pt.49📚
***
Harini aku dah selamat masuk kedalam dorm dengan bantuan Taehyung yang tampak senang bila aku dah berangkut masuk kedalam asrama. Selepas je urusan aku masuk ke dorm tu selesai, dia langsung tak ucap sepatah ayat pun untuk aku. Even perkataan bye pun tak terucap dari bibir lelaki itu, buatkan mood untuk aku ke sekolah hari ni jatuh mendadak.
"Weh kau okay tak? Kenapa mata sembab? Kau nangis eah semalam" soal Hena bertubi- tubi sebaik aku melangkah masuk kedalam kelas dan duduk tepi dia. Terus je aku sembamkan wajah pada lengan aku, rasa nak nangis balik. Aku nak avoid eye contact dengan Hena dan terutamanya Jungkook.
"Wehhh kau okay tak ni? Cikgu taehyung marah kau ke semalam?" Tanyanya dengan nada suara yang sedikit mengendur. Bimbang apa yang dia cakap tu didengar orang lain. Mampus aku nanti. Aku pulak, tidak pulak mengiyakan, tidak juga menidakkan. Hah, malas nak berkomunikasi dengan orang sekarang ni. Nak cakap dengan dinding je.
"Berdiri semua" sayup- sayup aku dengar suara Mingyu menjerit meminta kami berdiri, oh shet. Subjek first hari ni adalah bio, now guess what? Aku kena hadap muka suami aku yang menyakitkan tu lagi. Selama setengah jam lebih. Hargh! Aku betulkan rambut dan berdiri memberi salam kepada dia. Aku duduk balik bila dia mintak duduk dan keluarkan buku teks bio di bawah laci.
"Hem, semua dah study ke bab yang saya minta?" Tanya dia kepada semua murid. Now perasaan marah aku makin membara, semalam elok je kan aku ada kat rumah. Kenapa aku tak tau benda ni? Langsung? Serius, dia betul- betul nak kenakan aku.
"Kalau macam tu, Min Yeo Mi, terangkan saya apa yang ada dalam bab yang saya minta. Jangan rujuk buku, buktikan yang kamu tu pelajar harapan" berdesing telinga aku bila dia dah sebut nama aku dan tekankan perkataan pelajar harapan tu kepada aku. Kalau boleh, mahu je aku lempar buku teks bio tu, biar setepek kena kat muka dia tu. Jahanam betul.
Aku berdiri bila banyak mata dah mulai pandang aku jengkel sebab pelajaran mereka tergendala disebabkan aku. Aku ketap bibir dan balas pandangan dia, air liur aku telan. Kelat. Rasa kelat dan tekak aku rasa sakit. Mungkin tak lama lagi aku akan demam. Erk.
"Tak dapat jawab? Ehh, mana gelaran 'pelajar harapan' yang diberi oleh cikgu- cikgu pada awak tu? Takkan dah musnah Min Yeo mi, come on- lah. Awak budak pandai kan?" Perlinya buatkan aku rasa nak nangis balik bila dia pandang aku dengan wajah tak ada perasaan. Aku ketap bibir, kelu, tak dapat nak jawab apa- apa dan kepala aku rasa pening.
"Kenapa menangis? Awak tak pernah kan kena layan macam ni? Cikgu- cikgu dah letakkan harapan dan kepercayaan pada awak, kenapa? Nak hampakan mereka?" Katanya lagi. Aku tertunduk malu, ya. Dia sedang sindir aku habis-habisan.
"Now berdiri luar kelas sampai saya habis mengajar, pergi!" Pekiknya. Laju aku berlari keluar kelas dan berdiri dekat tepi kelas tu dengan wajah yang tertunduk. Memang tak ada hati perut betul cikgu tu. Aku kesat air mata yang mengalir pada pipi aku. Aku sandarkan tubuh aku pada dinding bila aku rasa pening sangat.
"Ehh Jungkook? Kenapa berdiri kat sini jugak?" Soal aku pada Jungkook bila lelaki itu rilek berdiri dan masukkan kedua tangannya kedalam poket. Dia sandarkan tubuh dia pada dinding, macam aku jugak.
"Aku tak dapat jawab, manalah aku tahu bab tu dia nak discust hari ni jugak" katanya dengan nada merungut. Dia raup rambutnya ke belakang, dan menoleh ke arah aku. Dahinya berkerut bila pandang mata aku yang sembab tu.
"Kau pulak kenapa menangis?"
"Kepala saya pening sangat, rasa berat dan sakit" kata aku lalu aku usap pipi aku lalu tunjukkan tanda tumbs up kepada dia. Dia hanya pandang aku dengan riak kosong. Nasiblah kelas tu tertutup, kalau didengar dek Cikgu Taehyung, entah- entah dia suruh aku berkawad kat padang besar. Ha amacam tu? Tak pun dia lempar buku teks tu tempat kena kami berdua. Jeles. Ahhh pedulikan semua tu, aku malas nak fikir benda remeh macam tu.
"Ehh Yeo mi, Jungkook?"
Serentak kami berdua memandang kearah suara yang menegur kami tadi. Cikgu Yoongi. Dia pandang aku dan Jungkook selang seli dengan dahi berkerut seraya sengetkan kepalanya.
"Cikgu tak pernah lagi tengok kamu berdua kena denda, waktu siapa sekarang?" Soal Cikgu Yoongi lalu dia tengok jam tangannya.
"Cikgu Taehyung, alah biasalah cikgu. Sekali- sekala kena denda" jawab Jungkook seraya tersengih lebar. Cikgu Yoongi geleng- gelengkan kepala.
"Masalahnya, kamu berdua ni pelajar harapan, tak malu ke?" Katanya buatkan kami berdua terdiam. Aku tunduk, Jungkook hanya diamkan diri. Tak tahu nak cakap apa.
"Cikgu, pelajar harapan pun manusia, manusia mana yang tak terlepas buat salah" balas Jungkook setelah lama berdiam diri. Cikgu Yoongi sengih kecil lalu dia tepuk bahu kami berdua sebelum beredar dari situ.
Hem.
***
"Kau sure ke yang kau okay?"
Tegur Jungkook lalu dia ambil tempat disebelah aku. Aku anggukan kepala tanda yang aku okay, baru ke aku nak berdiri balik nak pungut bola, Jungkook dah tarik aku buatkan terduduk balik. Ergh, makin sakitlah kepala aku macam ni. Aku angkat kepala, mood aku memang nak marah dia tapi bila dia lekapkan satu benda sejuk melekap di dahi aku, aku diamkan diri. Tak jadi nak marah dia. Coolfever.
"Kalau kau tak sihat, jangan paksa diri untuk turun sekolah hari ni, tengok apa dah jadi. Kan dah sakit" kata Jungkook dengan nada suara yang kedengaran sangat lembut de telinga aku. Aku kemam bibir, rasa nak nangis bila dia buat macam tu. Jujur aku cakap, aku rindukan Taehyung. Dia selalu layan aku baik, manjakan aku. Haa aku rindu nak dengar suara dia.
"Eh kenapa menangis pulak ni? Shyyy wehh nanti orang ingat aku buli kau pulak. Diam, diam. Ala bucu bucu" Jungkook picit kedua pipi aku, nak tenangkan aku yang semakin galak menangis depan dia. Tak semena- mena banyak mata- mata yang memandang kearah kami berdua. Buatkan Jungkook jadi gelabah macam dia baru je bunuh orang. Aku tekup wajah aku, dah basah lecun sebab air mata, ha tambah sakit pulak kepala otak aku macam ni.
"Kenapa tu Jungkook?"
"Ehh dia sakit kepala ni, demam. kejap aku bawa dia pergi bilik kesihatan" kata Jungkook lalu dia tarik aku berdiri, paksa aku berjalan sedangkan badan aku dah lemah semacam je. Dia rangkul bahu aku bila aku nak jatuh menyembam lantai. Eii keparat betul dah aku ni.
Jungkook bukak pintu bilik kesihatan dan dudukkan aku atas katil, aku masih tak berhenti menangis sambil tekup wajah. Aku dengar dia mengeluh nafas berat.
"Kau janganlah macam ni, aku ada buat salah ke?" Soalnya lembut, aku menggeleng. Dia tak buat salah apa- apa pun. Aku je yang bermasalah, aku punca semuanya.
"Kau tunggu sini, aku panggil cikgu" selepas dia cakap macam tu, Jungkook lenyap dari pandangan. Aku masih lagi tersenguk- senguk, menangis, entahlah sebab apa. Aku raup rambut aku ke belakang, rasa rimas.
"Kenapa lagi, Yeo mi?" Tegur satu suara buatkan aku ketap bibir aku kuat, buatkan aku rasa lemah dan nak nangis balik. Aku mendongak, Taehyung sedang menyandarkan tubuhnya pada dinding ditepi pintu berhadapan dengan aku. Taehyung berpeluk tubuh masih lagi dengan wajah dinginnya.
"Kenapa menangis? Mana Jungkook?" Soalnya, tapi aku sepatah pun tak jawab, aku tundukkan wajah dan kesat air mata. Macam orang bodoh je menangis depan dia.
"Kenapa bazirkan air mata untuk saya? Saya kan tak penting bagi awak" katanya buatkan hati aku terasa macam ditusuk sekali lagi. Aku pandang dia tajam.
"Ya, cikgu memang tak penting untuk saya. Kenapa masih kat sini? Tolong berambus" kata aku dengan bibir yang terketar- ketar, sungguh aku cakap. Aku tak ada niat pun nak cakap macam tu pada dia. Kelakuan dia, pandangan dia, layanan dia yang buat aku jadi macam ni. Aku nampak dia angkat kening.
"Wahh, dah pandai melawan pulak ya?" Perlinya. Aku tidak menjawab, coolfever yang melekap di dahi aku aku tarik lalu campak atas lantai. Aku melompat turun dari katil dan berjalan melintasi dia, tapi dia tahan lengan aku.
"Nak pergi mana? Kamu kan tak sihat?"
"Kenapa cikgu kisah? Pergilah percayakan Luna tu, tak payah risaukan saya. Alang- alang cikgu dah campak saya masuk dalam dorm ni, pandai- pandai saya lah survive" jawabku lalu aku lepaskan pegangan tangannya dari lengan aku dan berjalan keluar dari situ. Dah alang- alang dia panggil aku biadap, biarlah aku biadap depan dia. Nak sangat kan tengok aku biadap? Haa makan tu biadap.
"Heeeee... saya minta maaf.." ucapku perlahan bila aku dah jauh sangat dari bilik kesihatan. Aku duduk mencangkung sambil menangis, aku salah sebab jawab dia macam tu. Aku takut dia makin bencikan aku sebab aku layan dia tak baik. Sepatutnya aku tak lari dari situasi tu, aku kena terangkan kepada dia benda yang sebenar. Tapi bila dia dah perli aku berdas- das memang emosi mengambil alih. Memang aku langsung tak boleh kawal diri.
"Saya minta maaf cikgu.. hik!" Aku tersenguk- senguk. Perbuatan aku menambahkan lagi sakit dikepala aku. Buatkan aku rasa pandangan berbalam- balam. Bila tak kuat nak tanggung sakit. Aku pun terkulai lemah atas lantai simen yang sejuk tu.
Pengsan!
.
.
Stay tuned for more!
[Thank you for reading. Do vote and comment for more🙋🙋]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro