pt.61📚
학생
***
Dah hampir setahun sejak aku kahwin balik dengan Taehyung, dalam tempoh tu jugak dia nampak tertunggu- tunggu dengan kehadiran cahaya mata dari aku. Tapi, rezeki masih tak ada lagi, jadi aku selaku isteri rasa bersalah.
"Sayang busy?"
Aku angguk tanda ya lalu sambung buat assignment yang aku perlu hantar untuk sehari lagi, maksudnya esok nak hantar dah. Yup, aku lupa nak bagitau, sebulan lepas dapat result exam tu, aku kena masukkan dalam Universiti Hangang, sama dengan Yeri. Hena? Dia pun masuk juga, tapi tak sama fakulti dengan aku. Hum.
"Bila nak siap?" Soal Taehyung lalu dia ambil tempat disisi aku, rambut aku dia mainkan, aku lirikkan mata pada dia dan nampak Taehyung yang sedang poutkan bibir. Nampak sangat yang dia tengah bosan dan nakkan perhatian dari aku.
Tapi maaflah suamiku sayang, ai busy neh.
"Tak sure, kenapa?" Jawab aku lalu sambung menaip kerja diatas keyboard. Aku dengar Taehyung mengeluh kecil sebelum dia sembamkan wajahnya pada bahu aku, lengannya melingkar kemas pada perut aku.
"Nampaknya sayang 2 kali ganda lagi busy dari saya" bisiknya buatkan aku ketawa kecil. Taehyung muncung lagi, dia kecup sekilas pipi aku sebelum melarat ke dahi, hidung dan akhirnya bibir. Taehyung cium bibir aku lama sebelum akhirnya aku sendiri yang terpaksa leraikan bila ciumannya mulai berubah rentak. Aku nampak ekspresi kecewa terpancar di wajahnya.
"I'll be fast"
"That's not what i mean. Erk.. saya kena siapkan kerja ni dulu Tae. Nantilah ya?" Kata aku cuba memujuk dia. Taehyung mengeluh berat, dia sandarkan tubuhnya pada sofa lalu pandang lurus ke depan.
"I'm getting old you know.. that's why i need kids" katanya buatkan aku rasa sentap. Aku faham yang dia mahukan anak, tapi itu bukan kerja aku untuk tentukan zuriat itu ada atau tidak ada. Itu semua kerja tuhan, mungkin sekarang belum lagi tiba masanya untuk aku mengandung tapi. Tapi, dia tak boleh tunggu ke?
"Mian.." jawab aku sepatah menghasilkan keluhan kasar sekali lagi dari Taehyung. Dia berdiri dari duduknya sebelum meluru naik ke tingkat atas. Beberapa minit kemudian dia turun balik dengan baju yang sudah ditukar dari pijama ke hoodie berwarna hitam.
"Nak pergi mana?" Tegur aku, ini dah jam 9 malam tahu tak? Dia nak pergi mana malam- malam macam ni? Baru je aku berura- ura mahu berdiri mengikuti dia, aku nampak telefon dia yang tengah dia pegang berdering memaparkan seorang wanita. Dan, sudah semestinya wanita itu bukanlah aku. Aku berdiri kaku depan pintu, begitu jugak dia.
Handphonenya masih bergetar, dia pandang aku untuk mendapatkan kepastian, tapi aku larikan pandangan dan jalan balik ke ruang tamu. Nampak sangat yang dia dah teragak- agak nak jawab panggilan tu kalau depan aku. Bukan pertama kali benda ni berlaku, dah banyak kali. Dan itu pun aku ingat chingu dia, aku malas nak bertekak dengan dia.
"Sayang saya keluar kejap, err nak kirim apa- apa?"
"Nothing" jawab aku lalu berikan segaris senyuman pada dia. Ahh lantaklah dia nak cakap apa, yang penting aku dah bagi warn jenis lembut pada dia. Kalau dia masih tak faham lagi, jap agi aku serbu.
"Eo, saya pergi dulu"
Taehyung hampiri aku sebelum bibirnya mendarat di dahi aku lama sebelum dia berlalu pergi. Dan ketika itu baru aku sedar yang Taehyung pakai minyak wangi banyak sangat untuk apa? Buat aku rasa macam nak muntah.
"Uwekk!! ahh jinjja"
Terus aku berlari masuk kedalam kamar mandi dan luahkan semuanya kedalam sinki. Perut aku memang tak bagus sejak dua menjak ni, mesti sebab habit aku yang dah jarang nak sentuh makanan. Rasa tak selera.
Pregnant?
Entahlah aku belum cek lagi.
***
"Aerin, ada apa ajak jumpa ni?" Kata Taehyung lalu melabuhkan punggung diatas kerusi dihadapan gadis yang dikenali sebagai Aerin Kim. Sebaik melihat kelibat Taehyung, senyuman gadis itu memekar secara automatiknya.
"Aerin bosan je duduk kat rumah. Mama asyik arah Aerin buat itu dan ini, Aerin selalu kena marah, semua yang Aerin buat semua salah kat mata mama bila Aerin buat something. Aerin tak sukalah kena arah" bebel Aerin sambil mulutnya termuncung- muncung. Taehyung meraup rambutnya ke belakang lalu mengeluh berat bila mendengar penyataan Aerin.
"Saya tahu, tapi keluar malam- malam macam ni tak bagus untuk pelajar lebih- lebih lagi bila awak perempuan. Nanti benda tak baik berlaku, siapa yang nak tanggung?" Kata Taehyung memberi nasihat. Tapi itu hanya diambil hendak tak hendak je oleh gadis bermata hazel bulat tersebut. Aerin mencebikkan bibirnya, tak nak terima nasihat Taehyunglah jawabnya.
"Aerin tahu, tapi Aerin cuma bosan. Cikgu janganlah marah Aerin" katanya seraya poutkan bibir. Taehyung melarikan pandangan untuk memandang ke luar kaca cafe tersebut.
"Aerin keluar ni ada bagitau mama tak?" Soal Taehyung.
"Tak, Aerin tak bagitau langsung. Tapi Aerin ada tinggalkan sticky note kat peti sejuk je, nanti kalau mama masuk dapur mama nampaklah tu" jawab Aerin seraya menyedut minuman milky tea pearlnya. Sekali lagi Taehyung mengeluh, dalam banyak- banyak student yang dua ajar, Aerin Kim adalah salah satu pelajar yang paling susah untuk dinasihat, bahkan yang paling manja dari yang termanja.
"Aerin mana boleh buat macam tu, ni dah nak dekat tengah malam tau tak. Bagi alamat rumah, saya hantar" saran Taehyung serentak buatkan riak wajah Aerin berubah. Dia tolak cup berisi milky tea pearlnya sebelum hentak- hentakkan kakinya marah.
"Aerin tak nak balik! Aerin nak jalan- jalan dengan cikgu!" Jerit Aerin buatkan beberapa pengunjung didalam cafe tersebut tertoleh- toleh ke arah mereka. Laju Taehyung berdiri dari duduknya lalu menarik gadis itu keluar dari cafe. Taehyung meraup wajahnya kasar, sepatutnya cikgu tak boleh keluar berdus dengan anak murid macam ni, sekarang apa yang dia nak jawab dengan ibubapa Aerin kalau mereka dapat tahu?
"Boleh tak jangan degil Aerin?" Nada suara Taehyung naik satu oktaf buatkan Aerin terdiam. Gadis itu tundukkan wajah, bibirnya dikemam dan air matanya mengalir perlahan di tubir mata.
"Heee cikgu jahat! Cikgu tau tak Aerin dah sukakan cikgu lama! Kenapa masih tak faham lagi?!" Tengking Aerin buatkan Taehyung terkelu. Dia renung wajah anak muridnya dengan dalam, terkejut dengan pernyataan yang diucapkan oleh gadis itu.
"Aerin sukakan cikgu-"
"Aerin stop. Kamu tahu kan yang saya dah kahwin? Dengan senior kamu tu, takkanlah kamu tak tahu?" Kata Taehyung memintas perkataan Aerin seraya meraup wajahnya kasar. Ya tuhan Taehyung, apa jampi yang kau pakai sampai anak murid kau sendiri tergila- gilakan kau?
"Saya sedia jadi nombor 2" luah Aerin seraya memeluk lengan Taehyung. Makin terkesimalah Taehyung jadinya. Apa keheinya dengan Aerin ni? Dah desperate sangat ke nak kahwin? Umur masih setahun jagung lah nak oii.
"Aerin-"
"Cikgu tak suka saya?"
"Tak akan dan tak mungkin saya akan sukakan awak. Please Aerin, jangan macam ni. Bagi saya alamat rumah awak, saya hantar balik" kata Taehyung lalu meleraikan pelukan di lengannya. Aerin mengetap bibir, dengan langkah yang pantas dia duduk diatas jalan tempat berjalan kaki tu lalu merengek macam budak- budak tak cukup umur yang nakkan hadiah dari ayah mereka.
"Aerin-"
"Saya tak nak balik! Saya nak keluar dengan cikgu!" Jerit Aerin buatkan Taehyung jadi gelabah. Laju Taehyung duduk mencangkung depan Aerin bertujuan untuk memujuk gadis itu.
"Okay okay, saya bawa awak jalan- jalan. Berhenti nangis" pujuk Taehyung serta merta Aerin berhenti menangis lalu tersenyum seperti kanak- kanak tak berdosa.
"Aerin tahu cikgu sayangkan-"
"Dah jom" Taehyung terus berdiri tegak. Nak potong percakapan gadis itu, Aerin tersengih menang lalu dia berdiri dari duduknya.
Taehyung melirik jam tangannya, haraplah Yeo mi tak mengamuk.
.
.
I don't know, nan molla.
(😅)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro