pt.31📚
***
Yeo mi mengatur langkah mendaki anak tangga. Sekarang mereka sudah sampai di rumah mereka, taehyung menarik dua buah bagasi memasuki rumah. Pintu rumah ditutup.
" ehh cikgu! "
Cepat- cepat yeo mi menuruni anak tangga semula apabila menyedari yang bagasi yang berisi pakaiannya masih bersama dengan taehyung.
" yah! Kaki kamu tu belum pulih lagi! Boleh tak jangan lari- lari? " taehyung berkata lantang sambil bercekak pinggang. Ketika itu yeo mi sudah terduduk di hujung anak tangga sambil memegang kakinya yang masih berbalut bandage. Dahi yeo mi berkerut menahan sakit.
Taehyung menggeleng- gelengkan kepalanya, yeo mi yang terduduk di hujung tangga dihampiri. Dahi isterinya dijentik pelan.
" saya dah bagi warning kan? Memang nak kena bagi hukuman lah awak ni, degil tak bertempat " kata taehyung, keningnya diangkat, yeo mi mendongak, wajah cikgu taehyung dipandangnya sambil bibir muncung seribu.
Lengan yeo mi dia tarik pelan, memberi arahan agar gadis itu berdiri. Tapi yeo mi masih berkeras, gadis itu tidak mahu berganjak mahupun sedikit.
" berdiri sekarang sayang.. pergi naik atas dulu, beg awak ni biar saya je yang bawa naik, tak payah nak berdegil sangat " ucap taehyung, yeo mi menggelengkan kepalanya.
" biar saya je yang angkat bawa naik atas cikgu, tak berat sangat pun beg tu cikgu " balas yeo mi. Taehyung menaikkan keningnya satu. Lelaki itu berpeluk tubuh, wajah isterinya dia tenung lagi.
" berdiri sekarang atau awak nak saya angkat awak secara paksa min yeo mi? Awak taukan perangai saya macam mana? Saya tak jamin yang awak akan masuk bilik awak malam ni sayang.. " taehyung berkata, terkebil- kebil yeo mi jadinya. Bibir gadis itu diketap, rasa macam nak terbang je sekarang ni. Huaaa
" ya- yalah! Saya naik saya naik!! " yeo mi berdiri dan sedikit kelam kabut berlari mendaki anak tangga semula. Kim taehyung hanya memerhati dengan senyuman kecil dan gelengan kepala. Macam budak- budak, desis hati taehyung. Taehyung mencapai bagasi hitam tersebut kemudian dibawa naik keatas. Pintu bilik yeo mi dia ketuk pelan.
" yeo mi.. "
Hening saja, tak ada jawapan dari gadis itu. Mungkin sedang mandi? Atau mungkin yeo mi sedang berselubung dalam selimut sebab tak tahan dengan kata- kata dia tadi? Em
" yeo mi sayang.. beg awak saya letak kat luar ke atau kat dalam? Kalau nak saya letak dalam, bukak pintu ni. Biar saya masuk " kata taehyung, pintu bilik diketuk pelan.
" le- letak je kat luar, nanti saya bawa masuk dalam bilik. " jawab yeo mi dalam bilik. Taehyung tersenyum senget, tekaannya mengena. Yeo mi masih malu sebab ancamannya tadikan? Elehh
" haa yelah, saya tinggalkan je kat sini. Masuk tidur awal, kemas buku awak ikut jadual, sapu kaki awak tu dengan ubat biar cepat sembuh, kalau tak nak pun esok awak datang sekolah guna wheelchair- "
" cikgu!! Saya bukannya cedera parah pun sampai nak kena pakai wheelchair!! " potong yeo mi dari dalam bilik. Taehyung tertawa sendirian. Best pulak bila dapat kenakan yeo mi. Aishh, mesti muka yeo mi tengah merah padam sebab marah kan?, pikir taehyung.
" Laaa, saya ingat awak cedera sampai macam tu sekali. Tak pelah, kalau awak tak nak guna wheelchair pun, emm nampaknya sayalah kena dukung awak nanti kan yeo mi? " usik taehyung lagi, bibirnya terukir senyuman kotak. Berharap yang yeo mi akan melihatnya juga.
" eiii apa yang cikgu merepek ni? "
Yeo mi membuka pintu biliknya dengan wajah yang cemberut. Berkerut dahi dia bila dengar usikan taehyung tadi.
" betullah apa yang saya cakap kan? Dah awak tak nak guna wheelchair, jadi biar saya saja lah yang sukarela angkat awak ke sekolah, kan? yeo mi- ya " taehyung menunduk untuk menyamakan ketinggian mereka.
" sejak balik dari rumah ibu ni kan, perangai cikgu makin menjadi- jadilah eii, seram saya " yeo mi mengelakkan dirinya. Taehyung menegakkan badannya semula. Entahlah kenapa setiap kali dia bersama dengan yeo mi, bibir mungil gadis ini akan menjadi sasaran anak matanya. Ya tuhan, nak kata digoda yeo mi, tak juga. Habis tu sekarang ni dah kenapa?
" cikgu nak berdiri dekat sini sampai pagi ke? " soalan yeo mi tu menyedarkan taehyung ke realiti.
" ha? "
" cikgu termenung tadi, nak berdiri depan bilik saya ni sampai esok pagi ke? " yeo mi bertanya. Taehyung menjongketkan keningnya. Bibir lelaki itu mengukirkan senyuman kecil.
" boleh juga sayang. Tapi kalau awak ajak saya masuk terus dalam bilik awak ni kan bagus juga. Yalah, apalah setakat kat luar bilik ni, sejuk pun sejuk, kalau dalam bilik, lagi hangat, tidur pun boleh peluk awak " kata taehyung. Yeo mi mati kata.
" eii cikgu ni jangan main- main boleh tak- "
" saya tak main-main yeo mi " dalam saja nada suara taehyung tika itu. Tidak ada lagi senyuman kecilnya, tidak ada lagi senyuman kotaknya. Anak mata taehyung tajam menikam anak mata yeo mi.
" cikgu saya- "
Tubuh yeo mi ditolak hingga tersandar didinding. Ketika itu, tidak ada daya lagi yeo mi untuk menolak. Tch, dasar lelaki. Taehyung menghadang laluan yeo mi, hingga gadis itu terperangkap didepannya. Yeo mi terkebil- kebil. Ya gais, taehyung dah mula.
" cikgu- "
" did i look like a playful person? " tanya taehyung dengan deep voice sambil matanya tak lepas memandang wajah yeo mi tajam. Yeo mi pulak sudah sesak nafas. Ergh.
" i don't mean it " balas yeo mi.
" really? "
Yeo mi menunduk, dia tidak berani untuk berlawan pandang dengan taehyung sekarang.
" heyy.. "
Rambut yeo mi yang menutupi wajah tu dia selitkan ke telinga.
" i'm just kidding "
Dengan cepat Yeo mi mendongak, serentak itu juga bibirnya dipagut lembut oleh taehyung. Yeo mi kaku, dia tidak tau ingin membalas macam mana.
" i just like to see your nervous face. It's look so cute for me " kata taehyung sebaik ciuman tadi dileraikan. Yeo mi menggigit bawah bibirnya. Dada bidang taehyung dia pukul pelan.
" what's for? "
" ja- jangan buat lagi. Cik- cikgu buat saya takut " kata yeo mi, taehyung tergelak kecil. Rambut yeo mi dia usap pelan.
" saya minta maaf. Okey? " bisik taehyung. Yeo mi mengangguk kecil. Debaran di jantung dia boleh tahan kuat juga sekarang ni. Semuanya adalah dari ulah lelaki didepannya ini. Eish.
" okelah, pergilah tidur, kemas buku awak tu, jangan ada yang tinggal pulak esok. Tidur awal, tidur elok- elok tau dan good night, sayang.. " kata- kata taehyung tu macam pita yang diulang banyak kali.
Good night, sayang..
Good night,
Sayang..
Erghhh.
***
Yeo mi mengiring kesamping. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9 tepat dan di luar sedang hujan lebat.
Kilat berdentum dan sambar- menyambar tu terasa bagai bermain ditepi telinga saja. Berdengung telinga jadinya. Yeo mi berselubung didalam selimut putihnya. Ya, dia bencikan bunyi guruh dan petir.
Selimut putihnya digenggam kuat. Rasa takutnya makin menebal, air matanya mengalir keluar perlahan- lahan. Entahlah, dia tidak tau sejak bila dia boleh dapat fobia ni. Fobia terhadap guruh. Rasa macam terseksa je.
Yeo mi menendang selimutnya. Dengan langkah yang cepat dia keluar dari bilik dan berdiri dihadapan pintu bilik kim taehyung. Huaaaa, okey yeo mi, malam ni kau kena kuatkan diri, jangan malu, heii buat apa nak malu? Dia kan suami kau? Suami tak suami, dia tetap lelaki. Tapi lelaki tu pun dah halal kan?
Yeo mi akhirnya berperang dengan dirinya sendiri.
GEDEGANGG!!
Bunyi guruh yang kuat tu menyebabkan yeo mi tanpa sedar memulas tombol pintu bilik taehyung dan meloloskan dirinya kedalam. Badannya menggigil teruk sekarang ni.
" yeo mi? "
Yeo mi mengalihkan pandangan matanya ke arah katil. Ketika itu taehyung sedang menaip sesuatu di laptopnya. Masih dalam posisi berbaring dengan laptop diatas perutnya.
Yeo mi mengetap bibir.
" cik- cikgu bo- boleh tak kalau sa-saya tidur dengan cikgu malam ni? " kata yeo mi tergagap-gagap. Walaupun dia tau yang taehyung tidak akan mungkin menolaknya.
Taehyung mendongak. Wajah yeo mi yang macam takut- takut dia pandang dengan penansaran. Ada apa?
" ahhh boleh boleh, meh sini " taehyung mengalihkan kertas kerjanya yang bertaburan dikatil tu keatas meja kecil. Ruang ditepinya dia tepuk pelan mempelawa yeo mi untuk berbaring disana.
Yeo mi terus berjalan mendekati katil dan berbaring disana.
" wae? " soal taehyung, yeo mi yang berbaring ditepinya dia pandang dengan tatapan penuh tanda tanya. Yalah, takkan tak ada angin tak ada ribut, yeo mi tetiba nak tidur satu bilik dengan dia? Terbuka hati dah ke?
" a- aniya " jawab yeo mi, senyuman kecil diberikan ke taehyung, walaupun hakikatnya yang wajah dia sekarang ketara yang dia sedang takut. Taehyung mengangguk, mungkin yeo mi ada sebabnya sendiri. Oleh sebab tidak mau masuk campur, jadi taehyung meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.
GEDEGANGG!!
Sekali lagi bunyi guruh berdentum dan kilat sambar menyambar bergema. Yeo mi secara tidak sedar memeluk lengan baju pijama taehyung. Tangannya menggeletar teruk, matanya terpejam rapat.
Taehyung menoleh. Sekarang baru dia tau mengapa yeo mi bertindak sedemikian. Takut guruh ya? Taehyung merasa getaran dilengannya. Hasil dari yeo mi yang sedang menggeletar teruk. Melihatkan itu taehyung jadi tidak tega untuk meneruskan kerjanya.
Takkan nak biarkan yeo mi berjuang untuk melawan rasa takut sedangkan dia enak- enak berkutat dengan kerja saja? Esok kan ada, bisik taehyung. Laptopnya dia offkan sebelum diletakkan di meja kecil.
Tubuh yeo mi ditarik kedalam pelukan. Belakang badan gadis itu diusap pelan. Gaya macam tidurkan budak kecil. Tapi tak apalah, dia sekarang berdua dengan yeo mi. Auu.
" Syyhhh.. "
Yeo mi menyembamkan wajahnya ke dada bidang taehyung. Merendamkan rasa takutnya disana.
" i'm here. There's nothing to scared of " bisik taehyung, telinga yeo mi dia tekup menggunakan tangannya. Pelukan di pinggang ramping yeo mi dieratkan lagi. Ehh, bukan ambil kesempatan ya?
Taehyung berdehem, menghasilkan satu alunan yang berirama. Sangat lembut ketika menyapa ditelinga yeo mi.
" good night, sayang.. "
Yeo mi terlelap tanpa sedar sebaik ayat itu dituturkan.
.
.
.
.
.
Nampak tak kat situ yang yeo mi makin perlukan taehyung?
Yep.
Mungkin tak lama lagi.
Ye, mungkinlah tak lama lagi akan muncul bibit bibit sayang dalam hati yeo mi untuk taehyung. 💜💜
Erghh. Pebenda doh aku merepek ni.
Okeyy, ni saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA!!! Thank you support ff ni, walaupun makin lama makin hambar. 😐 yep, em saya nak minta maaf juga kalau saya ada terkasar bahasa, atau apa yang saya taip ni gores perasaan awak ke. Saya minta maaf tau.
Yaahh.
Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro