Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 22

"Done! Semua maklumat ada dalam file pdf yang aku hantar"

Ayaaz bangkit daripada kerusinya setelah pdf yang dihantar telah selamat dihantar kepada sang penerima. Sofa yang empuk dihampiri lalu punggungnya dilabuh kasar di sofa single. Pandangannya dialih memandang seorang lelaki yang kelihatan serabut.

"Thanks Yaaz. Sorry kalau menyusahkan" ujar lelaki itu.

"Hmm it's okay. Tapi kenapa kau nak minta tolong dengan Zul je? Zul kan pro hal macam ni?" Soal Ayaaz bingung memandangkan lelaki itu boleh sahaja minta tolong dengan Razul berbandingnya. Lagipun Razul seorang hacker yang professional dan sudah tentu untuk mendapatkan maklumat seseorang yang dicari itu terlalu mudah.

"Aku taknak Fattah tahu" jawabnya ringkas.

"Suka hati kau lah Rash. Kalau jadi something jangan kaitkan aku pulak"

"I don't" ujar Firash lalu bangkit daripada sofa. Langkah diatur menuju ke pintu untuk beredar memandangkan halnya sudah settle. Lagipun kejap lagi dia mahu menyinggah di sebuah tempat sebelum dia pulang ke rumahnya.

"Pape roger!"

Kereta BMW berwarna hitam diberhentikan di sebuah sekolah menengah. Jam yang tersarung di tangan itu dipandang sekilas sebelum dia memandang semula pada pagar sekolah. Sudah hampir pukul 5 petang. Tidak silapnya pelajar tingkatan 5 habis kelas tambahan pada pukul 5 petang.

Sementara menunggu pelajar tingkatan 5 habis kelas tambahan, Firash mengeluarkan ipad pro miliknya. File pdf yang dihanyar oleh Ayaaz tadi dibuka dan dibaca segala maklumat dengan teliti. Dia tersenyum kecil

Kata-kata Emir Adden Fattah tempoh hari bermain difikirannya.

"Habistu perlu ke lepaskan nafsu kau kat perempuan tu? She was only 17 years old!"

"Yang kau pahal tiber nak cakap pasal ni? Sebelum ni kau tak kesah pun apa yang aku buat"

"Because what you did was put us in danger! Itu pun tak faham ke?"

Keluhan kecil dilepaskan.

Kini kata-kata Harriz pula bermain di fikirannya.

"Bro, apa yang kau buat ni salah. Aku fahan perasaan kena tinggalkan oleh perempuan yang kita cintai . We are in the same shoes tapi yang beza aku dengan kau, aku dah malas nak ambik tahu pasal perempuan and kau pula habis perempuan kau buat macam game. I know that you wants to put all the blames at girl tapi tak semua perempuan macam tu bro. Look at Airisya, she's kind. Teruk macam mana pun Fattah layan dia but she still respect, cherish and love Fattah" ujar Harriz mendatar sambil tersenyum nipis teringat akan kelakuan Dhia Airisya yang terlalu baik hati. Pandangan dialih kepada Firash seraya itu bahu Firash ditepuk.

"What I want to say is tak semua perempuan jahat, ada juga baiknya. Tapi kau belum jumpa yang baik. Tapi bila kau dah jumpa yang baik, jangan lepaskan dia. Dia dalam satu"

Sekali lagi Firash melepaskan keluhan kecil. Rambutnya dikusutkan. Matanya dipejam seketika seraya itu kepalanya dihentak di stereng kereta. Bunyi hon kereta terhasil akibat perbuatannya itu sekali gus membuatkan pelajar yang lalu di depan keretanya itu terhinjut bahunya dek terkejut bunyi hon.

Firash mengangkat kepalanya.

Dia terkaku seketika melihat pelajar yang di depan keretanya membongkotkan sedikit badannya berulang kali persis seperti orang sedang minta maaf. Tak, kenapa pelajar itu mahu minta maaf sedangkan dia tak buat apa-apa? Firash tersenyum kecil melibat gelagat pelajar itu.

Idea nakal muncul di fikirannya.

Cermin mata hitam diambil lalu dipakai atas hidung. Rambutnya yang kusut dibetulkan sebelum dia melangkah keluar dari keretanya. Pintu kereta sengaja ditutup kuat menyebabkan pelajar itu sekali lagi terhinjut bahunya. Langkah diatur menghampiri pelajar itu.

"Sa....saya mi...minta maaf. Saya minta maaf kalau saya ada buat kereta encik tercalar" tutur pelajar itu gugup sambil membongkotkan badannya kepada lelaki di depannya itu.

Firash menahan senyum. Spek mata hitam dibuang lalu disangkut di baju. Pelajar perempuan yang masih membongkotkan badannya dipandang dengan senyuman yang penuh makna. Dia berdehem seketika.

"Ariana Syuhada"

Pelajar perempuan itu mengangkat kepalanya apabila namanya disebut. Terbuntang luas matanya memandang lelaki yang sedang berdiri di depannya itu. Jika tadi dia tidak kenal akan lelaki pemilik kereta BMW kerana spek hitam yang dipakai tapi sekarang dia sudah kenal!

Kakinya automatik melangkah ke belakang beberapa tapak. Perasaan guruh, risau dan takut semua ada. Debaran dada yang kian merancak cuba ditenangkan. Dia memandang sekeling. Masih ramai pelajar yang belum balik. Dia tidak akan diapa-apakan kali ini?

Firash menapak selangkah menghampiri Ariana.

"Jangan dekat, kalau tak saya jerit" ujar Ariana dengan kaki yang sudah menggigil. Air mata mula bertakung teringat apa yang lelaki itu lakukan padanya. Tidak betah dia berlama-lama dengan lelaki yang sudah merosakkan dia. Dijanji yang dia dapat pulang setelah mereka habis bermain game namun itu hanyalah omong kosong.

"Ana, aku buk....."

"Saya cakap jangan datang dekat!" Jeritnya separuh noktah menyebabkan beberapa pelajar di kawasan mereka berpaling memandang mereka berdua.

Firash menggigit bibir menahan rasa geram. Dia bukan nak buat apa-apa pun! Hanya mahu berborak sahaja. Nak emo dah kenapa?

"Fine!"

Langkahnya diundurkan ke belakang. Ariana dipandang seketika sebelum dia melangkah ke pintu kereta. Terus terbantut niatnya mahu meminta maaf atas apa yang dia lakukan kepadanya tempoh hari. Pintu kereta dibuka namun jeritan seseorang memanggilnya membuatkan kelakuannya terhenti.

"Abang Rash!"

Seorang pelajar perempuan berlari kecil menghampiri Firash dengan senyuman yang lebar di bibirnya. Terlampau gembira dan excited apabila melihat abangnya berada di sekolahnya. Jarang-jarang abang mahu menjemput di pulang dari sekolah. Itu pun kena pujuk dahulu.

"Err Fi lambat betul keluar. Lama abang tunggu" tutur Firash dengan senyuman kelat kerana hajat dia kemari bukan mahu menjemput adiknya pulang tapi mahu berjumpa dengan Ariana.

"Hehe sorry"

Dipandang sekilas Ariana yang masih statik berdiri di depan keretannya sebelum dipandang Fira semula. Kepala adiknya itu diusap perlahan.

"Get in the car"

Fira menangguk kepalanya laju. Badannya dipusing lalu diatur langkah ke pintu kereta sebelah seat pemandu. Langkahnya terhenti di depan Ariana. Dipandang Ariana dengan senyuman lebar.

"Ana jom saya dengan abang saya hantar awak balik ke rumah" ujar Fira. Lengan Ariana digoncangkan, mengajak Ariana untuk naik kereta sekali. Lagipun dia rasa abangnya itu tidak kesah kalau classmatenya tumpang balik sekali.

"Err tak kut Fi. Abang saya dah janji nak datang ambik" tolak Ariana lembut.

Mana mungkin dia mahu menumpang kereta lelaki itu untuk balik ke rumah. Lagi rela jalan kaki walaupun rumahnya jauh! Dia memandang sekilas Firash yang berdiri di pintu kereta. Jelas kelihatan lelaki itu agak kecewa dengan tolakannya apabila wajah lelaki itu berubah tegang. Bunyi hentakan pintu kereta menambahkan lagi kepercayaannya yang lelaki itu bengang dengannya. Tak, apa masalah lelaki itu?

"Kalau awak cakap macam tu, tak apalah. Bye Ana! Jumpa esok!"



BANGUNAN Kuala Lumpur yang gah berdiri di tengah-tengah bandar dipandang dengan satu keluhan. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket manakala tangan kiri memegang cawan yang berisi air kopi. Dihirup sedikit demi sedikit tanpa lepas matanya memandang permandangan dari officenya itu.

Bunyi ketukan pintu membuatkan dia berpaling ke belakang. Kelihatan Harriz, Iqbal, Firash dan Razul menghampiri sofa panjang. Cawan yang berada di tangan diletakkan di atas meja kerjanya. Langkah diatur menuju ke sofa single. Punggungnya dilabuhkan.

"Aku panggil korang nak bincang pasal serangan kita" tuturnya sebaik punggung dilabuhkan di sofa.

"Lusa kan? Tapi keadaan kau okay tak? Or tangguh minggu depan?" soal Harriz.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Bahu kanannya yang ditembak dipegang. Masih terasa sakit kerana baru sahaja 3 hari berlalu sejak kejadian itu.

"Just proceed. Aku malas nak lambat-lambat. Lagi lambat lagi bahaya" ujarnya dengan suara mendatar. Benda ini yang difikirkan olehnya dari tadi. Mahu tangguh atau proceed? Tapi kalau tangguh, dia risau kalau Alex merancang sesuatu yang bahaya.

"Tapi, keadaan kau tak mengizinkan. Nantikan kalau jadi apa-apa macam mana?" Razul menyoal dengan risau.

"It's okay. Aku boleh guna pistol dengan tangan kiri"

"Aku tahu kau boleh guna pistol kedua-dua tangan. But tangan kanan more accurate" bantah Firash.

"Korang kan ada?"

"Once you set to do something, no one can stop you right? " ujar Iqbal dengan helaan nafas panjang.

Emir Adden Fattah mengangkat bahunya.

"Well dah tahu tanya lagi"

Firash, Razul, Iqbal dan Harriz melepaskan keluhan kecil. Itulah King mereka Emir Adden Fattah. Seorang yang sangat keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat dari orang lain. Bila Emir Adden Fattah cakap A jadi jalannya memang A.

"Nak ikut"

Kelima-lima mereka berpaling memandang Dhia Airisya yang sedang berdiri di pintu dengan sengihan. Emir Adden Fattah melepaskan keluhan kecil. Tidak menyangka Dhia Airisya mendengar perbulan mereka. Kepalanya dipicit dengan jari. Satu hal pula kena bincang dengan Dhia Airisya.

"Adik aku pun degil macam kau bro. Apa-apa pun goodluck." Ujar Iqbal lalu bangkit daripada sofanya diikuti dengan Harriz, Razul dan Firash.  Mereka berempat menghampiri Dhia Airisya yang masih berdiri di pintu.

"Bye Airisya" Razul melambaikan tangannya pada Dhia Airisya.

Dhia Airisya tersenyum kecil. Setelah mereka hilang dari pandangan, Dhia Airisya mengalihkan pandangannya memandang Emir Adden Fattah merenungnya tajam. Dihampiri Emir Adden Fattah dengan senyuman yang menampakkan gigi.

Dia duduk antara dua sujud di depan Emir Adden Fattah. Tangan suaminya itu dicapai dan digoyangkan. Renungan tajam dari suaminya dibalas dengan renungan lembut.

Ya Allah, lembutkanlah hati suami aku agar membawa aku sekali. Doanya dalam hati.

"Awakkkk, bolehlah"

Pakk

"Auchh"

Tangannya automatik memegang dahinya yang dijentik oleh Emir Adden Fattah. Bibir dimuncungkan bersama jelingan tajam. Suka betul jentik dahinya! Emir Adden Fattah yang mempamerkan riak tidak bersalah menjentik dahinya membuatkan dia semakin geram. Tangannya laju mahu mencubit Emir Adden Fattah tapi hampa tanganya ditahan oleh Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah senyum mengejek sambil menjongketkan keningnya.

"Ish!"

Dhia Airisya merentap kasar tangannya dari pegangan Emir Adden Fattah. Dia bangkit daripada duduknya lalu punggung dilabuhkan di sofa yang panjang dengan muka yang mencuka. Tangan memeluk tubuh dan pandangan dialih ke arah lain. Tidak lama dia berpaling semula memandang Emir Adden Fattah apabila teringat akan hasratnya tadi.

"Awa....."

"Nope." Emir Adden Fattah bangkit daripada sofa lalu menuju ke meja kerjanya. "It's dangerous Airisya" tutur Emir Adden Fattah dengan nada tegang. Pandangan dilemparkan memandang permandangan bandar Kuala Lumpur.

Dhia Airisya bangkit daripada duduknya, menghampiri Emir Adden Fattah. Lengan lelaki itu dikaih lembut. Cincin yang tersarung pada jari manis Emir Adden Fattah dipandang lama bersama senyuman kecil. Dicium sekilas cincin di jari manis Emir Adden Fattah.

"Kalau macam tu awak pun tak boleh pergi. Bahu awak still sakit"

"Airisya"

"No excuses. Kalau awak taknak bawa saya, saya pergi sorang-sorang. Saya tahu tempat tu"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dipandang Dhia Airisya yang tersenyum kecil dengan pandangan redup. Kepala ditunduk ke bawah. Agak sukar dia mahu membuat keputusan sama ada mahu membawa Dhia Airisya juga atau tidak.

"Kau ni memang degil kan" hidung Dhia Airisya ditarik dengan geram.

"Haah, macam awak"

Dhia Airisya tersengih.

"So boleh lah ni?"

Dhia Airisya menyoal dengan teruja. Dipandang Emir Adden Fattah dengan mata yang bersinar. Melihat anggukan kepala dari Emir Adden Fattah membuatkan dia menjerit keriangan. Badan Emir Adden Fattah dipeluk erat.

"Thanks awak!"

"Hmm tapi itu pun kalau kau boleh lawan trauma kau dengan pistol."

Senyuman Dhia Airisya mati. Mulutnya dicerbik.

"Ala saya bukan nak guna pistol pun. Saya nak memanah"

"Memang la kau tak guna pistol tapi kau boleh ke dengar bunyi tembakan sana sini? Tak kan?"

Dhia Airisya terdiam. Ada benar juga dengan kata-kata yang diutarakan oleh Emir Adden Fattah. Satu keluhan kecil terbit dari mulutnya. Usahkan nak pegang pistol, bunyi tembakan sahaja pun dah buat dia kecut perut.

"Tak apa. Saya lawan. Help me, Adden"

Emir Adden Fattah memandang anak mata hazel milik Dhia Airisya lama. Bibirnya digigit. Degil betul isterinya itu. Satu keluhan kecil dilepaskan seraya itu tangan Dhia Airisya ditarik keluar dari officenya menuju ke tempat latihan menembak.

Dhia Airisya tersenyum lebar sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik latihan menembak. Dipandang sekeliling dengan teruja. Pelbagai alat-alat menembak ada. Yang sudah pasti dia tidak tahu setiap jenisnya.

Emir Adden Fattah mengambil satu pistol yang tergantung di dinding. "Ni pistol aku selalu guna. Pistol Glock 19. Aku nak kau tengok aku tembak and learn. Kalau kau rasa takut bunyi tembakan, tell me" ujar Emir Addn Fattah seraya menghampiri tempat untuk melepaskan tembakan.

Dhia Airisya mengangguk kepalanya. Dipandang Emir Adden Fattah yang sudah mengambil tempat. Diperhati sahaja Emir Adden Fattah yang sedang mengacu pistol pada satu papan bulat dengan tangan kiri. Nafas dalam ditarik. Emir Adden Fattah yang ingin melepaskan tembakan, dia pulak yang berdebar lain macam.

Bang

Satu tembakan tepat mengena pada bulatan tengah. Emir Adden Fattah tersenyum. Walaupun dia menggunakan tangan kiri tetapi tembakannya tepat pada sasaran. Dia berpaling memandang Dhia Airisya yang menepuk tangan dengan teruja.

"Wahh hebatnya awak. Guna tangan kiri pun hebat" tutur Dhia Airisya teruja. Sungguh nampak cool betul Emir Adden Fattah melepaskan tembakan dengan tangan kiri. Handsome nak mampus!

"Feel scared?"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya.

"Come here"

Langkah diatur menghampiri Emir Adden Fattah. "Turn kau" pistol yang disua kepadanya dipandang lama. Nafas dalam ditarik sebelum dia mengambil pistol dari tangan Emir Adden Fattah. Dia memandang Emir Adden Fattah dengan gugup namun senyuman dari Emir Adden Fattah menbuatkan keyakinannya bertambah sikit.

"You can"

Emir Adden Fattah menarik badan Dhia Airisya menghadap tempat sasaran. Kedua-dua tangan Dhia Airisya diangkat separas bahu. "Posisi kena betul. Mata kena pandang sasaran. Tangan kena lurus" tuturnya. Dhia Airisya hanya meangguk kepalanya. Debaran bukan kemain lagi!

"Just tell me, if you can't"

"I can"

Emir Adden Fattah tersenyum kelat. Tangan Dhia Airisya sedikit mengigil. Dipegang tangan Dhia Airisya erat dari belakang menyalurkan sedikit kekuatan padannya. Jari telunjuk kirinya turut dimasukkan ke dalam lubang bersama jari telunjuk Dhia Airisya.

"Tarik nafas and hembus"

Akur dengan Emir Adden Fattah, Dhia Airisya menarik nafas dalam dan menghembusnya kuat. Matanya dipejam seketika. Namun entah kenapa tubuhnya terasa lemah menyebabkan dia mengundur ke belakang beberapa tapak. Berkat Emir Adden Fattah yang berada di belakangnya menghalangnya daripada jatuh.

"Airisya"

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya risau.

"Kalau tak bole...."

"Saya boleh" tutur Dhia Airisya mengangkat tangannya separas bahu semula. Dia perlu lawan takutnya! Dia perlu lawan traumanya! Dai taknak jadi perempuan yang lemah!

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Melihat Dhia Airisya begitu tekad membuatkan dia pasrah. Tangannya turut diangkat separas bahu memegang pistol yang dipegang Dhia Airisya. Dengan kiraan sehingga 3, dilepaskan tembakan  pada sasaran.

Bang

Bunyi tembakan yang memenuhi ruang membuatkan Dhia Airisya melepaskan pistol. Badannya dipusingkan menghadap Emir Adden Fattah lalu dipeluk erat badan Emir Adden Fattah. Badannya yang menggigil itu berkurang sedikit apabila Emir Adden Fattah membalas pelukannya.

"Sa...saya takut"

Emir Adden Fattah mengusap lembut belakang Dhia Airisya bagi menenangkan isterinya itu. Matanya dipandang tempat sasaran. Tembakan tidak mengena kerana tangan Dhia Airisya yang menggigil tadi. Tapi tak apa. Sekurangnya Dhia Airisya cuba lawan ketakutannya.

Bibirnya dilekapkan pada dahi Dhia Airisya lama.

"Shhh, I'm here"

*****************

Korang! Rindu korang !
Hehe sorry lama tak update. I'm just finished final exam this sem.

So author akan update sebanyak boleh sebelum masuk sem baru. Yeayyyyy.

Author nak cakao thank you so much support author. Buku ILY, Mr. Korean Mafia dah hit 111k reads dan 11k votes. Yeyyyy. Author happy sangat. Tak sangka story author dapat sambutan. Tq korang !!!

Jangan lupa votement!

Muahhh!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro