di hotel. Nasib peluk je dan tak lebih dari itu.
"Daddy nak pergi dapur jap. Korang bincang dulu. Jangan buat perkara lain sudah"
Tengku Yusuf beredar ke dapur meninggalkan mereka berdua untuk berbincang. Gelas yang berisi air yang dihulurkan oleh Tengku Sumayyah diambil lalu dibaca bismillah. Air diteguk habis. Haus!
"Macam mana bang? Diorang nak ke kahwin?" Soal Tengku Sumayyah panasaran. Tidak senang dia duduk di dapur namun Tengku Yusuf berkeras agak dia tidak masuk campur sekali.
"Entah. Maybe kahwin kut"
"Harapnyalah. Lagipun memang alang-alang kita nak kahwinkan diorang" tutur Tengku Sumayyah. Memang pada awalnya niat mereka ingin menyatukan mereka berdua. Sebab itu disuruh Emir Adden Fattah balik ke Malaysia. Dan mereka tidak sangka yang perkara lain pula jadinya.
Dhia Airisya melirik matanya memandang Emir Adden Fattah sekilas. Dia rasa amat malu sekarang. Sudahlah malu dengan daddynya tak habis lagi dan sekarang bertambah malu apabila mereka berdua je sekarang. Sudahla dia terpeluk Emir Adden Fattah tadi. Dia lupa yang mereka masih belum kahwin.
"Err sa..saya....."
"Suka-suka je peluk aku. Ingat aku suami kau?"
Dhia Airisya mengigit bibirnya.
"Ter okay TER."
Bibirnya dikatup semula apabila mendapat jelingan tajam dari Emir Adden Fattah. Nampaknya Emir Adden Fattah masih marah akannya tentang tempoh hari dan makin bertambah marah dengan kejadian hari ini.
"Dah la panggil aku abang."
Dhia Airisya menundukkan kepalanya memandang lantai. Malu apabila Emir Adden Fattah mengungkit kejadian tadi. Bukan dia sengaja nak peluk ataupun panggil abang, dia lupa yang apa berlaku adalah mimpi sehinggakan ianya terbawa ke dunia realiti.
"Tak pasal-pasal aku kena kahwin dengan kau"
Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya yang semakin menunduk itu. Diam pula kali ini. Tadi menjawab.
"Apa nasib aku. Kalau aku tahu baik aku duduk kat Korea. Aman kat san.....
"Kalau taknak kahwin dengan saya cakap jelah. Tak payah nak sakitkan hati saya" tuturnya dengam nada sedih lalu bangkit daripada sofa. Langkahnya diperlajukan menuju ke tangga ke biliknya. Air matanya yang mengalir itu dikesat kasar. Entah kenapa dia begitu terpukul dengan kata-kata Emir Adden Fattah. Mungkin dia ada menyimpan perasaan pada lelaki itu.
Emir Adden Fattah mengigit bibirnya.
Dia turut bangkit daripada sofa lalu menuju ke biliknya. Katil yang bear itu dihampiri lalu duduk di birai katilnya. Rambutnya diserabutkan. Dia menumbuk meja yang berada di tepi katil itu kuat. Bengang akan diri sendiri. Dia tidak sangka yang kata-katanya itu akan melukakan sekeping hati Dhia Airisya.
Nombor seseorang ditekan.
"Aku nak kau pecat Tiara Lava"
"Huh? Apa kau merepek ni? Salam tak bagi tiba suruh aku pecat pekerja aku"
"You will know tomorrow. Yang penting kau pecat betina tu"
SARAPAN pagi keesokannya hanya didengari dengan bunyi sudu dan garfu. Masing-masing tidak mengeluarkan suara dan saling menjamah sarapan masing-masing. Hal semalam membuatkan Dhia Airisya tidak berani untuk bersuara. Lagipun melihat muka daddy angkatnya yang masih menegang itu membuatkan dia kecut perut.
"Airisya"
"Ye da...daddy?"
Dhia Airisya menelan air liur kasar. Sudah! Dia ada tersalah cakap ke? Ke daddy angkatnya itu mendengar suara hatinya tadi?
"I want you to resign"
"Huh?" Soalnya dengan terkejut. Dia salah dengar ke yang daddynya itu menyuruh dia untuk resign? Atau dia yang fikir bukan-bukan. Tapi takkanlah macam tu sekali daddy mahu memberi punishment padanya.
"Resign. Stop kerja kat situ"
"Ta...tapi kenapa daddy? Daddy marah lagi ke pasal semalam?" Soalnya berani. Dia akan cuba ambil iktibar dengan apa yang berlaku namun untuk berhenti kerja itu adalah sesuatu yang mustahil. Dia sayang akan kerjanya itu walaupun kos yang dia study di universiti adalah kos kedoktoran. Dan dia ada sebab kenapa dia tak jadi doktor.
"Icha akan tahu kenapa daddy buat macam tu. You will thanks to him later" tutur Tengku Yusuf sambil matanya melirik pada Emir Adden Fattah yang sedang bersarapan itu. Pagi tadi Emir Adden Fattah datang kepadanya lalu menceritakan apa yang berlaku tentang semalam setelah dia siasat dan Emir Adden Fattah juga yang mahu Dhia Airisya resign.
Dhia Airisya mengetap bibirnya memandang Emir Adden Fattah yang mempameroan muka tidak bersalah. Geram kerana lelaki itu melibatkan tentang pekerjaannya. Kalau benci sangat pun kat dia, tak payah nak mengadu kat daddy sehingga menyuruhnya untuk resign.
"Dengar tak?"
"O..okay daddy"
Dhia Airisya menjuih sarapannya dengan sudu sambil mulut dimuncung.
"Pergi dengan Emir kejap lagi ambil barang-barang Icha"
"Kenap.....o..okay daddy" tertunduk kepalanya mendapat jelingan tajam dari Tengku Yusuf.
Kepala didongak memandang Emir Adden Fattah. Dijeling tajam Emir Adden Fattah yang memandangnya tanpa sebarang reaksi. Dia pula yang semakin bengang ketika ini. Main kotor betul! Siap dia kenakan balik nanti. Ada ubi ada batas, ada hari dia balas!
PERJALANAN ke officenya untuk mengambil barang-barangnya itu sepi sahaja. Kedua-duanya tidak bercakap dan hanya melayan perasaan masing-masing. Dhia Airisya pula hanya melemparkan pandangannya ke tingkap. Malas juga dia mahu bercakap dengan Emir Adden Fattah. Dia masih geram dan tak dapat terima yang dia kena resign.
Kereta Mercedes warna putih diberhentikan betul-betul depan syarikat yang dia berkerja. Tali pinggang dibuka lalu dia memandang Emir Adden Fattah. Sebuah keluhan kecil terbit dari mulutnya.
"Saya lama sikit tau"
"Hmmm"
Dhia Airisya menggigit bibirnya. Geram dengan jawapan dari Emir Adden Fattah. Siapa yang marah siapa sekarang? Sepatutnya dia yang marah sekarang sebab dia yang terkena tempias. Sudah lah disuruh resign. Ingat senang ke nak cari kerja?
Setelah memakingkan keretanya, Emir Adden Fattah melangkah masuk ke syarikat yang Dhia Airisya bekerja. Selamba badak dia masuk ke syarikat itu tanpa menginform pada receptionist dahulu. Lagipun receptionist yang menjaga di kaunter sudah mengenalinya.
Langkahnya diatur pada office pemilik syarikat tempat Dhia Airisya bekerja. Tanpa mengetuk pintu dahulu, dia terus menerjah masuk ke dalam office CEO itu. Seorang lelaki yang juga dikenal CEO yang sedang duduk di tempatnya melakukan kerja dipandang dengan senyuman sinis.
"Woi Yaaz"
"Haishh kau ni. Adab mana adab? Aku ingat natang mana masuk office aku. Ketuk tak bagi, salam tak bagi" Ayaaz menggelengkan kepalanya dengan perangai kawanya itu. Kalau kawannya itu datang, sudah pasti diterjah masuk macam tadi. Nasib tiada pekerjanya di dalam officenya itu. Bikin malu je!
Emir Adden Fattah ketawa kecil. Tanpa dipersila dia melabuhkan punggung di sofa. Kaki dengan selamba diletak dan disilinang di atas meja."Kau cakap jangan macam orang beradab sangat. Kau pun 2 kali 5 dengan aku" tuturnya membangkang kata-kata Ayaaz. Bukan dia sorang je macam tu. Ayaaz pun macam tu juga. And yes dia belajar daripada Ayaaz.
"So sekarang you owe me your explanation. Apa yang jadi sebenarnya? Tak faham aku. Kenapa kau suruh aku pecat Tiara Lava dan kenapa girl kau tu resign? " soalnya tidak berpuas hati. Dari semalam dia bingung apa yang jadi. Sungguh dia tak fahan apabila Emir Adden Fattah ingin dia memecat Tiara Lava, salah seorang pekerjanya. Sudah lah Dhia Airisya turut resign.
Satu keluhan kecil terbit dari mulutnya sebelum dia menceritakan segalanya tentang apa yang jadi pada Ayaaz. Ayaaz perlu tahu hal ini kerana ianya berkaitan dengan pekerja-pekerjanya. Setelah memberitahu segalanya pada Ayaaz dan Ayaaz pun terangguk-angguk faham, dia mengangkat kaki keluar dari office Ayaaz.
Dhia Airisya menghentakkan kotak yang berisi dengan barang-barangnya di atas meja dengan geram. Geram dengan Tiara yang menuduhnya macam-macam. Dari dia mula kerja kat sini, Tiara tidak pernah suka akannya. Ada saja benda yang dia nak cari pasal.
"Saya tak buatlah semua benda tu!"
"Tak buat? Hahaha habistu kenapa boss pecat I? Cakap je lah yang you tu dengki dengan I!"
Dhia Airisya menarik nafas panjang. Berhadapan dengan manusia yang terencat akal ini memang memerlukan banyak kesabaran. Dibalas renungan tajam Tiara dengan senyuman yang semanis mungkin.
"Ikut awak lah, awak nak cakap. Saya dah resign pun"
"Of course lah you akan resign, dah buat jahat confirm nak lari."
"Icha dah la ko blah cepat. Jangan layan si minah kaki dengki ni" tutur Farhana lalu mengambil kotak milik Dhia Airisya dan dihulurkan kepada Dhia Airisya. Baru Dhia Airisya nak ambil kotak itu namun ditepis oleh Tiara sehingga menyebabkan kotak jatuh ke lantai. Segala barang-barang yang berada dalam kotak itu juga habis keluar.
Dhia Airisya mengucap panjang.
"I tak habis cakap lagi!"
"Awak nak cakap apa lagi Tiara? Tak habis lagi nak menuduh saya?" Soal Dhia Airisya geram. Sabarnya juga ada had. Sudahlah dia dituduh benda yang tidak buat, barang-barang dia pula habis bersepah di atas lantai. Siapa tak geram sekarang?
"Explain this" Tiara melemparkan beberapa kepingan photo kepada Dhia Airisya. Sempat Dhia Airisya menyambut kepingan photo tersebut lalu dia melihat photo tersebut bersama Farhana. Terbuntang matanya memandang photo tersebut.
Photo dia bersama dengan bossnya semasa berada di parking kereta semalam. Yang mengejutkan dia adalah photo yang dia berada di Hotel bersama lelaki yang dia tidak kenal semalam. Macam mana Tiara boleh nampak yang dia bersama dengan seorang lelaki yang tidak kenal semalam di hotel?
Bibirnya digigit.
"Dasar perempuan murahan! Sudahlah goda boss lepastu pergi hotel dengan jantan lain pula! Punya pakai tudung tapi akhlak macam syaitan!"
Dhia Airisya menggepal tangannya. Tiara yang sedang tersenyum sinis itu dipandang kecik besar. Nak je dia tarik rambut Tiara lepastu campak Tiara dari bangunan ni! Geram betul! Tambah lagi apabila pekerja yang menyaksikan pergaduhannya itu mula berbisik sesama sendiri dan memandangnya dengan pandangan jelik.
"You jangan nak fitnah kawan I Tiara!" Farhana menolak bahu Tiara kuat sehingga Tiara ke belakang. Sumpah dia geram dengan Tiara yang semakin teruk peranganya. Fikir dia akan berdiam diri sahaja jika dia melihat Dhia Airisya difitnah macam tu? Dia sangat pasti Dhia Airisya tidak akan pernah melakukan perangai terkutuk itu!
"Ehh hello Hana, you tengok sendiri kan gambar tu?"
"Hana dah la. Biarlah dia"
Dhia Airisya duduk mencangkung lalu mengutip barang-barang dan dimasukkan ke dalam kotak semula. Yang penting dia nak cepat berambus dari sini! Sakit otaknya! Sakit hatinya! Maybe betul kata daddynya, yang dia patut berterima kasih dengan Emir Adden Fattah kerana mengeluarkan dia dari situasi yang sesak ini!
Cakap pasal Emir Adden Fattah dia terpandang Emir Adden Fattah berdiri di sebelah bossnya tidak jauh dari mereka. Matanya dipejam seketika. Janganlah Emir Adden Fattah melihat segala kejadian tadi.
"You jangan pergi lagi perempuan murahan! I nak you cakap kat boss suruh dia ambil I balik kerja kat sini!"
Dhia Airisya mendengus kasar. Dia memandang Emir Adden Fattah dan bossnya itu sekilas lalu memandang Tiara semula yang masih belum perasan akan kewujudan boss mereka. Nafas ditarik dalam. Cuba mengawal kemarahannya tika ini.
"Kenapa saya pulak? Awak yang buat hal awak pergi lah settle sendiri. Fikir saya ni kuli awak ke?" Bentaknya geram.
"Tak guna!"
Badan Dhia Airisya ditolak kuat sehingga menyebabkan belakang badannya melanggar mejanya di belakang. Dia mengaduh sakit. Baru hendak dia membuka mulut semula, Tiara sudah mengangkat tinggi tangannya untuk menamparnya. Dia memejam matanya bersiap sedia menerima tamparan daripada Tiara.
Matanya dibuka semula apabila dia tidak merasa tamparan dari Tiara selepas beberapa saat. Membulat matanya memandang Emir Adden Fattah yang sedang memegang tangan Tiara menghalang Tiara daripada menamparnya.
"You ni siapa? Jangan nak masuk campur hal kitorang!" Tutur Tiara bengang lalu merentap kasar tangannya dari pegangan lelaki yang berdiri di depannya itu. Nafasnya tercungap-cungap geram. Geram kerana tidak berjaya menampar Dhia Airisya. Sudahlah rancangan dia semalam juga tidak berjaya.
"I'm future husband Airisya. Don't mess with my girl" tutur Emir Adden Fattah tenang namun Dhia Airisya sudah terkejut beruk begitu juga dengan Tiara dan beberapa pekerja lain.
Dhia Airisya menggigit bibirnya. Future husband? My girl? Arhh lelaki itu dari semalam berkata begitu! Sungguh dia tak faham dengan Emir Adden Fattah. Lagaknya macam nak kahwin dengan dia je tapi semalam kemain perli dia.
"Rancangan semalam rancangan kau kan? Kau nak perangkap my girl dengan jantan lain but your plan tak berjaya." Emir Adden Fattah tersenyum sinis dan bertambah sinis apabila dia melihat muka cuak perempuan itu.
"Better kau jangan kacau perempuan aku lagi kalau kau taknak terima nasib yang buruk. For your information, lelaki yang kau upah tu, ada dengan aku. Jangan sampai aku suruh dia buka mulut kat polis and nama kau terpampang kat tv. Got it?"
"Tiara Lava, you get out from my company right now! " jerit Ayaaz setelah lama berdiam diri.
Seraya itu, tangan Dhia Airisya ditarik keluar dari situ. Sempat Dhia Airisya berpaling kepada Farhana memintanya untuk membawa barangnya pulang ke rumah sewa mereka. Melihat dari muka Farhana itu nampaknya dia perlu menerangkan segalanya kepada Farhana.
Tapi masalahnya dia sendiri tidak faham apa yang berlaku.
Bibirnya diketap apabila pegangan tangan Emir Adden Fattah pada lengannya yang berlapik itu semakin lama semakin kuat. Urat yang timbul di tangan Emir Adden Fattah membuatkan dia tidak berani membuka mulut. Tahu lah dia Emir Adden Fattah sedang menahan amarah.
"Masuk!"
Dhia Airisya akur lalu masuk ke dalam kereta Mercedes putih milik Emir Adden Fattah. Kereta meluncur laju ke lebuh raya yang tidak sesak mana. Dia mengerling sekilas Emir Adden Fattah yang sedang memandu dengan muka tegang.
Dia ingin penjelasan tapi takut nak bersuara.
"Kau memang tak pandai lawan ke?"
"Huh?"
Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah dengan dahi yang berkerut. Pandai lawan? Setakat beberapa pertahanan seni tu dia pandai la.
"Jangan jadi lembik sangat boleh tak? Lain kali lawan bukannya tutup mata lepastu menangis. Dasar lembik ! Belajar tinggi-tinggi akhirnya otak kat lutut"
Bibirnya digigit. Nampaknya Emir Adden Fattah sedang bercakap tentang kejadian tadi. Mungkin Emir Adden Fattah nak dia lawan Tiara bukan hanya mendengar fitnah yang dilemparkan oleh Tiara. Masalahnya, dia malas nak berlawan kata dengan orang macam Tiara. Lawan dengan orang yang tidak berilmu memang akan kalah.
"Maafla..." Tuturnya perlahan namun masih didengari oleh Emir Adden Fattah.
"Maaf! Maaf! Tu je yang kau tahu"
"Tak kenapa awak nak marah-marah saya pulak? Saya ni mangsa keadaan" bentaknya geram dengan Emir Adden Fattah yang selalu ingin marahkan dia. Sudahlah dia mangsa keadaan. Difitnah benda yang dia tidak buat! Sepatutnya keadaan begini, Emir Adden Fattah memujuknya atau pun memberi kata semangat padanya! Bukan marah-marah!
"Sebab aku tak suka la, orang buat kau macam tu! Ikutkan hati aku dah lama aku tembak betina tu"
Dhia Airisya terdiam.
Ayat pertama Emir Adden Fattah mengoncangkan hatinya yang panas itu menjadi lembut. Rasa terharu apabila Emir Adden Fattah kata begitu kepadanya. Betul ke dia dengar yang Emir Adden Fattah tak suka orang buat macam tu kat dia? Atau dia salah cakap.
"A...awak cakap apa?"
Emir Adden Fattah mengerling sekilas Dhia Airisya. Kereta yang dipandu itu diberhentikan di tepi jalan secara tiba membuatkan Dhia Airisya panik dengan kelakuannya itu. Bunyi hon daripada belakang dengan kelakuannya yang memberhentikan kereta di tepi jalan dengan mengejut diendahkan.
"Awak ni gila ke?" Soalnya geram.
Emir Adden Fattah berpaling memandangnya.
"Airisya"
"I...iye?" Soalnya takut dengan muka tegang Emir Adden Fattah.
"Kahwin dengan aku"
*********
Aaaa, author cakap yess !!!
Ehh lupa single.
Dhia Airisya dilamar oleh Emir Adden Fattah !
Korang rasa Dhia Airisya cakap yes ke no?
Jeng jeng tunggu next chapter !
Jangan lupa votement yee guys !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro