Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

PANDANGAN Dhia Airisya dilemparkan pada bangunan-bangunan yang gah berdiri di Kuala Lumpur dari tingkat 33 bangunan Secret Hunters Agency. Namun begitu, fikirannya sudah entah melayang ke mana. Fikirannya kusut dengan pertembungan bersama Haikal tempoh hari.

Dia mengeluh kecil.

Kalau nak diikutkan pertembungan mereka tempoh hari di shopping mall, ianya tepat dengan apa yang yang berlaku dalam mimpimya. Kejadian di mana dia meluangkan masa bersama dengan Farhana adalah sama tarikhnya, sama shopping mall dan sama masanya dengan mimpinya.

Jujur dia kata, sseetengah daripada mimpinya itu betul-betul berlaku namun ada juga yang tidak berlaku. Memikirkan tentang itu ianya membuatkan dia semakin takut. Dia takut kalau dia betul-betul akan kehilangan Emir Adden Fattah.

Sekali lagi dia mengeluh kecil.

Pandangannya kini dialih memandang Emir Adden Fattah yang sedang melakukan tekan tubi dengan bersinglet hitam dan berseluar pendek tidak jauh darinya. Dia bangkit daripada duduknya itu lalu melangkah menghampiri Emir Adden Fattah. Dengan selamba, dia meniarap di belakang Emir Adden Fattah yang sedang melakukan tekan tubi. Badan Emir Adden Fattah yang berpeluh itu dipeluk erat.

"Woi, suka hati mak bapak kau je nak meniarap atas aku" tutur Emir Adden Fattah yang masih meneruskan tekan tubi walaupun Dhia Airisya sedang meniarap di belakang badannya. Nasib ringan je badan Dhia Airisya, kalau tak memang tempah mautla dengannya.

Dia menoleh ke sisi apabila Dhia Airisya hanya diam sahaja.

"Airisya?"

Dihentikan tekan tubinya apabila dia mendengar esakan Dhia Airisya. Dia menjatuhkan perutnya pada lantai. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya. Dhia Airisya yang kini sedang duduk dengan kepala ditunduk itu dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Asal kau menangis?"

Risau dia melihat Dhia Airisya yang menangis secara tiba itu. Tak ada ribut, tak ada angin tiba-tiba sahaja menangis. Dagu Dhia Airisya dipegang lalu didongakkan memandangnya. Mata Dhia Airisya yang merah berair itu direnung lama.

"A...awak "

Dhia Airisya memeluk Emir Adden Fattah lalu menyembankan mukanya di dada Emir Adden Fattah. Menangis teresak-esak dia sehingga menyebabkan baju singlet hitam yang dipakai suaminya yang basah dengan peluh kini basah dengan air matanya.

"Sa..saya takut"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil.

"Aku dah kata kan jangan fikir sangat pasal mimpi tu. Itu mimpi je Airisya. Mainan syaitan je tu" ujarnya cuba menenangkan Dhia Airisya yang semakin lama semakin kuat menangis. Belakang badan Dhia Airisya diusap lembut. Tahu la dia yang Dhia Airisya sedang memikirkan tentang mimpi tersebut. Sudah berkali-kali dia memberitahu Dhia Airisya supaya tidak terlalu memikirkan pasal mimpi tersebut.

"Ma..macam mana kalau jadi betul?" Soalnya risau.

Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang Emir Adden Fattah. Apa yang dia mimpikan itu diberitahu kepada Emir Adden Fattah namun suaminya itu selalu cakap mimpi itu mainan syaitan. Dia tahu mimpi itu mainan syaitan tapi still dia masih berasa takut.

"Look, aku takkan biarkan benda tu berlaku okay? Dah jangan fikir pasal mimpi tu lagi. Kalau kau sebut lagi, aku baling kau dari bangunan ni. Tak pun aku baling kau kat sungai bagi buaya makan. Nak?"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya.

"Good. Dah pergi sambung training"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya sekali lagi.

"Sabarlah. Nak manja dengan awak kejap" tutur Dhia Airisya memeluk Emir Adden Fattah semakin erat. Mukanya disembankan semula ke dada Emir Adden Fattah. Namun sekejap sahaja apabila Emir Adden Fattah menolak kepalanya jauh dari dadanya dengan jari.

"Arhh takde takde. Sebelum aku baling kau daripada bangunan ni baik kau bangun cepat"

Dhia Airisya mencerbik. Nak manja kejap pun tak boleh ke? Bukan dia nak manja dengan orang lain tapi dengan suami sendiri. Kan dia pergi manja dengan abang angkat baru tahu!

"Alaaaaa"

"Apa ala ala?"

Bibir dimuncungkan. Dijeling tajam suaminya itu.

"Badan aku ni berpeluh yang kau nak peluk tu apahal?"

Digeleng-geleng kepalanya dengan karenah Dhia Airisya yang pelik itu. Boleh pulak nak peluk badan dia yang dipenuhi peluh ini? Sudahla bau busuk, kalau wangi tak apalah juga.

"Bukan busuk pun. Wangi la. Saya suka" ujar Dhia Airisya lalu tersengih memandang Emir Adden Fattah yang merenungnya tajam. Jari jemarinya bermain dengan hujung baju singlet Emir Adden Fattah sambil pipi dikembungkan apabila suaminya itu masih memandangnya tajam.

"Teruk betul taste kau"

Dhia Airisya mencerbik. Orang puji dia wangi, dia kata macam tu pulak kat orang? Tak tahu nak berterima kasih betul. Dijeling setajam-tajamnya Emir Adden Fattah. Geram !

Emir Adden Fattah menahan senyum memandang Dhia Airisya yang sedang mencerbik itu. Kelakuan Dhia Airisya itu betul-betul menggelikan hatinya. Nak sahaja dia menerkam Dhia Airisya sekarang namun dia sedar yang mereka kini berada di bangunan Secret Hunter Agency. Haish comel!

"Ehem. Aku rasa aku kena datang next time la"

Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya berpaling memandang empuya suara. Terbuntang Dhia Airisya memandang lelaki itu yang sedang menghampiri mereka dengan kening yang dijongket pada mereka. Dengan pantas dia berdiri lalu tersenyum kekok.

"Bo...boss"

Ayaaz mengukirkan senyuman pada Dhia Airisya yang agak terkejut dengan kedatangannya itu. Pandangannya dialih pada Emir Adden Fattah yang bangun daripada duduk. Melihat Dhia Airisya yang terkejut itu, ini mesti Emir Adden Fattah tidak bagitahu yang dia disuruh datang ke sini.

"Woi Yaaz, lambat betul kau. Jenuh aku tunggu"

"Hek eleh kau acah. Padahal masa tunggu aku duk bersweet dengan bini kau"

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah dan bekas bossnya, Aqil Ayaaz bersilih ganti. Sekarang ni dia bingung dengan hubungan mereka berdua. Dah lama kenal ke mereka berdua? Melihat cara percakapan macam kawan baik.

"Boss err kenal suami saya?" Soal Dhia Airisya bingung.

Ayaaz ketawa kecil.

"Icha, saya ni bukan boss awak lagi tau. So, stop calling me boss. Panggil Ayaaz je tak pun Yaaz. Btw, suami kesayangan awak ni kawan baik saya" terang Ayaaz pada Dhia Airisya. Nak harap Emir Adden Fattah terangkan memang lambat lagi lah. Melihat Dhia Airisya yang baru tahu dia dan Emir Adden Fattah berkawan baik, nampak sangat Emir Adden Fattah tidak menceritakan tentangnya pada Dhia Airisya.

"Ouhh patutla" terangguk-angguk kepala Dhia Airisya. Patutlah masa last day dia kat tempat kerjanya, Emir Adden Fattah berdiri di sebelah Ayaaz. Jadi maksudnya yang dia kerja separuh hari mesti angkara Emir Adden Fattah kan?

"Jadi yang kerja separuh hari tu...."

"Your husband punya pasal. Kononnya nak ajak date lah kataka......"

Belum sempat Ayaaz menghambiskan kata-katanya mulitnya terlebih dahulu ditutup oleh Emir Adden Fattah "Nonsense tak ada maknanya nak ajak date" tipu Emir Adden Fattah. Dijeling tajam Ayaaz yang sedang galak ketawakan dia. Haram punya kawan! Boleh pula bongkarkan rahsia dia!

"Aku suruh kau datang sini bukan nak dengar kau mengumpat pasal aku."

"Dah jom mula" sambung Emir Adden Fattah lalu melangkah keluar dari bilik gym tersebut diikuti dengan Ayaaz dan Dhia Airisya.

Dhia Airisya hanya mengikuti sahaja langkah Emir Adden Fattah dan Ayaaz. Entah apa yang nak dimulakan. Bila dia tanya Ayaaz, dia cakap ikut je. Jadi dia pun ikut je lah mereka berdua menuju ke satu bilik.

Setelah selesai scan tapak tangannya pada tempat mesin scan, pintu bilik tersebut terbuka dengan sendiri. Emir Adden Fattah melangkah masuk ke dalam dan lampu-lampu turut menyala dengan automatik apabila mengesan manusia masuk ke dalam.

Ternganga mulut Dhia Airisya melihat bilik yang agak besar itu dipenuhi dengan pelbagai barang. Barang-barang yang berada dalam bilik itu bukan barang calang-calang tetapi semuanya barang yang membahayakan. Maksud dia segala senjata seperti pistol, sniper, rifle dan banyak lagi tergantung di setiap sudut dinding. Gila!

"Welcome Airisya to Killer Room."

Dhia Airisya menelan air liur memandang senjata yang entah nama apanya di depannya itu. Tajam berduri-duri. Menakutkan! Sempat dia menyentuh sekejap sebelum dilarang oleh Emir Adden Fattah. "Hati-hati Airisya kalau kau taknak tangan kau terpotong" tangannya dialih segera. Risau kalau terpotong tangannya itu.

"Airisya sini"

Dhia Airisya menoleh memandang Emir Adden Fattah yang sedang memegang anak bunsur pemanah. Dihampiri Emir Adden Fattah dan Ayaaz dengan tanda tanya. Di depan Ayaaz itu pelbagai jenis alat memanah ada yang padanya dia nampak sama sahaja.

"Airisya from now aku nak kau belajar memanah dengan Ayaaz memandangkan kau masih takut dengan pistol"

"Memanah?"

"Hmm. Kau belajar memanah dulu. Next time kau belajar benda lain pula macam cara guna bom asap dan senjata lain"

Terangguk-angguk kepala Dhia Airisya mendengar penjelasan Emir Adden Fattah. Patutlah dia dibawa ke bilik ini. Untuk belajar memanah rupanya. Anak busur pemanah yang tergantung itu diambil lalu ditilik dengan penuh teruja.

"Memandangkan Ayaaz lagi handal memanah berbanding kami berempat so kau akan belajar dengan Ayaaz"

Dhia Airisya menangguk kepalanya.

"Bila mula? Saya tak sabar" ujar Dhia Airisya dengan teruja. Sungguh dia tak sabar nak belajar memanah. Selalunya dia hanya dapat melihat dari drama atau pun pertandingan memanah sahaja. Tidak pernah dia memanah apatah lagi memegang alat memanah.

"Now. Before tu Ayaaz akan beri terangan kt kau pasal memanah sebelum mula. Aku keluar dulu ada hal"

Dhia Airisya meangguk kepalanya. Dia menoleh memandang Ayaaz yang sedang memakai alat kelengkapan pada jari jemarinya. Yang dia tahu untuk mengelakkan jari jemari daripada tercedera. Dia hanya memerhati sahaja tingkah laku Ayaaz. Tidak sangka bekas bossnya itu merupakan salah satu member mafia juga. Pandai memanah pulak tu. Agak-agak single tak?

"Let's begin!"







BILIK di mana Firash, Harraz dan juga Razul yang sedang menunggunya itu dituju. Selesai sahaja scan tapak tangannya, dia memasuki bilik tersebut. Sempat dia mengambil tuala putih kecil sebelum menghampiri mereka untuk lap peluhnya yang mengalir.

"How?" soalnya.

"Memang betul yang kau kata markas si Alex tu kat markas lama bapaknya" tutur Razul setelah dia menyelidik tempat persembunyian atau dikenali markas Alex itu. Terkejut juga dia segala kata-kata Emir Adden Fattah adalah betul.

"Seriously wehh mimpi kau tu nyata?"

Emir Adden Fattah mengangkat bahunya.

Punggungnya dihempas pada kerusi empuk yang beroda. Botol air yang masih belum dibuka yang dihulur oleh Harriz diambil lalu diteguk sehingga habis. Dia memandang lama muka kawannya betiga itu."Aku rasa yup. Kau tengoklah segala yang aku mimpi, semua betul" tuturnya pada mereka bertiga. Dia mengeluh kecil. Bukan Dhia Airisya sahaja yang mimpi namun dia turut sama. Ada sebab dia merahsiakan daripada Dhia Airisya dengan menipunya dia tidak mimpi apa-apa.

"Termasuk yang kau kena tikam dengan kembar Danial?" Soal Firash membuatkan Emir Adden Fattah terdiam seketika.

"Maybe"

Dia mengeluh kecil. Malas sebenarnya nak fikir pasal tu lagi. Sekarang dia hanya ingin fokus pada Alex dahulu. Pasal kembar Danial lain hari. Setelah selesai hal Alex baru dia akan fikir hal tersebut

"Now, we focus kat Alex dahulu. Kembar Danial lain hari"

"Bila nak serang?" Soal Harriz teruja.

"Next week. Kita prepare apa yang patut dahulu."

Mereka meangguk kepala setuju. Nak menyerang musuh bukan boleh serang macam tu je. Kena buat strategi dahulu barulah serangan mereka itu berjaya.

"Harriz, aku nak kau prepare segala senjata yang akan digunakan nanti. Guna senjata baru lagi bagus. Pastikan semua cukup untuk setiap orang yang akan bersama dengan kita melakukan serangan nanti."tuturnya pada Harriz. Melihat Harriz menanggguk kepala dia mengalihkan pandangan pada Razul dan Firash pula.

"Razul, aku nak kau hack markas tu. Hack segala teknologi mereka agar memudahkan kita untuk melakukan serangan nanti dan Firash, aku nak kau perhatikan segala gerak geri Alex. Bagitahu aku cepat-cepat kalau si jantan tu ada rancang something. Pastikan yang dia always behind our back. Dan aku akan pilih orang-orang yang akan ikut kita nanti and trainingkan diorang biar jadi perfect."

"Noted!" Ujar Firash, Harriz dan Razul serentak

Arahan dan tugasan diberikan sama rata agar serangan mereka yang akan datang nanti berjaya dengan mudah. Dia selaku ketua atau dikenali King akan memastikan setiap orangnya melakukan kerja dengan teliti dan teratur yang sudah semestinya kena perfect!

"Aku join"

Mereka berempat memandang empuya suara.

"Iq!"

Emir Adden Fattah memandang Iqbal yang berdiri di muka pintu sambil memeluk tubuhnya. Berkerut dahinya melihat Iqbal kini berada di bangunannya. Memandangkan segala kebolehan Iqbal untuk mengaccess bangunannya itu masih belum didelete, jadi sebab itu Iqbal dapat berdiri di depan mereka.

Namun dia masih pelik kerana Iqbal dulu telah memutuskan hubungan dengan mereka semua gara kejadian 4 tahun yang lepas. Sudah berubah hati ke?

"Thanks to your wife yang beri kesedaran kat aku" ujar Iqbal lalu menghampiri mereka. Matanya tepat memandang Emir Adden Fattah yang kelihatn tertanya-tanya kenapa dia berada di sini.

Terangguk-angguk kepala Emir Adden Fattah. Baru faham dia kenapa Iqbal berubah hati untuk berbaik dengan mereka semula. Dia tersenyum kecil. Entah apa yang dilakukan oleh Dhia Airisya sehingga berjaya memujuk Iqbal untuk berbaik dengan mereka semula.

"Btw, aku minta maaf sebab putuskan persahabatan kita"

Mereka berempat tersenyum.

"No hal. Kau always dialukan untuk kembali pada kitorang."

Iqbal tersenyum kecil. Lega yang mereka tidak berdendam dengannya setelah apa yang dia lalukan. Berkat adiknya, Dhia Airisya menyedarkan dia bahawa persahabatan mereka sangat penting dan menyedarkan dia juga apa yang jadi adalah ketentuan Allah.

Setelah berjam-jam mereka berbincang tentang serangan yang akan dilakukan pada markas Alex, kini mereka mula bersurai memandangkan semuanya kelihatan agak penat. Emir Adden Fattah melangkah semula ke bilik di mana Dhia Airisya dan Ayaaz berada.

Masuk sahaja, dia melihat satu figura sedang terbaring lena di atas sofa panjang dan satu figura lagi sedang menyimpam segala alat memanah pada tempat asal. Langkahnya dihampiri pada figura yang sedang tidur dengan lena. Penat betul nampak.

"Tengok wife kau. Penat batul sampai kau duduk kat sebelah dia pun tak sedar" tutur Ayaaz sambil menggelengkan kepalanya. Sedari tadi, Dhia Airisya tertidur di atas sofa. Boleh pula gadis itu tidur sewaktu dia beredar ke bilik air. Nak dikejut tapi tak sanggup apabila melihat muka Dhia Airisya terlalu penat.

"Minah ni memang"

Emir Adden Fattah turut menggelengkan kepalanya.

"Aku chau dulu"

Hilang sahaja kelibat Ayaaz, Emir Adden Fattah memandang semula Dhia Airisya yang sedang tidur dengan lena itu. Dia tersenyum kecil menilik setiap inci muka Dhia Airisya. Peluh renik yang mengalir di dahi Dhia Airisya dilap dengan tuala putih yang tersangkut dia lehernya.

"Jangan"

Dahinya berkerut memandang Dhia Airisya sebelum kepala digelengkan. Sempat pula dia bermimpi! Agak-agak dah berapa lama isterinya tidur sehingga sempat untuk bermimpi? Tahu membuat tahi mata je isterinya itu. Orang suruh berlatih memanah, dia pergi tidur.

"Jangan tinggalkan Isya"

Senyuman Emir Adden Fattah mati. Wajah Dhia Airisya direnung lama dengan anak mata grey kebiruannya itu. Satu keluhan kecil terbit dari mulutnya. Pipi Dhia Airisya diusap lembut.

"Aku akan latih kau jadi kuat. Aku nak kau kuat, Airisya. Aku nak kau terus kuat walaupun nanti aku tiada lagi di sisi kau, walaupun nanti aku sudah tiada di bumi ini lagi dan walaupun nanti kau perlu menjalani kehidupan tanpa aku. Aku harap kau terus kuat."

Tangan Dhia Airisya dicium lama. Sebab itu dia merahsiakan mimpinya dari Dhia Airisya. Dia taknak Dhia Airisya tahu yang dia turut mimpikan hal yang sama sebab dia ingin melatih Dhia Airisya untuk menjadi kuat. Dia akan mengajar segalanya tentang senjata pada Dhia Airisya. Bukan dia nak Dhia Airisya untuk jadi mafia tapi dia nak Dhia Airisya dapat mempertahankan dirinya sendiri bila dia sudah tiada di bumi ini.

"Maafkan abang, sayang. I'm so scared to leave you alone in this cruel world. I love you."


***********

Adden mimpi hal yang sama guys!

Korang rasa mimpi diorang tu betul-betul berlaku tak??


(Gambar Razul Hakimi!)

Jangan lupa votement guys !!!









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro