Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 29

BOLA yang dipegang oleh Razul dilemparkan secara mengejut kepada Emir Adden Fattah yang baru sahaja tiba di padang bola namun Emir Adden Fattah berjaya menyambut bola tersebut dengan baik.

"Asal isteri kau tak ikut? Gaduh lagi ke?" Soal Razul pelik apabila dia tidak melihat kelibat Dhia Airisya. Dahinya berkerut sedikit. Selalunya Dhia Airisya akan datang menemani Emir Addeh Fattah bermain bola sepak bersama mereka setiap hujung minggu. Ini jangan dikata batang hidung tidak nampak, bayang-bayang Dhia Airisya pun tak nampak.

"Sibuk ahh kau" bola yang disambut dilemparkan semula kepada Razul. Jelingan tajam diberi kepada Razul yang telah menangkap bola dengan selamat.

"Tanya je pun. Huh!"

Ayaaz datang mendekati mereka. Tangannya selamba melilit leher Emir Adden Fattah. "Kalau diorang gaduh tak ada maknanya si Fattah ni senang lenang datang main bola sepak" loroh Ayaaz. Dijongketkan keningnya pada Emir Adden Fattah sambil tersenyum sinis. Melihat muka Emir Adden Fattah yang semakin menegang apabila diusik begitu, memang sah diorang dah berbaik!

"Ouhh faham faham." Terangguk-angguk kepala Razul. Senyumannya makin melebar. Dipandang Emir Adden Fattah dengan kening yang turut dijongket. Macam ada something yang berlaku je antara mereka.

"Arghh dah chau chau. Menyibuk je nak tahu rumah tangga orang" Ujarnya bengang. Ditolak Ayaaz menjauhinya. Rimas!

Razul, Ayaaz dan beberapa kawan mereka di sekeliling mereka yang turut mendengar perbualan mereka turut ketawa dengan gelagat Emir Adden Fattah. Dipandang sahaja Emir Adden Fattah berjalan menjauhi mereka dengan muka bengang.

"Our King semakin angau dengan cinta!" Jerit Firash membuatkan mereka semakin galak ketawakan Emir Adden Fattah.

"Hanat ahh korang! Bangang betul!"

Perlawanan bola sepak yang begitu senget akhirnya berakhir dengan mata 3-2. Masing-masing mengambil botol air mineral lalu diminum dengan rakus sebaik sahaja wisel ditiup menandakan perlawanan sudah berakhir. Sekejap sahaja air mineral dalam botol semakin sikit. Dahaga yang amat! Mereka tersenyum kemenangan. Menang lagi hari ini walaupun tadi hampir sahaja tak berjaya mendapatkan mata.

"Aku chau dulu" ujar Emir Adden Fattah. Botol air mineral diletak semula. Kain putih yang berhampiran dengannya diambil lalu dilap peluhnya di dahi dan juga lehernya.

"Awal la"

"Dia rindu isteri dia kat rumah tuu"

"Chill ahh isteri kau tak lari pun"

Masing-masing menahan Emir Adden Fattah daripada pulang awal. Awal benar nak balik rumah. Selalunya mereka akan lepak-lepak sekejap kat padang tu. Tak pun ada yang ambil gambar dengan fans yang bersorak akan team mereka.

"Daripada aku duk sini layan perangai hanat korang, baik aku chau!" Tergeleng-geleng perangai Emir Adden Fattah. Makin lama dia duduk sini makin stress dia layan karenah mereka yang tidak matang ini.

"Ye lahh baby. See you next week my baby. Love you muahh muahh" ujar Razul dengan badan yang dilenggokkan serta flying kiss diberi pada Emir Adden Fattah.

"GELI LA ANJING! FU*K !" jari tengah dikasi pada Razul.

Padang itu dipenuhi dengan ketawa mereka. Seronok betul dapat mengusik Emir Adden Fattah yang hatinya beku 24 jam tapi kini tidak lagi. King mereka itu kini dah bebunga-bunga hatinya sejak kehadiran Dhia Airisya dalam hidupnya. Jujur mereka gembira melihat Emir Adden Fattah semakin gembira dengan kehidupan barunya. Walaupun begitu bukan namanya kawan kalau tidak mengusik satu sama lain.

"Chau!"

Pintu rumah dibuka lalu kasut bola sepak disimpan dalam rak yang berhampiran dengannya. Salam diberi sebaik sahaja kakinya menapak masuk ke dalam rumah. Dahinya berkerut melihat rumahnya yang sunyi. Batang hidung maid mereka pun tak nampak apatah lagi batang hidung Dhia Airisya.

"Sayang?"

Langkahnya diatur menuju ke tangga. Baru hendak mendaki tangga, bunyi sesuatu di dapur mengalihkan perhatiannya. Dia berjalan menuju ke dapur. Tersenyum lebar Emir Adden Fattah apabila melihat Dhia Airisya sedang berdiri membelakanginya melakukan sesuatu.

"I'm home" bisiknya di telinga Dhis Airisya seraya itu badan Dhia Airisya dipeluk dari belakang membuatkan bahu Dhia Airisya terhinjut kecil gara-gara terkejut dengan kehadiran Emir Adden Fattah yang tiba-tiba itu.

"Awak! Ishh terkejut tau" ujar Dhia Airisya bengang. Dijeling tajam Emir Adden Fattah yang memandangnya dari sisi. Nasib dia yang sedang memotong sayur tidak menghiris tangan sendiri.

Emir Adden Fattah ketawa kecil. Tangannya semakin merangkul pinggang Dhia Airisya. Kepalanya ditongkat pada bahu Dhia Airisya. Leher jinjang Dhia Airisya yang kelihatan lebam akibat semalam dipandang dengan senyuman. Dicium sekilas leher Dhia Airisya yang terdedah itu sebelum memusingkan badan Dhia Airisya menghadapnya "Abang bagi salam berkali-kali sayang tak jawab pun. Dah la tak sambut abang kat pintu" ujarnya dengan nada merajuk.

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Pandangan dikalih memandang ke arah lain. Tidak kuat untuk menentang tatapan mata Emir Adden Fattah. Mahu terkeluar sudah jantungnya dengan layanan mesra Emir Adden Fattah. Jujur dia kata dia masih malu dan sukar untuk membiasakan dirinya dengan Emir Adden Fattah yang sekarang! Kemesraan yang ditunjuk oleh Emir Adden Fattah betul-betul menyeksa setiap raga jiwanya. Macam orang lain pun ada yang berdiri di depannya sekarang ini. Emir Adden Fattah is to sweet too handle! Arghh tolong !

Emir Adden Fattah memegang dagu Dhia Airisya. Dia tersenyum kecil melihat pipi Dhia Airisya semakin berona merah. Mulutnya didekatkan dengan telinga Dhia Airisya "Abang merajuk ni. Pujuklah sayang" bisiknya pada telinga Dhia Airisya. Sempat dia mengigit telinga Dhia Airisya sebelum memandang Dhia Airisya semula. Dia terlalu obses sekarang dengan Dhia Airisya! Help!

Gigitan pada telinganya membuatkan Dhia Airisya meneguk air liur perit. Kepalanya ditoleh ke arah lain. Semakin seksa jiwa raganya sekarang! Lagi-lagi dia dapat merasakan hembusan nafas Emir Adden Fattah pada mukanya.

Tak boleh jadi ni!

Badan Emir Adden Fattah ditolak dengan segala kudrat yang dia ada.

"Sa..saya tak de...dengar awak bagi sa....salam. Awak pergi man...mandi dulu. Sa....saya nak ma...masak" tergagap-gagap Dhia Airisya mahu berbicara. Badannya terus dipusing membelakangi Emir Adden Fattah. Pisau diambil semula dan dia menyambung kerjanya yang tergendala.

"Auch!" automatik pisau terlepas dari gegangannya apabila dia terhiris jarinya sendiri.

"Sayang!"

Tangan Dhia Airisya dipegang. Bibirnya digigit melihat darah yang mengalir dengan banyak dari tempat luka. Nama Kak Teh dijerit memintanya untuk mengambil kotak first aid kit. Sementara menunggu Kak Teh datang bersama kotak first aid kit ,dia menarik tangan Dhia Airisya ke sinki. Diletak jari yang terluka di bawah pancuran air.

"Pe...pedih" ujar Dhia Airisya. Dia ingin menarik tangannya namun pegangan Emir Adden Fattah terlalu kuat.

"Tahan kejap" ujar Emir Adden Fattah dengan nada tegang.

"Ishh dalam sangat tu lukanya. Darah tak henti keluar "Kak Teh datang membawa kotak first aid kit.

"Come"

Dhia Airisya akur dan patuh dengan arahan Emir Adden Fattah yang menuju ke meja makan, tambah lagi muka suaminya itu semakin menegang. Takde dah yang tersenyum manis macam tadi.

"Sit"

Dia duduk. Luka dijarinya itu dibelek-belek oleh Emir Adden Fattah. Dia hanya memerhati. Berpaut sahaja pandangan mereka, terus Dhia Airisya melarikan anak matanya. Tidak sanggup mahu membalas renungan tajam Emir Adden Fattah.

"Careless"

Dia hanya membiarkan sahaja Emir Adden Fattah merawat lukanya. Leka dia memandang muka Emir Adden Fattah yang begitu berhati-hati merawat luka di jarinya. Muka suaminya tak payah cakap, serius je dan tampak sangat risau. Mahu ketawa dia dibuatnya. Luka dia sikit je pun. Risau betul suaminya itu.

"Apa pandang-pandang? Happy dapat buat your husband worry like this?"

Renungan mata Emir Adden Fattah membuatkan Dhia Airisya tertunduk kepalanya memandang lantai. Bibirnya digigit. Tapi bukan salah dia jari dia luka! Siapa suruh buat dia gelabah tak tentu pasal tadi?

"Sebab awakla, saya gelabah tak tentu pasal" ujarnya menyatakan hakikat sebenar.

Keadaan mula menyepi. Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang Emir Adden Fattah semula kerana pelik dengan suaminya yang tiba-tiba diam tidak mengusiknya. Namun bila mata mereka bertembung, terus dia melarikan anak matanya. Kenapa pandang dia macam tu? Lain macam renungan suaminya itu.

"Arghh!"

Mahu luruh jantungnya apabila dia diangkat lalu didudukkan di atas paha Emir Adden Fattah. Apa yang suaminya mahu buat? Dia cuba untuk bangun namun Emir Adden Fattah menghalangnya. Air liur diteguk perit. Segan apabila Emir Adden Fattah hanya diam menatapnya.

Tidak tahan dengan pinangan anak mata grey kebiruan milik Emir Adden Fattah, dia menutup mata suaminnya itu dengan tapak tangan kanannya. Dah tak dapat lari dari suami dia tu, jadi dia tutuplah mata suaminya. Dapat lah dia benafas sekejap walapun sekejap sahaja apabila tangan kiri Emir Adden Fattah mengalihkan tangannya. Dhia Airisya menutup pula dengan tangan kirinya dan sama juga seperti tadi tangan kirinya turut dialih. Kini kedua-dua tangannya digenggam erat oleh Emir Adden Fattah. Nak lari pun tak boleh juga.

"Just let my beautiful eyes see the beautiful creation of Him who is sitting on my thigh now."

Sah suaminya ada penyakit sweet talker!

Mata dilarikan. Pipi Dhia Airisya semakin kemerahan. Kenapa suaminya itu semakin sweet? Mana vibes mafia? Mana? Mana Emir Adden Fattah yang hati sejuk beku lagi hot and sexy? Ke memang macam ni kalau mafia cuba untuk sweet dengan isteri sendiri? Arghh boleh pengsan dia kalau macam ni!

"Mengada lah awak ni" ujarnya perlahan.

"Apa sayang kata?" Soalnya walaupun dia dengar apa yang dikatakan oleh Dhia Airisya.

"Sa..saya nak masakla."

"Biar Kak Teh yang masak"

Dhia Airisya memandang sekeliling. Lega apabila tiada kelibat Kak Teh mahupun maid lain. Mahu dia semakin malu kalau orang melihat keadaan mereka sekarang ini.

"Awakkkk"

"Call me abang. I want to  hear it from you, Airisya" tegas sahaja nada Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Kepalanya pantas digeleng. Malu nak panggil walaupun selama ni dia nak sangat panggil Emir Adden Fattah dengan panggilan abang. Tiba-tiba ada penyakit malu tahap gaban dengan Emir Adden Fattah sehingga nak panggil 'abang' pun susah.

"Taknak"

"Sayang"

"Or do you prefer hubby? Baby?"

Dhia Airisya menggeleng kepalanya laju. Dia lagi prefer panggil Emir Adden Fattah dengan panggilan abang. Malu lah dia nak panggil Emir Adden Fattah dengan panggilan hubby atau baby. Too sweet!

"Habistu cepatlah panggil abang dengan panggilan abang"

Bibirnya digigit. Dipandang ke arah lain. Terketar-ketar bibirnya mahu menyebut abang. Mendengar Emir Adden Fattah ketawa kecil membuatkan kepalanya lantas berpaling memandang Emir Adden Fattah. Direnung tajam suaminya. Suka lah tu buat dia malu!

"Patutlah ibu dengan daddy bagi salam tak ada orang menyahut" suara yang amat dikenali iaitu Tengku Sumayyah menyapa gegendang telinga mereka. Terus Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya gelabah bangun daripada kerusi. Tersengih Emir Adden Fattah memandang Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah. Dhia Airisya pula semakin menunduk kepalanya memandang lantai.

"Tengah buat adegan sweet kat dapur rupanya"

"Apa ehh tadi just let my beautiful eyes see the beautiful creation of Him who is sitting on my thigh now. " tambah Tengku Yusuf. Bergelak sakan dia dan Tengku Sumayyah ketawa. Best pula menghendap mereka berdua yang ibarat pinang dibelah dua itu.

"Daddy!" Emir Adden Fattah menggigit bibirnya.  Habis hilang macho dia! Jarang-jarang Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah melihat sisinya itu!  Selalunya mereka melihat sisi machonya sahaja.

"Pastu tadi or do you prefer hubby? Baby? Boleh tahan sweet talker juga ye anak ibu ni" Tambah pula Tengku Sumayyah. Dia masih ingat setiap kata yang keluar dari Emir Adden Fattah. Jangan dikatakan itu sahaja, scene mereka berdua tu pun masih dia ingat. Tidak sia dia mengajak Tengku Yusuf untuk menghendap mereka berdua.

"Alaa ibu, janganlah. Malu lah Emir." Cemberut mukanya. Tidak berpuas hati daddy dan ibunya menghendap mereka berdua. Entah mula daripada mana daddy dan ibunya menghendap mereka?

"Dah dah awak ni. Tengok makin malu Icha tu. " tutur Tengku Yusuf. Pandangan mereka dialih memandang Dhia Airisya yang semakin lama semakin menyorok di belakang Emir Adden Fattah. Tersenyum kecil dia. Senang hatinya melihat mereka berdua semakin bahagia.

Semakin rancak perbualan mereka di pondok yang berhampiran dengan pondok tambah lagi mereka dihidangkan dengan air teh o dan juga beberapa keping biskut. Emir Adden Fattah berpaling memandang Dhia Airisya yang berada di sebelahnya. Tangan Dhia Airisya digenggam membuatkan Dhia Airisya memandangnya dengan dahi yang berkerut.

Pandangannya dialih memandang Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah. Ada berita penting dia nak bagitahu. Dia berdehem seketika membetulkan tekaknya. "Emm daddy ibu"

"Yaa?"

"Minggu depan Mir nak bawa Airisya pergi honeymoon"

Terbuntang luas mata Dhia Airisya dengan apa yang dikatakan oleh Emir Adden Fattah sebentar tadi. Dia tak salah dengarkan? Emir Adden Fattah nak bawa dia pergi honeymoon kan? Kan?

"Haa elok sangat lah tu"

"Pergi honeymoon ke mana?"

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya yang sedari tadi menarik bajunya. Keningnya diangkat. "Awak tak bagitahu pun saya pasal ni" bisik Dhia Airisya membuatkan Emir Adden Fattah tersenyum kecil. Dia mendekatkan mulut dia telinga Dhia Airisya.

"Abang dah nak bagitahu but sayang lambat betul nak panggil abang dengan panggilan abang"

Melihat Dhia Airisya hanya terdiam, dia mengalihkan pandangannya memandang daddy dan ibunya. "Hmm kitorang tak decide lagi. Tapi before pergi honeymoon, Mir nak bawa Airisya pergi Korea dulu" bagitahu Emir Adden Fattah. Dia sudah lama berfikir nak bawa Dhia Airisya pergi Korea dan pergi honeymoon.

"Bagus lah. Boleh lah Airisya kenal-kenal dengan family kamu kat sana"

Emir Adden Fattah tersenyum dan semakin tersenyum dia apabila Dhia Airisya membisikkan sesuatu pada telinganya. Kepalanya ditoleh memandang Dhia Airisya dengan senyuman yang tidak dapat ditahan.  "Can you say it again, sayang?" Soal Emir Adden Fattah teruja.

Kepala digeleng oleh Dhia Airisya. Dia menahan senyum. Taknak mengulangi apa yang dia bisik tadi. Cukup la satu kali kan?

"Hmm daddy dengan ibu balik dulu lah. Ada orang tak sabar nak bersweet" ujar Tengku Sumayyah dengan nada pura-pura merajuk padahal dia tak boleh tahan dah dari tersenyum memandang mereka berdua.

"Ehh daddy dengan ibu taknak dinner kat sini?" Soal Emir Adden Fattah.

"Lain kali je lah. Perut daddy dengan ibu masih kenyang ni baru balik dari kenduri"

"Okay daddy ibu. Take care. Nanti apa-apa Mir inform kat daddy and ibu"

Setelah menghantar Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah ke pintu dan sehingga mereka hilang dari pandangan, Emir Adden Fattah lantas berpaling memandang Dhia Airisya. Pinggang Dhia Airisya ditarik. Tersenyum-senyum dia memandang Dhia Airisya.

"Apa sayang cakap kat abang tadi?"

Dhia Airisya menggeleng kepalanya sambil menahan senyum "Mana ada saya cakap apa-apa" tuturnya tidak mahu mengulangi apa yang dia bisik pada Emir Adden Fattah tadi. Melihat muka frust Emir Adden Fattah membuatkan dia ketawa kecil.

"Sayang cakap la lagi sekali. Abang nak dengar lagi"

"Next time" tangan Emir Adden Fattah yang memegang pinggangnya itu dialih lalu dia berlari ke dapur semula. Sempat dia berpaling memandang Emir Adden Fattah yang masih statik berdiri dengan muka cemberut. Dia ketawa kecil. Kak Teh dan beberapa maid yang sedang memasak dihampiri.

"Kak Te......Arghhh"

Terkejut dia apabila badannya tiba-tiba diangkat. Tangannya segera memaut pada leher Emir Adden Fattah. Dipandang tajam suaminya itu. Suka betul buat dia terkejut!

"Teman abang mandi" Dhia Airisya dibawa ke ruang tamu semula. Dengan berhati-hati dia memanjat tangga walaupun Dhia Airisya sedang meronta mahu turun. Diperketatkan lagi pegangannya supaya mereka tidak jatuh.

"Duduk diam lah sayang. Jatuh kan nanti"

"Nak turun"

"Cakap balik apa yang sayang bisik tadi"

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Dipandang sahaja Emir Adden Fattah dengan geram. Ni kalau tak ikut apa yang Emir Adden Fattah mahu sampai ke sudah dia tak boleh turun. Dia menarik nafas dalam. Malu lah nak cakap! Kenapa dia rasa malu sangat ni! Padahal dengan suami sendiri je pun!

Tiba di bilik, Emir Adden Fattah mencempung badan Dhia Airisya. Dia tidak mahu turunkan Dhia Airisya selagi Dhia Airisya tidak mengulangi apa yang dia bisik tadi. Keningnya dijongket pada Dhia Airisya.

"Janji tau turunkan saya lepas saya cakap?"

"I'm a man with my words"

Dhia Airisya memandang lama Emir Adden Fattah. Ya, Emir Adden Fattah is a man with her words. Seorang yang tak mungkir janji.Dhia Airisya menarik nafas dalam sebelum mendekatkan mulutnya dengan telinga Emir Adden Fattah.

"Thank you for keep reminding me what butterflies feel like. Isya cintakan abang.

***********

Hey guyss sorry tertangguh nak update. Author busy holiday yeahh.

Author double update okay?

Jangan lupa votement okay!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro