pt.45📚
***
"Wehh suami kau panggil!"
Terus aku tekup mulut Hena yang dah macam bercakap guna mikrofon tu. Ya tuhan, kuat betul suara dia, nasiblah kat cafe tu hanya ada dua, tiga ketul manusia saja. Lantas aku cuit pinggang Hena yang mengekek- ngekek ketawakan aku dari tadi.
"Huish! Boleh control sikit tak suara tu? Macam mana kalau orang lain tahu? Tak naya ke aku nanti?" Kata Yeo mi, dia tepuk paha Hena bila gadis itu tidak menghentikan tawanya. Makin galak dia ketawa adalah. Aku tak tahulah apa yang lawak sangat kat mata minah sorang ni.
Yeo mi gulingkan anak mata, dia tolak kerusi perlahan dan tinggalkan Hena dan mendapatkan Taehyung yang sedia menanti di suatu ruang yang sedikit tersorok di cafe tersebut. Melebar senyuman lelaki itu bila lihat susuk tubuh Yeo mi mendekatinya.
"Ada apa panggil saya?" Tanya aku dan mata aku meliar tengok ke sekeliling tempat tu. Manalah tau ada pelajar yang curi- curi dengar. Ahhh classmate tak classmate, kalau curi- curi dengar juga, ada terbang jugak meja ni aku lempar. Suka betul jaga tepi kain orang.
"Saja, rindu kot." Jawabnya seraya senyum kotak. Dia tarik kerusi kosong disampingnya untuk aku duduk. Mahu tidak mahu aku hanya menuruti permintaannya saja dan labuhkan punggung disamping lelaki itu. Aku pandang dia macam budak kecil tengah pandang bapa. Haaa nampak tak kat situ yang betapa susahnya nak explain yang Taehyung lagi besar dari aku?
Taehyung senyum kecil, dan tongkat dagunya memandang aku dengan pandangan yang menggoda. Aku gigit bawah bibir. Rasa err.. terancam sikit.
"Demam dah kebah?" Soalnya. Aku angguk dan letakkan kedua belah tangan atas meja. Aku kuis meja tu dengan tangan sebab aku malu dengan tatapan Taehyung yang seakan mahu menelan aku hidup- hidup disana. Eiii, minta dijauhkan. Yeo mi angkat muka, automatik dia rasakan satu benda sejuk melekap didahi aku.
Jari Taehyung. Yeo mi terkebil- kebil dan pandang Taehyung dan jarinya yang melekap di dahi aku tu secara selang seli. Rasa dipermainkan pulak. Tahulah aku yang dia tu lebih besar dari aku! Heish!!
"Sayang ni comel sangatlah, rasa nak kiss-" giliran aku pulak meletakkan jari telunjuk pada bibirnya. Aku jegilkan mata, takut kalau ada classmate yang lalu lalang dan terdengar dia cakap macam tu. Kau ingat mereka tu tak reti membawang? Of course pandai!
"Cikgu! Jaga-jagalah sikit mulut tu, ma- macam mana kalau orang dengar?" Bisik aku dan jauhkan badan dari dia. Taehyung buat muka, dia larikan jari dia dari dahi aku capai gelas berisi milkshakenya dan sedut sikit.
"Biarlah orang tahu, saya lagi suka, dapat show off awak.. as my wife" gumamnya sedikit perlahan. Alahh merajuk ke apa? Aku mana reti nak pujuk- pujuk bagai ni. Yeo mi ketap bibir dan pandang wajah kelat Taehyung tu.
Alahaii bukan dia sendiri ke yang cakap kelmarin yang dia tak nak Hena hebohkan perkara ni pada siapa- siapa?
"Bukan awak tak bagi ke? Jangan hebohkan perkara ni kepada siapa- siapa, ya?" Kata Yeo mi mengajuk bicara lelaki itu seperti kelmarik. Taehyung mencebik, dia cubit pelan pipi gebu Yeo mi sebelum ketawa kecil.
"Maksudnya, saya tak nak mereka tahu perkara ni dari mulut orang lain tapi saya nak mereka tahu perkara ni dari mulut saya sendiri, as your beloved husband. Ada faham?" Tanya dan goyangkan kepalanya sedikit lagak macam tauke mamak. Aku tergelak lalu menunduk malu. Alahaii nilah masalah Taehyung ni. Terkena je ayat dia tu, huish, tak boleh tidur kau semalaman!
"Nahh, boleh makan ni kalau awak mengantuk dalam class nanti" Taehyung hulurkan beberapa biji coklat cadbury kecil kepada aku. Bersinar- sinarlah mata aku bila terpandangkan benda kecil bewarna purple tu. Walaweh!
"Thank you!" Kata aku sebelum aku sambar coklat tu dan masukkan kedalam poket sweeter aku. Eeee, so kiyot! Rasa sayang pulak nak makan.
"Saya bagi awak ni sebab saya dengar kelas lepas ni bosan. Jadi awak siapkanlah mental dan fizikal awak tu kalau tak nak tidur dalam kelas. Lagipun ni last day kan? Esok dah nak balik, kenalah bersemangat sikit. Kan, sayang?" Taehyung berbisik bila perkataan sayang tu diucapkan. Yeo mi mengetap bawah bibirnya, wajah ditundukkan menghadap meja. Rasa bahang panas yang melampau dah ni.
"Helloooo merpati dua sejoli, seronok sembang sampai tak sedar kelas dah nak mula ke?" Disaat itulah terdengar suara mak- mak Hena ditepi telinga gue. Aku pandang hena dari ekor mata dan lihat dia sedang bercekak pinggang dihujung meja.
"Excuse me, yeo mi's husband, may i 'culik' your wife for a moment? Because kelas dah nak mula! Haa dah kena kan? Dah jom! Tak habis- habis nak bermadu asmara, come on yeo mi, come on!" Kata Hena dan serentak itu terasa lengan aku hendak tercabut saja bila dia tarik tanpa kerelaan hati aku sendiri.
Ya tuhan, apalah yang emak Hena bagi makan sampai tangan pun macam tangan besi dah ni. Eiii. Taehyung hanya melihat gelagat isteri kesayangan dan anak muridnya itu dengan gelengan di kepala.
Every step she take, can make heart beat faster than normal.
***
"Hit you with that Ddu- du- ddu- du!"
"Oh yeah oh yeah!"
"Hena, boleh tak perlahan volume lagu kau tu? Aku nak mengemas pun susah!" Yuju membaling sebiji bantal pada wajah hena yang dah menggila atas katil sedang menari ddu- du- ddu- du dari Blackpink tu. Tapi dia tak makan saman, dia tarik Yuju naik atas katil tu, mulanya Yuju menolak, tapi bila Hena dah menari macam orang gila. Dia pun join. Kalah juga dengan kegilaan Hena.
Aku hanya menggeleng- gelengkkan kepala. Sebenarnya sudah masak dengan perangai Hena yang memang senang masuk air tu. Heish, pening kepala nak melayan mak jemah ni. Yeo mi menyambung kerja mengemas pakaiannya tadi.
Drt drt!
Aku toleh ke samping dan capai phone aku yang bergetar tu. Mesej dari Taehyunglah! Laju je aku tekan chat tu dan baca laju- laju.
Hubby💐
+dah pack baju ke?
Dah.
Awak pulak?
Mesti belum kan?
Hubby💐
+Haah
+belum pack langsung
+nak sayang packkan jugak
Aku kembangkan hidung. Kenapa, tangan dia hilang ke sebab asyik peluk aku? Tak boleh pack sendiri, eish.
Eish
Packlah sendiri
Saya dah packkan masa kat rumah
Awak packlah untuk bawa balik rumah pulak.
Hubby💐
+dah siaplah.
+malam semalam lagi
+senang je nak pack sebab barang saya tak banyak
+lainlah barang sayang..
Apa yang lain?
Aku pandang atas, tak fikir apa- apa. Apa yang lain? Perempuan pun pakai baju jugakkan?
Hubby💐
+kena pack yang kecik- kecik lagi
Apa yang kecik?
Hubby💐
+sayang..
+nak saya terangkan lebih lanjut lagi ke?
+bra dan panty awaklah
+😶
Aku kaku bila terpandangkan mesej tu. Ya tuhan, kenapa bongok sangat kau hari ni Yeo mi?! Takkan benda kecil macam tu kau tak boleh hadam?! Disebabkan itulah otak gue terus dicemari dengan hal- hal aneh. Wait, takkanlah Taehyung fikir.. NO!!!! Taehyung tak otak kuning hokayyy?!
Hubby💐
+hah!
+asal senyap?
+malu eah?
Eeee takdalah!
Daripada saya melayan awak ni
Baik saya mengemas
Papai
Hubby💐
+mesti comel kan?
Apa yang comel?
Hubby💐
+Papai awak tu
+mesti comel kan kalau awak cakap in real life? Depan saya?
Aku ketap bibir dan tahan senyum dari terus mengembang. Taehyung ni dalam phone pun nak.. eeeee!!!
Dahlah!
Melayan awak ni, takkan siaplah kerja mengemas saya
Hubby💐
+okey.
+tapi janji tau
+lepas balik ni cakap papai depan saya
+kalau tak
Kalau tak?
Hubby💐
+sayang tahulah akibatnya nanti
+😏
Aku telan air liur. Mana boleh dibuat main Taehyung ni. Eeish, dia ni lebih menyeramkan dari godzilla bila watak dia tu dah bertukar. Mahunya dia buat hal kat sekolah, tak tenteram hidup aku nanti. Heish.
.
..
"Hit you with ddu- du- ddu- du!!"
Jika tadi Hena seorang saja yang menggila didalam bilik hotel, kali ini Hena menggila lagi didalam bas ditemani classmate lain yang memang senang benar nak masuk air. Mereka main gitar sementara menunggu bas untuk bertolak.
Aku yang sememang duduk ditepi tingkap tu melihat ke luar, disitu aku lihat Taehyung sedang berbual dengan cikgu Baek. Dia pandang atas dan kenyitkan mata bila tengok aku. Cepat- cepatkan aku tunduk sampai aku terhantuk dekat kerusi depan tu. Aku tengok dia dari cermin balik, dia gelakkan aku?! Huwaa!!!
Aku buat muka dan usap dahi aku. Rasa menyesal pulak sebab tengok dia dari sini. Heeeee. Kemudian aku tengok dia naik atas bas dan hampiri aku, dia tengok pelajar dia yang lain sebelum tengok aku. Taehyung berjalan kearah aku sambil sengih kecil.
"Tak ada yang tinggal?" Soalnya. Aku geleng bila dah pastikan yang barang- barang aku tak ada yang tertinggal.
"Betul? Saya harap tak adalah ya? Jangan tercuri pulak barang orang macam hari tu" katanya dan naikkan keningnya satu. Dia pandang aku lekat- lekat seakan dia terlupa yang bukan kami saja di dalam bas ni. Aku usap pipi aku yang dah mulai memanas tu.
"Saya mana ada curi barang orang lain-"
"Hati saya tu apa?" Potong Taehyung sebelum kenyitkan mata, dia berlalu pergi ke tempat duduknya yang dihadapan sekali meninggalkan aku yang masih syok. Ergh! Pipi aku dah terbakar teruk dah ni!!
"One more time!"
"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Min Yeo Mi, Happy Birthday to you!!" Serentak kesemua pelajar dalam bas tu menyanyikan lagu Happy Birthday kepada aku dengan bersemangat sekali. Serta- merta aku jadi kelu. Wait, baru aku pakat nak merajuk sebab aku ingat mereka tak ingat birthday aku. Huaaaa
"Wooo yeo mi budak cengeng!"
"Wehh asal birthday girl nangis lak ni? Tak cun ahh"
"Woahhh yeo mi dah tua dah"
Satu persatu dari mereka mengucapkan tahniah untuk aku sempena hari jadi aku yang disambut lambat oleh mereka. Tapi sokeylah, asal mereka ingat, tak apa. Disebabkan itu, cikgu moon pakat belanja makan kat mcdonald. Woo, gomapta cikgu yahhh.
.
.
So i call you illegirl.😨
[Thank you for reading. Do vote and comment] 🙌🙌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro