pt.68📚
***
"Ae- aerin minta maaf, Aerin tak ada niat langsung nak jauhkan unnie dengan cikgu Taehyung. Aerin just bawa cikgu pusing satu mall haritu sebagai balasan sempena hari jadi Aerin. Aerin minta maaf, unnie" katanya seraya menggosok tapak tangannya berulang- ulang kali. Aku diamkan diri seraya menahan Hena yang terlebih dahulu ingin 'menyerang' Aerin bila dapat tahu hajat gadis itu. Hena ni menyeramkan doh kalau marah, buktinya sekarang dia tengah pandang Aerin macam nak telan.
Dan sekarang kami tengah duduk kat kerusi di halaman rumah, yalah kalau didengar dek eomma, habis budak Aerin ni jawabnya.
"Unnie- unnie, sebelum kaki unnie ni sampai kat muka peloles engkau, baik kau minta maaf bebetul! Aku pak-pak jugak kau ni kang. Eii!!" Ujar Hena lalu dia tunjukkan buku limanya pada Aerin buatkan gadis itu tertunduk takut. Dalam hati aku rasa macam nak bersorak menang, tapi aku kena tahan Hena jugak, terlepas manusia sekoq ni, tamat riwayat Aerin jadinya.
"Aerin minta maaf Unnie! Aerin tahu Aerin salah! Janganlah marah Aerin!" Kata Aerin lalu buat muka macam nak nangis. Hena menjeling tajam, dia lepaskan pegangan tangan aku lalu cawan berisi oren diteguknya kasar, macam tak minum setahun. Nak redakan rasa panas kat hati dia lah tu. Aku garu tengkuk aku, kekok dengan keadaan sekarang.
"Yaaa unnie maafkan, em, Aerin datang sini dengan siapa? Macam mana boleh tahu alamat rumah unnie?" Soal aku pelik. Memanglah aku pelik, aku dan dia mana pernah berhubung apa- apa pun, tup- tup dia tahu tempat tinggal eomma. Haaa dari mana tu?
"Errr Aerin dapat tahu dari namchin Aerinlah unnie, dia baik dan hensem-"
"Aerin! Kenapa lama sangat?"
Serentak ketiga- tiga kepala memandang ke empunya suara. Hena yang tengah minum tersedak lalu membeliakkan anak mata, aku pulak terlopong manakala Aerin dah senyum simpul. Dia berdiri dari duduknya dan menghampiri lelaki yang dikatakan namchin- nya itu.
"Unnie perkenalkan, nilah namchin Aerin, Jinyoung oppa" kata Aerin seraya memeluk lengan Jinyoung. Jinyoung diamkan diri lalu menunduk tanda menyapa kami. Aku telan air liur bila terasa ada bahang hangat di belakang aku.
"Ehh Hena nak pergi mana?"
"Ohh ini rupanya Girlpreng baru kau eah? Kau tinggalkan aku yang dah lama kau kenal ni semata- mata nak bersama dengan perempuan ni? Kau tau tak dia hampir rebut suami orang! Dia baru budak sekolahlah Jinyoung! Budak sekolah! Dasar Jinyoung tak guna!!" Hena melepas sandal hitamnya lalu melemparnya ke Jinyoung dan Aerin. Aku pulak sedang berusaha menahan Hena dari menyerang Jinyoung.
"Saya minta maaf Hena!"
"Pergi mampus dengan maaf kau tu!" Jerit Hena buatkan eomma kelam kabut keluar dari rumah dan menenangkan Hena, aku pulak didudukkan atas kerusi balik oleh eomma sebab dia tak nak aku terlibat dalam hal- hal macam ni. Something bad may happen.
"Pergilah balik! Aku tak nak tengok muka kau kat sini! Jinyoung bongok!" Marah Hena seraya menjelirkan lidahnya kepada Jinyoung. Lelaki itu mengetap bibirnya lalu melepaskan pelukan Aerin pada lengannya. Langkah kaki diatur pada Hena yang dah terduduk atas rumput dengan dahi yang berkerut. Pipi Hena ditekup dengan kedua tapak tangan Jinyoung buatkan tatapan Hena pada lelaki itu makin membara.
"Saya minta maaf, saya tahu salah. Kita berpisah bersebab dan saya still sayangkan awak even awak maki saya. But please, move on dari saya. Terima kasih sebab selalu ada bila saya susah. Saya, ex satu dalam sejuta awak dengan rela hati mengundurkan diri" bisik Jinyoung buatkan Hena memukul bahu lelaki itu kuat sampai Jinyoung jatuh tersungkur kebelakang.
"Jinyoung bodoh! Pergilah balik! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Jerit Hena lalu membaling satu lagi sandalnya. Lintang pungkang Aerin dan Jinyoung melarikan diri bagi mengelak dari terkena sasaran sandal Hena Lee.
"Heeeeeeee banjingan.."
"Hena.."
"Apa?" Balas Hena kasar lalu pandang aku tajam. Aku sengih kecil lalu tunjukkan tumbs up pada dia. Hena mengeluh berat.
"Sorry weh, aku tak sangka boleh berlaku macam tu, kau okay ke? Ada cedera?" Tanya Hena lalu cepat- cepat dia hampiri aku untuk check keadaan diri aku. Aku gelengkan kepala lalu tunjukkan tumbs up tanda yang aku okay. Hena renung aku kejap sebelum tubuh aku dia rangkul erat, menangis.
"Eeeeeeee kenapa bad day betul aku hari ni?" Kata Hena, aku menepuk belakang badan Hena meminta dia bertenang. Makin lama makin kuat raungan Hena seraya menyembamkan wajahnya pada bahu aku. Frustasi dengan dirinya sendiri.
Hurm.
***
Taebongok🍂
+sayang..
+what can i do?
+saya rasa tak berdaya sekarang ni
+rasa lemah sangat
+can you come home?
+i think i might have a fever😖
"Yah kim Taehyung!"
Pintu bilik utama aku rempuh kasar untuk cepat- cepat melihat Taehyung. Terus aku meluru mendapatkan Taehyung yang tengah terbaring atas katil dengan selimut yang membaluti tubuh lelaki itu. Taehyung jengukkan kepalanya untuk pandang aku, langsung saja bibir pucatnya mekar dengan senyuman.
"Saya ingat sayang dah tak perdulikan saya.." lemah dia berkata seraya cuba untuk duduk diatas katil. Tapi laju aku tahan bahu dia dan baringkan dia atas katil semula.
"Macam mana awak boleh demam pulak ni?" Tanya aku lalu aku lekapkan tapak tangan aku pada dahi dia. Taehyung berdehem perlahan kemudian betulkan posisi baringnya untuk menghadap aku. Lengannya diletakkan atas ribaan aku.
"Saya demam sebab rindu sayang dan babylah.." bisiknya buatkan hati tisu aku tersentuh sekejap. Aku sentuh pipi dia dan usap perlahan, Taehyung rapatkan dirinya dengan aku, kepala dia dinaikkan diatas paha aku lalu sembamkan wajahnya pada perut aku.
"Siapa.. hantar sayang ?"
"Hena, saya minta dia hantar saya sekejap. Awak mesej saya pun mengejut, saya pun balik secara mengejutlah" jawab aku lalu aku usap rambut dia perlahan. Taehyung berdehem kecil seraya memusingkan wajahnya untuk memandang aku.
"Dah makan ubat?"
Taehyung gelengkan kepala, bererti dia belum makan ubatlah tu. Aku kerutkan dahi kemudian tepuk bahu dia.
"Tepi sikit, saya pergi ambil ubat dulu-"
"Tak payahlah.. sayang dah ada kat sini pun dah boleh buat saya sembuh" katanya lalu dia cium tapak tangan aku lembut. Aku buat muka, Taehyung ni memang macam ni bila sakit. Perangai dia akan berubah jadi manja yang teramat, sampai naik rimas melayan kerenah Taehyung ni.
"Sayang.. dah maafkan saya?"
Aku angguk perlahan dan berbalas pandangan dengan Taehyung. Lama dia merenung aku sampai akhirnya aku yang terpaksa mengalah dari memandang dia, aku berkalih untuk pandang dinding dengan wajah yang membahang panas.
"Sayang ni makin hari makin comellah.." bisik Taehyung lalu dia tarik perlahan kepala aku dan muncungkan bibirnya. Memberi hint untuk aku cium dia. Aku cium bibir dia sekilas buatkan Taehyung merengek sebab nak lagi.
"Nanti berjangkitlah Taehyung-"
"Taklah, mana ada kan, baby kan?" Kata Taehyung dengan suara sengau sebab selesema lalu dia tarik kepala aku balik kemudian bibirnya dilekapkan ke bibir aku lama.
"Muah.."
.
.
Vote ✔
Comment ✔
Done push Aerin dari life mereka.
Be happy guys, jangan marah- marah😉😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro