Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 39

DHIA AIRISYA membuka tutup matanya beberapa kali. Mulutnya menguap kecil. Jam di phonenya dipandang. Baru 3 pagi. Dia tersedar apabila terasa dirinya tidak dipeluk ketika tidur. Buka sahaja matanya, Emir Adden Fattah tiada di sisinya. Mana pula suaminya itu pada pukul 3 pagi ini?

Perlahan-lahan dia bangun daripada katil. Dengan mata yang masih mengantuk, dia keluar dari bilik. Matanya mengecil menganalisa seseorang sedang memakai kasut. Tika dia sudah dapat mengenal pasti bahawa itu Emir Adden Fattah, dia membuka mulut mahu memanggil suaminya tapi suaminya itu keluar terlebih dahulu tanpa perasan akan dirinya.

Emir Adden Fattah menuju ke parking apartment di mana terletaknya kereta lambhorgini yang di sewanya itu buat sementara mereka berada di French. Tubuhnya cepat sahaja membolos ke dalam kereta tersebut sebelum meluncur laju ke jalan raya. Jalan raya yang sangat lengang ketika pukul 3 pagi ini mencepatkan dia sampai ke destinasi.

"Mr. K"

Sapa seseorang sebaik sahaja dia turun daripada keretanya. Emir Adden Fattah memandang orang yang menyapanya itu. Muka kacuk French dan Italy. Kening yang tebal. Rambut berwarna coklat dan memiliki mata bundar yang berwarna hijau. Orang kanannya, Andre yang merupakan orang yang sangat dipercayai.

"Il est à l'intérieur? (He's inside?) "

"Oiu (Yes)"

Emir Adden Fattah memasuki satu bangunan yang kelihatan usang di luar tapi tidak di dalam. Bangunan tersebut merupakan salah satu markas mafianya yang terletak di French. Dia terus mara menuju ke sebuah bilik yang terletaknya di tingkat bawah tanah untuk berjumpa dengan orang kanan musuhnya yang berjaya di tangkap beberapa hari lepas.

Bibirnya mengukir senyuman sinis sebaik sahaja melihat orang kanan musuhnya itu digantung lemah dengan besi di kedua-dua tangan pada siling. Andre menarik sebuah kerusi lalu diletakkan di hadapan musuh mereka tersebut. Tanpa membuang masa, Emir Adden Fattah mengambil tempat duduk lalu kakinya disilangkan.

Renungan tajam diberikan pada lelaki ini. Puntung rokok yang sudah bernyala diambil dari Andre lalu di letak di mulutnya. Badannya didekatkan dengan orang kanan musuhnya itu. Henbusan asap rokok sengaja dihembuskan pada muka lelaki itu menyebabkan lelaki itu terbatuk kecil.

"Nice to meet you again, Loius." Ujarnya pada orang kanan musuhnya itu yang bernama Loius.

Loius mengerutkan dahinya. Nice to meet you again? Bila masa dia pernah berjumpa dengan lelaki di depannya itu? Ini buat pertama kali mereka berjumpa. Dia sendiri keliru kenapa dia ditangkap oleh lelaki itu? Setahunya dia dan bossnya tidak pernah terlibat dengan lelaki Korea tersebut.

"Je parie que vous ne vous souvenez pas de moi, n'est-ce pas ? (I bet you don't remember me right?. It's okay you will remember me later.)"

"Qu'attendez-vous de moi? (What are you want from me?)" Soal Loius bengang.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Dia bangkit daripada duduknya lalu mara ke tingkap. Langit yang gelap itu dipandang dengan hati yang kosong. Bulan mahupun bintang tidak kelihatan malam ini. Mungkin terlindung dengan awan. Asap rokok dihembus sebelum dia berpaling memandang Loius semula.

"Qui est votre patron? (Who are your boss?)"

Soalnya dengan serius. Matanya tajam memandang Loius memberi ingatan renungan tajamnya itu bukan biasa-biasa. Mahu bermain dengannya silap hari bulan nyawa yang melayang. Tapak kaki semakin melangkah mendekati Loius, namun lelaki itu sikit pun tidak gentar akannya.

"Vous pensez que je vais vous dire? (You think I will tell you?)" Soal lelaki itu dengan senyuman sinis. Dia ketawa menyindir lelaki di depannya itu. Yang tangkap orang kanan tu kenapa? Sudah tentu dia tidak akan bagitahu siapa bossnya! Dia sangat loyal akan bossnya!

"Haha how silly I am asking you with that question. Of course, you will not tell me right?"

Emir Adden Fattah membuang puntung rokok di lantai lalu memijaknya dengan tapak kasutnya mematikan bara api puntung rokok. Dia menghantar isyarat kepada Andre sebelum rambut Loius ditarik kasar dari belakang. Mereka berdua sama-sama tersenyum sinis memandang satu sama lain.

"Voyons voir, vous me direz ou non. (Well let's see, you will tell me or not)"

Andre mengheret seorang lelaki yang diikat kemas dengan tali, sehingga tepat berada di depan Emir Adden Fattah. Melihat Loius yang mendengus geram membuatkan Emir Adden Fattah senang hati. Sudah semestinya dia akan mencari kelemahan musuhnya sebelum berjumpa dengan mereka.

"Let my brother go!" Bentak Loius geram. Lelaki yang diikat dengan tali itu dipandang dengan perasaan bersalah. Satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.

"So tell me who are your boss?!" Soal Emir Adden Fattah dengan suara yang tinggi. Dia sudah hilang kesabaran.

"Je vais vous le dire, mais s'il vous plaît, laissez-le partir! (I will tell you but please let him go!)"

Emir Adden Fattah menghantar isyarat mata sekali lagi pada Andre. Andre menangguk kepalanya lalu mengheret lelaki tadi keluar dari bilik tersebut. Keluar sahaja Andre dan lelaki itu , Emir Adden Fattah mengambil tenpat duduk di kerusi tadi. Matanya tajam menikam mata Loius.

"Jacques."

Emir Adden Fattah mengerutkan dahinya. Macam pernah dengar nama tu. Dia memandang Andre yang sudah berada di sisinya. Andre yang faham akan renungan Emir Adden Fattah mendekatkan mulutnya di telinga Emir Adden Fattah. Dia menjelaskan siapa Jacques memandangkan semua mafia di French dia kenal.

Rambut diraup di belakang. Mukanya menayang riak wajah yang tidak berpuas hati.

"Wanna play with me?"

Loius mengerutkan dahinya. Dia beritahu hal yang sebenar! Jacques merupakan bossnya.

"I told you the truth!"

"Shut your fu*king mouth man! Don't mess with me! Jacques is not the man that I find!" Ujar Emir Adden Fattah bengang. Pipi Loius dicengkam kuat. Kukunya sengaja dibenamkan di pipi Loius membuatkan muka Lois berkerut menahan sakit.

"Jacques is my boss! But..."

"But?"

Loius mengetap bibirnya. Keliru mahu memberitahu ataupun tidak. Di antara nyawanya dengan nyawa adiknya. Yang mana satu yang perlu dia pilih? Satu keluhaan kecil dilepaskan.

"But he's not my big boss"

Emir Adden Fattah mengerutkan dahinya. Maksudnya Jacques bukan big boss dan ada boss lain di atasnya?

"Et puis qui est votre grand patron? (And then who's your big boss?)"

"Je ne sais pas. (I don't know)"

Nafas dalam ditarik. Isyarat mata dihantar oleh Andre. Malas dah dia mahu bermain tarik tali dengan Loius. Loius yang sedia faham akan isyarat mata Emir Adden Fattah terus melakukan kerjanya. Dia sudah bertahun-tahun kerja di bawah Emir Adden Fattah atau dikenali dengan Mr. K. Kenal sangat perangai bossnya itu yang kurang mengeluarkan suara.

"I really don't know!" Jerit Loius ketakutan apabila melihat lelaki yang berambut coklat itu membawa (skru). Terbuntang matanya melihat benda alah tersebut!

"Stop wasting my precious time" ujarnya. Mesin skru diambil dari Andre. Butang hijau ditekan lalu mesin tersebut hidup. Hujung mata mesin tersebut berpusing-pusing, menambahkan lagi ketakutan Loius. Gila!

"I never saw his face! You can ask Jacques. He had seen my big boss's face once!"

Emir Adden Fattah yang mahu memulakan perbuatan itu tidak jadi apabila Loius berkata begitu. Dia memandang Loius dengan renungan tajam meminta kepastian daripada lelaki itu. Gergaji tersebut dihulurkan semula kepada Andre.

"I don't lie to you. I said the truth!"

"So where is your boss, Jacques?"

Loius diam. Lama dia perati muka Emir Adden Fattah yang sedang merenungnya tajam. Dahinya berkerut sedikit. Anak mata grey kebiruan itu seperti pernah dilihat. Tapi di mana? Dia cuba ingat semula dia mana dia melihat sepasang mata grey kebiruan itu.

"I remember you!"

Muka Emir Adden Fattah berubah melihat senyuman sinis terukir di wajah Loius. Tangannya digenggam geram sehingga menimbulkan uratnya. Melihat Loius yang ketawa menyindir lagi menyakitkan hatinya.

"You're that boy. Wow, so amazing! How can you still be alive? I thought you had died 20 years ago with your parents."

Tangannya semakin diketap geram. Lelaki ini adalah salah seorang orang upahan yang terlibat semasa kejadian 20 tahun lalu. Kejadian di mana ibu bapa kandungnya dibunuh dengan kejam di depan matanya sendiri! Kejadian itu tidak pernah dia lupa walapun sesaat. Masih segar ingatannya kejadian itu! Cuma muka para penjahat tersebut dia samar-samar ingat.

Jika dilihat atau berjumpa sekali lagi pasti dia akan ingat. Sama macam Loius. Apabila dia melihat Loius sekali lagi setelah beberapa tahun, dia mula teringat apa yang dilakukan oleh lelaki itu 20 tahun lalu.

"You can't never find him. He's like a snake who can hide well and can kill you anytime"

Emir Adden Fattah tersenyum sinis.

"Ouh really? And then I like a lion who never let his prey alive"

Gergaji yang berada di tangan Andre diambil semula. Tanpa membuang masa, dia terus membenamkan muncung tajam tersebut ke bahu Loius sehingga tembus ke belakang. Menjerit kesakitan Loius apabila dia dapat rasakan daging di bahunya bagai terpusing-pusing mengikut arah jam seperti muncung mesin tersebut.

"Hurt? This will never bring my parents back."  ujar Emir Adden Fattah dengan suara yang diketap. Luka pada Loius itu tidak dapat dibandingkan dengan lukanya dimana dia melihat ibu bapa kandungnya dibunuh dengan kejam di depannya.

"You won't get your revenge!"

Jeritan Loius diambaikan. Berkali-kali dia membenamkan mata tajam mesin tersebut pada tubuh Loius sehingga lelaki itu semakin lemah. Pancuran darah tidak henti keluar membuatkan muka Loius semakin pucat. Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Puas rasa hatinya melihat Loius semakin lemah.

"You fu*king bastard. Go to the hell"

Mesin tersebut dilemparkan ke lantai. Dia menghulurkan tangannya pada Andre. Pedang panjang yang lagi tajam itu diletak atas tapak tangan Emir Adden Fattah oleh Andre. Melihat Loius yang masih dapat tersenyum sinis membuatkan dia tidak sabar mahu membunuh lelaki itu. Pedang di tangannya di pusing-pusing.

"Any last word?" Soalnya tidak sabar nak membunuh. Tidak ada gunanya dia menyimpan lelaki itu lagi. Lagipun lelaki itu turut terlibat dalam pembunuhan kejam ibu bapanya. Jadi dia juga turut membalasnya dengan kejam!

"You....will never see him again!"

"I will do anything to get my revenge. Just wait and see."

Sebaik sahaja dia berkata, pedang diangkat tinggi lalu dengan sekali libas sahaja, kepala Loius sudah terpisah dari badannya. Dia memandang kepala Loius yang tergolek-golek di atas lantai itu puas. Darah yang terpercik di muka dan badannya diendah. Ketawanya mula memenuhi ruang tersebut. Puas yang amat! Salah seorang daripada mereka sudah dibunuh!

Prang

Bunyi kaca yang jatuh dan terburai di atas lantai mematikan ketawanya. Dia dan Andre memandang ke belakang mereka. Kawasan yang terdapat banyak barang itu dipandang dengan mata yang dikecilkan. Seperti ada seseorang yang menyaksikan perbuatannya.

"Who's that?" Soal Andre. Dia mara ke tempat tersebut.

Dhia Airisya menutup mulutnya bagi mengelakkan suara keluar. Dia memandang botol kaca yang tidak sengaja dilanggar itu akibat terlampau terkejut menyaksikan perbuatan Emir Adden Fattah. Debaran dada semakin rancak apabila bunyi tapak kaki semakin kuat kedengaran.

Matanya dipejam. Tangan dan juga badannya semakin menggigil. Dari tadi dia mengekori Emir Adden Fattah ke sini dan menyaksikan perbuatan dan perbualan suaminya itu. Sungguh dia tidak sangka suaminya begitu kejam sekali membunuh lelaki itu. Tidak semena-menanya peristiwa 4 tahun lepas yang membuatkan dia begitu trauma terimbas kembali.

Masih dia ingat kepala seorang anak buah Alex tergolek-golek ke kakinya dan juga Nadhira Zalikha setelah dipancung dengan pedang oleh Alex. Gara-gara mereka yang cuba melarikan diri dan hampir sahaja mahu terlepas, membangkitkan kemarahan Alex. Anak buah yang sepatutnya mengawasi mereka dibunuh dengan kejam oleh Alex.

Kini, dia terasa seperti dejavu dan terasa dia kembali ke peristiwa 4 tahun lalu. Peristiwa yang memberi kesan yang amat mendalam padanya. Tubuhnya semakin menggigil. Dadanya semakin diambang kesesakan. Sukar dia mahu bernafas. Dia sekarang diserang panic attack. PTSDnya atau Post Traumatic Disorder Syndrome muncul kembali.

"You'll die, bit*h"

Air liur ditelan kelat apabila seorang lelaki mengacu pistol tepat pada kepalanya. Kepalanya didongak memandang lelaki itu. Bergetar-getar anak matanya menentang renungan tajam anak mata hijau tersebut. Doa dalam hati tidak berputus-putus agar dia diselamatkan dari lelaki itu dan juga suaminya.

"Stop"

Emir Adden Fattah mengalih tangan Andre yang mengacu pistol pada Dhia Airisya. Matanya jelas terkejut melihat Dhia Airisya berada di sini. Bibirnya diketap. Tangannya digenggam erat sehingga menimbulkan urat di tangannya. Bagaimana isterinya itu boleh berada di sini? Dan adakah perbuatannya tadi disaksikan oleh Dhia Airisya dari awal hingga akhir?

"Sayang"








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro