Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27

Korang, author rasa korang patut baca balik ni story ni 😂
Okay meh nak habak, Nadhira Zalikha watak yang baik kk jangan risau.

*************

HARRIZ dan Harraz mula berlari keluar dari bilik tersebut. Mereka terus menuju ke bilik di mana Emir Adden Fattah dan Alex berada. Namun beberapa musuh mereka mula menyerang mereka membuatkan mereka tidak dapat sampai secepat mungkin.

"Haish this damn enemy"

Harriz dan Harraz berpaling memandang satu figura yang turut berlawan membantu mereka. "Mick?" Soalnya terkejut apabila melihat Michaela berada di depan mereka sedang berlawan. Setahunya Michaela diarahkan untuk mengawasi Dhia Airisya di rumah.

"Err hye Riz but wait, he is your twins?" Soal Michaela dengan terkejut apabila dia baru menyedari kewujudan seorang lelaki yang muka tersangatlah sama dengan Harriz.

"Hmmm long story"

"Your twins so freaking handsome!" Puji Michaela sanbil membuat thumbs up pada Harriz menyebabkan Harriz ketawa kecil namun sekejap sahaja. Dipandang Michaela dengan renungan tajam.

"Habistu I tak handsome?" Soalnya geram. Tidak pernah-pernah Michaela memujinya tapi hari ini kembarnya dipuji. Padahal muka dia dan kembarnya itu sama! Kalau kembar dia handsome mesti dia pun handsome juga!

"Nope" selamba badak Michaela berkata lalu meninggalkan mereka berdua.

"Fu*k you Mick!"

Harraz ketawa kecil melihat adegan kembarnya bersama kawan kembarnya. Dia menarik nafas lega. Nampak macam Harriz mempunyai kawan yang baik dan kelihatan yang Harriz membesar dengan baik. Tidak macam dulu, yang sering dibuli oleh pelajar lalu mengadu padanya.

"Apa kau ketawa? Sukalah tu orang puji"

Harraz menjongket bahu lalu meninggalkan Harriz.

Tiba sahaja Harriz, Harraz dan Michaela di depan bilik tersebut, mereka yang lain sudah ada di situ. Firash dan Iqbal dan beberapa teamnya yang lain dari tadi berada di situ. Mahu masuk tapi pintu tidak dapat dibuka. Sudah mereka lakukan pelbagai cara, tapi masih tak dapat. Kebal punya pintu!

Tick

"Airisya, don..t do any....anything. Guys, save Airisya" kata-kata dari Emir Adden Fattah memeranjatkan mereka semua. Iqbal berpaling memandang Michaela.

"Mick, don't say you bring my sister along?" Soal Iqbal.

"Errr I have. Sorry" Michaela tersengih. Dia bukan taknak patuh arahan Emir Adden Fattah tapi dia rasa bersalah membiarkan Dhia Airisya yang tidak tenang memikirkan Emir Adden Fattah. Jadi dia terpaksa setuju dengan plan gila Dhia Airisya. Apa yang dia harap, dia tak mati kena bunuh dengan Emir Adden Fattah. Mati lah dia!

"Jom masuk. Selamatkan diorang"

"But how?"

"Ada jalan rahsia yang menghubungkan bilik tersebut." Ujar Harraz memberitahu mereka. Dan dia syak Nadhira Zalikha sedang menggunakan laluan tersebut untuk ke bilik tersebut.

"Riz macam mana kau tah....Harraz?" Terkejut Firash apabila dia baru menyedari kewujudan Harraz disebelah Harriz. Iqbal yang berada di sebelah Firash turut terkejut.

"Wait macam mana korang...."

"Panjang ceritanya. Let's save them first" ujar Harriz. Kalau nak bercerita sampai esok tak habis. Yang penting sekarang ini mereka kena selamatkan Emir Adden Fattah, Dhia Airisya dan juga Nadhira Zalikha!

Mereka meengambil jalan rahsia untuk ke bilik tersebut dengan diketuai oleh Harraz. Agak jauh juga jalan rahsia tersebut sebelum mereka selamat sampai betul-betul di dalam bilik di mana Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya berada.

"Yes, I'm Nadhira Zalikha"

Ternganga mereka semua kecuali Harriz dan Harraz sebaik sahaja mereka masuk ke bilik tersebut. Emir Adden Fattah dan juga perempuan yang mengaku Nadhira Zalikha itu dipandang dengan jarak yang lebih dekat. Mahu luruh jantung mereka melihat muka perempuan tersebut persis dengan Nadhira Zalikha. Hantu kah?

"Bu...bukan hantu kan?" Soal Firash yang masih terkejut. Entah mahu percaya atau tidak yang di depan mereka itu adalah Nadhira Zalikha! Tidak mungkin Nadhira Zalikha hidup balik! Orang yang dah meninggal dunia 4 tahun lepas kini sedang berdiri di depan mereka.

"Yaa itu Ira yang kita kenal. Twins aku boleh buktikan" ujar Harriz. Dia menangguk kepala pada Harraz. Semasa mereka berdua bersama tadi, Harraz sedikit sebanyak menceritakan pada mereka macam mana Nadhira Zalikha boleh hidup semula atau lebih tepat, Nadhira tidak pernah mati.

"4 tahun lalu, masa kebakaran markas tersebut aku sempat selamatkan Nad dan bawa dia ke tempat aku. Aku tinggalkan beberapa barang Nad kat situ untuk buktikan dia sudah terhangus bersama kilang. A...."

Flashback

Bunyi letupan sana sini menambahkan kegusaran hati Emir Adden Fattah. Dia memandang Alex yang sudah melarikan diri setelah markas tersebut dibom olehnya. Dia mengenggam tangannya geram. Alex yang melarikan diri itu dipandang silih ganti dengan dua orang perempuan yang terbaring lemah di atas lantai.

Kalau dia mengejar Alex, sudah tentu dua orang perempuan tersebut akan hangus terbakar bersama markas ini. Matanya dipejam seketika. Dia berlari ke arah dua orang perempuan tersebut. Nyawa dua orang perempuan tersebut lagi penting!

"Ira! Ai...airisya"

"Aku akan selamatkan korang jangan risau"

Nadhira dihampiri. Emir Adden Fattah memandang Nadhira kawan baiknya itu yang membuka tutup matanya memandang ke arah Dhia Airisya. Tangan Dhia Airisya cuba digapai oleh Nadhira. Air matanya menitis laju melihat Dhia Airisya yang tidak sedarkan diri demi melindunginya tadi.

"Aku akan selamatkan kau dulu Ira" tangannya diletak di bawah leher Nadhira dan juga bawah lututnya. Bukan dia taknak bawa kedua-dua keluar terus, tapi dia risau kalau dia meletakkan mereka di bahunya, hal itu akan menyebabkan perut mereka terasa senak. Dia taknak menambahkan lagi kesakitan pada diorang yang sedia cedera sana sini.

Baru dia hendak mencempung Nadhira, Nadhira menggelengkan kepalanya. Tangannya dialih oleh Nadhira "Se...selamatkan Airisya dulu" ujar Nadhira sambil tersenyum dalam kesakitan.

"Please Fattah. I know you love her so much. Aku taknak kau hidup dalam penyesalan."

"Tapi....tapi kau satu-satunya kawan baik perempuan aku. Aku pun taknak kehilangan kau, Ira" air mata jantan yang ditahan akhirnya mengalir juga. Dua perempuan yang sangat bermakna dalam kehidupannya, dalam bahaya disebabkan dia. Sayu dia melihat Nadhira yang berpakaian koyak rabak dan tudung pun telah tertanggal. Ini semua mesti Alex punya kerja! Matanya dipejam seketika. Sebak.

"Aku tak cakap pun suruh tinggal aku kat sini. Aku nak kau selamatkan Airisya dulu. Please.." Ujarnya perlahan akibat kehilangan tenaga yang banyak. Nadhira berpaling memandang Dhia Airisya yang tidak sedarkan diri itu. Bibirnya masih mampu mengukir senyuman tatkala bunyi bom meletup sana sini.

"Go save her and live happily with her"

Emir Adden Fattah mengenggam tangannya. Dia mahu selamatkan Nadhira tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu meninggalkan Dhia Airisya. Dhia Airisya. Perempuan yang sudah lama dia jatuh cinta tapi tidak sangka perempuan itu dan kawan baiknya terkena tempias atas permusuhannya dengan Alex.

"Aku akan datang balik selamatkan kau. Aku janji"

Langkah diatur menuju ke Dhia Airisya setelah jaket yang dipakainya dibuang lalu menutup anggota Nadhira yang terdedah. Badan Dhia Airisya dicempung. Akibat terasa seseorang mengangkat badannya, mata Dhia Airisya dicelik perlahan-lahan. Wajah seorang lelaki yang memandangnya itu dipandang dengan pandangan kabur.

"I will come back. Wait for me" ujar Emir Adden Fattah sebelum dia berlari keluar dari tempat itu.

Dhia Airisya berpaling memandang Nadhira yang semakin jauh darinya "I....Ika" tuturnya perlahan. Tangannya di awan-awangan cuba untuk menggapai Nadhira. Air matanya menitis laju. Nadhira Zalikha. Dia tidak mahu meninggalkan kawan baiknya itu.

"Where are you all?! Faster save Ira!"

Matanya memandang tepat pada wajah lelaki yang selamatkan dia. Hanya mata sahaja yang dapat dilihat memandangkan muka lelaki itu dilindungi oleh mask dan juga topi hitam. Matanya tertarik pada anak mata grey kebiruan tersebut. Cantik.

Seorang lelaki yang memakai jaket blueblack, terhenti langkahnya untuk keluar dari markas tersebut apabila dia ternampak satu perempuan terbaring lemah dengan pakaian yang koyak rabak. Langkahnya dihampiri menghampiri perempuan tersebut. Matanya merenung lama wajah perempuan tersebut. Terasa seperti dia pernah melihat muka perempuan tersebut.

Nadhira Zalikha!

Kawan baik kembarnya, Harriz Adham!

"Miss?" Nadhira membuka matanya layu memandang lelaki dihadapannya itu.

Melihat mata Nadhira yang sembab dengan air mata, dia tanpa melengahkan masa, dia membuang jaketnya itu lalu dipakai pada perempuan tersebut. Jaket yang tidak tahu pemiliknya diletak ke tepi. Rantai leher yang dipakai oleh Nadhira tersebut sengaja ditarik lalu ditinggalkan di situ bersama dengan mayat-mayat yang lain.

Badan Nadhira tersebut dicempung lalu dia berlari keluar dari markas tersebut. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari markas tersebut bersama Nadhira yang dicempung olehnya, markas itu terus meletup dengan letupan yang sangat kuat sehingga dirinya dan juga Nadhira melayang ke semak samun.

End Flashback

Bagitahu Harraz tentang perkara yang sebenar. Sejak dia selamatkan Nadhira dia terus membawa Nadhira pulang ke tempatnya. Bukan dia taknak bagitahu orang lain, namun atas permintaan Nadhira yang ingin merahsiakan dirinya masih hidup, dia turutkan sahaja.

"Kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau nak buktikan yang dia terhangus bersama kebakaran. Apa niat kau yang sebenar?" Soal Iqbal bengang. Hoodie Harraz dicengkam olehnya dengan kuat. Mati-mati dia percaya yang Nadhira Zalikha sudah meninggal hangus kebakaran bersama markas tersebut.

"Supaya Alex ingat dia dah mati. Kau nak dia dikejar oleh Alex?" Soalan daripada Harraz membuatkan Iqbal terdiam. Perlahan-lahan dia melepaskan hoodie Harraz kerana dia merasakan apa yang dikata oleh Harraz itu adalah betul.

"Jadi kau rawat dia and sorok dia sepanjang 4 tahun? Kenapa tak bagitahu kami yang Ira masih hidup?" Kini Emir Adden Fattah pula yang bersuara.

Harraz mengeluh kecil.

"Seba....."

"Sebab aku yang suruh. Aku taknak korang tahu aku masih hidup dan kalau boleh aku taknak jumpa korang sampai bila-bila" tutur Nadhira Zalikha meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Kepalanya ditunduk. 4 tahun dia menyorok dari mereka semua sejak peristiwa tersebut dan hari ini dia tidak sangka dia dapat berjumpa dengan mereka semula.

"Sebab aku ke Ira? Aku faham kalau kau nak benci aku tapi bukan diorang. Aku minta ma...."

"Bukan sebab tu. Fattah, aku tak pernah benci kau dan tak pernah berdendam dengan korang semua. Cuma apa yang Alex buat kat aku, membuatkan aku malu nak berhadapan dengan korang lagi-lagi kau Airisya. " Tutur Nadhira Zalikha dengan suara semakin serak. Kepalanya ditunduk ke bawah dan perlahan-lahan air matanya mengalir. " Aku malu nak berhadapan dengan kau, Airisya. Kau nampak apa yang Alex buat kat aku dan...dan aku rasa jijik dengan diri ak....."

Belum sempat Nadhira Zalikha menghabiskan kata-katanya, dia terlebih dahulu dipeluk oleh Dhia Airisya. Dhia Airisya memeluk Nadhira kuat sambil tangannya menggosok belakang badan Nadhira. Semakin kuat Nadhira menangis dalam pelukan Dhia Airisya. Terasa yang kini dia ada bahu untuk bersandar.

"Aku minta maaf Ikha. Aku minta maaf kau terseksa sebab aku"

Nadhira Zalikha menggelengkan kepalanya.

"Aku tak salahkan kau apa yang jadi."

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Semua ini berpunca kerananya. Gara-gara Alex yang berdendam dengannya mereka berdua menjadi mangsa Alex. Kalau bukan kerana dia, semua ini takkan berlaku.

"Aku minta maaf . Semuanya salah aku."

Nadhira Zalikha menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

"Tak ada siapa-siapa yang salah. Apa yang jadi kat aku sudah ditakdirkan. Sekarang aku rasa lega sedikit sebab Alex dah mampus. Now aku nak bertaubat dengan dosa-dosa aku. Aku dah bunuh orang" Nadhira Zalikha memandang pistol yang dipegangnya itu lama. 4 tahun dia latih diri untuk kuat dan selama tu lah dia belajar macam-macam dengan Harraz sebab dia nak balas dendam pada Alex yang telah merosakkan dirinya.

Dia sangat berterima kasih pada Harraz yang banyak membantunya dan juga mengambil risiko untuk berkerja dengan Alex kerananya.
Tapi walaupun dia sudah bunuh Alex, dia tidak rasa lega sepenuhnya. Mungkin dia sudah jauh dari Allah?

Dhia Airisya memeluk tangan Nadhira Zalikha erat berjalan menjauhi mereka semua. Mereka berdua mendekati satu superbike yang diparking di belakang markas. "Kau taknak duduk rumah kat sewa kita dulu?" Soal Dhia Airisya dengan hati yang berat untuk melepaskan Nadhira Zalikha pergi. Mereka baru berjumpa beberapa jam setelah 4 tahun tidak berjumpa.

Nadhira Zalikha tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya. "Aku tak ready lagi. Nanti aku ready aku akan pergi kat korang" pujuk Nadhira Zalikha apabila melihat cerbikan Dhia Airisya.

"Tapi kau janji tau jangan hilangkan diri sekali lagi."

"Yaa janji"

"Nanti kau datang lah bila-bila masa, kita keliar sama-sama. Aufa and Hana mesti happy gila dapat jumpa kau"

Nadhira Zalilha menangguk kepalanya. Dia pun rindu sahabat baik mereka dua orang lagi itu. Tapi dia masih belum ready untuk berjumpa dengan mereka. Dia mengeluh kecil. Rindunya kenangan-kenangan mereka dahulu. Dia tidak pasti dia daapt jadi Nadhira Zalikha macam dulu ataupun tidak.

"Beb aku tak sangka finally kau kahwin dengan Fattah."

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau dah tahu lama ke dia suka kat aku?" Soal Dhia Airisya pelik. Gaya macam Nadhira Zalikha tahu yang Emir Adden Fattah sudah suka lama kat dia. Ouhh wait. Mestilah Nadhira Zalikha tahu. Diorang kan kawan baik.

"Kau ingat tak malam yang kita sembang dalam kereta tu? Yang aku bagitahu ada orang suka kat kau"

Mata Dhia Airisya membulat. Dia masih ingat akan perbualan mereka " Wait jadi dia tu adalah suami aku?" Anggukan dari Nadhira Zalikha membuatkan dia semakin terkejut. Tidak tahu pula yang Nadhira Zalikha maksudkan tu adalah Emir Adden Fattah. Curios pula dia nak tahu yang Emir Adden Fattah suka dia sejak bila.

Harraz mula menghampiri mereka berdua setelah selesai bercakap dengan Harriz. "Hai Airisya" dia tersenyum kecil melihat Dhia Airisya yang tersenyum padanya. First time dia lihat Dhia Airisya secara berdepan ini selalunya dia hanya mendengar nama sahaja. Cantik juga orangnya. Patutlah Emir Adden Fattah boleh fall in love gila-gila.

"Ehem"

Harraz berpaling memandang Nadhira Zalikha lalu tersengih apabila melihat renungan tajam Nadhira Zalikha. "Kau okay tak? Ada luka-luka kat mana?" Soal Harraz pada Nadhira Zalikha dengan risau.

"Tanya aku ke bukan kawan aku?"

Melihat renungan tajam dari Harraz membuatkan dia ketawa kecil.

"Tak. Aku okay je"

Dhia Airisya tersenyum melihat mereka berdua.  Dia lalu meminta diri untuk beredar. Taknak ganggu mereka berdua. Sempat dia memeluk Nadhira Zalikha sekali lagi sebelum beredar. Dia tersenyum kecil. Lega yang semuanya sidah berakhir! Yang paling penting Nadhira Zalikha masih hidup.

"Dah kau duduk belakang. Biar aku yang bawal superbike ni" ujar Harraz menyuruh Nadhira Zalikha kebelakang namum Nadhira Zalikha tidak menginjak sedikitpun.

"Apahal pula? Kau pergilah naik superbike kau sendiri" ujar Nadhira Zalikha tidak berpuas hati.

"Superbike aku kat rumah. Dah kau jangan nak banyak tanya. Before aku angkat kau buang dalam semak sana baik kau kebelakang cepat" ugut Harraz. Melihat mula cemberut Nadhira Zalikha membuatkan dia tersenyum puas. Setelah Nadhira Zalikha beringjak ke belakang dia mula memanjat naik. Superbike dihidupkan.

"Pegang aku kuat-kuat. Melayan tak tau"

"Haish menyampah betul" Nadhira Zalikha memegang hoodie Harraz kuat-kuat. Gila dia nak peluk si Harraz yang annoying nak mampus. Ada saja benda yang tak kena. Nasib baik la Harraz selamatkan dia kalau tidak dia dah smackdown Harraz sampai mampus.

"Dah dah mengumpat aku. Mengumpat aku je kerja kau"

"Diam ahh kau. Semak"

Dhia Airisya tersenyum kecil mendengar mereka berdua bergaduh walaupun dari jauh. Dhia Airisya menarik nafas lega. Rasa lega sangat yang semua dah berakhir. So Alex dah tak ada dan takkan kacau dia lagi lepasni. Dan dia pun dapat berjumpa dengan kawan baikmya semula.

"Nasib baik mimpi kau tu betul bro. Kalau tak kita tak dapat bunuh Alex"

"Yee do. Tapi aku curious macam mana korang boleh mimpi benda sama?" Soal Firash.

Emir Adden Fattah hanya diam sahaja. Dia pun tak tahu kenapa mereka berdua mimpikan hal yang sama. Macam tak logik tapi tu lah disebabkan mimpinya dan mimpi Dhia Airisya, mereka dapat membunuh Alex. Musuh terbesarnya akhirnya mati juga.

"Tapi enn kau cakap dalam mimpi kau ada orang bunuh kau kan? Kembar Danial bodyguard kau?"

Kepalanya diangguk. Dia sudah siasat latar belakang Danial tapi macam ada something wrongs. Matanya dipejam seketika. Malas mahu fikir hal ini lagi. Cukuplah hari ini hari yang memenatkan. Pasal Danial dan kembarnya, nanti dia fikir kemudian hari.

"Awak pun mimpi?"

Badan dipusingkan ke belakang. Terkejut mereka lagi-lagi Emir Adden Fattah melihat Dhia Airisya berdiri tidak jauh dari mereka. Bibirnya digigit. Jangan kata Dhia Airisya dengar perbualan mereka tadi?

"Kenapa selama ni awak tak bagitahu saya pun yang awak turut mimpi hal sama?"

"Airisya"

Dhia Airisya menapak beberapa langkah ke belakang apabila Emir Adden Fattah mara ke arahnya. Tangannya digenggam erat. Matanya dipejam seketika. Nafas dalam ditarik. Dia dah dapat agak Emir Adden Fattah mimpi hal sama cuma dia cuba untul berfikir positif. Memang hal ni bukan hal yang besar bagi orang lain tapi faham tak mimpi tu berakhir dengan kejadian yang ngeri? Kejadian di mana dia kehilangan Emir Adden Fattah?

Kalau mimpi pasal Alex semuanya betul di mana keberadaan markas Alex terletak di tempat sama mahupun dalam mimpi dan hidup nyata. Dan sudah tentu kejadian kembar Danial yang menikam Emir Adden Fattah akan betulkan? Dia mengeluh kecil berharap mimpi ini hanyala permainan.

"Aku ada sebab tak bagitahu kau"

"Sebab apa?"



*********

Sebab apa Emir Adden Fattah taknak bagitahu Dhia Airisya?
Jeng jeng

So, Nadhira Zalikha bukan watak antagonis ye. Dia baik je. Mangsa Alex.

Jangan lupa votement korang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro