Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16


MATA grey kebiruan miliknya liar mencari figura Dhia Airisya yang sedari tadi hilang ke mana. Usahkan cakap batang hidung tak nampak, bayang-bayang pun dia tidak nampak. Ke mana pula gadis itu pergi di pagi hari pada hari Ahad ini?

Setiap segenap rumah sudah dicari, namanya pun sudah dilaung berapa kali tapi masih juga tidak kelihatan. Emir Adden Fattah memasuki dapur lagi sekali. Dia menghampiri Kak Teh yang sedang mengemas di ruangan dapur. Kak Teh merupakan salah satu bibik yang diambil dari rumah Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah.

"Kak Teh nampak tak Airisya?"

"Icha ada kat depan rumah. Tengah siram pokok"

Langkahnya diatur menuju ke luar rumah. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Dhia Airisya sedang menyiram pokok sambil menyanyi kecil. Siap menari-nari lagi. Patutlah tak dengar dia panggil. Headphone berwarna cream di kepala Dhia Airisya dicabut dengan geram.

"Woi, kau pekak ke aku panggil kau"

"Awak panggil saya ehh?" Dhia Airisya menyoal bingung. Sungguh dia tidak mendengar Emir Adden Fattah memanggilnya. Terlampau khusyuk menyiram pokok sambil menyanyi tidak sedar namanya dipanggil.

"Tak la. Aku panggil ikan ni haa. Elok ikan juga lah yang dengar daripada orang tu. Ada 2 telinga tapi haram tak dengar aku panggil. Apa kejadah."

Cermberut muka Dhia Airisya. Orang tanya elok-elok ni kan!

"Awak nak apa?" Soalnya malas nak melayan karenah Emir Adden Fattah yang semakin lama menyakitkan hati. Ada je benda nak cari gaduh dengan dia. Sehari tak gaduh tak sah!

"Ikut aku pergi jogging"

Dhia Airisya terdiam sejenak.

"Malaslah. Saya nak siram pokok" tutur Dhia Airisya. Malas nak penatkan badan. Hujung minggu ni lebih baik dia siram pokok daripada keluar pergi jogging. Nanti esok dia dah mula training balik.

"Arghh takde takde. Ikut aku. Kau tu dah lemak banyak, ada hati malas jogging"

Terbuntang mata Dhia Airisya. Kecik besar je dia pandang Emir Adden Fattah. Berlemak dia kata? Ehh hello dia kurus okay! BMI pun tak normal, ada ke ajak pergi jogging? Kan makin kurus pulak kan siapa nak tanggungjawab?

"Mana ada kurus la"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil sebelum dia memandang Dhia Airisya tepat pada matanya.

"Airisya sayang, jogging ni bukan untuk kurus je tau. Jogging boleh buat stamina kau makin kuat. Ni tak kuban-kuban je serangan kau. Lembik nak mampus. Sekali aku baling, retak seribu" ujar Emir Adden Fattah selamba.

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Direnung tajam Emir Adden Fattah yang cakap ikut sedap mulut tu. Payah betul cakap dengan Emir Adden Fattah. Ada je jawapan dia. Selalu tak bagi dia chance untuk menang.

"Ye lah saya ikut"

Dijeling tajam Emir Adden Fattah yang sedang tersenyum kemenangan itu. Dia menutup paip air yang digunakan untuk menyiram pokok tadi. "Tunggu jap. Btw awak pakai macam tu ke?" Soalnya memandang Emir Adden Fattah dari atas hingga bawah. Dengan seluar legging hitam yang melekat di kaki dan seluar pendek hitam separas lutut di luar bersama singlet hitam tiada lengan di badan. Haih pakai macam tu pun dah handsome. Sexy nak mampus!

Tak yang masalah sekarang, singlet hitam yang dipakai itu terlalu seksi. Habis nampak ketul-ketulan ototnya di badan. Dengan lengan yang berotot turut terdedah. Nanti perempuan lain usya macam mana?

"Ye lah. Takkan nak pakai tuxedo lengkap pergi jogging? Agak-agaklah."

"Tanya je pun kan? Takyah lah nak marah-marah. Haishh"

Dengan segera Dhia Airisya mengangkat kaki masuk ke dalam rumah. Berlama-lamaan dengan Emir Adden Fattah boleh buat darahnya semakin mendidih. Kakinya dihentak menuju ke bilik yang berada di tingkat atas sambil mulut terkumat-kamit. Sudahla paksa dia pergi jogging lepastu asyik nak marah je kerja.

Setelah selesai menukar pakaian kepada tshirt pink lengan panjang, berseluar track hitam dan bertudung sarung pink, Dhia Airisya menuju ke bawah semula. Sempat dia mengambil tshirt hitam berlengan pendek milik Emir Adden Fattah. Otot-otot di badan Emir Adden Fattah hanya boleh ditayang pada dia je okay! Perempuan lain tak boleh tengok! Readers pun tak boleh!

"Nah"

Dihulurkan tshirt hitam dan sehelai kain putih untuk mengelap peluh.

"Apahal?" Soal Emir Adden Fattah dengan dahi yang berkerut merujuk pada tshirt hitam di tangan Dhia Airisya.

"Pakailah yang ini. Yang tu seksi sangat. Nanti perempuan lain tengok" tuturnya tanpa berdalih. Terus sahaja dikatakan apa yang terkubur di dalam hati.

Emir Adden Fattah menahan senyum melihat muka cemberut Dhia Airisya. "Ye lah" Baju singlet hitam yang dipakai itu dibuang dari badannya. Sengaja mahu menunjukkan abs di badannya pada Dhia Airisya membuatkan muka Dhia Airisya semakin berona merah.

Makin tersenyum dia melihat Dhia Airisya mengalihkan padangannya ke arah lain. Dia berjalan menghampiri Dhia Airisya. Tshirt hitam yang dipegang Dhia Airisya itu turut dipegang. Namun dengan sengajanya dia menarik tangan Dhia Airisya membuatkan badan Dhia Airisya mendorong padanya.

"Awak!"

Terkebil-kebil Dhia Airisya dengan kelakuan Emir Adden Fattah yang menariknya itu. Tangannya yang sudah melekap di dada Emir Adden Fattah cuba menolak sekuat mungkin badan Emir Adden Fattah namun tidak berjaya apabila tangan Emir Adden Fattah semakin kuat menahan pinggangnya. Bibirnya digigit. Pandangan dialihkan ke arah lain.

Sudahlah suaminya itu tidak memakai baju lepastu mereka berada dalam keadaan dekat macam ni. Mahu luruh jantungnya sekarang. Arghh tolong!

"Awak malulah"

"Dah berapa kali kau tengok badan aku, tu pun nak malu lagi"

Dhia Airisya mencerbik.

"Awak lepaslah. Kan saya gigit kan!"

"Gigitlah kalau berani"

Dhia Airisya mengetap rahangnya. Cabar dia ye? Okay tak apa.

"Arghh Airisya!"

"Buekk padan muka! Hahahah. Kejar lah kalau dapat!"

Pegangan tangan pada pinggangnya terlepas sebaik sahaja dia menggigit bahu Emir Adden Fattah. Terus pecut dia melarikan diri ke luar rumah. Ini bukan jogging dah namanya. Ini pertandingan lari. Sempat dia ketawa kecil melihat Emir Adden Fattah laju mengejarnya dari belakang.

"I will eat you Airisya!"




LEHER Emir Adden Fattah dipeluk erat bagi mengelakkan dia yang didukung dari belakang tidak terjatuh. Kepalanya disendeng sedikit memandang muka Emir Adden Fattah dari tepi. Tersenyum kecil Dhia Airisya apabila suaminya itu sudi mendukungnya di belakang.

Mahu tak cramp kakinya apabila tadi dia terus berlari pecut sebelum melakukan warm up dahulu. Akibatnya, betis dia terasa kebas nak mampus semasa dalam perjalanan balik tadi sehingga menyukarkan dia untuk berjalan. Emir Adden Fattah punya pasal lah ni!

"Itu lah kau lari lagi."

Dhia Airisya hanya diam menadah telinganya mendengar bebelan Emir Adden Fattah yang tidak berhenti sedari tadi.

"Nasib aku baik. Kalau tak aku tinggal je kau kat tepi jalan. Kena jual lagi bagus"

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Ini dah melampau ni! Cakap berpada-pada sikit. Ni cakap ikut sedap mulut je.

"Lepastu tinggal je lah saya. Bak kata awak kena jual kan lagi bagus. Tak menyusahkan awak" tutur Dhia Airisya berjauh hati dengan kata-kata Emir Adden Fattah tadi. Sungguh dia terasa dengan kata-kata Emir Adden Fattah.

"Cakap sikit pun nak sentap"

Dhia Airisya hanya mendiamkan diri. Malas mahu melanjutkan lagi perbualan mereka. Nanti penghujungnya dia juga yang sakit hati bukan suaminya itu yang kerja mengusik dia je tahu Tapi usikannya itu kadang-kadang boleh bikin dia sakit hati.

"Diam dah?"

Emir Adden Fattah menoleh ke sisi untuk memandang muka Dhia Airisya tapi Dhia Airisya mengelak. Dia mengeluh kecil. Bibirnya digigit. Sedar yang kata-katanya tadi melukakan hati Dhia Airisya.

Diturunkan Dhia Airisya daripada kendongannya lalu dia memusingkan badannya menghadap Dhia Airisya. Dagu Dhia Airisya didongakkan agar memandangnya. Mata isterinya itu agak berair dan kelihatan akan tumpah bila-bila masa.

"Kau nangis aku tinggal. Bye!"

Dhia Airisya yang terpinga-pinga dengan perbuatannya iti dipandang dengan senyuman yang ditahan. Langkahnya sudah jauh daripada Dhia Airisya namun Dhia Airisya masih statik berdiri di situ sambil menggigit bibir. Ingat dia nak pujuk? Kirim salam sajalah.

"Awak! Eee bencinya!"

Kaki dihentak geram atas jalan. Sudah tidak peduli akan kakinya yang masih terasa kebas. Bibirnya digigit memandang Emir Adden Fattah yang sudah jauh berjalan jauh darinya. Fikir Emir Adden Fattah akan memujuknya namun dia pula yang ditinggal. Sumpah nak nangis! Jahat!

Dhia Airisya duduk mencangkung lalu menyembankan mukanya. Terus air matanya mengalir dengan laju dan bunyi esakan juga semakin kedengaran. Stress! Kenapa dia dapat suami yang jenis kaki usik? Tahu tak hati dia ni mudah terasa dan sangat lembut macam tisu?

Pecah ketawa Emir Adden Fattah melihat Dhia Airisya sedang menangis seperti budak-budak. Langkahnya diatur kembali pada Dhia Airisya. Tergeleng-geleng kepalanya dengan karenah Dhia Airisya yang cepat tersinggung itu. Sikit-sikit nak menangis. Dasar cengeng!

Badannya dibongkotkan sedikit lalu Dhia Airisya dicempung.

"Taknak kawan!"

"Taknak kawan sudah. Fikir aku nak kawan dengan gadis cengeng macam kau?"

"Jahat"

Tersenyum-senyum Emir Adden Fattah melihat Dhia Airisya yang sedang menyembunyikan muka di sebalik dadanya. Taknak kasi dia tengok muka sembabnya yang menangis lah tu. Tahu pun malu!

Dahi Dhia Airisya dicium sekilas. Yang cengeng ini juga la yang dia sayang haihh.

Kasut di buang dari kaki sebaik sahaja sampai di rumah. Nama Kak Teh dijerit untuk meminta pertolongannya membuang kasut Dhia Airisya yang sedang tidur di dalam cempungannya. Boleh pulak gadis itu tidur semasa mereka dalam perjalanan balik ke rumah. Mungkin terlalu penat berlari atau penat menangis kerana usikannya yang tidak henti.

"Emir ada orang datang" bagitahu Kak Teh pada Emir Adden Fattah.

"Siapa?" Tanyanya keliru.

"Aisy Hannah. Dia kat dapur"

Kepala diangguk.

Emir Adden Fattah melangkah menuju ke ruang tamu lalu meletakkan Dhia Airisya di atas sofa yang panjang. Badan Dhia Airisya bergerak sedikit menyesuaikan dirinya di atas sofa. "Hmm janganlah kacau" kepalanya digeleng-gelengkan bersama senyuman halus. Kenapa comel sangat? Sempat dia menilik muka Dhia Airisya sambil tersenyum kecil sebelum ditegur oleh Aisy yang baru keluar dari dapur.

"Ehem. Sweet juga ehh abang Mir?" Soal Aisy sambil menjongketkan keningnya pada Emir Adden Fattah. Tersenyum lebar dia melihat sepupunya itu sedang mengusya isteri sendiri.

"Tak ada maknanya sweet. Bila Aisy sampai? Tak bagitahu pun" soalnya menukar topik. Tidak suka orang berbahas tentangnya walaupun sepupunya sendiri.

"Baru je tadi. Terus datang sini. Aisy excited nak jumpa wife kesayangan abang" ujar Aisy sekali sekala dia melirik mata pada Dhia Airisya yang sedang tidur dengan lena. Nampak sangat muka isteri sepupunya itu kepenatan. Namun masih saja nampak cantik bak bidadari. Terpesona sekejap dia melihat isteri sepupunya itu.

"Tu budak tuu tengah tidur. Orang datang, dia boleh pula tidur" kepalanya tergeleng-geleng melihat Dhia Airisya yang tidur dengan lena. Langsung tak bergerak sejak tadi.

"Abang Mir, Aisy ada bawa balik makanan dari London. Jom ke dapur"

Langkah Aisy dan Emir Adden Fattah dibawa ke dapur. Aisy membuka semua bekas-bekas tupperware yang berada di aats meja makan. Pelbagai makanan yang dibawa dari London. Pinggan yang berhampiran diambil lalu segala jenis makanan diletak atas pinggan sebelum di sua kepada Emir Adden Fattah.

"Wahh Aisy macam tahu-tahu je abang rindu makanan London" tutur Emir Adden Fattah separuh excited. Matanya tidak lekang melihat pelbagai jenis makanan yang berada di atas meja makan. Paling menarik apabila makanan favouritenya turut berada di situ.

Sudu di sua pada Bangers & Mars yang merupakan makanan tradisional London lalu dibawa ke mulutnya. Dikunyah makanan tersebut dengan penuh nikmat lagi-lagi mash potatoes mula memenuhi ruangan mulutnya. Sedap!

Aisy tersenyum kecil melihat sepupunya itu berselera makan. Sampai sahaja di KLIA 2, dia terus menaiki teksi lalu menuju ke sini kerana ingin sepupunya itu merasakan makanan dari London yang sudah lama tak dijamu. Dia juga turut menyimpan makanan kepada Tengku Sumayyah dan Tengku Yusuf.

Bunyi loceng yang ditekan menyentakkan Emir Adden Fattah yang sedang berselera makan. Dahinya dikerutkan. Siapa pula yang datang?

"Kejap Aisy"

Langkah diatur keluar dari dapur lalu menuju ke pintu rumah. Mata dipandang pada satu objek segi empat tepat yang memaparkan seorang lelaki sedang berdiri di luar pagar besar rumahnya sebelum dia menekan butang open. Sebuah kereta BMW hitam mula memasuki perkarangan rumahnya.

Dia mengalihkan matanya pada Dhia Airisya yang sedang menggosok matanya dengan belakang tapak tangan. Langkahnya diatur pada Dhia Airisya yang separuh sedar itu. Dhia Airisya yang menguap kecil itu dipandang lama.

"Abang kau datang"

"Huh?" Tanya Dhia Airisya dengan mamai.

"Abang ka....ha tu dia"

Dhia Airisya berpaling memandang pada pintu. Matanya digosok kasar. Masih dalam keadaan mamai. Apabila figura orang tersebut makin menghampirinya, matanya terbuntang luas. " Abang!" Jeritnya teruja sebelum berlari pada seorang lelaki iaitu Iqbal Ryven. Dipeluk abangnya itu erat kerana sudah lama tidak berjumpa.

"Abang bila abang balik? Tak cakap pun kat adik?" Soal Dhia Airisya dengan mulut yang dimuncungkan. Kalau dia tahu abangnya itu mahu balik ke Malaysia, dia akan masak sedap-sedap untuk abangnya.

"Abang dah balik 2 3 hari dah. I went to your husband work place but you was sleep" bagitahu Iqbal. Masa dia pergi ke Secret Hunters Agency, Dhia Airisya sedang tidur kerana penat berlatih.

"Ouhh ye ehh? Hehe"

"Adi....ehh ni bukan ke.....?" Mata Dhia Airisya berpaling memandang Aisy yang baru keluar dari dapur. Berkerut dahinya cuba mengingati gadis itu. Tak silapnya gadis itu ada muncul dalam mimpinya.

"Aisy kan?"

Aisy menangguk kecil kepalanya bersama senyuman walaupun dia agak pelik macam mana isteri sepupunya boleh mengenalinya melainkan kalau sepupunya ada menceritakan tentangnya pada isteri sepupunya itu. Tapi dia kenal sangat akan sepupunya itu. Sudah tentu sepupunya tidak akan menceritakan perihalnya kepada sesiapa.

"Aisy Hannah" tangan disua pada Dhia Airisya.

"Dhia Airisya" tangan Aisy disambut bersama senyuman. Dia memandang pula abangnya yang berdiri di tepinya. Seyumannya semakin melebar apabila teringat akan mimpinya di mana mereka berdua suka antara satu sama lain.

"And this is Iqbal Ryven, your future husband"

*************

Hyee korang rindu author tak ???

Sape cakap tak rindu, author sepak korang melayang sampai ke langit. Padan muka.

First, author minta maaf lama tak update. Author dah start sambung belajar n i have a lot of assignments. Setiap minggu mesti akan ada 1/2 assignment. Dua date pula seminggu je. Huhu nak nangis rasa.

So sebagai minta maaf author akan update lagi! Yeheks.

Tapi esoklah sebab yang Bab 17 dah tulis cuma nak semak je. Tolong ingatkan author untuk update esok. Takut author lupa and leka buat assignment.

Jangan lupa vote n comment okay. Bagi 100 vote kat author kalau korang menghargai pengorbanan author mengetepikan assignment untuk update story ini. Comment 'fighting author' kalau korang sayang author. Yang tak sayang boleh berambus. Hahhaha gurau-gurau.

Okay Bye !

Love from nurapinky_








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro