Bab 18
Guysssss
Lama tak update huwaaaa.
I'm sorry sekarang jarang update. Since author masuk universiti (degree) memang tak ada masa dah nak buka wattpad. Tapi demi korang, demi Emir Adden Fattah and demi Dhia Airisya i will try to update.
Author rasa korang kena baca semula bab sebelum..hhahahaha.
So here we go.....
*************
BADAN disandarkan pada pintu sliding door sambil memeluk tubuh. Dhia Airisya yang sedang berdiri di luar balkoni mengambil angin malam dipandang dari belakang. Isterinya itu masih belum sedar akan kehadirannya yanh sedang berdiri di situ. Dia tahu mesti Dhia Airisya sedang memikirkan kejadian siang tadi.
Flashback
IPHONE miliknya yang bergetar itu dipandang sekilas sebelum dia memandang semula client yang berada di hadapannya menjelaskan tentang segala perihal yang berkaitan dengan kerjanya itu pada client.
"Don't worry Dato', we will make sure our bodyguard can protect your family" ujarnya. Satu file dihadapannya disua kepada client untuk menanda tangan perjanjian mereka memandangkan pekerja-pekerjanya atau dikenali dengan bodyguard akan bekerja dengan dato' dihadapannya untuk melindungi keluarga dato' dari enemy.
"You can put 100% your trust on us" sambung Harriz menyakinkan client di depannya.
"Okay then, I will sign our contract and about the payment just tell me how much you want" ujar dato' tersebut. Tanpa teragak-agak dia menandatangan contract yang disua kepadanya setelah membaca dengan detail maklumat yang tertulis di contract tersebut.
Sekali lagi iphone Emir Adden Fattah bergetar memandangkan phonenya berada dalam keadaan mute tetapi vibrate. Nama Dhia Airisya yang tertera dipandang kosong. Dia tidak suka kalau ada orang kacau meetingnya dengan client kerana itu akan merosakkan imej agency mereka.
"Thanks dato' for agreeing to sign the contract with us"
Senyuman manis dilemparian pada Dato' seraya mereka berjabat tangan. Emir Adden Fattah turut keluar dari bilik meeting mengiringi Dato' tersebut. Iphonenya yang bergetar yang dipegang di tangan itu dipandang. Sekali lagi nama Dhia Airisya tertera.
"Riz"
Emir Adden Fattah memberi isyarat kepada Harriz supaya menggantinya untuk mengiringi Dato' tersebut bersama dengan yang lain. Melihat Harriz menangguk kepala, Emir Adden Fattah berjalan menuju ke bilik meeting semula. Butang hijau ditekan sebelum phone dilekapkan di telinga.
"Kau nak apa Airisya? Kan aku dah cakap yang aku ada meeting" ujarnya geram kerana menganggu meetingnya tadi. Melihat tiada respon dari Dhia Airisya membuatkan dahinya berkerut seribu. Phone dijauhlan dari telinga. Dipandang screen phonenya dengan dahi yang berkerut.
"Airi......"
"You dah order ke Icha? Kalau tak kita boleh makan sekali"
Mendengar suara lelaki di talian sana membuatkan jantungnya berdetak laju. Usah dicakap, mahu terkeluar dah jantungnya ini. Tangannya digenggam kemas. Peluh mula mengalir di dahi. Dia kenal suara ni. Suara Haikal! Suara Alex!
"Err Haikal, saya rasa kita tak dapat makan sekali kut sebab saya nak makan dengan suami saya"
"Damn kau Alex!"
Emir Adden Fattah membuka whatsapp app lalu menghantar pesanan kepada Dhia Airisya. Setelah itu, dia mengangkat kaki dengan laju menuju ke cafe di mana Dhia Airisya berada. Nasib cafe tersebut tidak jauh dari bangunannya. Laju dia berlari sehingga membuatkan orang memandangnya pelik.
Nafas ditarik dalam setelah sampai di depan Lestaria Cafe. Dari luar dia dapat lihat Dhia Airisya bersama Haikal. Bibirnya diketap geram. Nafasnya yang tidak teratur akibat berlari laju itu dikawal supaya dia tidak kelihatan panik di depan Haikal.
Pintu Lestaria Cafe di buka dari luar. Kakinya diatur menuju ke meja di mana Dhia Airisya berada.
"Sayang"
Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang Emir Adden Fattah berdiri di depannya. Nafas lega ditarik. Rasa lega yang Emir Adden Fattah kini bersamanya. Kini jantungnya mula berdetal normal.
"Sorry abang lambat"
Senyuman nipis diberikan kepada Emir Adden Fattah mendengar perubahan panggilan oleh Emir Adden Fattah. Dia tahu Emir Adden Fattah sengaja buat macam tu sebab nak sakitkan hati Haikal. Pandangan dialih pada Haikal yang kini jelas yang dia sedang menahan amarah.
"Btw kau bukan ke lelaki kat mall tu kan?" Soal Emir Adden Fattah pada Haikal pura-pura yang dia tidak tahu Haikal itu sebenarnya Alex.
Haikal tersenyum kecil. "Dunia kecil betul kan Airisya? Nampak macam jodoh kita kuat kan asyik berjumpa?" Ujat Haikal dengan memberikan senyuman sinis pada Emir Adden Fattah. Muka dipaling pada Dhia Airisya lalu senyuman manis diberikan kepada Dhia Airisya. Alang-alang dia berjumpa dengan musuh terbesarnya itu why not dia bermain kata untuk menyakitkan hati musuh terbesarnya?
Dhia Airisya mengetap bibir melihat muka Emir Adden Fattah semakin tegang tambah lagi dia melihat suaminya itu sedang mengenggam tangan kemas di sebalik meja. Dicapai tangan Emir Adden Fattah untuk menenangkannya kerana dia risau kalau Emir Adden Fattah bertindak luar kawalan. Namun ianya terlambat.
"Jodoh lahanat kau setan! Dia isteri aku dan kau jangan dekat dengan isteri aku lagi! Fu*k you!" Tumbukan yang kuat dihadiahkan pada pipi Haikal sehingga menyebabkan Haikal melayang merempuh meja sehingga terbalik. Kolar baju Haikal sekali lagi dicengkam dan bersiap sedia untuk melayangkan tumbukan yang kedua pada Haikal.
"A...adden"
Dhia Airisya menahan tangan Emir Adden Fattah daripada menumbuk Haikal. Kalau diikutkan hati nak je dia biar Emir Adden Fattah menumbuk Haikal sepuasnya tapi sekarang mereka berada di tempat awam! Dalam cafe pulak tu! Habis pelanggan-pelanggan di cafe ini melihat mereka.
"I'm not settle with this fu*king man......"
"Encik kalau encik nak buat kecoh saya takkan teragak-agak untuk call polis" ujar seorang lelaki berbaju kemeja biru dengan bername tag Faris di sebelah kiri. Mungkin manager Lestaria Cafe.
Dhia Airisya menarik tangan Emir Adden Fattah menjauhi Haikal. "Sorry encik, kami akan beredar sekarang. Jika ada apa-apa kerosakan encik boleh hubungi kami" sempat dia menyeluk poket Emir Adden Fattah lalu mengeluarkan dompet. Kad Emir Adden Fattah diberikan kepada manager tersebut. Dia tersenyum kelat pada manager tersebut.
"Kau jumpa lagi isteri aku, mampus kau aku kerjakan" tutur Emir Adden Fattah memberi amaran kepada Haikal sebelum menarik tangan Dhia Airisya keluar daripada Lestaria Cafe dengan hati yang bengang. Kalau mereka tidak berada di tempat awam, memang teruk dah dia kerjakan tadi.
Dhia Airisya hanya mengikut langkah Emir Adden Fattah menuju ke bangunan mereka semula dengan diam. Tangan Emir Adden Fattah yang memegang pergelangan tangannya itu dipandang. Diperhati lama kerana risau kalau ada luka akibat tumbukan yang agak kuat tadi.
Sampai sahaja di dalam lift bangunan Secret Hunters Agency, Dhia Airisya memusingkan badannya. Dia berdiri di depan Emir Adden Fattah. Direnung lembut mata grey kebiruan milik suaminya itu yang tampak macata helang selarang. Nampaknya amarah masih membara dalam badan Emir Adden Fattah.
"Thanks" ujar Dhia Airisya lalu memeluk badan Emir Adden Fattah. Mukanya disembankan di dada Emir Adden Fattah. Dapat dia rasakan degupan jantung Emir Adden Fattah di telinga kanannya.
Emir Adden Fattah mengerutkan dahinya. Tidak faham kenapa Dhia Airisya berterima kasih kepadanya.
"For?"
Dhia Airisya menongkatkan dagunya pada dada Emir Adden Fattah. Senyuman manis diberikan kepada Emir Adden Fattah.
"Thanks sebab tumbuk Haikal untuk saya. Saya baru nak tumbuk dia tapi awak lagi laju daripada saya"
Melihat muka tegang Emir Adden Fattah kini beransur pulih membuatkan Dhia Airisya semakin tersenyum.
"Tangan kecil ni nak tumbuk orang?" Soal Emir Adden Fattah dengan kening yang dijongket. Tangannya yang memegang tangan Dhia Airisya disua di depan Dhia Airisya. Dipandang tangan Dhia Airisya yang kecil dan kurus itu. Ada hati tangan sekecil ini nak tumbuk orang? Tengok-tengok patah dulu.
"Kecil pun padu lah" ujar Dhia Airisya dengan nada merajuk. Mulutnya dicerbik melihat Emir Adden Fattah memandang rendah akan tangannya itu. Sekecil-kecil tangannya itu padu tau kalau dia tumbuk orang!
"Try tumbuk, aku nak rasa tumbukan kau"
"Okay"
Dhia Airisya mengangguk kepalanya. Kakinya dijongket sedikit.
Cuppp
"Padu tak tumbukan saya?" Soal Dhia Airisya dengan kening yang dijongket sambil tersenyum. Melihat Emir Adden Fattah yang terkaku dengan ciumannya pada pipi secara mengejut membuatkan dia semakin senyum. Nafas lega ditarik dalam masa yang sama apabila melihat Emir Adden Fattah sudah tidak bengang.
"Kau memang nak kena"
Emir Adden Fattah yang semakin melangkah ke arahnya membuatkan dia kecut perut. Dengan segera dia keluar dari lift sebaik sahaja pintu lift terbuka. Sempat dia menjelirkan lidah pada Emir Adden Fattah sebelum dia melarikan diri. Selamatkan diri dulu!
End Flashback
Emir Adden Fattah menghampiri Dhia Airisya. Tangannya diangkat tinggi lalu dahi Dhia Airisya dijentik sebagai balasan siang tadi.
"Auch. Awak!"
Dhia Airisya mencerlung tajam Emir Adden Fattah sambil menggosok dahinya. Selalu sangat dahinya menjadi mangsa jentikan dari Emir Adden Fattah. Melihat Emir Adden Fattah senyum mengejek kepadanya membuatkan dia semakin bengang.
Tangannya diangkat tinggi, bersiap sedia untuk menjentik dahi Emir Adden Fattah namun Emir Adden Fattah lebih pantas menangkap tangannya. Sudahlah tangannya dipusing membuatkan badannya turut berpusing. Belakang badannya melanggar dada Emir Adden Fattah.
Baru dia mahu melakukan serangan, namun lilitan tangan Emir Adden Fattah pada pinggangnya menyebabkan serangannya tertangguh apatah lagi sekarang Emir Adden Fattah menongkat dagu pada kepalanya.
"Just stay like this for a while"
Tangannya semakin memeluk pinggang Dhia Airisya dari belakang. Matanya dipejam merasa angin malam yang menyapa mukanya. Rasa tenang sedikit hatinya yang gundah dari tadi sejak pertembungan buat kali kedua dengan Alex.
Apa yang difikirkan olehnya adalah keselamatan Dhia Airisya. Dia tahu pertembungan Dhia Airisya dengan Alex itu bukan kebetulan tapi dirancang. Dia tahu yang Alex sedang cuba untuk mendekati Dhia Airisya dan itu membuatkan dia sedikit takut. Sekejap sahaja dia tidak bersama dengan Dhia Airisya, Alex akan mengambil peluang untuk mendekati Dhia Airisya.
Jari jemarinya dimasukkan di celah jari Dhia Airisya. Tangan Dhia Airisya digenggam erat seraya itu dipandang lama. Dia nampak tangan Dhia Airisya menggigil ketika bersama dengan Alex tadi. Dia mengeluh kecil.
Rasa bersalah yang menggunung kerana membuatkan kehidupan Dhia Airisya kucar-kacir kerananya, kerana kejadian 4 tahun yang lalu. Kejadian yang meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka berdua terutamanya Dhia Airisya yang menjadi saksi perbuatan kejam Alex.
"Don't worry. I'm fine" ujar Dhia Airisya yang perasan Emir Adden Fattah merenung lama tangannya seraya itu belakang tapak tangan Emir Adden Fattah dicium lama. Dia tahu yang Emir Adden Fattah mesti menyalahkan diri sendiri atas apa yang jadi sedangkan itu adalah takdir mereka. Takdir yang sudah tertulis walaupun ia menyakitkan
"No, you're not. You're still traumatized"
Badan Dhia Airisya dipusingkan menghadapnya. Dipandang lama mata hazel milik Dhia Airisya.
"And then help me..... Help me through the storm"
"I will"
Dhia Airisya tersenyum lebar. Badan Emir Adden Fattah dipeluk erat. Disemban mukanya di dada Emir Adden Fattah. Matanya dipejam seketika. Dia percaya akan Emir Adden Fattah. Dia percaya yang Emir Adden Fattah dapat membantu dia recover dari traumanya.
'Abang janji abang akan protect sayang walaupun nyawa abang sendiri terpaksa digadaikan. I will not let anything happen to you.' Tutur hati kecil Emir Adden Fattah.
**************
Alex semakin bertindak !
Korang rasa Emir Adden Fattah akan duduk diam je ke?
Sebelum tu, sekarang musim hujan, musim banjir. Siapa yang mangsa banjir semoga korang terus kuat menempuh dugaan ini yaa. Author cuma dapat kirim doa ja. Sorry I can't help you all but author ada bagi sumbangan sikit. Korang yang boleh memberi sumbangan pada mereka mangsa banjir, go on. Walaupun sedikit tapi mana tahu dengan sumbangan yang kita beri boleh buat mereka tersenyum. Fighting !!!
Jangan lupa votement korang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro