pt.53📚
***
"Dah bangun?"
Suara Hena buatkan aku celikkan mata aku laju- laju. Niat nak bangun terus, tapi aku tak larat nak duduk dengan sendiri. Jadi aku hanya pandang gerak geri Hena dari ekor mata. Hena hulurkan tangan, bantu aku duduk atas katil dalam dorm tu supaya aku boleh minum air dengan baik.
"Semalam, yep again, kau pengsan lagi. Kau gaduh ke dengan hubby kau tu?" Soal Hena, dia hulurkan aku botol air mineral dan aku sambut dengan perlahan. Tekak aku rasa dahaga dan yes, aku masih sakit kepala. Aku angguk kepala, mengiyakan segalanya kerana aku tak larat dah nak sembunyikan benda tu dari Hena. Aku dengar Hena mengeluh kecil.
"Mesti pasal gambar yang seungkwan hantar tu kan?" Kata Hena lagi. Aku pulak, tidak mengiyakan, tidak jugak menidakkan. Malas nak bahas benda remeh tu. Hena pegang tapak tangan aku dan tepuk perlahan, dia senyum kecil mungkin untuk menyalurkan tenaga kepada aku.
"Aku tak tahulah nak cakap apa, tapi, Seungkwan kata dia tak sure lagi. So, pergilah bincang baik- baik dengan hubby kau, aku tengok dia risau sangat kat kau semalam, sampai pukul 3, bila dia tengok keadaan kau dah okay, dia pun balik. Itupun kalau aku tak halau dialah" kata Hena seraya tepuk perlahan tapak tangan aku. Aku hanya diamkan diri, aku dah rasa tawar hati nak bincang perkara tu, apa yang aku patut buat sekarang adalah study. Exam besar dah nak dekat, so, dari tambah serabutkan kepala otak aku, baik aku belajar.
"Kau.. tak masuk kelas ke?" Tanya aku ke Hena. Dia jongketkan kening lalu juihkan bibirnya pada jam di dinding. Dan jam 3 petang, erk, lamanya aku pengsan. Aku sengih kecil, Hena pulak geleng- gelengkan kepalanya.
"Aku baru balik, lepas tengok team basketball kita bertarung dengan team basketball dari seberang. Kau tau tak? Kita menang weh!! Woo kita menang!!" Jerit Hena seraya menggoncang bahu aku, teruja. Makin beratlah kepala aku jadinya. Hena tidak peduli, dia naik atas katil dan melompat- lompat sakan kat tepi aku, buatkan tubuh aku ikut melantun kerana tindakan dia. Aku merungut marah, bantal kecil ditepi aku, aku capai sebelum aku baling tepat di badan dia.
"Hena.. pleaselah. Aku masih sakit ni ngok.." lirih aku berkata seraya tubuh aku melorot baring atas katil tu balik. Hena hentikan pergerakan dia dan ikut baring tepi aku, dia peluk aku macam aku ni bantal peluk dia. Dasar Hena tak reti nak tengok keadaan orang.
"Ehh, bukan kau jadi kuli Jungkook sepenuh masa ke hari ni?" Katanya buatkan aku yang baru hendak terlelap tu terus membeliakkan mata. Matilah! Aku lupa nak tunaikan janji aku!
"A- aku pergi jumpa dia kejap!" Tetiba aku rasa bertenaga pulak. Dengan kadar yang segera aku capai hoodie berwarna kelabu yang tersangkut di tepi almari sebelum aku berlari keluar dari dorm untuk cepat sampai ke gelanggang bola keranjang. Sakit tu memang sakit, tapi aku rasa sakit lagi jika terpaksa menunggu.
"Hah.."
Aku masuk kedalam gelanggang yang nampaknya mulai lengkang tanpa orang. Hanya ada Jungkook dengan beberapa biji bola. Lambat- lambat aku berjalan menghampiri Jungkook yang tengah duduk di barisan paling bawah kerusi penonton. Dia nampak.. kecewa?
"Jungkook?" Tegur aku serentak anak matanya memandang tepat ke arah aku. Jungkook tidak merespon sepatah kata pun, dia berdiri dari duduknya dan melantunkan bola tepat ke arah penjaring dan, ya semestinya tepat pada sasaran. Aku hanya berdiri tegak, pandang dia dengan mata kuyu, dan kepala yang masih berdenyut sakit.
"Saya minta maaf.." ucapku perlahan. Jungkook tidak menjawab, dia berlari ke arah penjaring lalu lompat sebelum menjaringkan bola sekali lagi. Aku pulak rasa macam nak nangis, dia dingin sebab aku. Aku abaikan dia.
"Jung-"
"Kenapa paksa diri datang sini kalau badan masih lemah?" Katanya seraya menarik aku kedalam pelukannya bila aku rasa tubuh aku nak melorot jatuh kebawah. Aku dongakkan kepala untuk pandang dia, tapi dia tarik kepala aku hingga aku tersembam pada dada dia. Jungkook peluk aku erat, macam tak nak lepaskan.
"Please jaga diri, yeo mi. Aku tak suka tengok kau lemah macam ni" bisiknya tepat di telinga aku. Aku kemam bibir, kenapa aku rasa yang sedang peluk aku sekarang adalah Taehyung? Bukan Jungkook? Kenapa aku boleh rasa macam tu, sedangkan hati aku masih membara panas sebab kelakuan Taehyung pada aku. Apa yang dia buat, layanan dia, gambar. Ya, aku belum dapat penjelasan dari dia.
"Kau masih tak sihat ni.. heyy!"
Aku jatuh melutut atas lantai gelanggang tu sambil pegang kepala aku. Jungkook tepuk bahu aku dan tanya sama ada aku okay atau tak. Aku hanya menjawab okay sebab aku tak nak dia risau lagi dengan aku.
"Jungkook, kamu boleh pergi sekarang, saya boleh uruskan dia" suara yang sangat familiar di telinga aku. Aku tak nak mendongak, aku tak nak pandang pun empunya suara tadi. Aku tak nak jumpa dia. Jungkook mendongak, dia mengeluh berat sebelum tepuk bahu aku, sekali lagi sebelum dia melangkah pergi dari gelanggang dan menarik Haneul dari keluar dari situ.
Haneul? Jungkook yang minta dia panggilkan Taehyung tadi. So, what can i say? Mereka nak aku berbaik dengan Taehyung baliklah tu. Ketika mereka berdua dah lenyap dari pandangan, aku masih tidak bergerak mahupun seinci. Kaku macam tunggu kayu. Aku dengar Taehyung mengeluh kecil sebelum derap tapak kaki mengatur langkah kearahku.
"Mari saya tolong awak berdiri" katanya seraya memegang lengan aku. Aku tepis perlahan. Aku tak nak dia sentuh aku. Aku rasa rimas.
"Don't touch me" kata aku tegas, masih lagi dalam keadaan dan posisi yang sama. Taehyung mengeluh lagi, dia melutut dihadapan aku yang masih tertunduk.
"Sayang.. saya minta maaf sebab dah berkasar dengan awak, tolonglah jangan layan saya macam ni.." lirihnya. Aku mendongak, laju Taehyung letakkan tapak dipipi aku. Kali ini aku tak dapat tepis lagi sebab badan aku rasa lemah sangat, dari semalam aku tak makan, perut aku kosong dan mungkin kejap lagi aku akan dapat gastrik.
"Jangan sentuh.."
Taehyung letakkan jarinya pada bibir aku. Mengusapnya perlahan seraya mencium dahi aku pelan. Buatkan aku rasa sebak, aku rindukan Taehyung yang ni. Aku rindukan dia. Bila tak dapat tahan air mata dari jatuh basahkan pipi aku lagi, aku menangis dan dia menarik aku hingga aku tersembam pada dada dia untuk ke sekian kalinya.
"Awak demam ni, kita pergi klinik ya?" Katanya lembut, buatkan aku terbuai- buai seketika. Taehyung usap rambut aku perlahan dan tanpa fikir banyak benda lagi, terus saja aku peluk tubuh dia. Ya, aku sakit sebab rindukan dia. Sakit rindu. Bibir aku menggeletar. Taehyung mengeluh kecil, tanpa pamitan dia angkat tubuh aku bridal style.
"Kita pergi klinik, jangan nak bantah" katanya dan terus saja dia bawa aku ke parking kereta dan masukkan aku kedalam kereta, memandu ke klinik yang terdekat. Nasiblah tak ada pelajar waktu tu, kalau tak, habis kecoh satu sekolah. Ribut kot.
***
"Yeo mi cuma stress, mesti stress sebab belajar ni kan? Tak pun yeo mi stress sebab terlalu melayan kerenah tak matang kau ni Tae" kata doktor yang bertugas untuk memeriksa aku. Aku kerling name tag yang dipakainya, Park Jimin. Taehyung yang duduk ditepi aku hanya menyengih saja bila dengar perihalnya disebut.
"Macam- macamlah kau ni chim, tak adalah, dia stress belajar je ni. Biasalah dah last year kan" balas Taehyung seraya memainkan rambut hitam panjangku. Aku hanya diamkan diri, malas nak bukak mulut. Jimin hanya senyum nipis, dia renung wajah aku lama sebelum berkalih memandang Taehyung semula.
"Ya, budak last year ni lain ragam dia Tae. Kenalah jaga diri bebaik, kau selaku suami jangan buat hal pulak, nanti ganggu emosi dia. Tak masuk nanti pelajaran, bukan dia tulis jawapan, dia tulis nama kau pulak kat sama. Jangan kacau dia dulu, kau faham tak?" Nasihat Jimin seakan peluru berdas- das menembak hati Taehyung. Memang mengena betul telahan Jimin ni. Haa nasihat dia banyak- banyak. Biar Taehyung tu sedar sikit.
"Ya, aku tahulah. Dah selesai kan?" Kata Taehyung dan disambut anggukan dari Jimin. Dia serahkan kertas ubat kepada Taehyung dan Taehyung pimpin aku keluar dari bilik pemeriksaan.
"Sayang tunggu sini kejap, saya ambil ubat dulu" kata Taehyung lalu dia dudukkan aku atas kerusi menunggu. Aku hanya angguk kecil lalu dia berlalu pergi ke kaunter ubat. Aku hanya duduk diam, peratikan budak lelaki yang berada dalam lingkungan antara 2 atau 3 tahun yang sedang bergelak ketawa disisi aku. Memang comel. Tanpa sedar aku senyum sendiri.
"Sayang.. dah rasa lega sikit ke?"
Aku pandang Taehyung dari ekor mata bila dia melabuhkan punggung ditepi aku dengan satu plastik kecil ubat- ubatan di tangannya. Aku tidak merespon. Taehyung hela nafas kecil, dia letakkan tangannya di bahu aku dan menepuknya perlahan.
"Kita balik, jom?"
Aku mengangguk kecil lalu dia rangkul bahu aku dan kami pun beriringan keluar dari klinik tu dan masukkan aku kedalam kereta. Taehyung mulai memandu untuk balik, manakala aku hanya duduk diam disampingnya sambil pejamkan mata. Rasa sejuk dari aircond kereta boleh buat aku muntah.
"Kenapa berhenti sini?" Tegur aku sebaik dia hentikan kereta di bahu jalan, berhampiran dengan pantai. Taehyung tidak menjawab, dia matikan enjin kereta dan keluar dari kereta. Tinggalkan aku sorang diri dalam tu. Aku hanya terkebil- kebil sebelum seatbelt dibuka dan aku membuntutinya.
"Saya minta maaf" katanya separuh berbisik. Aku hanya diamkan diri saja, Taehyung menoleh ke arah aku sebelum dia hampiri aku dan angkat tubuh aku untuk duduk di bonet keretanya.
"Sayang.. maafkan saya tak?" Soalnya. Aku pandang anak mata dia yang nampak berharap tu.
"Terangkan pasal kenapa awak cium Cikgu Jisoo, kalau awak bagi alasan munasabah dan diterima akal, mungkin saya boleh maafkan awak.." Taehyung ketap bibir, dia raih tapak tangan aku dan kecup perlahan.
"Saya tak ada alasan yang munasabah untuk terangkan pada awak kenapa saya buat macam tu.." katanya buatkan aku rasa nak marah. Jadi, itu memang kehendak dialah untuk bercumbu dengan Cikgu Jisoo? Macam tu? Wahh
".. itu permintaan terakhir dia. Sebelum dia pergi, tinggalkan dunia ni tak lama lagi" sambungnya buatkan dahi aku berkerut seribu. Permintaan terakhir? Apa maksud dia ni?
"Cikgu Jisoo, dia penghidap penyakit Kanser Hati tahap 3" pengakuan Taehyung buatkan aku rasa sebak. No way, takkan guru wanita yang sudah dianggapnya roll model itu akan pergi tak lama lagi? Tak mungkin.
"Jangan nak buat lawak-"
"Saya cakap benda betul, dia dah tak lama lagi dah. Tadipun Cikgu Jisoo dah tamatkan kelas terakhir dia sebelum dia berangkat ke Amerika sejam yang lalu. Awak tak tahu?"
"Macam mana saya nak tahu kalau saya asyik sakit akhir- akhir ni? Kenapa awak biarkan dia tanggung sakit seorang diri Taehyung? Dia perlukan seseorang yang boleh diharapkan. Dia perlukan awak. Saya rela serahkan awak pada dia asal dia bahagia. Kenapa tak bagitau saya Taehyung? Dia sa-"
"Ya, ya! Saya tahu!" Potong Taehyung seraya jarakkan dirinya dengan aku. Taehyung raup rambutnya kasar, dia tak suka Yeo mi menyerah begitu saja. Serahkan haknya pada orang lain, itu kerja gila. Perkara paling bodoh yang tak pernah dibuat orang. Kenapa Yeo mi begini? Kenapa dia selalu pentingkan kebahagian orang lain dari kebahagiaan dirinya sendiri? Kenapa sayang?
"Dia dah bertunang, jangan berharap pada saya untuk bahagiakan dia. Macam mana saya nak bahagia Yeo mi? Kalau kebahagian saya kat sini? Didepan saya?" Kata Taehyung, lalu dia renung anak mata aku sedalam- dalamnya, dia rapatkan diri pada aku.
"Jangan jadi lemah Yeo mi. Jangan dibutakan oleh kebaikan orang lain sampai awak sanggup serahkan saya pada dia. Kenapa Yeo mi? Awak dah tak sayangkan saya ke? Awak dah tak perlukan saya?" Tanyanya, aku menggeleng kuat seraya menangis kecil. Aku tarik leher dia sebelum peluk lehernya erat. Taehyung hanya diamkan diri, dia tepuk perlahan belakang badan aku untuk tenangkan aku.
"Saya sayang awak Taehyung.. saya sayangkan awak sangat- sangat!" Bisik aku pada telinganya dan serentak itu, tubuh aku dipeluknya erat, rambut aku diusapnya perlahan.
"I know sayang, i knew it.."
.
.
Stay tuned babe!
[Thank you for reading. Do vote and comment 🙋🙋]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro