Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

pt.51📚

***

"Wehhh aku dah dapat keizinan untuk masuk dorm wehh!!!"

Aku yang baru hendak tidur atas meja tu terus duduk tegak balik bila Hena masuk- masuk je menjerit tepi telinga aku. Tak guna betul. Terus aku beri dia pandangan tajam bila Hena sengih macam kanak- kanak tak berdosa. Dia tepuk bahu aku kuat- kuat sampai aku mengadu sakit. Hena tangan besi!

"Wehh supportlah aku sikit! Kau tak happy ke kalau aku masuk asrama jugak? Kau patut happylah!" Katanya dan peluk aku erat- erat. Nak semput je aku jadinya. Huwaaa aku lagi rela kena peluk beruang dari kena peluk Hena yang boleh buat aku putus nyawa ni. Heish. Dia lepaskan pelukan lalu tersengih lebar, baru je aku nak membuka mulut, membalas dia, terus aku matikan niat bila ternampak Cikgu Taehyung yang sedang mengatur langkah masuk kedalam kelas. Ditangannya terdapat satu kotak kertas A4 berisi tajuk yang perlu diulang kaji.

"Berdiri semua" kata Mingyu lalu kami pun berdiri untuk memberi salam kepada Cikgu Taehyung. Dia anggukkan kepala sebelum meminta kami untuk duduk semula. Taehyung letakkan beg bimbit diatas meja dan kotak tadi. Dia lipat lengan baju kemejanya sampai ke siku.

"Saya akan edarkan tajuk- tajuk yang perlu diambil berat dalam sekeping kertas. Jadi em, Yeo mi, datang sini. Tolong saya edarkan kertas ni" panggilnya ketika aku baru berura- ura mahu meletak kepala diatas meja balik. Dengan terpaksanya aku berdiri jugak dan hampiri dia yang tengah sembunyikan senyum tu. Laju aku angkat kotak tu lalu edarkan kertas tu pada kengkawan. Bila aku pusing balik untuk letak kotak tu, Taehyung dah duduk atas kerusi.

"Dapat tidur ke semalam?"

"Tak payah kesah" balasku dan keluarkan kertas tu dari kotak untuk diri aku. Taehyung pandang pelajarnya yang mulai sibuk sebelum dia capai tangan aku, dahi aku berkerut pandang dia yang dah tersenyum kecil. Aku perasan yang dia letakkan sesuatu pada tapak tangan aku lalu renung anak mata aku sedalam- dalamnya.

"Cikgu yang ni, saya tak faham pasal ni" serentak dia lepaskan tangan aku dan aku pulak gelabah jalan balik dan duduk tempat aku semula. Jantung aku pulak jangan cakaplah, memang nak melompat keluar bila dia buat macam tu. Takut terkantoi punya pasallah aku menggigil. Eish, aku pandang tapak tangan aku dan dapati beberapa biji coklat cadbury kecil disitu. Laju aku mendongak untuk pandang Taehyung balik. Dia tengah dikerumuni pelajar untuk tanya pasal bab yang mereka tak tahu.

"Heh cadbury? Nak jugakk" Terus Hena sambar satu biji cadbury tu dan bukak bungkusan dia sebelum sumbatkan dalam mulut. Lepas tu muka dia memang tak boleh blah langsung. Dia buat muka macam tak makan untuk beberapa tahun, dasar Hena muka tembok.

Srett!

Aku pusing sebelah aku yang sememangnya kosong tu terisi pulak dengan kehadiran manusia yang tak diundang. Jungkook, dia buat muka tak ada perasaan seraya suakan aku kertas bio tu depan aku. Aku kerutkan dahi, dia peluk tubuh dia dan silangkan kaki lalu jongketkan kening.

"Terangkan aku bab ni, aku tak berapa faham" katanya dengan muka kerek. Mintak tolong pun sombong- sombong. Memang nak kena siku dia ni.

"Saya tak tahu-"

"Mustahil, Cikgu Taehyung tukan suami kau, takkan dia tak ajar kau banyak benda pasal bio ni? Takkan dia ajar buat anak je?" Perlinya sinis buatkan aku pukul kepala dia kuat- kuat hingga Jungkook merengek sakit. Haa kan dah kena cepuk dengan aku.

"Nasiblah Haneul tu tak berapa nak rapat dengan saya, kalau tak, dah lama saya minta dia putuskan awak." Jungkook berubah riak, laju dia gelengkan kepala dan angkat punggung duduk disamping Haneul yang duduk di meja depan sekali. Aku perasan yang Haneul nampak terkejut bila Jungkook tiba- tiba saja duduk disitu. Dia pandang aku lalu tundukkan wajah tanda terima kasih.

"Weh-"

Baru je aku nak menegur Hena, dia dah tak ada. Eik, siapa pulak yang nak culik Hena ni? Aku pandang belakang. Ouh, dating dengan Jinyoung rupanya. Taraguna kau Hena, tinggalkan aku mereput sorang diri dekat sini? Wtfish?!

***

"Yahhh!!!"

Aku lari tepi gelanggang, tapi Jungkook tetap sasarkan bola tu pada aku hingga aku macam tak cukup tanah nak berlari. Aku capai bola keranjang tu dan baling dekat dia balik, tapi tak kena, hargh! Apa kena dengan aku ni? Semua benda yang aku buat untuk balas dendam pada dia tak akan pernah terjadi. Elehh nampak sangat yang takdir lebih sayangkan Jungkook dari diri aku sendiri.

"Kenapa baling kat saya?!"

"Sebab kau bongok! Kenapa biarkan suami kau angkat barang berat tu sorang diri? Hah? Biarkan dia keluar makan dengan cikgu perempuan yang lain? Tinggalkan dia kena kerumun oleh pelajar perempuan hah?" Setiap soalan Jungkook akan diselangi dengan sebiji bola yang dia baling pada aku. Durjana sorang ni. Buatkan aku sakit hati je. Laju aku duduk melutut atas lantai tu dan gosok kedua tapak tangan aku depan dia.

"Okay! Okay! Saya minta maaf!" Kata aku lalu aku angkat kedua tangan tanda aku menyerah. Tak nak main- main dengan dia lagi. Jungkook hentikan perbuatan dia kemudian peluk bola tu dan jalan hampiri aku lalu dia duduk bercangkung depan aku. Dia rendahkan wajah untuk samakan jarak dengan aku sebelum dahi aku dijentiknya. Berdetup bunyi dia, terus aku mendengus sakit. Eeee Jungkook sama spesies dengan Hena ke? Keturunan Do bong soon? Kalau ya, memang malapetaka buat aku.

"Korang gaduh ke?" Soalnya.

"Mana ada.." kata aku perlahan lalu perlahan- lahan menunduk. Jungkook tarik dagu aku untuk pandang dia, buatkan aku kecut perut bila dia buat macam tu. Jungkook ni bad boy, mahu dia apa- apakan aku kat sini. Habis aku.

"Cakap kat aku, korang gaduh kan?" Desaknya seraya cengkam dagu aku buatkan bibir aku tercebik. Aku pukul lengan Jungkook, minta dia lepaskan pegangan dari dagu aku yang tengah sakit. Tapi dia tak buat langsung!

"Si- sikit je" jawab aku. Gaduh sikit ke? Kalau Jungkook tahu, meletup mungkin sekolah tu jadinya. Jungkook lepaskan pegangannya dari dagu lalu dia mengeluh berat.

"Sikit yang macam mana?"

"Sikit je, niat nak gaduh banyak tapi tersangkut kat sekala 6 pulak" jawab aku seraya pamerkan barisan gigi putih depan dia, tersengih macam budak- budak tak berdosa. Macam orang bangang. Tapi Jungkook tak merespon apa- apa, dia hanya pandang aku dengan riak kosong. Alah tak sampai ke?

"Kau pikir lawaklah? Macam tu? Kau ingat aku ada masa ke untuk dengar lawak hambar kau tu?" Balas Jungkook, laju aku pukul bahu dia. Isk, tak sporting betulah Jungkook ni. Bibir aku tercebik- cebik bila dia jeling aku lalu sambung berlatih balik, tinggalkan aku melutut atas lantai sorang- sorang.

"Err.. yeo mi.."

Aku menoleh, disitu aku tengok Haneul sedang mengukir senyuman kecil lalu dia hampiri aku, cepat- cepat aku berdiri dan betulkan skirt sekolah aku.

"Erk, nak jumpa Jungkook ke? Kejap-"

"Ehh bu- bukanlah. Saya kesini cuma nak bagitau yang Cikgu Taehyung panggil awak. Dia kata ada something yang awak tertinggal" terangnya buatkan bibir aku tercebik lagi. Kalau kali ini, Taehyung nampak lagi apa aku buat dengan Jungkook, biarkanlah dia. Dia kan percaya sangat benda yang dia nampak dengan mata kepala dia tu. Hahh kenapa aku jadi pendendam pulak ni?

"Ohh okay, saya pergi sekarang. Woi Jungkook! Haneul datang ni, tak nak layan ke?" Kata aku, sebelum berlari keluar dari gelanggang ketika Jungkook dah angkat bola, nak baling kat aku lagi sekali. Malulah tu. Lambat- lambat aku berjalan ke bilik guru. Jika dulu, aku bersemangat nak pergi bilik guru, sekarang mood aku dah melayang bila tengok bilik guru. Aku kuak pintu bilik guru dengan malas dan dapati tidak ada seorang guru pun disitu selain Cikgu Taehyung. Aku hampiri meja dia dan terus dia mendongak bila perasan ada orang peratikan dia.

"Ada apa panggil saya?" Tanyaku lalu aku buat- buat tak nak pandang dia, dia senyum kecil lalu dia tarik laci bawah meja dan keluarkan smartphone milik aku, dia hulurkan phone aku dengan senyuman yang tak lengkang dibibir.

"Phone awak, tinggal kat rumah. Patutlah call tak angkat, tinggal rupanya" katanya. Aku tidak menjawab, laju je aku ambil phone aku dan berura- ura mahu pergi dari situ. Tapi dia tahan tangan aku, buatkan aku berhenti berjalan.

"Senyumlah sikit bila nampak saya, baru nampak cantik sikit" pujinya seraya berdiri dari tempat duduk dan hampiri aku. Dia duduk atas meja guru tu lalu tarik bahu aku supaya berhadapan dengannya. Lutut dia bersentuhan dengan paha aku, buatkan aku ketap bibir sebab rasa gemuruh. Dia mainkan tangan kecil aku lalu cium perlahan.

"Sayang tak.. rindukan saya ke? Semalam saya tak dapat tidur, rasa sesuatu yang kosong, rasa something yang kurang" bisiknya sambil masih lagi mainkan jari jemari aku.

"Bukan awak ke yang beriya nak saya keluar dari rumah awak tu? Saya dah keluar kan? So, awak patut tidur lena, tak ada yang ganggu awak dah. Saya kan hanya tahu sakitkan hati awak je" balas aku sedas buatkan dia terdiam. Taehyung tarik aku rapat lalu peluk pinggang aku, aku lirik kiri kanan, berjaga- jaga kalau ada cikgu yang nampak. Ribut sekolah ni nanti cakap yang tengah ambil kesempatan dengan cikgu lelaki yang hot ni.

"Sayang.. masih marah ke pasal hari tu?" Tanyanya buatkan darah aku mendidih balik. Ehh aku ni memang seorang yang mudah nak maafkan orang, tapi bila melibatkan kepercayaan, aku tak ambil remeh perkara tu. Aku ambil berat soal percaya. Macam aku buat dekat Jungkook hari tu. Bila dia dengan mudahnya musnahkan kepercayaan aku.

"Boleh tak jauh sikit? Saya tak suka, rimas" kata aku bila dia peluk pinggang aku erat. Taehyung mengeluh kecil, dia longgarkan pelukannya, tapi dia masih pegang tapak tangan aku dan renung anak mata aku dalam. Tangannya naik untuk sentuh leher aku, baru je aku nak marah dia sebab sentuh aku tanpa kebenaran, dia dah tarik leher aku dan lekapkan bibirnya dengan bibir aku. Buatkan aku mati kata.

"Ini sekolah awak tau tak?!" Marah aku sebaik dia leraikan ciuman dan tersengih macam kanak- kanak tak berdosa. Aku pukul dada dia dengan wajah yang membahang panas lalu berlari keluar dari bilik guru. Taehyung pulak aku nampak dari ekor mata tersenyum lebar. Sukalah tu buat aku tak tentu arah.

Erg!

.

.

Please stay dengan saya sampai story ni tamat. Saya minta maaf sebab jarang update. Jeongmal mianhae😢..

[Thank you for reading. Do vote and comment🙆🙇🙋]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro