Bab 17
DI meja makan, semua hanya diam menjamu selera masing-masing setelah peristiwa di ruang tamu tadi. Aisy sedari tadi menunduk kepala memandang ke bawah. Malu untuk berhadapan dengan abang Dhia Airisya, Iqbal Ryven.
Dhia Airisya mula sedari tadi memuncungkan mulutnya tidak berpuas hati dengan abangnya. Dahinya tadi selamat dicepuk dengan Iqbal apabila dia memperkenalkan abangnya sebagai future husband pada Aisy. Nasib tidak benjol!
Emir Adden Fattah dan Iqbal Ryven hanya berbual sesama mereka mengendahkan mereka berdua yang sedang makan makanan London. Tahu la mereka berdua tu lama tidak berjumpa dan baru sahaja berbaik, tapi dia dan Aisy bukan tunggul ye!
"So kejap lagi kau balik kampung?" Soal Emir Adden Fattah. Sesuap sudu scotch eggs dimasukkan ke dalam mulut.
"Haah. Lama tak jenguk nenek aku"
Emir Adden Fattah menangguk kepalanya. Matanya dilirik memandang Dhia Airisya sebelum dia memandang Aisy yang terduduk malu. "Aisy tadi cakap nak balik kampung juga kan?" Soalnya pada Aisy.
Aisy mendongakkan kepalanya memandang Emir Adden Fattah sebelum kepala diangguk kecil. Dia memang berhajat nak balik kampung juga mahu menjenguk neneknya.
"Haa kalau macam tu Aisy balik dengan Iq"
"Haa?"
"Iq dengan Airisya cucu Nek Jah sebelah rumah nenek kita. Alang-alang korang dua nak balik kampung, baliklah sekali" tutur Emir Adden Fattah dengan senyuman yang ditahan. Sengaja mahu membiarkan mereka berdua makin rapat. Sama-sama balik kampung dan mana tahu nanti makin rapat. Bijak tak dia?
"Nak ikut!"
Kepala dipaling memandang Dhia Airisya yang tiba-tiba bersuara. Emir Adden Fattah menggigit bibirnya. Ini isterinya memang lembab ke apa? Tadi dia juga yang mula dulu menshipkan mereka berdua.
"Boleh je....."
"Tak boleh! Kau kena stay dengan aku" bangkah Emir Adden Fattah memotong kata-kata Aisy.
"Alaa nak iku....err tak apalah"
Dhia Airisya tersengih apabila mendapat renungan tajam dari Emir Adden Fattah. Keoalanya turut digelengkan. Dia taknak dah bantah arahan suami! Nanti kan macam-macam pula yang menimpanya. Sudahlah kakinya yang lebam itu baru sahaja pulih.
"Tapi Aisy nak melawat daddy dengan ibu dulu before balik kampung. Err Iq...Iqbal okay ke?" Soal Aisy memandang Iqbal dengan malu. Aiur liur ditelan kasar. Entah kenapa dia rasa berdebar sangat berhadapan dengan Iqbal Ryven.
"Okay je."
Seperti yang dikatakan Aisy, kini Aisy dengan Iqbal berada dalam kereta sedang menuju ke rumah Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah. Suasana dalam kereta yang ditemankan dengan radio sahaja. Masing-masing tidak tahu mahu bercakap apa. Masih kekok.
"Jadi awak cucu Nek Jah?" Soal Aisy memecahkan kesunyian mereka.
"Haah."
Aisy meangguk kepalanya. Suasana kembali sunyi sekali lagi. Aisy pula hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap sedang memikirkan sesuatu. Kalau Iqbal cucu Nek Jah jadi budak lelaki yang pernah bermain dengannya beberapa tahun yang lalu adalah Iqbal?
Sesekali matanya melirik pada Iqbal yang sedang fokus memandu kereta. Ingin sahaja dia bertanya untuk mengenal pasti tentang keraguannya itu namun dia tidak berani. Akhirnya dia hanya diam sahaja melemparlan pandangan ke luar tingkap.
IQBAL tersenyum nipis sahaja melihat gelagat Ayeen yang banyak bercakap memberitahu segala benda kepadanya. Dia dan Ayeen kini sedang berada di buaian menghirup udara petang di luar rumah.
"Iq, daddy nak cakap something jap"
Iqbal menoleh kepalanya memandang Tengku Yusuf yang juga merupakan daddy angkatnya dan Dhia Airisya. Kepala diangguk sebelum dia turut mengikuti langkah Tengku Yusuf menuju ke pondok kecil yang berada di sebelah kolam ikan. Punggung dilabuhkan di sebelah Tengku Yusuf.
"Dah jumpa diorang?" Soal Tengku Yusuf sebaik sahaja Iqbal mengambil tempat duduk. Malas nak berdalih kerana hal ini amat penting.
Iqbal mengeluh kecil sebelum kepalanya digelengkan.
"Belum. Iq tak tahu nak cari kat mana lagi" tutur Iqbal bersama helaan nafas panjang. Sudah merata dia mencari mereka dan sudah dia jelajah pelbagai negara namun tetap sahaja dia tidak menjumpai mereka.
"Icha dah tahu?" Soal Tengku Yusuf lagi.
"Belum. Iq ingat nak cari dulu diorang baru explain kat Icha. I don't know if Icha can accept it or not" tuturnya bersama keluhan. Kadang-kadang dia memikirkan yang dia tak mahu mencari mereka dengan itu dia tidak perlu menjelaskan apa-apa pada Dhia Airisya sebab dia sangat kenal perangai Dhia Airisya yang mudah tersinggung.
"Daddy pun fikir better Iq cari dulu. Emir tahu kan?"
"Tahu" kepalanya diangguk. Emir Adden Fattah turut membantunya mencari mereka dengan mengerahkan orang-orang mereka.
"Daddy, yang pasal mereka masih hidup tu daddy taknak cakap kat Emir yang......" Kata-katanya sengaja tak disambungkan. Iqbal memandang Tengku Yusuf lama menanti jawapan daripada mulut orang tua tersebut.
Tengku Yusuf mengeluh kecil.
"Belum. Daddy ingat nak tunggu diorang bangun dulu"
Helaan nafas panjang keluar dari mulutnya. Tengku Yusuf melemparkan pandangannya pada ikan yang sedang berenang. Entah lah susah betul dia mahu menceritakan hal sebenar pada Emir Adden Fattah mahupun Dhia Airisya. Dalam masa yang sama dia juga takut kalau mereka berdua akan membencinya kerana tidak memberitahu hal yang sebenar.
"Iq berharap yang mereka berdua dapat terima seandainya bila tahu tentang rahsia yang sudah lama kita sorok"
"Daddy pun harap macam tu"
KAKI dibawa menuju ke kerusi lalu punggungnya dihempas kasar. Kakinya disilangkan dan kerusi dipusingkan menghadap kaca lut sinar yang membolehkan dia memandang bandar-bandar yang gah berdiri di Kuala Lumpur. Senyuman sinis terukir di bibirnya seraya matanya memandang bangunan Secret Hunters Agency yang gah terbina tidak jauh dari bangunannya.
"Berani kau usik adik aku kan?"
Masih terngiang-ngiang apa yang diceritakan oleh adiknya.
Flashback
Bunyi seseorang perempuan menangis menyapa gegendang telinganya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah sewa. Kaki segera dibawa menuju ke bilik adiknya. Pintu dibuka kasar tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Seorang perempuan yang sedang duduk sambil memeluk lutut di penjuru katil dihampiri. Dia duduk mencangkung di hadapan adiknya itu.
"Ana?"
Ariana mengangkat kepalanya memandang abangnya dengan air mata yang bergelinang. Melihat abangnya yang berada di hadapannya itu membuatkan dia segera memeluk abangnya. Menangis teresak-esak dia di dalam pelukan abangnya. Terasa lega sedikit apabila dia masih mempunyai seseorang untuk bersandar.
"Adik kenapa ni?" Soal Johari yang merupakan abang kepada Ariana.
"Abang hikss"
Tangan dilekapkan di kedua-dua pipi Ariana. Matanya memandang tepat pada anak mata Ariana yang jelas dipenuhi dengan air mata. Melihat Ariana yang tidak mahu menceritakan apa yang jadi dan semakin menangis membuatkan dia semakin panasaran.
Dahinya berkerut apabila melihat bibir Ariana sedikit lebam. Tanganya kini memegang dagu Ariana lalu diperhatikan seluruh wajah Ariana. Tangan digenggam kemas menampakkan urat-uratnya terbentuk apabila dia terpandang leher Ariana yang sedikit lebam. Dia tahu itu lebam apa. Love bite!
"Sapa buat?" Tanyanya dingin.
"A....adik tak kenal" ujar Ariana sambil menggelengkan kepalanya.
Johari bangkit dari duduknya. Dihembus nafas kasar sebelum satu tumbukan dilepaskan pada dinding dengan geram. "Bodoh punya jantan! Hancur plan aku!" Jeritnya bengang. Rambut yang sememangnya kusut, dikusutkan lagi. Dirinya sangat geram ketika ini. Baru dia ingat mahu menjual adiknya kepada along untuk langsaikan hutangnya. Tapi adiknya sudah dikebas oleh jantan lain!
"Macam mana boleh jadi? Yang kau liar pergi keluar dengan jantan pahal? "
Bahu Ariana sedikit terhinjut dengan tengkingan dari abangnya. Semakin kuat tangisannya sekarang. Sudahlah sekarang dia sedang bersedih dan tambah sedih apabila abangnya sendiri memarahinya. Bukan dia nak semua ini terjadi!
"La....laki tu suruh a....adik teman dia main kalau tak....kalau tak dia te...tembak adik" terang Ariana memberitahu Johari apa yang terjadi pada malam semalam.
Laju air matanya semakin mengalir teringat akan hal semalam. Selepas sahaja lelaki itu dan kawan-kawannya bermain game, dia mahu cepat-cepat pulang memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 malam. Tetapi lain pulak yang jadi.
"Tembak?"
Kepalanya diangguk.
"Apa nama jantan tu?"
"Fi...Firash"
Dahinya dikerutkan cuba mengingati nama lelaki tersebut. Tidak silapnya nama tersebut sering disebut. Phonenya dikeluarkan dari poket seluar lalu nama Firash ditaip di google. Sekejap sahaja keluar pelbagai nama Firash namun matanya tertarik pada satu website yang memaparkan segalan identitinya.
"Jantan ni?"
Phonenya disua pada Ariana ingin kepastian Ariana. Melihat Ariana menangguk kepalanya membuatkan dia mengetap rahangnya kuat. Matanya dialih memandang gambar lelaki tersebut. Segala maklumat lelaki itu dibaca dengan teliti.
"Firash Arfan kau rupanya."
Senyuman sinis terukir dibibirnya memandang gambar Firash.
"Kau dengan kawan kau dua kali lima je. Dasar anak dato' !"
End Flashback
Bunyi tapak kaki yang semakin dekat membuatkan dia bangun dari tempat duduknya. Seorang lelaki berpakaian suit hitam lengkap menghampirinya dengan muka tegang. Tab yang berada di tangan itu dihempas di atas meja. Punggungnya dilabuh di atas kerusi dengan kasar.
"Kau nak apa? Aku dah cakap kan jangan datang office aku." Soal lelaki itu seraya itu kaki disilangkan di atas meja memandang Johari dengan bengang. Dia tidak suka kerja-kerja mafianya terlibat dengan syarikatnya. Risau kalau pekerja di syarikatnya itu ketahuan kerja gelapnya.
"Alex, aku nak pinjam orang kau"
Lelaki yang bernama samaran Alex mengerutkan dahinya. Jarang-jarang Johari akan meminjam orang-orangnya melainkan kalau dia yang menyuruh Johari melakukan seauatu untuknya.
"For?"
"Firash Arfan. Dia cari pasal dengan adik aku." Terang Johari pada Alex.
Alex terdiam seketika memikirkan sesuatu. Dia kenal Firash Arfan yang merupakan kawan baik kepada musuh terbesarnya iaitu Emir Adden Fattah. Senyuman sinis terukir dibibirnya memikirkan pertembungannya dengan musuh terbesarnya itu di mall beberapa hari yang lepas.
"Okay but with one condition"
"What?"
"Aku nak kau takut-takutkan sikit musuh terbesar aku tu but make sure jangan bunuh dia. Kau boleh bunuh kawan dia but not him. Aku ada game untuk si jantan tu" ujar Alex. Di dalam fikirannya sudah pelbagai rancangan yang difikirkan. Tunggu dia bertindak sahaja dan sekarang dia sedang prepare untuk menyerang musuh terbesarnya itu.
"Okay"
Keluar sahaja Johari dari officenya, dia turut keluar memandangkan sekarang waktu lunch. Phone yang berada di sebalik blazer diambil lalu nombor seseorang di call. Sekejap sahaja panggilannya sudah diangkat.
"Ryo, kau kat mana?"
"Cafe"
"She?"
"Ada"
"Jantan tu ada sekali tak?"
"Tak. Better kau datang cepat sebelum jantan tu datang"
"Okay. Wait for me in 5 minutes"
Kereta BMW hitam diparkingkan betul-betul di Lestaria Cafe. Enjin dimatikan sebelum kakinya diangkat menuju ke Lestaria Cafe yang dipenuhi ramai pelanggan memandangkan sekarang waktu lunch. Matanya mencari kelibat kawannya, Ryo. Sebaik sahaja dia menerima isyarat mata dari Ryo, dia mengalihkan pandangannya pada seorang perempuan yang sedang duduk di meja makan keseorangan.
Senyuman terukir sebaik sahaja melihat perempuan tersebut. Segera dia mengatur langkah pada perempuan itu yang kelihatan leka dengan phonennya.
"Hye Airisya. What a coincidence! Tak sangka terjumpa you kat sini" tuturnya. Kerusi yang kosong ditarik lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi tersebut tanpa Dhia Airisya mempersilakan dia.
Dhia Airisya meneguk air liurnya kelat. Melihat Haikal kini berada di depannya membuatkan jantungnya berdegup hebat. Resah, takut, risau semua ada. Musuhnya kini berada di depannya tatkala dia sekarang hanya seorang diri. Menyesal dia turun tak bawa Danial.
"Err hye Haikal."
"Sorang je ke? Husband you mana?"
Dhia Airisya tersenyum kelat.
"Kejap lagi dia datang." Tuturnya. Padahal dia sendiri tidak tahu yang Emir Adden Fattah akan datang ke cafe ini atau tidak memandangkan suaminya ada meeting dengan client bersama kawan-kawannya yang lain termasuk juga Michaela. Sebab itu dia keseorangan dan dia dah minta izin dengan Emir Adden Fattah untuk turun ke cafe sekejap.
"Btw Icha, I nak number you boleh? Tak sempat nak bertukar phone number baru ni"
"O...okay kejap saya tak ingat nombor saya"
Dhia Airisya unlock phonenya di bawah meja supaya terlindung dari Haikal. Nama Emir Adden Fattah segera dicari. Terus ditekan butang hijau tanpa teragak-agak. Bibirnya diketap bersama debaran dada yang kian hebat. Tangannya kini juga sudah menggigil.
Dia mengeluh kecil apabila panggilannya tidak diangkat. Sekali lagi dia menekan butang hijau.
"Icha?"
"Hah err 011174885643" bagitahu Dhia Airisya. Dia tidak memberi nombornya tetapi dia memberi nombor abangnya, Iqbal Ryven memandangkan abangnya banyak menggunakan nombor phone.
"Okay nanti apa-apa I whatsapp you"
Dhia Airisya menangguk kepalanya dengan senyuma kelat. Dia menundukkan kepalanya memandang phone. Nafas lega ditarik apabila panggilannya buat kali ketiga diangkat. Kepala didongak memandang Haikal semula.
"You dah order ke Icha? Kalau tak kita boleh makan sekali"
"Err Haikal, saya rasa kita tak dapat makan sekali kut sebab saya nak makan dengan suami saya" tutur Dhia Airisya lemah lembut menolak pelawaan Haikal. Dia tersenyum kelat. Kepalanya ditundukkan memandang phonenya. Satu noti whatsapp dari Emir Adden Fattah muncul di home notificationnya membuatkan dia berasa lega.
Adden ♥
- Jangan ke mana-mana. Aku datang sekarang
***************
Guys sorry lambat. Author baru habis group discussion untuk assignment.
Berani betul Alex kacau Airisya kan? Dia memang nak kena ni dengan Adden.
Jangan lupa votement okay!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro