pt.42📚
***
"Yah, palli!"
Yeo mi yang sedang menyarungkan kasut pada kakinya itu mendongak. Wajah bengang hena dia pandang sekilas kemudian dia sambung balik ikat tali kasut. Sabarlah hena oii, tak lari mana pun cafe tu.
Hena mengembangkan hidungnya. Perut dia dah melalak- lalak nak minta isi sekarang ni. Rasa lapar yang amat. Dahlah semalam dia bertekak dengan yeo mi sebab tak belikan dia kudap- kudapan. Dan lagi satu, dia buat apa kat luar sampai nak dekat tengah malam baru balik? Hemm.. something fishy.
"Dah siap, ayokk"
Mereka beriringan keluar dari bilik dan turun ke lobi untuk makan. Perut jangan cakaplah, sebab dah berkeroncong ria dari tadi. Emp, semalam cuddle dengan husband dapat mamam fishcake dan teobeokki pedas je. Hasilnya perut gue memulas tengah malam. Tapi takpelah, semua tu dia yang belanja.
Ketika kami sampai didalam cafe, kelihatan rakan sekelasku dah duduk dimeja sambil melahap makanan masing- masing. Laju je kaki kami melangkah untuk mengambil makanan, layan diri.
Beraturlah jawabnya.
Yeo mi terkebil- kebil dibarisan yang terasa sangat panjang tu. Hena yang merengek- rengek didepan dijeling sekilas. Phone dinyalakan, baru jam 7.34 pagi. Rilek, still awal. Lepas makan ni ada waktu nak have fun kejap. Lepastu, kena teruskan seminar bi, maths makan kejap then sambung dengan mata pelajaran sains. Mereka kata cikgu yang ajar seminar tu hensem. Wuuuu
"Berangan apa tu? Kalau tak nak kena potong, gerak depan, sayang" bisik satu suara yang amat dikenalinya. Yeo mi putarkan badan. Taehyung. Lelaki itu nampak segak dengan pakaian kasual bewarna putih. Ergh, mengancam! Taehyung naikkan kening. Yeo mi gigit bawah bibir dan bergerak dua langkah ke depan. Taehyung juga ikut bergerak ke depan.
"Semalam, perut tak memulas ke?" Bisiknya, yeo mi menoleh. Dia garu kepalanya yang tidak gatal.
"Memulaslah jugak, saya tak biasa makan pedas malam- malam" jawab yeo mi. Taehyung pandang belakang tubuh isterinya. Rasa nak peluk tapi.."sorry" bisik taehyung. Yeo mi menggeleng.
"Saya okey, bukan salah awak pun. Lagipun saya yang minta awak beli benda tu" kata yeo mi. Dia bergerak kehadapan dan capai pinggan.
Dia perhatikan gerak geri yeo mi yang baginya sangat mencuit hati. The way her hip move, the way her lips create little smile. Ergh! Taehyung larikan pandangan bila terasa bahang dibelakangnya. Lantas dia menoleh.
"Kenapa dengan perut yeo mi?" Soal Jungkook, wajah dia ketat nak mampus. Taehyung terkebil- kebil sedikit. Dia sengih bila lihat perlakuan jungkook yang sangat dingin dengannya. Kenapa dia kookie?
"Ahh dia cakap perut dia memulas" kata taehyung, dia capai pinggan dan ikut mencedok nasi dan memesan kopi hangat. Dia mengambil tempat di samping wonwoo yang gelojoh memakan sarapan. Nak kata semalam tak dibagi makanan, tak juga. Eee payahlah bebudak ni.
"Sebab apa?" Soal jungkook yang juga ikut melabuhkan punggung disamping taehyung.
"Sebab makan teobeokki pedas, semalam" kata taehyung, dia hirup kopinya dan kemudian mengunyah nasi goreng kimchi. Emm rasa lain, selalunya yeo mi yang masakkan, rasa dia sedap aje. Tapi yang ni.. asal tak sedap?! Huaaa. Taehyung menoleh, dia rasa nak tercekik je bila tengok jungkook yang dah nak terkeluar anak mata pandang dia lekat- lekat.
"Ke- kenapa jungkook?" Soal taehyung. Anak mata jungkook mengecil.
"Dari mata cikgu tahu? Cikgu.. keluar dengan yeo mi ke semalam? Buat apa?" Soal jungkook bertubi- tubi. Semakin rapat dia dengan guru lelakinya itu. Taehyung membuat wajah, dia tahan dahi jungkook dengan jari telunjuknya yang fab tu. Terhenti pergerakan jungkook.
"Saya cikgu, jadi saya kena tahu apa yang pelajar saya buat"
"Jadi cikgu tahu ke apa saya buat semalam?" Laju je jungkook menjawab. Dia minum sedikit susu coklatnya dan senyum sinis. Tak mungkin cikgu tahu. Dia naikkan keningnya. Taehyung meleret senyum. "Tahu" balasnya.
"Kamu usya instagram yeo mi"
"Purfff!!"
Bersembur susu coklat yang ada di mulut jungkook. Mak aihh, macam mana cikgu ni boleh tahu pulak ni? Dahlah semalam dia berselubung dalam selimut dan dia pasti tak ada orang yang akan nampak perbuatannya iaitu sedang men-usya instagram yeo mi yang dah lama tak aktif tu.
Gambar terakhir yang budak tu post pun gambar bayang- bayang tangan tapi no caption. Wehh aku selaku peminat setia engkau ni tengah rindu. Follower dia tu taklah ramai sangat sebab yeo mi ni budak noob. Tapi yang makin gue panas ialah komen lelaki yang menggatal di ruang komen.
@Jr.7 : single ke?, nak kenal boleh?
@LeeJoon: lawo, nanti saya minta mak saya pinang awak
@Hanbin220: sayang..
And 109 others.
Terus butang report ditekan untuk setiap profile yang mengomen tadi. Jubake. Ehhh jap ni. Ni, salah topik dah ni. Sepatutnya aku patut selesaikan masalah bagaimana guru lelakinya itu boleh tahu yang semalam dia sedang usya gambar- gambar lama yeo mi? Pakai jampi apa woii.
Baru je Jungkook nak bukak mulut, tapi gurunya itu sudah tidak ada. Halahhh main sorok- soroklah pulak.
***
"Jom"
Yeo mi kaku ditempat. Sekarang ni hena dan yuju sedang memakai helmet. Mereka nak tunggang kuda dekat pantai. Katanya nak release tension. Tapi, kenapa aku rasa besar sangat kuda ni woi? Aku pun rasanya tak lepas dan takkan dapat naik kuda ni.
Seram.
"Adik tak nak?" Soal abang yang menjaga disana. Aku telan air liur, yuju dan meluncur jauh disana atas bimbingan abang- abang penjada kuda yang macho. Huuu
"Alahh takkan dah kecut yeo mi? Kuda je ni, lainlah kalau badak ke, kerbau ke. Itu kau patut takutlah" hena membebel diatas kuda. Dia meleret senyum bila abang- abang disana meluru kearahnya. Dahlah tadi naik kuda pun dibantu. Isk, dasar tak sedar diri dah ada boyfriend pun masih nak menggatal.
"Hem.."
Aku kuis tanah pantai yang lembut tu dengan kaki aku. Malu rasanya. Jadi dia terus tarik diri. Dia tak nak ambil risiko. Takkanlah dia nak terjerit- jerit atas kuda tu? Nanti apa kata orang?
"Come, try pegang kuda ni. Nama dia, Jack. Dia paling tua kat sini" kata lelaki yang bername tag Im Jaehyun tu. Dia senyum manis dan tepuk badan kuda tu pelan. Yeo mi yang pada mulanya teragak- agak akhirnya mendekat juga. Dia sentuh badan kuda tu dengan jari telunjuk dia. Lepas tu menggunakan seluruh tapak tangan dia, emm kuda baik.
"Tak nak try ride? Abang boleh tolong" terdengar suara lelaki tersebut berbisik. Ehhh kenapa dah rasa lain macam pula ni? Yeo mi gelengkan kepala kecil, dia jarakkan diri sedikit. Rasa tak selesa. Dahlah mereka berdua kat sini, siapa yang nak tolong kalau ada apa- apa terjadi nanti?
"Kenapa tak naik?" Tegur satu suara, siapa lagi kalau bukan encik pemilik hati, Kim Taehyung. Yeo mi menoleh dan dekatkan diri dengan lelaki itu. Taehyung jeling lelaki tu sekilas. Memerah wajahnya terus. Cis, bini aku kau nak try? Langkah mayat aku dululah!
"Emm besar sangat. Saya rasa saya tak mungkin dapat naik" ucap yeo mi. Dia usap pipi dia sebab malu. Taehyung melirik isterinya sedikit kemudian menarik gadis itu ke bahagian pendaftaran. "Untuk 2 orang. Satu kuda" katanya.
Yeo mi mengerutkan dahi. Dua orang tapi satu kuda? Wait. Aku tak faham. Larat ke kuda tu untuk angkat 2 orang sekaligus?
"Okeyy, ikut saya"
Taehyung menarik lengan yeo mi sekali lagi. Disana, dia pakaikan yeo mi helmet kecil bila gadis itu asyik terkebil- kebil ditempatnya dari tadi. "Kita dua?"
"Yup" jawab Taehyung. Dia senyum kecil. Kini, mereka berada di tempat kuda tadi. Kuda besar ni? Mana dapat naik sayang oii. Taehyung memberi isyarat untuk naik, tapi yeo mi menggeleng tanda tidak.
"Tinggi sangatlah, mana saya-"
Ucapan yeo mi terhenti bila Taehyung mengangkatnya seperti budak kecil dan dudukkannya diatas kuda tersebut. Taehyung sengih kecil, yeo mi termalu sendirian, dia betulkan posisinya. Taehyung panjat badan kuda tu dengan mudah. Badan yeo mi ditarik bila dia rasakan yang gadis itu terlalu kedepan. Pinggang yeo mi dia peluk sedikit. Nak pegang tali yang ada kat depan tu.
Kuda tersebut mulai bergerak kehadapan perlahan- lahan di tepian pantai. Yeo mi tundukkan wajah bila dia rasakan yang deru nafas Taehyung sangat dekat dengan lehernya.
"Saya nampak apa yang lelaki tu buat dekat awak" bisik Taehyung. Yeo menoleh sedikit.
"Em?"
"Mana dia boleh buat macam tu. Awak milik saya, kenapa tak tolak?" Rungut Taehyung. Yeo mi senyum kecil, dia sentuh tangan Taehyung sikit.
"Jeles eah?"
"Ehh mestilah saya jeles. Kalau tak, tak adanya sampai saya bawak lari awak naik kuda ni. Saya hampir membuat 'art' tau kat lelaki tu." Kata Taehyung lagi, dia eratkan pelukan pada pinggang ramping yeo mi. Eee bau wangi dia ni mengancam iman betul.
"Misalnya kalau awak tak dapat nak tahan jeles tu, apa yang awak akan buat?" Tanya yeo mi. Sengaja.
"Kalau tak, awak boleh tengok manusia terbang pertama kali dalam sejarah. Saya yang terajang" jawab Taehyung seraya gelak kecil dan disambut juga gelakan kecil dari yeo mi. Ada- ada je. Sanggup ke nak terajang orang?
"Cikgu!"
Kedua mereka berpaling. Disitu, terlihat Jungkook dengan muka tak puas hati tengok kami berdua rapat macam ni. Alahaii.
"Nampaknya, sampai sini sajalah perjalanan sambil naik kuda kita ni sayang.." rungut Taehyung. Yeo mi ketawa kecil. Taehyung hentikan kuda tersebut dan para abang- abang terus berlari untuk mendapatkan
mereka.
"Rapat nampak?" Perli Jungkook seraya berpeluk tubuh. Dia kecilkan mata dan pandang wajah gurunya itu dengan tatapan tak puas hati. Taehyung melompat turun. Abang- abang tadi yang baru hendak menolong yeo mi turun terbantut gerakan dia bila Taehyung tepis perlahan tangan mereka dan angkat tubuh kecil yeo mi ke atas tanah. Dia bukak helmet tu dan senyum lagi. Sengaja nak api- apikan Jungkook.
"Amboii yeo mi, sweet aje korang" usik hena. Dia jilat aiskrim vanilla yang dibelinya dua minit yang lepas. Yeo mi menghampiri rakannya itu.
"Cikgu, nak juga ride kuda" rengek Luna. Dia pakai baju kemeja putih yang sedikit jarang dengan jeans pendek. Bish. Dia buat muka seposen dekat cikgu Taehyung.
"Pergi naik dengan Jungkook" arahnya.
"Hah? Alahh saya tak nak. Saya nak juga dengan cikgu" terdengarlah suara merengek- rengek manja Luna didepan sekumpulan pelajar yang memang berada disitu. Huf. Ampuni telinga gue yang tak berdosa ni. "Saya banyak kerja ni, Luna. Lain kali ajalah, ye?" Tolak Taehyung lembut. Dia serahkan helmet ke lelaki tadi.
Berdasarkan penolakan dari cikgu Taehyung tadi dah mampu buatkan wajah Luna berubah 360 darjah.
"Kenapa dengan yeo mi boleh, saya tak boleh pulak?! Apa yang dia cakap dekat cikgu hah? Mesti dia goda cikgu dengan badan dia tu kan?! Dasar perempuan murah!!" Tengking Luna sebelum berlari ke kawasan hotel. Taehyung hela nafas berat.
Jangan tuduh bebukan, salah saya sebab terlalu sayangkan isteri saya. Salah saya sebab selalu terpesona dengan dia, walaupun hakikatnya dia tak pernah pun cuba untuk goda saya. Rapat apatah lagi, inikan pula nak bab goda- menggoda ni. Sebab dia lain, lain daripada awak, Luna- ssi.
Dia pandang yeo mi yang pada waktu yang sama turut memandangnya. Senyuman kelat diberikan kepada lelaki itu sebelum gadis itu berjalan dengan kawannya.
Trust me sayang, we belong together.
.
.
.
Jam di dinding terus berdetak ahhh.
Adakah anda setuju kalau luna menjadi orang ketika setelah jisoo pergi? hemm.
[Thank you for reading. Do vote and comment]🙌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro