pt.48📚
***
"Yeo mi, ambikkan aku tuala"
"Yeo mi, hulurkan aku air"
"Yeo mi, urutkan kaki aku"
"Yeo mi, kipaskan aku, panas"
"Yeo mi, pergi pungut bola"
"Yeo mi, aku nak bun kukus"
Yeo mi
Yeo mi
Yeo mi
Yeo mi
"Yeo mi kau nak pergi mana tu?"
"Nak bertapa kejap, tenangkan diri. Awak buat otak saya sakit tau tak?!" Marah aku pada Jungkook yang tengah duduk atas lantai. Berehat lepas berlatih 2- 4 kali. Aku pandang dia seraya bercekak pinggang, rasa nak sekeh je kepala dia bila dia asyik sebut nama aku sampai aku semput nak pandang dia ke atau pemain yang lain. Jungkook hanya pandang aku dengan riak kosong. Jeon tak guna! Baru je aku nak bukak mulut untuk marah dia balik. Hoshi dah tegur aku.
"Yeo mi, saya minta air awak sikit boleh tak?" Katanya, aku pandang botol air aku yang masih banyak isinya itu lalu pandang Hoshi balik. Rasa tak sampai hati pulak nak biarkan dia dahaga macam tu.
"Ohh ambiklah" kataku, dia senyum kecil lalu menapak menghampiri botol air aku. Aku pandang Jungkook balik, dia tengah pandang aku tajam. Dia letakkan kedua tangannya ke belakang, menahan dirinya dari terus berbaring dengan mata yang tak lepas memandang ke arah aku.
"Apa?"
"Elok pulak intonasi kau bila cakap dengan orang lain, dengan aku macam haram" perlinya buatkan gulingkan anak mata malas. Aku berpeluk tubuh dan balas pandang dengan dia. Eh jap, sekarang baru aku perasan sesuatu dengan nama Hoshi, macam sangat familiar di telinga aku. Aku pandang belakang tubuh Hoshi yang sedang elok meneguk air aku.
Wait.
Hoshi, hoshi, hoshi.
"Eh awak yang hantar surat untuk saya kan?" Tanya aku dan laju aku sambar lengan dia untuk tahan dia dari pergi. Lelaki itu berpaling, dia senyum kecil.
"Saya ingat awak tak perasan" katanya buatkan aku terlopong sebab terkejut yang teramat. Rasanya aku tercekik udara. Hoshi senyum lagi, rambut hitamnya dia raup kebelakang sebelum dekatkan diri dengan aku, aku pun terundur ke belakang sikit.
"Ya, sayalah Hoshi, lelaki yang sukakan awak tu" bisiknya sebelum jarak kami yang tadinya rapat terus terjauh sebab Jungkook dah berdiri diantara aku dengan Hoshi dengan wajah yang masam mencuka. Dia jeling Hoshi sebelum tarik tangan aku untuk segera pergi dari situ. Sebelum tu sempat lagi dia capai botol air aku.
Dia bawa aku ke sinki di belakang kantin lalu lepaskan tangan aku, kasar. Aku dengar dia mendengus kasar sebelum dia pandang aku dengan pandangan menikam.
"Boleh tak kau stop buat hati aku sakit? Aku cemburu tengok kau dekat dengan lelaki lain, aku tak suka please- lah jangan buat aku macam ni" kata Jungkook seraya meramas rambutnya kasar. Aku hanya pandang dia pelik. Baru saja aku mahu sentuh bahu dia, Jungkook dah tarik aku dan peluk aku erat. Buatkan perasaan bersalah mula menyelubungi hati aku.
Tak yeo mi, kau just bagi dia kekuatan, bukan nak bagi dia harapan. Bukan fake hope. Please.
"Aku sayang kau Yeo Mi, aku sayangkan kau, sangat- sangatt" bisik Jungkook buatkan rasa bersalah aku makin membuak- buak. No, this can't be. Aku ketap bibir bila Jungkook leraikan pelukan dan pandang aku macam nak tembus.
"Tapi kau tak sukakan aku" ucapnya perlahan seraya duduk mencangkung di depan aku. Dia raup wajahnya, malu dengan tindakannya tadi. Yeo mi sengetkan kepala, macam- macamlah Jungkook ni. Dia ikut duduk mencangkung depan Jungkook.
"Awak tak-"
"Jangan komen apa- apa. Aku tahu aku bodoh, sukakan orang yang tak sukakan aku. Aku bertepuk sebelah tangan, kan Yeo Mi?" Katanya dan sembamkan wajahnya pada lutut. Aku perasan yang telinga dia dah merah, tanda yang dia betul- betul malu dengan tindakannya tadi. Aip, aip, aku tak pernah pulak tengok Jungkook macam ni. Hati tisu rupanya.
"Lek ahh Jungkook! Small matter- lah" kata aku lalu aku tepuk bahu dia kuat- kuat sampai dia mengadu sakit, dia capai tangan aku yang tersangkut pada bahu dia tu dan pandang aku tajam, sekali lagi.
"Aku tak tahulah kenapa aku boleh jatuh hati pada kau yang bongok ni." Katanya buatkan aku tercebik- cebik sebab terasa. Dia cakap aku bongok? Memang nak kena belasah manusia rabbit ni.
"Yah-"
"Thank you, sebab terima aku balik." Bisiknya seraya tapak tangannya mengusap rambut aku yang aku rasa sedikit serabai tu. Jungkook diam sekejap dan aku perasan yang dia tengah peratikan bibir aku. Baru je dia nak dekatkan diri dengan aku, tapak tangan aku dah melekap diwajahnya. Buatkan dia terdorong kebelakang sikit.
"Jangan mengada nak buat macam tu kalau tak nak rasa penumbuk saya ni" ugut aku seraya tunjukkan buku lali aku depan muka dia. Jungkook gelak kecil kemudian dia berdiri, tinggalkan aku mencangkung sorang diri depan dia. Dia buat muka beku dia balik dan lemparkan pandangan pada botol air aku.
"Pastikan kau sental botol air kau tu dengan berus dawai kuat- kuat. Hilangkan bekas dia, tak pun kau buang je terus. Aku nampak kau masih pakai botol tu, jangan harap lepas ni kau selamat lagi" ujar Jungkook memberi amaran sebelum melangkah pergi tinggalkan aku sorang diri kat sinki tu. Tch, bongok betul manusia tu.
Aku renung botol air tu lalu capai, nak buang ke, nak simpan terus?
"Err maafkan saya.."
"Oppocot!!" Aku dah melompat bila suara perempuan yang sangat halus menerpa telinga aku. Macam tengah berbisik. Laju aku pandang empunya suara tu dan elus dada.
"Ehh Haneul, kenapa?" Soal aku. Dia tundukkan wajah dan angkat balik sebelum senyum kecil. Haneul ni satu kelas dengan aku, cuma dia ni pemalu sangat. Jarang dapat dengar suara dia. Nak duduk dekat- dekat baru boleh dengar.
"Maaf sebab kejutkan awak.." katanya lalu dia menunduk meminta maaf. Alahai sopan betul. Kan bagus kalau Hena macam ni. Aku angguk.
"Err, cikgu Taehyung nak jumpa awak dekat pejabat dia. Sekarang.." katanya buatkan dahi aku berkerut. Hem? Kenapa pulak Taehyung cari aku ni? Takkanlah, dia nampak aku? De- dengan Jungkook? Berdua je? Fufufufu
"Kenapa dia nak jumpa?" Gelabah aku tanya Haneul, makin resah aku bila gadis itu hanya balas dengan angkat bahu saja. Mai goat! Patutlah rasa berdosa tadi.
"Okey saya pergi dulu. Thank you!" Kata aku sebelum berlari tinggalkan Haneul disitu. Dua koridor aku lepasi dan akhirnya aku tercungap- cungap sampai depan bilik guru. Aku hela nafas sebelum pintu bilik aku bukak, aku pandang sekeliling bilik tu, nak cari Taehyung. Hanya ada beberapa orang cikgu je kat situ, dan semestinya Taehyung ada sekali.
Dengan langkah yang berdebar- debar aku hampiri Taehyung yang tengah menyelak lembaran kertas. Sebaik terpandangkan aku, dia pandang aku dingin sebelum lirik sebelah dia. Tak ada cikgu. Sah, memang dia nampak aku dengan Jungkook tadi. Huwaa.
"Pergi mana tadi?" Soalnya.
"Kantin" jawab aku sepatah seraya ketap bibir bila dia pandang aku tajam. Dia lepaskan kaca matanya dan capai pulak fail hitam, buku laporan yang kena isi.
"Dengan siapa?" Tanyanya, dingin. Fuhh aku mulai berpeluh sejuk.
"Jungkook tapi-"
Dia angkat keningnya lalu lemparkan pandangan yang paling dingin pernah aku tengok. Auch, hati saya sakit.
"Come here" bisiknya, lambat- lambat aku bergerak untuk berdiri tepi dia. Dia hela nafas berat sebelum tangan kiri aku digenggamnya. Aku dah berdebar macam nak mati.
"Bila saya cakap, saya sayangkan awak, saya betul- betul maksudkannya. Itu bermakna segala kepercayaan saya 100% dah ada pada awak!" Dengan nada suara yang sedikit meninggi dia buatkan bahu aku terhinjut sikit. Nasiblah tak ada cikgu kat dalam ni. Dah keluar semuanya.
"Apa awak buat Yeo Mi? Belakang saya?" Tanyanya dan aku rasa tangan aku yang dia pegang, rasa sakit.
"Sa- saya-"
"Haa lupa pulak nak ambik laporan tu. Aigoo, ehh Yeo Mi pun ada kat sini?" Tegur Cikgu Moon dan serentak tangan aku dilepaskan dari genggaman dia. Aku angguk perlahan dan senyum kecil.
"Kita bincang benda ni nanti, kamu boleh masuk kelas" arahnya dan sambung buat kerja dia balik. Aku hanya menunduk sebelum melangkah keluar dari bilik guru.
Hah, habislah aku.
***
"Matilah matilah!" Aku bergumam kecil ketika langkah kaki aku masuk kedalam rumah milik lelaki itu. Entahlah, sebaik aku masuk dalam rumah tu, aura dingin menerpa kulit muka aku. Buatkan aku tambah nervous.
Aku jalan ke ruang tamu, disitu aku lihat dia sedang duduk diatas sofa sambil pandang lurus kedepan. Menyeramkan.
"Eum.. tae-"
"Tukar baju, mandi, makan, lepastu datang balik dan duduk depan saya. Saya tak banyak waktu nak cakap dengan awak, saya ada banyak kerja lagi nak buat. Saya nak bincang benda penting dengan awak" Potongnya, buatkan aku rasa nak nangis bila nada suara dia dingin semacam je. Aku kemam bibir, laju aku buat apa yang dia mintak dan duduk balik depan dia.
"Saya minta maaf-"
"Saya tak nak dengar" potongnya buatkan aku rasa sebak. Besar sangat ke salah aku sampai dia layan aku macam ni? Aku ketap bibir bila dia langsung tidak pandang aku walau secipi pun.
"Yeo mi, perbuatan awak, tingkah laku awak, buat saya hilang separuh dari kepercayaan saya. Kenapa buat macam tu? Kenapa sakitkan hati saya?"
"Saya dan dia tak ada hubungan apa- apa. Awak salah faham-"
"Salah faham? Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang awak layan dia macam kekasih awak sendiri. Jadi betullah apa yang Luna cakap? Awak.. murah" perkataannya buat aku rasa nak menangis semahu- mahunya. Nama Luna saja sudah buat aku rasa nak mencarut. Jadi dia lebih percayakan Luna dari aku?
Oh wow.
"Kenapa libatkan Luna pulak? Dia hasut awak apa sampai awak tuduh saya bukan-"
"Dia tak hasut saya Yeo mi, benda tu berlaku depan mata saya sendiri, apa awak nak jelaskan lagi? Nak cakap dia paksa awak? Macam tu?" Perlinya buatkan hati aku rasa macam kena rentap. Ya tuhan, kenapa suami aku macam ni? Tak nak dengar penjelasan dari aku sendiri? Aku diamkan diri, tak nak balas dia lagi. Silap hari bulan, aku termaki pulak dia ni.
"Wahh, senyap pulak. Jadi betullah? Awak dan dia ada hubungan? Macam tu?"
"Kalau saya cakap sekalipun, awak tak mungkin akan dengar. Percayakan lah apa yang awak nampak, saya penat nak bertekak dengan awak" kataku buatkan Taehyung mencerlung pandang anak mata aku tajam.
"Rupanya inilah sisi sebenar awak kan Yeo mi? Biadap. Tak hormat suami, lepas ni apa lagi awak nak buat? Awak serahkan diri awak dekat Jungkook pulak?"
"Cikgu! Kenapa sampai macam tu awak tuduh saya? Besar sangat ke salah saya? Hah?!" Kata aku dengan nada suara sudah naik satu oktaf. Dia langsung terkesan.
"Besar tak besar, semuanya salah awak. Malam ni, kemas barang awak, awak akan tinggal asrama lepas ni untuk betulkan attitude awak yang nampak macam dah liar sangat tu" katanya sebelum meluru naik ke tingkat atas tinggalkan aku yang dah menangis atas lantai.
Wah, besarnya salah aku.
.
.
Stay tuned!
[Thank you for reading. Do vote and comment 🙋🙋]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro