
pt.64📚
***
"Em, saya dah sediakan air mandian, awak mandilah dulu, saya nak rehat kejap" kata aku lalu hulurkan tuala mandi pada Taehyung. Dia sambut dengan kerutan didahi. Tapak tangan aku dia sentuh dengan tangan kirinya.
"Sayang okay ke? Kenapa muka pucat ni ?" Tanyanya lembut lalu dia usap tapak tangan aku perlahan, aku gelengkan kepala lalu tepuk perlahan tapak tangan dia, memberi signal yang aku okay.
"Betul ni?"
"Emm.." jawab aku lalu lepaskan pegangan tangan dia dari tangan aku. Taehyung merenung setiap langkah yang aku buat dengan pandangan pelik kemudian dia berjalan masuk kedalam kamar mandi untuk bersihkan badan. Aku pulak tengah sediakan katil, nak tidur dengan selesa. Baru je aku nak labuhkan punggung atas katil, Taehyung dah menyeru nama aku banyak kali
"Kim yeo mi!"
"Yeo mi?"
"Sayang?"
"Sayang?!"
"Taehyung, boleh tak jangan bising? Saya baru nak tidur-" ucapan aku tergendala bila Taehyung meluru ke arah aku lalu tubuh aku dipeluknya erat. Naik semput aku bila Taehyung peluk aku erat, macam tak nak lepaskan.
"Kenapa ni?"
"Apa ni?"
"Pregnancy te-"
"Positif?" Potong Taehyung, aku angguk perlahan, sebenarnya masih tak pasti lagi. Yalah, aku mana pandai tengok. Tapi aku dah rujuk personal doktor, merujuk kepada kawan aku dahulu, dia cakap aku dapat positif, maksudnya? Aku mengandunglah tu! Laju Taehyung tekup pipi aku lalu cium segenap inci wajaha ku dengan rasa gembira yang membuak- buak.
"Ya tuhan sayang, kenapa tak bagitau saya? Why sayang why?" Kata Taehyung separuh merengek lalu dia sembamkan wajahnya pada bahu aku. Dan kemudian aku perasan yang bahu aku yang kering perlahan- lahan mulai basah. Wait, Taehyung menangis?
"Taehyung.. awak okay ke?"
"Sayang nampak macam saya okay ke? Saya menangis sebab happylah sayang! Saya happy sangat- sangat! Saya dah lama tunggu saat ni, saya dah lama tunggu sayang.. and now i'll be a father.." bisik Taehyung lalu dia cium tapak tangan aku. Melihatkan air mata Taehyung yang mengalir deras tu buatkan hati aku rasa tersentuh, tak sangka macam ni reaksi yang dia bagi bila dapat tahu yang aku dah bagi dia baby. Aku senyum kecil lalu kesat air mata Taehyung dan tekup pipi dia.
"You'll be father"
"I know, Thank you sayang" bisiknya lalu dia cium dahi aku, hidung, lalu terakhir bibir aku lama. Taehyung senyum kecil sebaik ciuman terlerai. Dia sengetkan kepalanya lalu sentuh pipi aku perlahan.
"Patutlah sayang saya garang semacam je akhir- akhir ni, pembawaan bayi rupanya. Haaahh sayang, sayang.." Taehyung senyum lagi, dia sentuh perut aku dengan tapak tangan besar dia lalu dia cium tapak tangan aku lembut dan lama. Dia renung aku lama, buatkan aku rasa malu sekejap.
"Pe- pergilah mandi-"
"Rasa tak nak mandilah pulak. Saya nak cuddle dengan sayang dan baby.." rengeknya lalu dia rapatkan wajahnya dengan aku. Aku tahan dada dia.
"Awak jangan nak buat tebiat boleh tak? Boleh ke tidur dengan badan melekit macam ni? Pergilah mandi, busuk tau tak" kata aku seraya tepuk bahu dia perlahan, Taehyung mencebik perlahan, dia baringkan tubuhnya atas katil seraya lengannya memeluk pinggang aku yang masih setia duduk dibirai katil dengan kaki berjuntai.
"Mana ada busuk, saya wangi tau. Kenapa pembawaan bayi awak ni lain sayang? Selalunya mereka yang mengandung suka cium bau suami mereka, kenapa sayang?" Kata Taehyung lalu dia tarik lengan aku untuk aku berbaring di sebelah dia. Jujur aku cakap, bau badan Taehyung boleh buat aku rasa nak muntah sekali lagi. Bukanlah aku nak cakap bau badan Taehyung ni over sangat, tapi hidung aku tak dapat nak cam bau dia. Kuat sangat. Loya tekak dibuatnya.
"Mereka lain, saya lain. Pergi mandi, nanti air kat tab mandi tu sejuk." Kata aku lagi lalu leraikan pelukan lengannya pada pinggang aku. Taehyung merengek tak mahu lepas dari aku.
"Sayang tak nak.."
"Pergilah mandi, bau badan awak boleh buat saya muntah tau tak" kata aku jujur buatkan Taehyung mencebikkan bibirnya, dia duduk tegak disamping aku lalu dia tekup kedua belah pipi aku.
"Peliklah sayang ni.. nak muah"
"Mandi dulu, baru bagi muah" jawab aku melayan sikap keanak- anakkan Taehyung. Dia merengek kecil lalu menghujani bibir aku dengan ciuman sekilasnya. Makin ligat dia cium aku, makin lain bau badan dia. Sekarang ni bau badan dia dah tak buat aku nak muntah, rasa something weird. Aku tahan lengan Taehyung bila dia dah berdiri dari duduknya, nak mandi.
"Kenapa?"
"Ta- tak payahlah mandi" kata aku masih genggam tapak tangan dia, aku dapat rasa yang Taehyung pelik dengan sikap aku. Dia goyangkan tangan aku lalu rendahkan badan agar sama rendah dengan aku.
"Haiii tadi sayang jugak yang beria nak saya mandi, sekarang tak nak saya mandi pulak. Kenapa ni?" Katanya, aku tidak menjawab. Aku ketap bibir lalu renung wajah Taehyung yang boleh dikatakan sempurna dimata aku.
"Say-"
"Nak muah"
"Hem?" Taehyung buat muka pelik manakala aku dah rasa muka macam nak terbakar. Taehyung ketawa kecil, dia cium sekilas bibir aku dan berdiri balik tapi aku tahan lengan dia dan geleng- gelengkan kepala.
"Waeyo sayang?"
"Tak payahlah mandi.."
Ha sudah. Kenapa aku pulak yang manja semacam ni? Tak pernah- pernah aku manja macam ni dengan Taehyung. Buang tebiat betul.
"Sayang kata saya busuk-"
"Tak. Tak busuk dah" laju aku potong dia lalu aku tarik lengan dia sampai dia tertunduk dihadapan aku. Aku peluk leher Taehyung lalu cium leher dia geram. Ya tuhan, wangi betul! Tindakan aku buatkan Taehyung terkejut seperti terkena renjatan elektrik. Yalah, yeo mi aka isteri tercinta dia ni mana pernah bermanja macam ni. This is his Yeo mi but in another level.
"Sayang no, saya berpeluh banyak sangat hari ni-"
"Andwaeeeee" aku tarik tubuh Taehyung hingga dia ikut berbaring tepi aku. Taehyung ketawa kecil melihatkan kelakuan aku. Dia tarik aku rapat ke dada dia lalu peluk tubuh aku erat.
"Sayang dah terkena baby sindrom ke? Kenapa manja sangat ni?" Bisiknya lalu dia cium lembut dahi aku. Aku tidak merespon, hanya biarkan Taehyung manjakan diri aku.
"Nak tidur?"
Aku anggukkan kepala, Taehyung betulkan posisi baringnya lalu letakkan lengannya sebagai bantal kepala aku. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Aku nampak Taehyung senyum kecil sebelum dia cium kedua kelopak mata aku.
"Good night sayang dan baby.." bisik Taehyung lalu mengusap pinggang aku perlahan. Deru nafas hangat dia buatkan aku tertidur lena.
"I love you.."
.
.
Vote ✔
Comment ✔
What ya think?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro