Bab 30
DHIA AIRISYA menggosok tangannya laju. Ditiup dari mulutnya untuk menghangatkan tangannya yang sejuk macam nak beku dah. Ya Allah sejuk nak mampus kat Korea! Walaupun dia dah memakai sweater yang agak tebal tapi dia masih rasa sejuk! Agak-agak berapa darjah celcius cuaca sekarang kat sini?
Kelakuan Dhia Airisya membuatkan Emir Adden Fattah tersenyum kecil. Tangan Dhia Airisya dipegang membuatkan Dhia Airisya tersentak kecil. "Come here" tangan Dhia Airisya ditarik lantas dia memeluk Dhia Airisya dari belakang. Tangannya menggengam erat tangan Dhia Airisya lalu dimasukkan ke dalam poket sweater Dhia Airisya.
"Abang malulah orang tengok" tutur Dhia Airisya malu apabila beberapa orang yang lalu lalang di depan airport Incheon melihat mereka pelik.
"Don't think about the others perspective. Biarkan je mereka" tutur Emir Adden Fattah tenang dan dengan selamba dia mencium pipi Dhia Airisya.
"Abang!"
Emir Adden Fattah ketawa kecil melihat muka cemberut Dhia Airisya. Pelukan dikemaskan apabila dia juga merasa semakin sejuk. Kereta Hyundai Sonata yang berwarna biru berhenti di depan mereka mengalihkan padangan mereka Terjongol satu kepala lelaki melalui tingkap kereta yang diturunkan. Tersengih lelaki itu membalas renungan tajam dari Emir Adden Fattah.
"Micheosseo? Oro jugeuragoyo?! (Are you crazy? You want us to freeze to death?" Bentak Emir Adden Fattah pada Hae Sung. Boleh pula ambil dia dengan Dhia Airisya lambat. Dia dah pesan awal-awal dah datang sini sejam sebelum dia sampai. Kalau dia tahu Hae Sung datang lambat baik dia suruh orang lain ambil mereka.
"Mianhae. Do palli deuroolkkeyo.( I'm sorry Faster comes in.)" tersengih sekali lagi Hae Sung. Dilemparkan senyuman manis kepada Dhia Airisya yang memandang mereka berbual. Berkerut dahi Dhia Airisya yang sudah semestinya tidak faham apa yang mereka bualkan.
"Jimeul sittta. (Put our luggage)"
"Nega? Honja hae (Me? Do it by yourself)"
"Neo jugullae? (You wish to die?)"
Hae Sung ketawa berdekah melihat reaksi Emir Adden Fattah. Dia turun dari kereta mendekati sepupunya dan isteri sepupunya. Pintu belakang dibuka lalu dia mempersilakan Dhia Airisya untuk masuk ke dalam kereta. Renungan tajam oleh Emir Adden Fattah dibiarkan.
"Come, Airisya. I will handle your beloved husband"
Dhia Airisya tersenyum kecil kepada lelaki yang membuka pintu untuknya itu. Entah namanya apa, mereka masih belum berkenalan. Dia memandang Emir Adden Fattah yang muka cemberut itu. Ketawanya ditahan lalu dia masuk ke dalam kereta.
"Honja hae. Aratjji nan ne namjaga aniya. Buekk (Do it by yourself okay? I'm not your man.)" sempat Hae Sung menjelirkan lidah kepada Emir Adden Fattah sebelum berlari ke tempat pemandu semula meninggalkan Emir Adden Fattah yang masih tercegat bersama luggage.
"Shibal"
Bonet kereta dibuka lalu dia meletakkan luggagenya dan luggage Dhia Airisya dengan geram. Sempat mulutnya terkumat-kamit mengata Hae Sung. Kalau dia tahu jadi macam ni baik dia suruh orang upahannya untuk ambil mereka kat airport. Silap betul balik tak bagitahu harabeojinya. Kalau tak kereta dah berderet datang menjemputnya kat airport.
Jangan dikata luggage tak perlu diletak sendiri ke dalam bonet, nak masuk kereta pun confirm pasang red carpet sepanjang laluan tu. Lagi-lagi dia bawa balik cucu menantu harabeojinya itu. Mahu terbeliak nanti mata mereka semua.
"Boleh pun buat." Ujar Hae Sung yang sedikit fasih berbahasa Melayu.
"Jugyoborilgoya, shibal. (I will kill you)" pintu kereta ditutup kuat. Hae Sung seronok ketawakan sepupunya itu begitu juga Dhia Airisya. Walaupun tidak faham apa yang dikatakan oleh mereka, tapi dia faham apa yang berlaku. Dhia Airisya yang turut ketawakan dia makin memarakkan api yang ada dalam badannya. Sejak bila mereka berdua ni jadi satu geng?
Baru kereta hendak meluncur ke lebuh raya namun tidak jadi apabila kereta yang dinaiki mereka tiba-tiba dikelilingi beberapa buah kereta. Sekejap sahaja mereka turut dikelilingi orang ramai dan reporters sehingga menyebabkan kereta mereka tidak dapat bergerak sedikit pun.
Emir Adden Fattah memicitkan kepalanya. Penat terbang jauh masih tidak hilang tambah pula masalah lain. Melihat seorang perempuan yang bergaya dan seksi keluar dari salah satu buah kereta hitam lagi membuatkan kepalanya berdenyut.
"Hae Sung-ah, malhaesso? (You told her?)"
"Ani (No)"
Dhia Airisya yang tidak faham apa yang berlaku semakin berkerut dahi memandang mereka berdua. Lagi dia tidak faham apabila beberapa reporter menangkap gambar seorang perempuan yang baru turun dari kereta. Tak dia tak faham apa kaitan mereka dengan perempuan tu? Perempuan tu pun nak photoshoot pergilah photoshoot kat studio!
"Abang kenapa......" Dhia Airisya tidak jadi melanjutkan bicaranya apabila perempuan yang menjadi tarikan orang ramai itu mengetuk cermin kereta yang dinaiki oleh mereka.
"Kyung-ah, nega geunyoege ganeun ge jokesso. (I think better you go to her)"
"Micheosseo? Shireo! (Are you crazy? No way!)"
"Kyung! Airisya neun saenggakaeboseyo. Dangsin anaereul haechikkil baranayo? (Think about Airisya. You want them to harm your wife?"
Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dia berpaling memandang Dhia Airisya yang jelasnya sedang bingung dengan apa yang jadi. Matanya dipejam seketika sebelum dia melepaskan tumbukan pada kerusi hadapan dengan geram. Topi hitam dan mask hitam yang dipakai olehnya dicabut. Mukanya diraup kasar.
"Abang" Dhia Airisya memegang tangan Emir Adden Fattah. Walaupun takut melihat Emir Adden Fattah kelihatan begitu bengang namun dilawan juga. Dia tersenyum nipis apabila Emir Adden Fattah memandangnya.
"Sayang"
"Hmmm?"
"I will explain to you later. Sayang balik dengan Hae Sung dulu. I will follow you later" tutur Emir Adden Fattah. Pipi Dhia Airisya diusap. Dia tersenyum nipis. Terpaksa dia turun dari kereta ini. Kalau dia tidak turun sampai ke sudah mereka akan terperangkap di sini.
"Ta...tapi kenapa?"
"Hae Sung ahh" soalan Dhia Airisya dihiraukan. Dia memandang Hae Sung.
"Bring Airisya to main house"
"Arasseo. Don't worry. (Okay)"
Emir Adden Fattah tersenyum kecil memandang Dhia Airisya. Dicium sekilas dahi Dhia Airisya sebelum dia membuka pintu kereta.
"I will see you later okay?"
"Aba...."
Belum sempat Dhia Airisya mahu berkata, Emir Adden Fattah menutup pintu terlebih dahulu .Bunyi teriakan dan sorakan yang sudah tentunya fansnya makin kuat kedengaran sebaik sahaja dia keluar dari kereta. Cahaya lampu kini dialih ke arahnya. Reporter juga tidak lupa untuk melakukan kerja-kerja mereka. Cucu president Korea yang hot dan nampak sangat cool kini berada di depan mereka. Walaupun tiada secalit satu senyuman pun di muka itu tapi masih menggoda ramai gadis.
Emir Adden Fattah berlalu menghampiri kereta yang dinaiki oleh perempuan tadi. Dia mahu cepat balik ke main house. Langkahnya terhenti apabila perempuan yang bernama Park Min Ah atau juga dikenali sebagai artist terkenal dan turut merupakan sepupunya memeluknya di khalayak orang ramai.
Lengan Min Ah dipegang dan bersiap sedia untuk menolaknya dari memeluknya. "Kyung oppa, you better stay like this if you don't want I exposed that girl now" ugutan dari Min Ah membuatkan dia tidak jadi menolak Min Ah dari memeluknya. Yang lagi dia tergamam macam mana Min Ah boleh tahu ada Dhia Airisya di dalam kereta?
Cermin kereta yang dipandu Hae Sung sangat gelap dan orang luar takkan nampak siapa di dalam. Macam mana Min Ah tahu flight diorang and dia datang bukan seorang diri. Sedangkan dia sendiri tak bagitahu siapa-siapa termasuk harabeojinya. Hanya Hae Sung sahaja yang tahu.
Dhia Airisya turut tergamam dengan kelakuan perempuan tersebut yang entah datang dari mana tiba-tiba memeluk suaminya di depan orang ramai. Makin menyirap darahnya apabila Emir Adden Fattah langsung tidak berbuat apa-apa. Dibiarkan sahaja badannya dipeluk oleh perempuan itu? Amboi-amboi seronok nampak kena peluk dengan perempuan lain?
"Err Airisya don't misunderstood. Kyung...."
"Siap diorang aku kerjakan"
"Hmm what? I don't understand what you sai......OMG!"
Emir Adden Fattah semakin geram apabila Min Ah semakin kuat memeluknya siap buat macam-macam posing untuk ditangkap gambar oleh reporter. Dia mengenggam tangan erat geram sehingga menimbulkan urat di tangannya. Kalau dia tidak fikirkan keselamatan Dhia Airisya kalau Min Ah exposedkan isterinya itu, dah lama dia lempang Min Ah.
Matanya dipejam seketika. Habislah dia kena pujuk Dhia Airisya.
"Min A....."
Pang
"Get your hands off from my husband bitch!"
Dhia Airisya tersenyum sinis melihat perempuan tersebut tersungkur atas jalan. Kuat juga penampar dia sehingga tapak tangan dia rasa begitu pedih. Reporter yang mengambil gambar mereka dan juga fans yang menjerit dihiraukan. Yang dia tahu dia rasa sangat marah ketika ini! Berani perempuan ni peluk suami dia?
"Opss sorry. Tak sengaja tampar kuat"
DHIA AIRISYA semakin menunduk kepalanya sehingga dahinya hampir-hampir terlanggar meja makan. Bibirnya digigit. Rasa malu, marah sedih semua ada apabila dia ditatap oleh semua ahli keluarga Emir Adden Fattah dengan pandangan aneh. Suaminya itu dari tadi taknak cakap dengan dia. Bila dia pandang suaminya terus dapat hadiah renungan tajam dari sang singa. Takut!
Kalau bukan Emir Adden Fattah nak back up dia, siapa lagi nak back up dia? Dia tak ada siapa-siapa kat sini! Huwa nak nangis. Yang paling dia geram, apabila perempuan yang dia tampar tadi tidak henti menangis sampai sekarang! Play victim betul! Dia yang victim tahu!
Dia mengeluh kecil. Baru dia tahu identiti perempuan tersebut yang merupakan sepupu Emir Adden Fattah dan paling dahsyat celebrity Korea! Habislah kena kecam. Sudahlah masa dia tampar perempuan tu tadi, reporter ada. Dah sah sah sudah terakam bukti yang dia tampar celebrity Korea! Mesti esok ni muka dia terpampang kat tv. Seorang gadis Malaysia menampar celebrity Korea! Woho famous dia!
"Min Ah ya, harabojineun geunyoreul gosohaneun gosi chwesone bangbobirago saenggakaji anayo. Geunyoneun dareun nugue gajoktto anin uri gajoge irwonimnida. Dangsin sachone anaeyo. (I don't think suing her is the best way to go. She is a member of our family, not anyone else's. Your cousin's wife) "
"Harabeoji!"
"Min Ah! Harabeojiga han mareul deuroboseyo (Jist listen to what grandfather said)" ujar seorang perempuan yang berumur namun masih kelihatan cantik. Mungkin merupakan ibu kepada Min Ah.
"Shireoyo! Naega wae? Geunyoga monjo ppyameul ttaeryosso. Igon geunyoe jalmosiya. (She slapped me first! This is her fault!)
"Hajiman dangsini monjo sijakajyo? Mulron dangsini nampyoneul kkyoanasseul ttae geunyoneun dangsinege hwaga natjjyo. (But you start this first, right? Of course she's mad at you when you hugged her husband.)" Kata-kata harabeojinya membuatkan Min Ah diam. Dia berpaling memandang isteri sepupunya itu. Jelingan tajam diberikan apabila mata mereka bertentangan.
Dhia Airisya meneguk air liur kelat. Matanya dilarikan. Entah apa yang dibualkan oleh mereka dari tadi dia tidak faham. Melihat muka bengang perempuan itu menyatakan dia tidak akan hidup aman selepas ini. Dia kena saman ke? Masuk penjara ke? Ke kena halau dari Korea lepastu jadi blacklist? Huwaa taknak!
"You bitch! How dare you slap me! You think I can't get my revenge? Just wait and see bitch!" Min Ah meluru ke arah Dhia Airisya namun ditahan beberapa orang di situ termasuk Hae Sung. Dhia Airisya pula berlari menyorok di belakang Emir Adden Fattah. Sempat dia tersengih menampak gigi apabila Emir Adden Fattah memandangnya tajam.
"Park Min Ah!" Tengking harabeoji membuatkan Min Ah semakin tidak berpuas hati lalu meninggalkan ruang tamu tersebut. Sempat dia menghadiahkan renungan tajam kepada Dhia Airisya yang menyorok di belakang sepupunya itu.
"Min Ah yaa" perempuan yang berumur tadi mengejar Min Ah.
"Mianhae harabeoji. Mianhae samchun. You all had issues on our first day here." tutur Emir Adden Fattah dengan perasaan bersalah. Dia membongkokkan sedikit badannya kepada harabeojinya dan ayah keoada Min Ah yang merupakan bapak saudaranya.
"Gwaechana. Kyung and Airisya can go to your room. You two must be so tired" ujar seorang lelaki berumur yang merupakan uncle kepada Emir Adden Fattah dan ayah kepada Min Ah. Dia menepuk bahu Emir Adden Fattah lalu tersenyum. Langsung tidak mengambil hati dengan apa yang terjadi. Dia tahu sangat perangai anaknya macam mana dan dia tak salahkan Dhia Airisya apa yang jadi.
"Ermm, Airisya, right? Just forget what happened. I will handle it all, so don't worry. "
"O..okay. I'm sorry." Dhia Airisya tersenyum nipis. Entah apa tanggapan Emir Adden Fattah sekeluarga terhadapnya sekarang dengan apa yang terjadi. Habislah dia perjumpaan kali pertama pun dia dah bagi pandangan yang teruk. Daddy ibu nak balik Malaysia!
Sebaik sahaja selesai makan malam, Dhia Airisya dan Emir Adden Fattah naik ke bilik mereka semua. Dhia Airisya mengeluh kecil melihat Emir Adden Fattah yang hanya diam dan tidak mahu bercakap dengannya sedari tadi. Seriously rasa nak menangis sekarang!
"Abang" panggil Dhia Airisya sebaik sahaja mereka masuk bilik.
"Abang, Isya minta maaf"
Sekali lagi dia dipalau. Dhia Airisya mengeluh kecil sekali lagi. Entah sudah buat ke berapa kali dia mengeluh. Dia tak kesah tentang pandangan orang lain. Masa makan tadi pun dia tebalkan muka. Yang dia kesah apabila satu-satunya orang yang dia boleh bergantung palau dia sekarang. Jangan dikata cakap taknak, pandang dia pun taknak.
"Abangggg"
Emir Adden Fattah berpaling memandang Dhia Airisya. Lama dia pandang Dhia Airisya sebelum keluhan kecil dilepaskan. Dia mengeluarkan phonenya dari poket lalu nama Razul dicari. Ditekan butang hijau sebelum dilekapkan phonenya di telinga. Sekejap sahaja panggilannya diangkat.
"Wehh bro aku baru nak call kau. Seriously wife kau tampar sepupu kau yang annoying tu?" Soal Razul sebaik sahaja callnya diangkat. Emir Adden Fattah meraup mukanya. Ni mesti dah tersebar ke Malaysia ni. Cepat betul netizen buat kerja.
"I need your help Zul"
"Hahahha I know you will call me to ask for my help. Don't worry, aku dah delete semua berita tu dan semuanya sudah beres"
Emir Adden Fattah menarik nafas lega. Terlepas satu beban di bahunya. Dari tadi dia risau kalau kejadian tadi tersebar ke seluruh negara. Dia risau kalau Dhia Airisya dikecam dan membuatkan keselamatan Dhia Airisya tergugat.
"Btw bro kau cakap kat wife kau dia punya penampar tu perghh meletop! Sampai ke Malaysia aku dapat rasa dia punya penampar. Aku sokong wife kau bro. Padan muka perempuan tu! Apa nama dia Minah ehh?" Emir Adden Fattah ketawa kecil. Minah pun boleh. Dia berpaling ke belakang namun dahinya berkerut apabila melihat Dhia Airisya tiada di dalam bilik.
"I will call you later. Thanks for you help"
Dhia Airisya mengeluh kecil. Dia mengambil tempat duduk di tepi kolam. Kakinya direndam namun diangkat semula apabila sejuk air kolam itu terasa sehingga ke otaknya. Bapak sejuk nak mampus. Ni air atau ais? Kakinya ditarik ke dada lalu dipeluk. Dia memandang ke langit. Teringat akan kata-kata Emir Adden Fattah.
"Bintang tak selalu ada untuk bulan tapi aku akan selalu ada untuk kau"
Dhia Airisya mengeluh kecil. Mana janji suaminya itu? Dia sedang bersedih ketika ini namun Emir Adden Fattah tiada di sisinya malah memalaunya. Dia tahu yang dia tak patut tampar si Min Ah tapi jealous dia di tahap yang tinggi tadi sehingga membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan baik.
"Ehem"
Dhia Airisya tersenyum lalu berpaling ke belakang dengan teruja. "Aba....." Mulutnya terkatup semula apabila melihat bukan Emir Adden Fattah bahkan orang lain.
"Can I sit?"
Dhia Airisya tersenyum kelat pada lelaki itu sebelum menangguk kepalanya. Lelaki itu mengambil tempat di sisinya. Terasa tidak selesa dengan jarak mereka, Dhia Airisya menjarakkan dirinya sedikit. Nasib lelaki itu tidak datang menghampiri dia. Setahunya lelaki itu merupakan salah satu ahli keluarga Emir Adden Fattah. Mungkin sepupu?
"I'm Park Jay Hyun"
Huluran tangan oleh lelaki bernama Jay Hyun dibalas dengan senyumannya.
"Airisya"
"Airi...sya? Beautiful name."
Dhia Airisya tersenyum kecil "Thanks" Pandangan dialih ke arah lain apabila Jay Hyun memandangnya lama. Dia mula merasa tidak selesa. Mahu sahaja dia berlari ke bilik sekarang tapi risau kalau dia dituduh sombong.
"How did you know Baek?"
Dhia Airisya mengerutkan dahinya. Baek? Siapa pula tu? "Baek? Bae Kyung? Ohh Adden" kepalanya digaru. Dia selalu dengan orang panggil Kyung dan bukan Baek. Keliru sekejap dia. Dia tersenyum nipis teringat akan mimpi mereka. Dari situlah dia mengenali Emir Adden Fattah.
"Dreams"
"Dreams?"
Kepalanya diangguk. Mesti Jay Hyun cop dia gila nanti.
"How long did you know him? And how did you get married to him? As far as I know, he was engaged to Min Ah, and I was shocked when he came back here and was married. Just like how can it happen? "
Dhia Airisya berpaling memandang Jay Hyun dengan terkejut. Terkejut dengan kata-kata yang diutarakan oleh Min Ah. Dia tak salah dengar kan?
"What were you saying just now? En...engaged?"
Soalnya ingin kepastian. Mungkin dia salah dengar. Takkanla suaminya itu bertunang dengan orang lain sedangkan sudah berkahwin dengannya dan takkanla suminya menduakan dia? Tak. Emir Adden Fattah takkan buat macam tu. Suaminya itu takkan curang dengannya. Dia pasti.
"Yaa. Min Ah is Kyung's fiance. You did not know that?"
************
Done double update.
Korang rasa Jay Hyun tipu ke betul guys yang Adden bertunang dengan Min Ah?
Tunggu next episode okay!
Author sengaja taknak triple update sebab nak korang tertanya-tanya betul tak. Haha.
Jangan lupa votement okay!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro