pt.70📚
***
"Huwaaaaa apa aku patut buat ni?!"
"Terima ajelah" jawab aku buatkan Hena memukul lengan aku perlahan. Aku mengendahkan Hena kerana pukulan Hena tak ada kesan apa- apa, tapi sepasang mata merenung tajam Hena buatkan gadis itu tertundukkan kepala berulang- ulang kali tanda minta maaf. Siapa lagi kalau bukan Taehyung? Seokjin pun ada juga dan siapa sangka Seokjin merupakan abang kepada Taehyung? Wooo tak lama lagi Hena jadi kakak ipar akulah jawabnya tu.
"Masalahnya aku tak kenal dia lagi, bagilah suggestion sikit. Kau kan dah lama hidup dengan cikgu Taehyung" kata Hena lalu lentokkan kepalanya atas bahu aku. Aku curi-curi pandang Seokjin lalu Taehyung. Mereka sedang rancak berbual dihalaman rumah. Apa kurangnya Seokjin? Dia merupakan pemilik utama hospital besar seoul, hensem pun hensem, tinggi pun tinggi.
"Kan bercinta lepas kahwin tu kan indah-"
"Eeeeeeee kan aku cakap aku tak ada feeling lagi nak kahwin! Huaaa tolonglah aku Yeo mi! Bagi aku nasihat sikit, aku betul- betul perlukan pertolongan kau ni!" Kata Hena lalu dia goyangkan lengan aku, aku tolak dia perlahan, nanti bergoyang baby. Aku tekup pipi Hena, buatkan dia bibir dia termuncung- muncung.
"Kau nak lupakan Jinyoung tak?"
"Ehh mestilah-"
"Then terima jelah Seokjin, umur dia dah lebih dari matang tau tak. Dia boleh jaga kau. Nak dibandingkan dengan Jinyoung, janji kat mulut je, buatnya tak pernah" kata aku lalu sumbatkan waffle coklat kedalam mulut. Kening dijongketkan ke Hena, nak usik- usik budak ni kejap.
"Itu aku taulah, tapi cara dia confess ajak aku kahwin tu tak romantiklah! Dia confess time aku selebet baru bangun tidur. Aku tak nak macam tuuuu"
"Isk, kau minta jelah dia confess balik kat wonderland ke, lotte world ke, dream world ke, taman bunga ke. Nanti aku bawak dia bincang yang penting kau lupakan Jinyoung-"
"Yelah,tapi bukan macam ni caranyaaaaaa-" rengek Hena lalu dia peluk badan aku.
"Hena em.. saya nak balik dah ni. Awak nak ikut? Saya boleh tumpangkan awak sampai ke restoran untuk ambik kereta, saya cuma risau kalau lama awak biarkan kat situ, nanti kena tarik" kata Seokjin lalu melangkah memasuki rumah diikuti dengan Taehyung. Hena pandang aku sebelum dia buat muka seposen. Seokjin tersenyum kecil, dia faham dengan keadaan Hena. Tentulah gadis itu berasa tak selesa bila dia ajak macam tu.
"Tak apalah, kalau awak tak nak, saya balik dulu. Lain kali kita jumpa-"
"Tak. Erk. Sa- saya ikut awak" potong Hena lalu pandang dia cepat. Hena telan air liur paksa sebelum dia angkat punggung mengikuti Seokjin yang dah menyelit senyuman ke halaman rumah. Aku hanya menghantar pemergian mereka dengan lambaian tangan sebelum Taehyung menarik aku masuk kedalam rumah. Dia tegah aku bediri lama- lama. Nanti kaki sakit susah nak bekerja.
"Abang awak memang macam tu eah?" Tanya aku ketika Taehyung melabuhkan punggung disamping aku. Dia naikkan keningnya satu sebelum capai waffle yang memang dibeli 2 oleh Seokjin tadi.
"Macam apa?"
"Rushing?"
"Haah, dia memang macam tu. Cuma awak janganlah salah faham, walaupun dia rushing macam tu, dia baik tau" kata Taehyung lalu dia sumbatkan waffle coklat ke dalam mulutnya. Aku anggukkan kepala faham.
"Peliklah"
"Ya, dia memang pelik, kita je yang tak pelik, kan sayang?"
Aku jeling Taehyung dan dia membalasnya dengan kenyitan mata. Laju tangan aku menampar bahu dia buatkan Taehyung mengaduh sakit.
"Sakitlah sayang, apa main pukul- pukul ni? Saya payback dengan gigit tangan sayang baru tahu. Haa mehh sini" Rengeknya lalu dia tarik tangan aku sebelum dia acah nak gigit tapak tangan aku. Taehyung sengih kecil lalu dia cium tapak tangan aku banyak kali.
"Cakap nak gigit"
"Tak jadilah, rasa tak sanggup" katanya lalu sambung makan waffle coklatnya. Aku cebikkan bibir, mengadalah betul Taehyung ni.
"Sayang nak pergi mana?" Soal Taehyung bila dia nampak aku dah berdiri dari tempat duduk untuk tinggalkan dia.
"Nak basuh bajulah-"
"Tak payah! Duduk je sini, nanti saya hantar dobi" laju Taehyung membalas seraya tangannya menyambar lengan aku dan menarik aku perlahan untuk duduk di tempat aku semula.
"Jangan bergerak. Sayang bergerak, siap" kata Taehyung memberi amaran sebelum dia rebahkan kepalanya diatas riba aku. Taehyung senyum kotak lalu hadapkan wajahnya pada perut aku.
"Sayang.."
"Apa?"
"Nak muah-"
"Jangan nak mengada, selesema awak tu belum kebah lagi. Nanti berjangkit dekat saya, saya tak nak-"
"Muemuemue" ejek Taehyung lalu dia tarik kepala aku untuk cium bibir aku, tapi aku keraskan badan, tak nak Taehyung cium aku buatkan Taehyung merengek macam budak- budak.
***
"Terima kasih"
Seokjin angguk faham, mereka menjadi hening seketika. Hena gosok lengannya, kekok.
"Erk, sa- saya keluar dululah"
"Wait"
Hena yang baru hendak keluar dari kereta terus terbantut bila Seokjin menahan lengannya. Dia pandang tangan Seokjin lalu dia pandang pula wajah kacak lelaki itu. Seokjin senyum kecil lalu dia lepaskan pegangan tangannya dari lengan Hena.
"About this morning.."
Hena tundukkan wajah, hujung baju sweeternya digenggam kuat. Entahlah kenapa dia boleh rasa nervous betul sekarang ni. Buktinya tapak tangan dia dah berpeluh sejuk macam baru keluar dari peti sejuk mayat. Hena kemam bibir. Dia betul- betul rasa nak cepat- cepat lari dari sini.
".. about our marriage. We'll discuss more about it-"
"Kejap, kejap! Saya tak bagi kata putus kan lagi. Awak tak boleh-"
"Awak tak nak kahwin dengan saya?" Soal Seokjin buatkan Hena rasa susah sangat nak tolak. Dia dongakkan wajah dan pandang wajah redup Seokjin yang tampak berharap saja ketika itu. Sekali lagi bibir digigit.
"Nak tu nak. Ta- tapi awak yang patut fikir masak- masak tentang perkahwinan ni. Saya bukan tipikal gadis korea terakhir yang macam ramai lelaki idam- idamkan untuk diambil sebagai isteri selama ni. Saya kasar, talkactive, lasak-"
"Boleh masak?"
Hena angguk.
"Pandai buat laundry?"
Hena angguk.
"Pandai kemas rumah?"
Hena anggukkan kepala lagi buatkan Seokjin mengukir senyuman manis. Dia sandarkan tubuhnya pada kerusi lalu pandang tepat ke wajah gadis itu.
"Kalau macam tu, sudah tentu awak boleh jaga saya"
Hena kaku. First time dia rasa kena attack berabis hari ni. Dia tundukkan wajah dan gigit bawah bibirnya untuk kesekian kali, rasanya boleh lebam kalau asyik gigit macam ni.
"Hena?"
"Sa- saya akan fikirkannya. Jumpa lagi!" Meluru saja Hena keluar dari kereta Audi milik Seokjin sampai dia tidak sedar yang Hena dah terlanggar orang.
"Haaa mianhae!"
"Hena?"
Hena dongakkan kepala, hati dia rasa sakit dan meletup balik. Jinyoung? Jinyoung ex durjana dia tengah buat apa kat sini?
"Nice to meet you-"
"Bad day kalau saya jumpa awak balik. Dah nak blah dulu-"
"Ehh tunggulah" Laju tangan Jinyoung menyambar lengan Hena dan serentak juga Seokjin keluar dari kereta dan mendekati mereka berdua. Seokjin berdiri disamping Hena seraya matanya merenung tajam ke lengan gadis itu.
"Siapa?"
"Err.. chingu?"
"Hand off" kata Seokjin lalu lengan Hena ditarik dari pegangan Jinyoung buatkan lelaki itu jadi bengang.
"Who the hell-"
"Kim Seokjin, i'm Hena's future husband. May i know you?" Tercengang Jinyoung jadinya. Dia pandang Hena sebelum dia pandang Seokjin untuk dapatkan kepastian.
"Be- betul ke?"
"Ya- yalah! Awak fikir awak je ke yang boleh cari pengganti cepat sangat? Saya pun bolehlah! Look at him! He's taller than you!" Hena berjengket untuk memegang kepala Seokjin lalu berdiri tegak balik.
"Dan ka- kami akan official beberapa bulan lagi, jangan lupa datang. Saya jemput awak" kata Hena tanpa berfikir buatkan Seokjin memandangnya dengan senyuman kecil. Lengan lelaki itu melingkar di pinggang Hena, dia menelan liur paksa. Apa aku buat?!
"Tch, Hena- hena. Saya ingat taste awak terhadap lelaki tinggi. Tapi tengoklah awak, tiang rumah jugak yang awak dapat. It's okay darling, saya akan datang ke majlis awak. Jangan tak buat majlis pulak hahahahahh" kata Jinyoung lalu ketawa hambar. Dia berlalu pergi tinggalkan Hena dan Seokjin. Hena mengeluh lega.
"I hope that you really mean that.."
"Argh!"
Pelukan di pinggang Hena terlerai. Seokjin sengih kecil, dia usap rambut gadis itu sebelum masuk kedalam keretanya balik.
"Tak! Tu- tunggu dulu! Saya tak cakap macam tuuuu. Huaaaaa help mehhh"
Dan tinggalkan Hena yang tengah frust sendiri.
.
.
How we gonna end this?
(😞)
Nak Yeo mi lahirkan baby dulu kemudian Hejin official lepastu baru end ke..
Atau
End mcm tu je?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro