pt.75📚
***
"Apa kau buat?! Aku tak minta kau buat macam tu kan? Kau dah hilang akal ke?"
"Please ma- maafkan aku! Aku tak bersalah!!" Hana menutup telinga. Dia tak nak suara wanita itu menusuk masuk kedalam kepalanya, meminta dia berbuat itu dan ini. Ya, termasuklah membunuh Yeo mi, isteri majikannya sendiri. Hana melutut diatas lantai, merayu lebih tepatnya.
"Tolong pergi! Aku tak bersalah! Kau yang minta aku buat macam tu, kau yang bersalah! Kau yang bodoh!"
"Hana, hana. Rupa je cantik tapi hakikatnya manusia bertopengkan syaitan. Kau yang patut mati! Kau patut mati! Kau patut mati!"
"Diam!!! Kau berambus sekarang! Sebelum kau yang jadi mayat hasil kerja aku! Kau pergi balik!" Hana menggigit kuku jarinya. Gementar, gelisah, takut semuanya dalam dirinya sekarang.
"Kau fikir aku takut? Ohh baru bunuh unnie sendiri dah tunjuk belanglah hah? Ehh aku dah lihat semuanyalah! Dari A sampai Z semua aku hafal. Mayat jiran sebelah pun kau tak buang lagi-"
"Diamlah bodoh!! Kau berambus sekarang! Kau keluar! Dasar manusia tak sedar diri! Tak tahu diuntung!!" Hana membaling pasu bunga kecil ke arah gadis tersebut. Tapi disebabkan penangan ubat yang kuat, pandangannya menjadi kabur, jadi dia tersasar, hanya terkena pada dinding saja. Dia tersenyum evil, memang menyeronokkan tengok Hana ni menderita.
"Dengar sini Hana, kalau aku keluar sekalipun. Takkan ada sesiapa yang akan sedarkan kau. Kau anak yatim piatu, tak ada kawan dan hanya ada lawan saja. Kau fikir kau siapa? Mohon cermin diri, aku adalah kau. Kau yang dulu.."
Air mata Hana mengalir perlahan. Ya, dia adalah dia. Hana yang baik. Tapak tangannya digenggam erat. Bibirnya menggeletar kuat, tubuhnya juga.
"Kau tanya aku kenapa aku jadi macam ni? Kau tak nampak apa yang mereka dah buat pada aku? Keluarga aku buang aku! Ayah angkat aku jual aku! Me- mereka buat aku macam binatang kau tahu tak! Heh.. te- tengok dia. Bila dah puas dengan aku, dia nak tinggalkan aku macam tu je? Jangan haraplah. Ini Hanalah!" Jerit Hana, sekujur tubuh dingin seorang lelaki berkemeja putih dengan darah membasahi tubuhnya. Gadis itu meraup rambutnya kasar.
"Apa kau dah buat Hana?.."
"Apa kau buat?.."
"Aku mengandung! Benih dari jantan tak guna ni! Apa aku perlu buat? A- aku tak ada sesiapa.. aku hanya ada kau je.. A- ani. Aku ada baby. Aku ada baby, aku hanya ada baby.." kata- kata Hana mengendur seraya matanya perlahan- lahan menurun melihat perutnya sendiri. Refleks tangannya mengusap perutnya.
"Tapi dia tak ada ayah.."
"Jangan buat benda bodoh."
"Tak! Aku takkan buat benda bodoh! Ini.. ini menyeronokkan!. HAHAHHAH" Tanpa halangan sesiapa, sebilah pisau tajam yang sama digunakan untuk membunuh lelaki tersebut dia tusukkan ke perutnya sendiri.
"Hana!"
"Look, bu- bukankah ini menyeronokkan?" Berkali- kali Hana menusuk pisau tersebut pada perutnya. Takada sesiapa yang akan menghalang manakala Hana hanya mampu memandang dirinya yang bodoh. Bodoh kerana ketamakan dan kekejaman dunia. Jika manusia seperti ayah angkatnya tidak kejam, Hana tidak mungkin sampai kesini. Jika keluarganya tidak membuang dia, Hana mungkin tidak bodoh.
"Aku bunuh anak aku ada sebab, aku tak nak dia lahir tanpa ayah. Aku tak nak dia tengok kekejaman dunia, biar aku je yang rasakan. No one gonna hurt her, am i right baby?" Suara Hana hampir tidak kedengaran. Serak, dan bibirnya mengalir darah merah yang pekat mencurah- curah begitu juga dengan perutnya. Janin kecil yang masih berusia beberapa minggu itu ditarik keluar dari perutnya.
"Mama sayang Baby"
"Hana, kau bodoh Hana"
"Ha.. HHAHAHHHAHHAHAHAAHAHA!!!!" suara Hana bergema didalam rumah teres tersebut. Bayangan Hana hanya mampu melihat sebelum perlahan- lahan hilang dari pandangan.
"Pesakit 0233?"
"Location detected"
***
"Kim Taemi. Ireona.."
"Taemi- ah ireona.."
"Taemi- auch!"
"Sakitlah sayang, apa main cubit- cubit ni?" Taehyung mengaduh sakit seraya lengannya yang aku cubit tadi dia gosok perlahan, dahinya berkerut dan bibirnya muncung panjang. Aku gulingkan anak mata lalu mengeluh perlahan.
"Saya baru je tidurkan Taemi, jangan ngengada nak bangunkan dia atau telinga awak saya pulas sampai putus" kata aku memberi amaran. Taehyung membuat reaksi terkejut sebelum ketawa kecil. Dia pandang sekejap Baby Taemi yang sedang lena diulit mimpi tu sebelum dia pandang aku balik. Lengan aku disentuhnya perlahan.
"Okay tak ni? Penat?"
"Taklah jugak, cuma badan lenguh sikit" jawab aku, perlahan-lahan aku labuhkan punggung pada birai katil. Kesan jahitan pada bahagian perut belum lagi pulih sepenuhnya. Jadi, kenalah pandai jaga, jangan banyak ketawa kalau tak habis terburai isi perut.
"Dah sapu ubat?" Soalnya, aku mengangguk perlahan,malas nak jawab banyak- banyak. Mungkin aku penat sangat lepas tidurkan Taerin yang asyik nangis. Nasiblah ada Eomma dan ibu datang tadi. Mudahlah kerja- kerja mengurus baby ni. Kenalah minta ajar pakar dulu, baru boleh jadi ibu yang kuat.
"Sayang?"
"Em?" Aku jongketkan kedua kening, sebenarnya aku langsung tak dengar apa yang Taehyung katakan sebab ralit mengenang peristiwa beberapa minit yang lalu.
"Dengar tak apa yang saya cakap ni?"
"Ani" jawab aku laju buatkan Taehyung membuat muka. Laju je tapak tangan Taehyung menekup pipi aku lalu mencium bibir aku bertalu- talu. Geram sangatlah tu. Taehyung sengetkan kepala agar menghadap aku. Anak matanya merenung tajam ke anak mata aku. Dia senyum kecil, kedua tapak tangan aku yang berada ditapak tangannya digenggam sebelum dibawa ke bibirnya lalu dikecupnya perlahan.
"Thank you" katanya sepatah buatkan dahi aku berkerut sedikit. Dia senyum kotak, menyerlahkan lagi kekacakan seorang guru lelaki yang aku idamkan dahulu.
"Untuk?" Soal aku balik. Yalah, tak ada angin, tak ada ribut tup, tup nak minta maaf.
"Sebab lahirkan Taemi untuk saya" ucapnya lembut dengan bibirnya yang setia dengan senyuman. Melihatkan dia senyum macam tu buatkan aku terjangkit nak senyum jugak. Aku senyum kecil lalu angguk perlahan.
"Tak apalah, perkara kecil je tu"
"Small thing? How about.. sec-" kepala Taehyung aku pukul perlahan. Haaa ambik sekehan tu. Sekali lagi Taehyung mengaduh sakit, kalau macam ni perangai Taehyung hari- hari, mahu berbirat badan dia aku cubit. Haa cubalah- cuba.
"Apa ni sayang? Boleh tak jangan garang- garang? Baby Taemi nanti tak sukalah kalau mama asyik marah- marah kat papa. Kan Taemi, kan?" Taehyung mengadu kepada Baby Taemi yang sedang lena diukit mimpi buatkan aku tergelak kecil. Dahi aku berkerut bila gelakan aku memberi kesan pada bekas jahitan pada bahagian perut. Sakit mak aii!
"Mari, baring sini. Saya dodoikan sayang dan baby Taemi sekali" kata Taehyung lalu dia tarik tangan aku lembut, berhati- hati supaya tak buat aku sakit. Lelaki itu letakkan lengannya dibawah kepala aku dan aku baring membelakangkan dia, menghadap baby Taemi.
"eoneu nal darege
gilgogin pyeonjireul sseosseo
neoboda hwanhajin anchiman
jageun chotbureul kyeosseo
eoseureumhan gongwone
noraehaneun ireummoreul sae
Where are you
Oh you.." sayup- sayup suara serak- serak basah Taehyung buatkan aku terlena perlahan- lahan.
"Goodnight, sayang."
.
.
BGM - 4 Oc' clock (v/rm)
So, sya tak dapat nak serahkan Hana pada Hena sebab emm..
(I don't know nan molla)
Biarlah dia macam tu, adakah author kejam sangat sbb buat Hana macam tu?
(I don't know nan molla)
Jangan marah-marah syg sy sekalian. Muahhh cikettt😗😗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro