Bab 23
"Ana!"
Firash mendengus geram apabila Ariana dari tadi melarikan dirinya di pelosok orang ramai. Kakinya semakin dilajukan. Laju betul si Airiana melarikan diri daripadanya. Atlet sukan agaknya.
Tangan Airisya direntap dari belakang membuatkan larian Airiana terhenti. "Lepaslah!" Jerit Ariana agak kuat menyebabkan orang sekeliling memandang mereka berdua. Tapi itulah orang Melayu zaman sekarang. Tahu tengok je bukan nak tolong dia ke tak lepastu nanti bergossip.
"Asal kau lari? Dengar lah cakap aku dulu" bentak Firash geram apabila sedari tadi Ariana tidak mahu mendengar apa yang dia ingin katakan. Nampak batang hidung dia terus lari macam nampak hantu.
"Dengar? Nak dengar buat apa? Bila saya minta awak jangan buat bukan-bukan kat saya, ada awak dengar? Tak kan?" Bentak Ariana. Air matanya semakin berair teringat akan apa yang Firash lakukan kepadanya. Perbuatan kejam yang dilakukan oleh Firash tidak akan pernah dia lupa!
Firash menggigit bibirnya geram tatkala air mata Ariana laju turun membasahi pipinya. Tangan kanan diangkat mahu mengusap air mata di pipinya tetapi ditepis laju oleh Ariana.
"Takyah pura-pura buat baik."
Keluhan kecil dilepaskan. Mata dipejam sesaat. Kedua-dua tangan Ariana dipegang erat supaya Ariana tidak melarikan diri lagi daripadanya. Matanya merenung lembut mata Ariana. Entah kenapa kali ini dia rasa sangar bersalah atas apa yang dia lakukan. Sebelum ini mana dia kesah apa yang difikirkan oleh perempuan.
Mungkin sebab Ariana lain daripada mana-mana perempuan yang pernah dia tiduri. Selama ini tiada satu perempuan pun akan menolak dia melainkan Ariana. Mungkin kerana itu membuatkan dia semakin mahu mendekati Ariana walaupun Ariana masih budak sekolah yang sama umur dengan adiknya.
"Aku min.....Ana!"
Badan Ariana yang tiba-tiba rebah itu sempat disambut olehnya daripada jatuh di atas lantai. Pipi Ariana ditampar lembut bagi menyedarkannya namun hampa mata Ariana masih terpejam dengan rapat. Muka Ariana dan bibirnya yang begitu pucat dipandang dengan hati yang kesal.
Ke hulu-hilir Firash berjalan dari tadi. Tidak tenang dia nak duduk memikirkan Ariana yang masih dirawat oleh doktor. Entah kenapa Ariana tiba-tiba pengsan. Punggung dilabuhkan di atas kerusi bersama keluhan kecil dilepaskan. Doktor pun satu hal. Lama betul check keadaan pesakit.
Kepala disandar pada dinding. Matanya dipejam. Bunyi tapak kaki berjalan ke arahnya membuatkan kelopak matanya terbuka semula. Melihat doktor yang merawat Ariana datang ke mari, segera dia menghampiri doktor itu.
"Doc, macam mana dengan Ana?"
Doctor yang memakai name tag Azman di jubah putihnya tersenyum.
"Alhamdulillah, pesakit okay je. Cuma dia stress sikit. Lain kali jangan bagi dia stress sebab ia akan membahayakan kandungan" tutur Dr. Azman dengan senyuman.
Firash tergamam seketika mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Dr. Azman. Air liur ditelan kesat. Debaran dada semakin memuncak. Betulkah apa yang dia dengar?
"Me...mengandung?"
Dr. Azman tersenyum lantas kepala diangguk.
"Yup. Baru seminggu. Usia kandungan masih awal dan jangan bagi dia lakukan kerja-kerja berat. Nanti berlaku pendarahan yang akan menyebabkan keguguran" tutur Dr. Azman memberitahu keadaan Ariana. Bahu Firash ditepuk kecil sebelum dia meminta diri untuk beredar.
Firash masih berdiri statik di tempatnya. Mukanya diraup kasar seraya rambut di kusutkan. Apa yang dia dah buat kat Ariana? Satu keluhan dilepaskan dengan berat. Kakinya diatur menuju ke wad yang menempatkan Ariana. Dia berhenti betul-betul di wad Ariana memandang Ariana yang sedang baring membelakangi pintu.
Tangan digenggam erat. Sekali lagi dia mengeluh kecil. Dia sendiri tidak tahu mahu gembira atau geram atau sedih. Semuanya bercampur. Pintu dibuka dari luar. Masuk sahaja ke dalam wad Ariana, dia mendengar esakan kecil.
Kaki dibawa menghampiri Ariana.
"Get out" ujar Ariana perlahan namun masih didengari oleh Firash.
"Ana"
Kata-kata Ariana dihiraukan. Dia semakin berjalan menghampiri Ariana. Melihat gadis itu menangis, sudah tentu gadis itu tahu apa yang berlaku pada dirinya. Bibirnya digigit. Hatinya ditambat perasaan bersalah. Dia tahu semua ini salahnya. Salahnya kerana tidak memakai condom dan salahnya kerana Ariana menjadi mangsanya.
"Ana, aku min....."
"Puas hati kau?! Puas hati kau buat aku macam ni?" Tengking Ariana lantang. Firash yang berdiri di depannya dipandang tajam. Air matanya dikesat kasar. Jujur dia kata, apa yang doctor beritahu kepadanya tadi benar-benar buat dia terkejut.
"Ana" bahu Ariana dipegang namun ditepis kasar oleh Ariana membuatkan dia mengeluh kecil. Firash memegang sekali lagi bahu Airiana lalu menariknya ke dalam pelukannya.
"Hikss jahat! Sanggup kau buat aku macam ni!" Tutur Ariana bersama esakan. Dada Firash dipukul berkali-kali dengan tangannya. Menangis teresak-esak Ariana. Dia takut dengan kandungannya ini. Dia baru umur 27 tahun. Masih bersekolah.
"Aku minta maaf"
Dipeluk erat Ariana. Belakang badan Ariana digosok lembut cuba menenangkannya. Dibiarkan sahaja Ariana memukulnya itu kerana dia tahu rasa sakit hati Ariana tidak sesakit rasa dipukul. Matanya dipejam seketika. Terasa benar-benar bersalah ketika ini.
"Aku budak sekolah lagi. Kau jahat!" Tutur Ariana lemah. Dada Firash sudah tidak dipukul lagi. Dia hanya menangis di dada Firash kerana tika ini dia rasa betul-betul lemah dan penat. Penat dengan dunia dan penat dengan segalanya.
Bibir diketap kuat. Keluhan kecil dilepaskan oleh Firash. Belakang badan Ariana terus digosok.
Ariana memejamkan matanya. Dia tidak lagi menangis. Hanya bunyi hingusan kedengaran. Belaian Firash membuatkan dia rasa sedikit tenang berbanding tadi. Tangannya memegang kuat hujung bajunya.
"Ana, aku janji aku akan bertanggungjawab." Tutur Firash ikhlas. Dia sudah buat keputusan. Kali ini dia tekad. Kalau sebelum ni dia selalu memainkan hati dan perasaan perempuan, mungkin kali ini adalah masanya untuk berubah.
"Betul?" Soal Ariana. Mata Firash dipandang lama mencari kejujuran daripada lelaki itu. Kalau Firash betul-betul maksudkannya, dia tidak perlu risau. Sekurang-kurangnya ayah kepada anaknya itu akan bertanggungjawab.
Firash tersenyum seraya kepada diangguk kecil. "Hmm. Kita kahwin" tutur Firash. Rambut Ariana yang menutupi separuh mukanya diselit ke belakang telingannya. Diusap kepala Ariana lembut.
Ariana mengalihkan pandangannya daripada memandang Firash. Tidak selesa apabila ditatap lembut oleh Firash. Diundur sedikit ke belakang bagi menjarakkan tubuh mereka. Nafas dalam ditariknya bagi menghilangkan rasa debaran di dada. Rasa seperti satu perasaan cinta menjentik sanubari hatinya. Kepalanya digeleng kecil. Tidak mungkin secepat ini.
"Kau.....tak setuju?" Soal Firash sedikit kecewa apabila Ariana menggelengkan kepalanya.
Ariana berpaling memandang Firash. Bibirnya digigit. "Sa....saya okay je tapi abang saya....." Ayatnya dibiarkan tidak bersambung. Satu keluhan kecil terbit dari mulutnya. Entah ke mana abangnya pergi sehingga tak pulang ke rumah selama seminggu. Sudah dicari di tempat abangnya selalu lepak tapi tak ada.
Firash menelan air liur pahit.
"Abang kau......" Mulutnya ditutup semula tidak jadi bagitahu yang Johari sudah meninggal akibat tempoh hari apabila dia teringat akan kata-kata Dr. Azman yang memberitahu supaya tidak membuat Ariana stress. Lagipun kalau Ariana tahu yang dia bunuh Johari tak ke membuatkan Ariana semakin membencinya?
"Kau nak makan apa-apa tak? Aku belikan" soalnya mengubah topik perbualan mereka. Malas mahu berbicara pasal Johari tidak guna itu.
Ariana menundukkan kepalanya memandang perutnya yang dari tadi berkeroncang. Tangannya diletakkan di perut. Perbuatannya itu menbuatkan dia tersenyum kecil. Tidak sangka seawal ini dia mengandung. Mahu sedih pun dah tak ada guna. Semuanya dah terjadi. Dan dia bersyukur sangat, Firash mahu bertanggungjawab.
Firash turut tersenyum kecil melihat Ariana tersenyum. Tangannya turut dilekapkan di perut Ariana menyentuh tangan Ariana membuatkan Ariana mendongakkan kepala memandangnya. Air liurnya ditelan laju.
Kepala Ariana diusap lembut dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya masih melekat di perut Ariana. Dia tersenyum kecil.
"I'm promise. I'll take care of you and our baby"
KEPALA diangkat dikeluarkan dari kolam. Rambut yang menutup dahinya dibelai ke belakang. Mukanya dibasahi dengan air disapu dengan kedua-dua tapak tangan. Dihampiri tebing kolam lalu tangannya disandaikan di situ.
"Airisya!" Laung Emir Adden Fattah kuat memanggil Dhia Airisya.
Tidak sampai 2 minit, Dhia Airisya datang bersama dengan bekas keropok di tangan. Dihampiri Emir Adden Fattah dengan dahi yang berkerut. "Kenapa?" Soalnya bingung. Sudahlah dia sedang syok layan movie vampire twilight. Kacau daun betul!
"Hulur tuala aku" arah Emir Adden Fattah. Tuala yang tersadai di atas kerusi ditunjuk.
Dhia Airisya tanpa banyak tanya terus dia mengambil tuala Emir Adden Fattah. Sebelum itu balang keropok yang dipegang itu diletak di atas meja kopi sebelum mengambilnya. Dihampiri Emir Adden Fattah yang masih berada di dalam kolam.
Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya yang menghampirinya dengan senyuman nakal. Idea jahat bermain difikirannya. Huluran tuala dari Dhia Airisya diambil. Tangan Dhia Airisya dipegang dengan senyuman yang penuh makna. Dhia Airisya yang menjongketkan kening kepadanya dibalas dengan senyuman sinis sebelum.....
Kedebush
Dia dan Dhia Airisya sama-sama tenggelam ke dalam kolam. Dhia Airisya yang hampir tenggelam ke bawah ditarik ke permukaan air. Tangannya diletak dibawah punggung Dhia Airisya sebelum diangkat Dhia Airisya ke permukaan air.
"Ohok ohok" terbatuk kecil Dhia Airisya sebaik sahaja dia berada di permukaan air. Tertelan air tadi semasa tenggelam dalam kolam. Mukanya yang basah diraup. Nafas dalam ditarik.
"Awak!"
Meletus ketawa Emir Adden Fattah melihat muka Dhia Airisya yang kemerahan. Tangan Dhia Airisya yang memukul dadanya itu ditahan dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya masih menahan badan Dhia Airisya.
"Eee benci hiksss"
Cuak Emir Adden Fattah apabila Dhia Airisya menangis.
"Hey, tak yah la nangis"
"Hikss awak tahu kan saya tak pandai berenang. Ya....yang awak tarik saya tu kenapa?" Tutur Dhia Airisya tersedu-sedan akibat menangis. Air matanya dikesat kasar. Dipandang tajam Emir Adden Fattah. Dia bukan manja menangis bagai tapi dia betul-betul takut tadi. Rasa macam nak lemas tadi. Dengan airnya yang masuk ke hidung, mata dan telinganya. Sudahlah tak pandai berenang. Lepastu dengan jatuh ke dalam kolam tanpa isyarat. Mana dia tak nangis?
"Okay okay. I'm sorry. Dah stop menangis" ibu jarinya mengusap lembut pipi Dhia Airisya. Dhia Airisya dibawa ke tepi kolam lalu. Tangan diletakkan di bawah ketiak Dhia Airisya sebelum dia mengangkat Dhia Airisya duduk di tebing kolam.
"Hikss jahat!"
Bentak Dhia Airisya geram. Lengan dibawa ke muka ingin menutup wajahnya yang sudah tentu kemerahan dan juga yang sembab akibat menangis.
Bibirnya digigit. Rasa kesal dengan perbuatannya tadi. Niatnya hanya mengusik Dhia Airisya sahaja. Tidak sangka yang Dhia Airisya akan menangis. Tangannya memegang lengan Dhia Airisya untuk mengalihnya namun ditepis dengan laju. Dia mengeluh kecil.
Dia turut keluar dari kolam. Nama Kak Jah pembantu rumahnya dipanggil. Tidak sampai seminit, Kak Jah datang membawa dua tuala yang besar. Dibuka tuala itu lalu badan Dhia Airisya dibaluti dengan tuala.
Tangannya diletakkan di bawah leher dan lutut Dhia Airisya untuk dicempung ke bilik namun belum sahaja dia ingin mengangkat Dhia Airisya sekali lagi menepis tangannya.
"Airisya"
"Awak nak saya lemas ke?"
Kepala digeleng laju. Langsung dia tidak fikir begitu. Tangan Dhia Airisya dicapai. Nasib kali ini Dhia Airisya tidak menepis lagi tangannya. Punggungnya dilabuhkan di tepi Dhia Airisya. Bahu Dhia Airisya ditarik ke badannya.
"Kau isteri aku. Mana mungkin aku nak kau lemas. Takda kau tak sempurna hidup aku" tuturnya yang sudah tentu dari lubuk hatinya. Sisi kepala Dhia Airisya dicium lama sambil bahu kiri Dhia Airisya diusap lembut memberi kehangatan apabila angin malam meniup mereka.
Air liur ditelan kesat. Debaran dada semakin merancak sehingga membuatkan jantungnya mahu melompat keluar dari tempatnya dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Emir Adden Fattah. Ringkas namun tetap saja membuatkan jantungnya memainkan irama.
Emir Adden Fattah tersenyum kecil melihat Dhia Airisya hanya diam. Lega hatinya apabila Dhia Airisya sudah tidak marah akannya mahupun menangis. Badan Dhia Airisya diangkat lalu didudukkan di atas ribanya. Pinggang Dhia Airisya dipeluk erat dari belakang.
"I want you know, I don't want to lose you"
Dagunya dilabuhkan di bahu kiri Dhia Airisya. Dibelokkan sedikit kepalanya agar dapat memandang muka Dhia Airisya dari tepi. Rambut Dhia Airisya yang berterbangan ditiup angin diselit di tepi telinga. Lama mata mereka bertentangan satu sama lain.
Bibir mungis Dhia Airisya dicium lama.
Dhia Airisya hanya terkaku. Tuala yang berada di bahunya itu digenggam erat. Dia hanya menutup mata merasakan ciuman lembut dari Emir Adden Fattah. Dapat dia rasakan mukanya semakin membahang. Rama-rama pula usah dicakap, sedang bertebangan indah. Langsung tidak menyangka yang Emir Adden Fattah akan menciumnya.
"Airisya"
"I...iye"
Emir Adden Fattah mendongakkan kepalanya memandang langit yang disinari bulan dan bintang. Dia tersenyum kecil memandang langit yang mampu membuatkan hatinya tenang.
"Look at the moon and the stars"
Dhia Airisya turut mendongakkan kepalanya.
"Bintang tak selalu ada dengan bulan tapi aku akan selalu ada dengan kau.
Dhia Airisya berpaling memandang Emir Adden Fattah yang merenungnya lembut dengan sepasang anak mata grey kebiruaan. Dia tersenyum lebar. Pipi Emir Adden Fattah dipegang kiri kanan dan diusap dengan ibu jarinya. Dari anak mata Emir Adden Fattah dia tahu yang Emir Adden Fattah ikhlas berkata begitu.
"Airisya"
"Hmmm?"
Rambut Dhia Airisya diselit ke belakang telinga. Dia tersenyum lebar tatkala memandang bidadari syurganya di depan matanya ketika ini. Alangkah untungnya dia mempunyai seorang isteri seperti Dhia Airisya. Dulu hidupnya tidak lengkap dan sekarang hidupnya lengkap dengan kehadiran gadis di depannya itu. Dan dia berjanji dia akan menjadi Dhia Airisya sepenuh hati kerana dia...
"The moon is beautiful isn't it?"
***********
Aaaa I can't dengan kemesraan mereka dua!!!
Siapa yang tak tahu maksud ayat last Adden, pi google cepat!!!
Done double update !!!
Yeayyyyy
Jangan lupa votement ye korang hehe.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro