Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

SUDAH seminggu lebih sejak Dhia Airisya melihat Emir Adden Fattah di airport. Dan sejak hari itu, dia tidak datang menjenguk ibu angkatnya. Dia memberikan alasan yang dia balik kampung menjenguk neneknya yang sakit.

Padahal neneknya itu sihat walafiat dan dia hanyalah balik kampung pada hujung minggu sahaja. Terasa banyak pula dosanya menipu ibu angkatnya yang sudah banyak membantunya. Namun demi untuk mengelak daripada berjumpa dengan lelaki itu, dia terpaksa.

Satu keluhan kecil dilepaskan.

"Woi beb!" Jerit Farhana agak kuat sehingga membuatkan beberapa pekerja memandang mereka berdua dengan pandangan pelik.

Dhia Airisya menjeling tajam kawannya itu. Nasib dia tidak ada penyakit jantung kalau tak dah lama masuk kubur. Berkawan dengan si Farhana ini memang memerlukan banyak kesabaran.

"Kau ni panggilah elok-elok" rungutnya geram. Bikin malu je perempuan jerit-jerit.

"Masalahnya aku panggil kau dekat 10 kali tau. Kau tu yang pekak! Salahkan aku pulak. Huh!"

Dhia Airisya tersengih. Kepala yang tidak gatal itu digaru. Dia menghampiri Farhana yang sudah memuncungkan mulut itu lalu memeluk lengan Farhana. Kepalanya disandarkan pada bahu Farhana.

"Ala sorryla. Aku tak dengar" tuturnya membuatkan Farhana memalingkan tubuh menghadapnya. Kedua-dua bahu kawannya itu dipegang lalu dia menilik muka Dhia Airisya lama.

"Kau ni sejak balik dari Selangor, makin suram muka kau. Kau ada masalah ke beb?" Soalnya panasaran. Bukan dia tak perasan perubahan pada Dhia Airisya. Sejak daripada Dhia Airisya balik dari Selangor, kawannya itu asyik termenung lepastu tiba-tiba menangis. Muka un suram je. Mana dia tak risau?

"Tak ada lah. Aku cuma...... rindu kat someone" tuturnya perlahan namun masih didengari oleh Farhana. Dhia Airisya menundukkan kepalanya memandang lantai. Air matanya mula bertakung. Ini yang dia lemah ni. Kalau bercakap tentang 'dia' mesti dia rasa nak menangis.

"Rindu kat Emir Adden Fattah kan? Lelaki yang kau suruh aku ambil kat airport adalah lelaki yang kau sebut masa kat Selangor kan?"

Dhia Airisya mendongak mukanya memandang Farhana dengan mata yang membulat. Terkejut. Dia mengeluh kecil. Macam mana Farhana boleh tahu? Sebab masa dia minta tolong Farhana minggu lepas, dia hanya cakap yang lelaki itu bernama Emir sahaja.

Dan dia tidak sangka yang Farhana masih ingat tentang lelaki yang dia sebut masa kat Selangor.

"Apa hubungan korang dua sebenarnya? Dan kenapa kau tak bagitahu selama ini ibu ada anak lain?" Soal Farhana tidak puas hati. Sebagai seorang kawan, dia sanggup menjadi pendengar dan kalau dia boleh tolong dia akan tolong. Ni tak Dhia Airisya hanya diam sahaja kalau dia tidak membuka mulut dahulu.

"Nantilah aku cerita. Dah aku nak sambung buat kerja. Kalau boss nampak tak pasal kena marah"
Ujarnya ingin mengelak daripada bercakap tentang 'dia'. Dia masih tidak bersedia untuk bercakap tentang apa yang terjadi. Mungkin bukan tiba masanya lagi. Atau mungkin dia tidak perlu cerita kerana itu bukan hal yang besar.

"Ikut kau lah" tutur Farhana, pasrah dengan Dhia Airisya. Kalau Dhia Airisya taknak bercerita, dia akan cari sendiri. Nak cari info tentang Emir Adden Fattah bagaikan kacang hijau sahaja. Sekarang dia sudah tahu yang lelaki itu merupakan pemilik Secret Hunters Agency yang sangat gah di Kuala Lumpur.

Patutla dia nampak macam familiar je muka Emir Adden Fattah.





SCREEN laptop didepannya itu dipandang lama walaupun fikirannya sudah melayang ke lain. Mungkin dah balik ke Korea semula. Dia agak kusut sejak balik ke Malaysia. Semua benda tak kena dengan jiwanya. Entah kenapa.

"Jauh mengelamun?" Kata-kata dari Harriz itu membuatkan dia sedar ke alam realiti. Diberi jelingan pada Harriz. Tak nampak ke dia buat kerja?

"Tak reti ketuk pintu ke?" Perlinya

"Aku dah ketuk. Nasib tak roboh. Kau tu yang tak dengar" balasnya. Sudah diketuk berkali-kali pintu office Emir Adden Fattah namun tiada sahutan. Jadi dia masuk je lah walaupun dia sudah sedia maklum yang Emir Adden Fatath tidak suka orang menerjah officenya tanpa ketuk dahulu. Tapi ada dia kesah?

"Ada apa?" Soalnya dingin. Kalau boleh dia nak Harriz bermabus cepat dari officenya itu. Dia tengah serabut sekarang.

"Marah nampak?"

Emir Adden Fattah menjeling tajam si Harriz yang sedang mengangkat kening padanya. Ada orang nak makan samannya agaknya ni. Dia sudah tak ada mood nak berbahas dengan Harriz.

"Better kau cakap cepat sebelum kau aku humban dari tingkat 49 ni kan" ujarnya memberi amaran. Jangan kata yang dia tak bagi amaran kalau kejap lagi terjumpa mayat berhampiran dengan bangunan Secret Hubters Agency.

"Ye lah ye lah. Garang betul sejak balik dari Korea. Tachod I"

Jelingan tajam daripada Emir Adden Fattah membuatkan Harriz ketawa kecil.

"Pasal Alex" tutut Harriz dengan nada serius. Sudah tidak bermain-main macam tadi. Masanya untuk membicarakan hal serius bersama Emir Adden Fattah. Mahu berani main-main bila bercakap tentang Alex, musuh terbesar mereka itu? Tempah maut namanya!

Muka Emir Adden Fattah mula menegang. Tangannya digenggam kemas menahan amarah yang membuak. Dengar namanya sahaja sudah membuatkan darahnya mendidih apatah lagi berdepan dengan Alex nanti. Memang dia pancung kepala si Alex itu!

"Memang betul apa yang kau bagitahu tempoh hari. Sekarang Zul tengah cari dia di mana" bagitahunya pada Emir Adden Fattah. Tidak dinafikan maklumat yang Emir Adden Fattah bagi tempoh hari adalah betul.

"Good. Nanti maklumkan kat aku"

"Alright"

Harriz melangkah ke pintu semula. Dihentikan langkahnya di pintu lalu tubuhnya dipusing memandang Emir Adden Fattah yang sedang menaip sesuatu pada laptop.

"Bro"

"What?"

Emir Adden Fattah memandang Harriz yang muka serius itu dengan dahi yang berkerut.

"Jangan mengelamun lagi takut nanti fikiran kau ke lain, tubuh kau ke lain." tutur Harriz lalu dia cepat-cepat beredar dari office Emir Adden Fattah apabila melihat kawannya itu semakin tegang macam nak tumbuk-tumbuk dia.

Dia ketawa kecil.

Suka mengusik Emir Adden Fattah yang kebelakangan ini tidak beberapa fokus. Entah apa yang difikirkan oleh kawannya itu. Bukan tidak tanya malah berpuluh kali tanya tapi last-last mereka yang hampa dan penat.





KEPALA dibaringkan atas lengan yang dilipat setelah badan dibaringkan atas katil yang besar itu. Satu keluhan kecil terbit dari mulut Emir Adden Fattah. Matanya dipejam seketika. Kusut betul fikirannya kebelakangan ini. Asyik memikirkan tentang dia sahaja.

Matanya dicelik semula apabila satu idea bernas melintas fikirannya. Dia bangkit daripada baring lalu keluar daripada biliknya. Langkah diatur dengan laju menuju ke bilik Ayeen. Ketukan kecil pada pintu dilakukan sebelum dia masuk ke bilik Ayeen.

"Abang Mir?" Soal Ayeen separuh excited melihat Emir Adden Fattah menghampirinya.

"Ayeen, esok kita keluar nak tak?" Tuturnya terus terang tanpa berdalih dengan niatnya yang mahu mengajak Ayeen keluar esok hari. Namun di sebalik niatnya yang mahu mengajak Ayeen keluar, tersirat seribu makna.

Ayeen yang mendengar ajakan dari Emir Adden Fattah terus meangguk kepalanya dengan teruja. Bukan senang Emir Adden Fattah ingin mengajaknya keluar. Kadang-kadang saja. Itu pun dia puas memujuknya.

"Nak! Tapi abang Mir tak kerja ke esok?" Soalnya kerana setahunya esok hari kerja bukan hari minggu.

"Abang kerja separuh hari. Esok petang kita pergi funfair nak?"

"Nak!"

Dia keluar daripada bilik Ayeen lalu menuju ke biliknya semula. Nombor seseorang didail dan sebentar sahaja panggilannya diangkat. Dia tersenyum penuh makna.

"Esok kau bagi dia kerja separuh hari" terus diberitahu niatnya pada pemanggil. Malas nak hendak berdalih. Cakap terus terang senang sikit. Tak buang masa dia. Tak buang air liur dia

"Kau nak culik pekerja aku pergi mana hah?" Soal orang di talian sana dengan suara yang acah garang. Sengaja mahu menyakat Emir Adden Fattah. Lagipun dia sudah tahu tentang siapa yang Emir Adden Fattah sebut. Dia pun nak tahu juga Emir Adden Fattah ingin membawa pekerjanya itu pergi mana.

"Pergi hati aku"

"Arghh cia cia. Ceh kau sejak bila sweet macam ni huh?"

"Dahla malas aku nak layan kau. Bye!"





SEPERTI yang dijanjikan petang ini dia akan membawa Ayeen keluar jalan-jalan di funfair. Dia hanya mengenakan pakaian simple. Seluar jean hitam yang koyak di lutut, tshirt putih, hoodie berkulit hitam dan juga cermin mata hitam. Setelah menyembur minyak wangi jenama Dior di tubuhnya, dia mengambil jam hitam yang berada dalam closet lalu dipakai di tangan.

"Abang jom!"

Emir Adden Fattah tersenyum kecil melihat Ayeen yang berdiri di muka pintu biliknya dengan teruja. Makin bertambah teruja Ayeen apabila dia memberitahu tentang isi hati tersuratnya pada Ayeen.

"Jom"

Kereta BMW hitam milik daddynya dipandu dengan cermat ke lebuh jalan raya yang kelihatan lenggang. Sengaja dia tidak memandu keretanya sendiri. Setelah sampai di depan perkarangan rumah seseorang, Emir Adden Fattah memusingkan badannya menghadap Ayeen.

"Ayeen, ingat tau janji kita"

"No problem ! Abang tunggu sini jap"

Emir Adden Fattah hanya memerhati gelagat Ayeen yang turun dari kereta dengan teruja. Sementara menunggu, dia membetulkan kepala hoodie yang disangkut di kepalanya supaya melindungi mukanya daripada dilihat. Bukan itu sahaja, mask yang berwarna hitam turut dipakai. Sekali tengok dia macam artist Korea dah.

"Kak Icha duduk depan. Ayeen nak duduk belakang"

Ayeen menolak Dhia Airisya supaya duduk di depan di sebelah pemandu. Dhia Airisya tanpa banyak kata menuruti sahaja kehendak Ayeen. Pintu kereta depan dibuka lalu duduk di sebelah pemandu.

Dia menoleh ke kanannya memandang lelaki yang duduk di tempat pemandu. Berkerut dahinya memandang lelaki itu. Aneh kerana melihat cara berpakaian bukan macam driver keluarga angkatnya. Baru mulut dibuka untuk bertanya, Ayeen sudah memotongnya.

"Ni driver baru Ayeen. Kenalkan abang handsome" tutur Ayeen apabila dia perasan dengan perubahan muka Dhia Airisya.

"Err dia batuk akak sebab tu dia pakai macam tu. Takut berjangkit" sambung Ayeen lagi. Dalam hati sudah berdebar takut rahsia mereka pecah tembelang. Naya nanti! Kalau tak funfair entah ke mana mereka pun entah ke mana.

"Ouhh okay"

Dhia Airisya mula memakai seatbelt. Pandanganya dilemparkan ke luar. Sepanjang perjalanan, hanya dia dan Ayeen sahaja yang bercakap. Teringin juga nak dengar suara driver baru yang dikatakan oleh Ayeen tadi.

Namun entah kenapa, sejak dia masuk ke dalam kereta jantungnya macam tak tentu arah.

"Akak jom!"

Emir Adden Fattah tersenyum kecil melihat Ayeen yang menarik tangan Dhia Airisya menuju ke funfair. Kereta dikunci lalu dia mengikut langkah mereka. Dia memandang Dhia Airisya yang tersenyum girang bersama Ayeen. Terasa tenang melihat senyuman yang manis itu.

Setelah penat bermain bermacam permainan, mereka bertiga melabuhkan punggung di sebuah bangku. Air chocolate yang dibelinya tadi dihulur kepada Dhia Airisya dan juga Ayeen. Matanya leka memandang Dhia Airisya yang berbual dengan Ayeen. Disebalik mask hitam yang dipakai itu, dia tersenyum lebar.

Bagus juga ideanya untuk mengajak Ayeen keluar bersama Dhia Airisya. Nasib identitinya masih belum terbongkar. Risau juga dia. Dia tahu yang Dhia Airisya ingin melarikan diri daripadanya. Jadi sebab itu, dia buat macam ni.

"Jom kita main tu" tunjuk Ayeen pada permainan menembak. Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya memandang pada permainan yang ditunjuk oleh Ayeen tadi lalu mereka berpaling semula pada Ayeen.

Emir Adden Fattah memberikan gelengan kecil pada Ayeen. Risau kalau Dhia Airisya tahu tentang identitinya nanti.

"Ala jom lah abang" pujuk Ayeen sambil menggoncangkan lengan Emir Adden Fattah. Dia bukan nak main sangat permainan menembak tapi dia nak teddy bear yang tergantung.

"Jom kita main" tutur Dhia Airisya.

Ayeen tersengih lebar lalu mereka berdua menuju ke permainan menembak diikuti dengan Emir Adden Fattah di belakang. Dia hanya mengikut mereka lalu berdiri tidak jauh daripada mereka. Malas nak main sekali.

"Alaa Kak Icha main lah lagi. Ayeen nak teddy bear" muncung mulut Ayeen apabila sedari tadi mereka bermain tapi tembakan mereka berdua tidak mengena pada sasaran.

Dhia Airisya mengigit bibirnnya. Dia bukan polis, pandai tembak. Dia memandang sekilas pada driver yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Tersenyum kecil apabila terlintas idea difikirannya.

Terus langkah diatur pada lelaki itu. "Err awak pandai main tak?" Soal Dhia Airisya pada lelaki itu.

Emir Adden Fattah menelan air liur. Dia hanya diam tidak berkutip. Dia memandang Ayeen sekilas lalu memandang Dhia Airisya semula. Kedua-dua muka mereka kelihatan sangat mengharapkan dia untuk mendapatkan teddy bear yang free itu jika tembakan kena pada sasaran.

Emir Adden Fattah menangguk kepala kecil membuatkan mereka berdua menjerit girang.

Pistol permainan itu dicapai. Dia mengambil nafas dengan dalam lalu mata memandang sasaran. Mungkin disebabkan sasaran yang tidak duduk diam dan bergerak ke kanan kiri membuatkan mereka berdua menembak tidak kena pada sasaran.

Namun untuk dia, itu hanya senang seperti kacang hijau.

Hanya sekali tembakan sahaja dia sudah mengena pada sasaran membuatkan Dhia Airisya dan Ayeen menjerit keriangan. Pakcik kedai itu juga jelas terkejut dengan tembakannya. Selama ini, mana ada orang sekali cuba dah kena sasaran. Adalah 2 3 kali baru kena. Tapi customernya kali ini nampak sangat handal dengan menembak.

"Terbaiklah abang!"

Emir Adden Fattah menembak sekali lagi dan hasilnya mereka mendapat teddy bear besar  yang berwarna coklat satu dan berwarna pink satu. Teddy bear berwarna pink diberikan pada Ayeen dan teddy bear berwarna coklat diberikan pada Dhia Airisya.

Dhia Airisya mengambil teddy bear coklat itu daripada lelaki itu. Dia memandang lama muka lelaki didepannya itu. Sukar untuk dia mengecam siapa yang berdiri di depannya. Namun jika melihat perwatakkan lelaki itu, dia dapat agak siapa.

Kepala ditunduk memandang teddy bear yang berada dalam pelukannya itu. Bibirnya digigit. Dia mendongak semula memandang lelaki itu yang masih berdiri statik di depannya.

"Adden"

*********

Pecah tembelang dah identiti Emir Adden Fattah.

Done Bab 1 !

Jangan lupa tekan vote n comment.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro