
pt.7📚
°°°
Jinyoung
aku memandang wajah yeo mi yang sedang keruh dan tidak puas hati itu. seterusnya aku memandang jungkook disampingku yang berpeluk tubuh sambil menunduk. terlihat dia tersenyum. wajah mereka ditenung silih berganti.
Hena yang duduk dihadapanku ini dipandang.
' apa nak buat ? ' katanya dari gerak bibir. aku mengangkat bahu tanda tidak tau.
" cikgu saya nak tukar " ucap satu suara, yeo mi berkata sambil berpeluk tubuh memandang ke jungkook dengan wajah tidak puas hati.
aku melihat ke cikgu taehyung, dia sedang menyelak lembaran kertas di buku bionya. tidak memperdulikan bantahan dari yeo mi.
" saya pun nak tukar " mingyu pulak menyampuk berkata dan memandang yuju yang sedang menatapnya dengan tatapan membunuh. memang tak sebulu dua ekor ni.
" tukarla. kau ingat aku kesah ? " ujar yuju dan menjeling mingyu.
cikgu taehyung memandang pelajarnya. kaca matanya dilepas dan menatap wajah anak muridnya satu persatu.
" bantahan ditolak " ucapnya melipat lengan baju kemeja merahnya.
" cikgu, saya nak tukar jugak " ucap yeo mi yang masih berdegil dan tetap dengan pendiriannya.
tapi kata-katanya tidak dihiraukan oleh cikgu taehyung. malah cikgu taehyung sudah mulai menulis sesuatu di papan putih.
kalau ikutkan hati dia jugak mau tukar ke kumpulan lain agar sama group dengan mingyu. tapi jungkook menegahnya untuk berbuat demikian.
" dengar sini, cikgu letak kamu dalam kumpulan ni bukan untuk suka-suka. saya buat ni untuk buat study group agar kamu lebih bersedia. " ucap cikgu taehyung.
" ..dan kalau ikutkan hati, saya nak kamu buat study group ni berpasangan, dua orang dalam satu kumpulan, tapi nanti lain pulak jadinya " sambung cikgu taehyung sambil meletakkan tangannya diatas meja.
" ..ke kamu nak cikgu buat berpasangan ? mingyu dengan yuju dan jungkook dengan yeo mi. macam tu ? " katanya cikgu taehyung lagi dan aku terlihat jungkook tersenyum simpul.
" saya bantah ! " yeo mi berdiri dari duduknya sambil mengangkat tangan kanannya ke udara.
" bantahan ditolak ! " cikgu taehyung memukul-mukul angin menunjukkan yang dia benar benar menolak bantahan yeo mi.
" ish cikgu " yeo mi mencebik dan jungkook tergelak.
" duduk atau kamu nak cikgu pasangkan kamu dengan jungkook. hem ? " cikgu taehyung menatap yeo mi dan mengecilkan matanya.
yeo mi akhirnya akur dan duduk ditempatnya iaitu dihadapan jungkook.
" apa ? " yeo mi berkata ke jungkook yang sedang tersengih menatapnya.
" tak ada " jawab jungkook dan tersenyum mempanerkan gigi bunnynya ke yeo mi yang kian berasap didepannya.
" ish " yeo mi menggenggam penumbuknya manakala hena sudah menahan yeo mi dari menyerang jungkook.
aku mati akal. ish apa nak buat ni ?
" oke, enough. mari mulakan pelajaran kita hari ni. buka muka surat 198, dan kamu akan nampak latihan disana. cikgu bagi kamu masa 25 minit untuk bincang dalam kumpulan dan lepastu cikgu akan panggil semua ahli kumpulan untuk bentang didepan. deal ? " ujar cikgu taehyung.
gosh, nasib ada penyelamat. kalau tak lunyai jungkook dikerjakan yeo mi.
" mulakan " ucap cikgu taehyung dan duduk dimejanya.
" aku nak kau bentang bahagian ni " ucap jungkook dan menunjukkan bahagian penting dalam tugasan itu ke yeo mi.
aku melihat yeo mi yang sedang berkerut memandang jungkook.
" ewah ewah suka hati awak jer ye ? tak nak saya nak bentang bahagian ni " ucap yeo mi dan menunjukkan bahagian lain.
" tak kau bentang yang ni aku bentang yang ni " protes jungkook dan menekan nekan buku teks tersebut menggunakan pennya.
" tak nak ! saya nak bentang bahagian tu " jawab yeo mi lagi dan menolak pen jungkook dari menekan-nekan buku teksnya.
" ish! bahagian ni penting macam kau " sedar akan kesilapannya jungkook yang terlepas cakap menekup mulutnya.
yeo mi berkerut memandang jungkook yang sudah memerah wajahnya.
" apa awak cakap ? " katanya
aku menoleh ke jungkook dan dia juga memandangku meminta pertolongan. hena hanya mendiamkan diri dan tersenyum simpul.
" stop ! dua-dua bahagian penting dah kena ambik dengan orang yang sama-sama penting dalam hidup mereka. so, berhenti bergaduh. masa tinggal 10 minit lebih je. mari start hafal bahagian penting korang tu kalau tak nak markah ditolak " celah hena sambil menekankan perkataan 'penting' apabila dia seakan tau apa yang ada dalam fikiranku.
aku memandang yeo mi dan jungkook selang seli. terdiam mereka mendengarnya.
' gomapta ' ucapku ke hena melalui gerak bibir dan hena hanya mengangguk tanda faham.
°°°
Hena
aku memandang jungkook dan yeo mi silih berganti.
kalau ikutkan hati, hendak saja dia hempuk kepala mereka berdua dengan buku teks bio dan menyeret mereka keluar dari kelas kerana asyik membuat bising kemudian bergaduh sesama sendiri. tapi dia tidak sampai hati pulak. huhu
" masa dah tamat " ucap cikgu taehyung dan mulai berdiri dari duduknya.
" siapa nak bentang dulu ? " tanyanya sambil berpeluk tubuh dan bersandar di papan putih.
" kami dulu cikgu " ucap wendy dan mulai melangkah kehadapan dengan ahli kumpulannya.
" oke " cikgu taehyung beralih ke tempat duduk pelajar sambil membawa kertas dan pen ditangan.
wendy mulai berpidato dihadapan, haram jadah satu pun tak masuk kepala otak aku.
" bagus. kamu boleh duduk " arah cikgu taehyung dan terhasil senyuman di wajah setiap ahli kumpulan wendy.
" seterusnya ? " kata cikgu taehtung dan menulis markah kumpulan wendy diatas kertas.
" kami ! " serentak jungkook dan yeo mi berkata dalam nada lantang.
yeo mi menjeling jungkook yang sedang tersengih.
" ouh, pelajar harapan kita. oke, mulakan " ucap cikgu taehyung dan serentak itu juga jungkook dan yeo mi sudah berlari kedepan kelas meninggalkan aku dan jinyoung terpinga pinga.
" palli ! " panggil jungkook yang nampaknya tidak sabar ingin memulakan bentangannya.
" cepatla ! " ucap yeo mi pulak.
lambat-lambat kami maju kehadapan dan mengambil tempat.
" oke saya akan mulakan. ish " yeo mi menolak jungkook agar menjauhinya.
" apa lagi yang tak kena ? " jungkook berkata dan memegang bahunya.
" jangan dekat " ujar yeo mi
" ni tempat aku, lepas kau bentang giliran aku pulak yang bentang " jawab jungkook cuba mempertahankan dirinya. dia mengeras ditempat.
" ish, tepi sikit " yeo mi berkata dan berdiri didepan jungkook.
" hari ni.. "
" aku tak nampak la " jungkook menolak pelan badan yeo mi supaya tidak menghalang pandangannya.
" awak yang berdiri dekat situ, yaish " dan mulanya bebelan panjang dari yeo mi dan disambut dengan balasan dari jungkook yang menyakitkan hati.
kira kira 7 minit berdiri depan kelas sambil membentangkan tugasan dalam keadaan kucar kacir, kami balik ketempat duduk.
" menarik " ucap cikgu taehyung dan disambut gelakan dari jungkook. yeo mi menjelingnya.
hah aku penat nak hadap dua ekor ni. aku memandang jinyoung yang jugak sudah menyerah diri dengan meletakkan kepalanya diatas meja.
" guys stop la. " ucapku dan mereka terdiam sejenak sebelum memandangku.
" dia yang mula dulu " katanya yeo mi dan menundingkan jari telunjukknya ke jungkook.
" eh manada kau yang mula dulu " pertahan jungkook dan perang mulut mereka pun bermula sekali lagi.
aku memandang cikgu taehyung yang seakan tidak peduli akan mereka. sesekali dia melirik ke yeo mi dan jungkook sebelum tergelak halus.
hadehh cikgu ni pun. tak nak leraikan ke apa ?
.
.
.
[Thank you for reading. Do vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro