Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

pt.44📚

***

"Kau sure ke ni yang kau okey?"

Hena menepuk pinggang Yeo Mi yang masih berselubung dalam selimut. Wajah dia berkerut seribu, rasa macam nak marah je Yeo Mi ni, semalam pergi mana huh? Pukul 2 pagi baru balik. Nak kata dating, agak- agaklah jugak. Jungkook ni pun satu, ajak dating tak ingat jam.

Tak apa Jungkook, nanti kita settle luar. Bisik hati Hena, dia tarik selimut putih yang membaluti tubuh gadis itu. Tangannya menyentuh dahi Yeo Mi, panas!

"Ehh kau demam ni, nak aku bagitau cikgu tak?" Tanya Hena lalu bergerak ke luggagenya. Mencari- cari panadol yang dia bawa kemana saja. Nasiblah dia ada bawa kalau tak melarat- larat nanti sakit budak sorang ni. Air mineral diatas meja lampu dia capai sebelum selimut Yeo Mi dia tarik.

"Nah, minum ni" Hena menghulurkan air mineral dan panadol ke Yeo Mi. Gadis itu mengerutkan dahi sedikit dan membetulkan posisi duduknya. Yeo mi menyandarkan tubuhnya di papan katil. Rambutnya yang sedikit serabai tu dia betulkan.

Haih, mesti penangan ayat- ayat Taehyung semalam buat dia rasa sakit kepala kemudian demam! Huaaa. Melihatkan Yeo Mi yang tidak bersuara tu buatkan perasaan ingin tahu Hena makin membuak- buak. Nak je dia pelengkung kepala Yeo Mi semalam. Nasiblah dia bangun untuk ketandas dan perasan yang katil Yeo Mi kosong dan dia ada tinggalkan mesej.

Budak terbantut (YM)

+aku keluar jap
+jangan kunci pintu

Memang kepala hotak Yeo Mi ni tak boleh dipakai langsunglah! Eiiii. Hena bercekak pinggang dan renung tajam wajah Yeo Mi yang sedang menahan sakit tu.

"Kau pergi mana hah semalam? Pukul 2 baru balik?" Soalnya tanpa berselindung lagi. Yeo Mi menghulurkan air mineral.

"Ambik angin ke-"

"Kepala hotak engkau ambik angin! Siapa yang pergi ambik angin tengah- tengah malam buta hah?! Eiiiiii aku report kat mak kau nanti baru tau" kata Hena, dia sambut huluran botol air mineral tu sebelum diletakkan diatas meja lampu. Yeo mi hanya tersengih kecil. Dia berbaring semula.

"Weh kau okey tak kalau aku tinggalkan kau sorang diri dalam ni? Kejap lagi aku nak turun, seminar pun dah nak start, aku cakap dekat cikgu ajelah yang kau sakit. K?" Kata Hena panjang lebar. Yeo mi hanya mengangguk lemah. Mata dia perlahan- layan mulai layu.

Hena mendengus lagi. Sebenarnya dia risau betul dengan budak ni, dahlah semalam makan sikit je, tu lepas balik dari campfire semalam, dia terus baring sampai malam. Heish. Hena mengatur langkah mencapai kasut nike- nya dan disarung di kaki.

"Aku keluar dulu" kata Hena sejurus selepas itu, bunyi pintu bilik ditutup jelas kedengaran. Yeo mi tidak merespon apa- apa, dia hanya mampu mengangguk dan tidur balik.

***

Lena Yeo mi terganggu bila dia rasakan yang tubuhnya dipeluk seseorang. Haih, mesti minah badan kebal tu yang sengaja nak mengacau ketenteraman awam gue.

"Jangan kacaulah Hena.." kata Yeo mi dan tolak sedikit badan dia. Pelukan tersebut terlerai. Yeo mi mengambil posisi baringnya semula dan memeluk bantal peluk.

"Hena?" Tegur satu suara yang amat tidak asing ditelinganya dan  betul- betul boleh buatkan mata yeo mi terbeliak besar. Cepat- cepat saja Yeo mi duduk diatas katil dan pandang gerangan yang bersuara tadi dengan pandangan tak percaya.

"Cik- cikgu buat apa dekat sini? Ma- macam mana cikgu boleh masuk pulak? Kalau ada orang tahu macam mana? Macam mana kalau-"

Jari telunjuk Taehyung diletakkan diatas bibir mungil Yeo mi. Buatkan gadis itu berhenti bersuara. Taehyung senyum kecil.

"Saya dapat tahu yang sayang demam, hena yang bagitau. Saya risau, sebab sayang sorang je kat dalam bilik ni, macam mana kalau ada orang lain ceroboh masuk? Saya rasa bersalah, sebab kalau saya tak ajak sayang semalam, tak mungkin sayang akan demam macam ni" kata Taehyung menyalahkan dirinya sendiri. Dia jatuhkan tangan dia dan capai tangan kecil Yeo mi lalu menciumnya pelan. Dia pandang anak mata Yeo mi yang redup tu.

Tangan hangat Yeo mi menyentuh pipi lelaki itu. Senyuman kecil terlakar dibibir pucat Yeo mi.

"Saya okeylah, bukan salah awak pun. Lagipun memang ada tanda- tanda yang saya nak demam sebelum awak ajak saya keluar.. Em!" Yeo mi pegang kepala dia, sakit pulak kalau duduk lama macam ni. Yalah nak dekat seharian dia baring je. Lepastu duduk secara mengejut. Memang terkejut le saraf dia macam tu.

"Betul ke ni, sayang okey? Kalau tak okey, saya bawak sayang ke klinik. Lagipun klinik dengan hotel ni taklah jauh sangat, nak tak?" Tanya Taehyung, dia rangkul bahu yeo mi dan cium dahi gadis itu. Yeo mi menggeleng kecil.

"Mari, saya lekatkan coolfever kat dahi awak dulu" Taehyung keluarkan coolfever dari poket seluar dan tarik pelekat kemudian dia lekatkan ke dahi yeo mi. Tubuh yeo mi dia baringkan perlahan.

"Erk, a-awak tak tengok budak- budak yang lain ke?" Soal Yeo mi dengan dahi yang berkerut bila Taehyung juga ikut baring disebelah dia. Taehyung menggeleng, dia angkat pelan kepala yeo mi dan letakkan lengannya dibawah leher. Jadi yeo mi baring beralaskan lengan Taehyung.

"Cikgu baek yang ambik alih, lagipun cikgu namjoon yang minta saya tengok- tengokkan anak murid kesayangan dia ni dan saya pun tak tega biarkan awak sorang- sorang" Ucap Taehyung, dia letakkan tangannya di pinggang Yeo mi, menarik gadis itu lebih rapat lagi. Dahi mereka bersentuhan.

"Dan.. saya sebenarnya rindu nak tidur berdua dengan awak, sayang.." bisik Taehyung. Yeo mi menunduk malu, bila dah mula ayat- ayat cinta Taehyung ni, tak mungkin dia dapat balas. Kelu terus lidah dia. Lama mereka berkeadaan begitu hinggalah Taehyung dengan gerakan perlahan, merapatkan wajahnya. Rapat, rapat dan..

"Yeo mi!"

Automatik yeo mi menyembunyikan tubuh Taehyung kedalam selimut. Taehyung pula memeluk erat tubuh isterinya seakan tak nak lepaskan. Hena berlari masuk kedalam bilik hotel dan menuju ke meja lampu. Dia capai phone dia dan pandang yeo mi pelik.

"Coolfever? Kau dapat dari mana?" Tanya hena dan belek dahi Yeo mi dengan wajah yang berkerut.

"Err a- aku lupa yang aku ada bawa coolfever tadi. Ke- kenapa naik sini?" Soal yeo mi, dia gigit bawah bibir bila Taehyung bergerak sedikit. Alemak, matilah gue hari ni!

"Ohh, ni phone aku, tinggal" kata Hena, dia betulkan t- shirt hitamnya dan berjalan ke arah pintu. "Aku keluar dulu, kau dah sihat kan? Kalau kau lapar call je aku, aku belikan. K, pergi dulu" kata Hena sebelum menghilang disebalik pintu bilik. Yeo mi mengeluh nafas lega, selimut di buka sebelum keadaan Taehyung dicek.

"Awak okey kan?" Soal yeo mi, Taehyung mengangguk.

"Saya okey, lagipun awak wangi" wajah Yeo Mi membahang panas. Ya tuhan, dia duduk diatas katil dan sandarkan badannya dipapan katil. Keadaan mereka menjadi kekok seketika.

"Em.. sayang nak minum ke? Saya boleh ambilkan. Kejap eh" Taehyung mengangkat punggung dan berjalan ke meja kecil dan capai air mineral. Baru beberapa langkah saja dia ingin kembali ke Yeo mi, kakinya menjadi kaku. Serentak mereka berpandangan apabila pintu bilik terbuka semula.

"Cikgu Taehyung?"

OH MA GAWD!!!!!!!!

***

Yeo mi menunduk, dia kuis lantai jubin dengan kaki dia. Dia masih berselubung dalam selimut, sekarang kepala dia makin sakit disebabkan situasi yang tak dijangka. Taehyung yang duduk disamping Yeo mi tu melirik sedikit ke arah isterinya. Rasa nak ketawa pun ada.

"Now explain"

Hena mulai membuka mulut, dia pandang kedua manusia didepannya ini dengan pandangan serba serbi. Bukan main terkejut lagi dia tadi. Masuk- masuk je dalam bilik, wajah guru lelakinya itu yang mula- mula menyapa anak matanya. Watapak he doing in here?!

Yeo mi pandang Taehyung, Taehyung pandang Yeo mi. Saling berpandangan antara satu sama lain sebelum satu keluhan serentak keluar dari mulut masing- masing.

"Saya harap Hena tak hebohkan perkara ni pada siapa- siapa yang saya dan yeo mi.. err.. dah-"

"Yah! Ke- kenapa cikgu tergamak buat macam tu dekat anak murid cikgu sendiri hah?! Cikgu tau tak yang yeo mi masih budak bawah umur?! Cikgu tak baca ke apa tindakan yang akan dikenakan kepada pelajar yang mengandung anak luar-"

"Woii! Mulut kau tu agak- agaklah Hena oiii! Bila masa aku cakap aku dan cikgu ada hubungan sulit?! Lain kali dengarlah betul- betul!! Biar dia habis cakap dulu. Eeeee" Serentak satu biji bantal dibaling pada hena yang bercakap macam tak cukup nafas tu. Yeo mi menggigit bawah bibirnya. Rasa nak pelengkung je kapala minah kepoh ni. Huish. Hena menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ehh salah ke?" Tanya dan sengih kecil. Dia duduk diatas katil balik bila tak sedar yang dia hampir terajang cikgunya tadi. Ya tuhan, buruk betul perangai hena ni ooi. "Okok, sambung balik" kata hena, dia gosok lengan dia sebab malu. Taehyung geleng- gelengkan kepala. Bukan main terkejut sampai terundur dia tadi bila dapat reaksi yang 'luar biasa' dari kawan isterinya itu.

"Kamu janganlah risau, saya taklah jahil sangat pasal benda- benda macam tu. Saya dan Yeo mi dah sah berkahwin, ada surat kahwin yang sah, dan ada saksi. Kalau kamu tak percaya, boleh tanya keluarga yeo mi, mereka yang urus dan restu semuanya dan selain kamu, pengetua, sir namjoon dan cikgu yoongi tahu dah tentang ni" terang Taehyung seraya melirik ke Yeo mi yang dah menunduk malu tu. Hena melopong. Tapi kemudian yeo mi angkat muka. Pe.. ngetua dah tahu?! Oh my world!!

"Dan.. kami kahwin ni tak ada unsur paksaan ataupun kahwin kontrak tau. Kami kahwin atas dasar 'dijodohkan' oleh kedua ibu kami dan.. atas dasar cinta? Kamu janganlah risau, saya taklah jahat sangat sampai tinggalkan Yeo mi nanti. Saya sayang dia, dan begitu jugak sebaliknya. Saya harap, kamu taklah hebohkan perkara ni, ya?" Kata Taehyung dan menggosok kedua belah tapak tangannya. Hena memandang Yeo mi dia raup wajah dia dengan tangan.

Wait, Hena menangis?

"Ehhh kenapa pulak dengan kau ni?" Yeo mi jadi panik, terus dia berdiri dan perlahan- lahan berjalan dan duduk disamping Hena. Belakang badan gadis itu dia tepuk.

"Wehh kenapa kau tak cakap weh? Kenapa aku tak dapat tengok kau kahwin weh? Kenapa aku tak dapat tengok kau pakai wedding dress weh? Kenapa weh kenapa?!" Bahu Yeo mi digoncang. Makin sakitlah kepala gadis itu jadinya. Hena ni, ada kena tempias Strong Woman, Do Bong Soon tu. Manataknya, mahu pengsan aku kalau dia buat macam ni.

"Aaaaa sorrylah!" Yeo mi menepis tangan Hena dari terus menerus mencengkam bahunya. Taehyung hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka ni. Alahaiii comel je.

"Dan cikgu, saya minta maaf sesangat sebab selalu ship- kan Yeo mi dengan Jungkook, terutamanya waktu dalam bas hari tu. Saya minta maaf cikgu!" Kata Hena, Taehyung berpeluk tubuh.

"Haa memang patut pun kamu minta maaf, saya hampir buat kecoh tau dalam bas tu sebab cemburu yang teramat. Dengan ayat kamu tu lagi, eii" Kata Taehyung seraya ketawa kecil. Hena masih dalam posisi meminta maaf sambil menggosok tapak tangannya.

Anak mata aku dan Taehyung bertembung. Dia kenyitkan mata sebelum gelak kecil bila tengok wajah aku yang memerah panas. Alahaii sayang, ni yang makin sayang ni.

Sayang, sayang muah.

.

.

Jangan merungut!

Sis baru balik dari jalan- jalan dengan family. Then terdengarlah satu bualan anak- anak yang buatkan aku tertarik. Bunyi dia macam ni;

"Cikgu aku cakap kan, kalau ada orang rindu kau, dia akan masuk dalam mimpi"

Haa betul tak tu? Tapi masalahnya semalam.. aku mimpi lembu. Lembu tang mana lak rindu aku ni?!

[Thank you for reading. Do vote and comment] ♡🙌🙌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro