Bab 28
Masing-masing masih terkaku dengan kehadiran Nadhira Zalikha yang tiba-tiba muncul. Sunguh kemunculannya itu menyentakkan semua orang berada di situ. Mana tak terkejutnya jika Nadhira Zalikha yang dianggap sudah meninggal 4 tahun lalu namun pada hari ini dia muncul di depan mata mereka? Takkah hantu kut yang berlawan di depan mereka tadi.
"So guys everything dah settle kan?" soal Harriz menyentakkan mereka semua dari lamunan. Kepala diangguk tanda mengiyakan kata-kata Harriz.
"Dah guys. Kita sambung esok and about kembar Danial kita bincang next time." tutur Emir Adden Fattah. Sekarang dia mahu menenangkan fikirannya yang asyik bercelaru dari tadi. Lebih baik dia berfikir macam mana dia mahu menerangkan segala hal kepada Dhia Airisya. Tidak sangka yang Dhia Airisya mendengar perbualannya tadi.
"Hmn yupp kita bincang next time. So let's go home! Aku penat nyahh" Razul menggeliat kecil membetulkan urat-uratnya.
"Kau goodluck lah, bro" Razul menepuk bahu Emir Adden Fattah. Mulutnya dimuncung ke belakang Emir Adden Fattah membuatkan Emir Adden Fattah memandang ke belakang.
Dhia Airisya yang berjalan dengan Michaela itu dipandang lama. Melihat Dhia Airisya yang melarikan pandangan dari bertentangan mata dengannya membuatkan dia mengeluh kecil.
Satu persatu rakannya mula pulang begitu juga dengan teamnya yang sudah membereskan segala kerja. Dia yang sebagai ketua terpaksa pulang paling lambat demi memastikan segala kerja disettlekan dengan sempurna. Urat lehernya dibetulkan menghasilkan bunyi tulang yang kuat. Penat.
Kaki diatur menuju ke keretanya di mana Dhia Airisya menunggunya di dalam kereta dari tadi. Pintu dibuka lantas dia memboloskan badannya ke dalam kereta. Dhia Airisya yang berada di seat sebelah pemandu yang sedang memejam mata dipandang sekilas sebelum dia memulakan perjalanan pulang ke rumah mereka.
Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Baru dia hendak keluar dari kereta namun Dhia Airisya yang terlebih dahulu keluar dari kereta menyentakkan pergerakannya. Dia hanya memandang Dhia Airisya yang menuju ke pintu rumah. Keluhan kecil dilepaskan. Dia sudah agak Dhia Airisya tidak tidur pun sepanjang perjalanan tadi.
Kakinya melangkah dengan laju mengikut langkah Dhia Airisya. Dia mahu settlekan hal mereka berdua malam ni juga. Malas mahu dibiarkan sehingga berlarutan esok hari. Makin berlarutan, makin susah dia mahu memujuk Dhia Airisya.
"Airisya"
"Airisya !" Panggilnya sambil berlari menaiki tangga mengejar Dhia Airisya yang lari daripadanya.
"Airi....."
Bang
Pintu dihempap kuat betul-betul di depannya. Hampir sahaja pintu bilik mengena batang hidungnya. Nasib dia sempat break. Kalau tidak sudah patah batang hidungnya yang mancung itu.
"Airisya, please buka pintu ni. Let me explain everything to you" tuturnya sambil mengetuk pintu bilik.
Dhia Airisya duduk mencangkung dan badan disandarkan pada pintu. Air mata yang mengalir lebat dikesat kasat. Namun tangisannya semakin kuat. Dia betul-betul rasa kecewa sekarang. Dia paling tidak suka kalau ditipu lagi-lagi kalau melibatkan perasaan dan hati.
"Sayang"
Panggilan 'sayang' dari Emir Adden Fattah menyentakkan Dhia Airisya. Entah mahu gembira atau sedih mendengar panggilan yang sudah lama dia ingin dengar dari mulut Emir Adden Fattah.
"Airisya, dengarlah aku nak cakap ni. Okay aku mengaku aku salah but bagilah aku explain dulu. Airisya bukalah pintu. Please" tutur Emir Adden Fattah. Pintu diketuk berkali-kali berharap Dhia Airisya akan membuka pintu padanya. Walaupun dia ada spare key bilik mereka, tapi dia mahu Dhia Airisya membuka pintu sendiri.
"Say......"
"Penipu!" Jerit Dhia Airisya dari dalam bilik.
"Aku tipu ada sebab"
"Sebab apa? Sebab awak nak tinggalkan saya suatu hari nanti? Macam tu?"
Emir Adden Fattah mendiamkan diri seketika. Memang betul hal itu terlintas di fikirannya. Bukan dia saja-saja mahu meninggalkan Dhia Airisya tapi kalau nyawanya itu dapat dikorbankan demi kebahagiaan Dhia Airisya, dia sanggup mempertaruhkan nyawanya.
Lagipun semua ini berlaku punca darinya.
"Jadi betullah awak nak tinggalkan saya?"
Kepala didongak memandang Dhia Airisya yang sudah membuka pintu dan kini sedang berdiri di depannya dengan air mata yang mengalir lebat. Kakinya mara ke arah Dhia Airisya namun setapak dia melangkah ke depan, setapak Dhia Airisya melangkah ke belakang.
"Jawab soalan saya Adden!"
"Airisya"
"Awak betul-betul nak tinggalkan saya? Awak nak saya hidup tanpa awak? How....how can I live without you? Hikss how?"
Dhia Airisya ditarik ke dalam pelukannya. Pelukan semakin dieratkan apabila Dhia Airisya semakin meronta memukul dada bidangnya. Dibiarkan sahaja keadaan mereka itu sehingga Dhia Airisya penat dan mula berhenti memukul dadanya.
"Awak jahat hiksss. Sa....sampai hati awak nak tinggalkan saya hiksss"
Belakang badan Dhia Airisya diusap lembut. Itu sahaja yang dia mampu lakukan. Tidak tahu mahu berkata apa kerana soalan yang disuakan oleh Dhia Airisya merupakan salah satu penyebab dia tidak jujur dengan Dhia Airisya. Dia tidak mahu mencerita yang mereka mimpi hal sama disebabkan dia takut. Takut jika mimpi itu menjadi realiti. Dia sangat takut
"Kenapa awak diam je? Cakaplah something!"
"I'm sorry"
Dhia Airisya menggigit bibirnya. Dipandang tajam Emir Adden Fattah. Sorry je?
"Bukan tu saya nak dengar. Tadi awak cakap nak explain. Mana?"
Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada Dhia Airisya kerana dia pasti penjelasannya pasti akan membuatkan Dhia Airisya lebih terluka.
"Listen here, I will not leave you okay? Selagi aku masih bernyawa selagi tu aku akan ada di sisi aku. I also don't want to leave you" semakin ditarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya. Matanya dipejam seketika tatkala tangannya mengusap belakang badan Dhia Airisya. Dagunya ditongkat di bahu Dhia Airisya.
"Tap........"
"Look at me"
Dagu Dhia Airisya dipegang dan didongakkan untuk memandangnya. Lama dia merenung mata hazel milik Dhia Airisya. Senyuman manis diukirkan.
"I will go to any length to ensure that we live happily ever after.Trust me."
Dahi Dhia Airisya dicium lama dengan mata yang terpejam. Dhia Airisya turut memejamkan matanya. Air mata yang masih mengalir dibiarkan mengalir. Sekarang dia berasa sedikit lega bebanding tadi tambah lagi hangatan pelukan dari Emir Adden Fattah membuatkan dia merasa lebih tenang. Tangannya yang berada didada Emir Adden Fattah dijatuhkan di sisi. Dibiarkan sahaja Emir Adden Fattah memeluknya.
Bahu Dhia Airisya dipegang. Ditenung lama mata Dhia Airisya yang kelihatan begitu sembab. Ibu jarinya menyeka sisa air mata Dhia Airisya bersama senyuman. "Let's forget our bad dreams and live a new life in our own way, okay? I don't want you to remember that dream again. I will not leave you. Never." Senyuman manis diberikan kepada Dhia Airisya. Digosok kecil kepala Dhia Airisya.
Dhia Airisya tersenyum kecil. Kepalanya diangguk. Sedikit sebanyak dia terpujuk dengan janji manis Emir Adden Fattah. Dia berharap sangat Emir Adden Fattah akan menunaikan janjinya itu dan tidak akan pernah tinggalkannya kecuali mati yang memisahkan mereka kalau itu takdir buat mereka.
Badan Emir Adden Fattah dipeluk. Mukanya disemban di dada bidang milik Emir Adden Fattah. Dia tersenyum kecil menndegar degupan jantung Emir Adden Fattah yang berdegup kencang. Dia percayakan lelaki ini. Dia percayakan suaminya. Dia percayakan Emir Adden Fattah. Dia percaya rancangan Allah lebih baik dari apa yang dirancang oleh mereka.
"Stop crying okay? Buruk nak mampus muka kau macam beruk kat semak samun tepi markas Alex tadi"
Terus saja senyuman Dhia Airisya memudar sebaik sahaja Emir Adden Fattah berkata begitu. Kepalanya mendongak memandang Emir Adden Fattah yang memamerkan muka tidak bersalah walaupun sudah diberi jelingan tajam olehnya. Arhh geram! Beruk dia samakan dengan dirinya? Tak guna betul! Kenapa Emir Adden Fattah suka betul rosakkan moment sweet????
"Habistu muka awak tu macam pak kodok dalam longkang jiran sebelah"
Terbutang mata Emir Adden Fattah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Dhia Airisya. Pak kodok dia kata? Muka dia yang handsome, hidung mancung, bibir yang sangat menggoda dan anak mata grey kebiruan yang menggoda ramai gadis disamakan dengan pak kodok? Ini melampau!
Dhia Airisya menahan dirinya daripada ketawa melihat muka Emir Adden Fattah yang kelihatan begitu bengang. Sumpah kelakar! Tahu pun tak puas hati bila dia samakan dengan pak kodok! Habistu yang muka dia selalu disamakan dengan beruk boleh pula?
"Ehem. Saya nak pergi mandi dulu" ujar Dhia Airisya lalu beredar dari situ cepat-cepat apabila melihat muka Emir Adden Fattah berubah sinis. Lebih baik dia selamatkan dirinya dulu! Bahaya is coming!
"Nak pergi mana Airisya sayang?"
Dhia Airisya menelan air liur perit. Langkahnya ingin masuk ke dalam bilik air tidak jadi apabila tangannya dipegang oleh Emir Adden Fattah. Sudahlah dipanggil sayang dengan suara yang menggoda! Meremang bulu romanya dibuat oleh Emir Adden Fattah.
Nafas dalam ditarik. Tangannya cuba ditarik dari pegangan Emir Adden Fattah sekuat mungkin. Berjaya! Dia terus berlari masuk ke dalam tandas. Pintu ditutup tapi ditahan oleh Emir Adden Fattah. Bibirnya digigit melihat senyuman sinis terukir di wajah Emir Adden Fattah.
"What made you flee from me, Airisya sayang?"
Parah! Benar-benar parah! Mahu luruh jantungnya ketika ini. Pintu ditolak sekuat mungkin supaya Emir Adden Fattah tidak dapat masuk ke dalam tandas. Namun apakan daya, tenaga dia tak sekuat tenaga Emir Adden Fattah. Pintu terus dibuka luas oleh Emir Adden Fattah. Pinggangnya terus diraih dan dirinya dikeluarkan dari tandas. Badannya terus dihentak ke dinding dan dikunci kiri kanannya sepantas mungkin, tanpa sempat dia berbuat apa-apa.
"Asal lari dari pak kodok ni? Risau pak kodok ni terkam beruk macam kau ke, Airisya sayang?"
Dagunya didongak memandangnya. Namun Dhia Airisya mengalihkan pandangannya dari menatap renungan anak mata grey kebiruan yang sengaja mahu membuatkan seluruh anggotanya lemah. Parah! Jantungnya kini berdegup kencang bak baru habis larian 800m.
"A....awak, sa....saya nak ma..mandi la" ujar Dhia Airisya gagap. Dia cuba untuk melepaskan diri namun belakang badanya dihentak lagi sekali ke dinding. Yang lagi parah, apabila pinggangnya diraih secara mengejut membuatkan badan mereka semakin intim. Nak bernafas pun semakin sukar! Tambah lagi hembusan nafas Emir Adden Fattah terkena mukanya.
Arghh menyesal cakap Emir Adden Fattah, pak kodok! Kalau tak takkan jadi macam ni.
"Ehh beruk pun blushing juga yee?"
Bibirnya digigit. Argh nak menangis diusik macam ni oleh Emir Adden Fattah! Tolong stop!
"Look at my beautiful eyes, Airisya sayang"
Nak taknak saja dia memandang anak mata grey kebiruan Emir Adden Fattah. Sekejap sahaja dia melarikan anak mata hazelnya semula. Lemah habis tubuh badannya sekarang! Renungan anak mata suaminya itu benar-benar dapat melumpuhkan segala anggota tubuhnya! Lagi-lagi Emir Adden Fattah sengaja menyatukan dahi mereka sehingga nafas suaminya itu semakin kuat menampar wajahnya yang sedia membahang.
Emir Adden Fattah tersenyum kecil melihat muka Dhia Airisya yang semakin berona merah. Bibir mungis Dhia Airisya yang kemerahan itu dipandang lama. Dahinya dijarakkan dari dahi Dhia Airisya. Dagu Dhia Airisya dipegang. Kepalanya disengetkan sebelum bibir mungis Dhia Airisya disambar olehnya.
Dhia Airisya dibawa ke katil. Badan Dhia Airisya ditindih olehnya. Bibirnya tidak henti mencium bibir Dhia Airisya. Dilepaskan seketika bibir mungis Dhia Airisya untuk mengambil nafas. Dia tersenyum kecil memandang Dhia Airisya yang blushing. Cincin yang berada di hari Dhia Airisya diusap dan dipandang lama.
Anak matanya beralih memandang anak mata Dhia Airisya semula. Lama dia memandang anak mata Dhia Airisya. Tidak sangka dia jatuh cinta pada perempuan yang bernama Dhia Airisya dari kecil sehingga sekarang. Cinta pada gadis itu tidak pernah pudar sedikit pun.
"I never want to stop making memories with you. It means I never want us to be apart. Not when we are still alive."
Hidungnya sengaja digesel dengan hidung Dhia Airisya. Cincin di jari manis Dhia Airisya dicium sambil matanya tidak lepas dari menatap mata hazel milik Dhia Airisya. Gadis ini, gadis yang membuatkan dia jatuh cinta buat pertama kali. Gadis yang selalu mengisi hari kosongnya. Gadis yang selalu membuatkan dia kadang risau, kadang mahu marah dan kadang mampu membuatkan dirinya dapat ditundukkan oleh cinta. Gadis ini, akan dia perjuangkan bersama-sama sehingga akhir hayatnya.
"I love you. I really love you, Dhia Airisya"
*************
I love you toooooo
Author tolong jawabkan.
Haa korang dah kenapa tersenyum-senyum tu? Chat dengan pakwe ehh? HAHAHA.
Check my latest video at tiktok. Jangan lupa follow, like and comment tau.
Jangan lupa votement korang!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro