pt.23📚
°°°
" lalalalalalalalalalala, HAPPINESS! " teriak jungkook disampingku. eii menyesal pulak ambik dia sebagai seat mate baru. tak reti nak duduk diam, macam bercacing jer punggung tu eii.
entah, sejak dapat duduk tepi aku ni, perangai dia makin menjadi- jadi. kadang dia bersandar di bahu aku, kadang dia menyanyi dekat telinga aku, kadang dia tenung yang macam nak tembus dah muka ni jadinya.
" awak boleh diam tak? apa yang cikgu ajar tadi langsung tak masuk otak saya kalau awak bising macam ni " aku menjeling jungkook yang sedang bersandar di kerusi nya.
" tak, aku tak akan diam selagi kau tak nak bagi kata putus. aku dan kau, balik bersama. hanya berdua " jungkook berkata lagi. aku mengetap bibir geram.
" awak tak faham ke? saya kata kan yang saya tak balik ikut jalan yang lama, saya dah tinggal dengan cik-- maksud saya, saya dah pindah ke rumah baru " yeo mi menggigit bawah bibirnya. nasib tak terlepas cakap.
" kalau macam tu, aku ikut kau balik rumahlah, biar boleh tengok rumah baru kau tu. kot cantik, mana tau aku boleh sewa sikit. bolehlah aku tengok muka kau hari- hari kan? " jungkook menjongketkan keningnya. eii ingat kacak sangat le tu.
" euu tak ingin saya tengok muka awak hari- hari. ni yang kat sekolah ni pun dah meluat nak tengok, macam mana pulak kalau hari- hari? nak muntah rasanya " yeo mi membuat lagak seperti hendak muntah, hena yang duduk dibelakang disamping jinyoung itu tertawa kecil melihat telatah dua ekor malaun ni. tak reti nak mengalah, asyik gaduh jer kerja.
" kenapa pulak nak muntah? muka aku ni kacak sangat ke sampai perut kau rasa senak? aww thank you, i terharu sangat " jungkook menggedik disamping aku. rambut aku yang panjang itu dia kipas- kipaskan diwajahnya. eii anak jeon ni, suka hati mak nenek je dia je nak touching anak dara orang.
" please jungkook, jangan nak perasan sangat. lagipun siapa jugak yang nak hadap wajah kacak awak yang err.. whateverlah, lebih baik saya tengok selipar jepun, cantik. ada macam colour lagi, setakat muka macam awak ni, eii saya tak hinginlah nak pandang " yeo mi memaling wajahnya ke samping, kedengaran jungkook mendengus kasar. marah letteu.
" yeo mi, kau tak faham, ada sesuatu yang aku nak sampaikan dekat kau, waktu tu aku nak kau dengar apa yang aku nak cakap ni dengan teliti, kau.. akan faham kenapa aku buat macam tu dekat kau dulu. min yeo mi aku.. " jungkook berbisik disampingku. aku memalingkan wajahku untuk menghadapnya.
" jungkook, apa yang awak buat dekat saya dulu tu, saya tak akan lupakan. bila difikirkan, apa salah saya sampai awak buat macam tu ha? nak dijadikan cerita kita ni kawan rapat kan, tapi rapat sangat ke sampai awak boleh terfikir nak curi essay saya? " yeo mi mengetap bibir, rasa marahnya terhadap jungkook tiba- tiba membara.
" ya, aku tau. sebab tulah aku nak kau dengar apa yang aku cakap masa balik nanti, aku.. " jungkook menghela nafasnya berat.
" bila tengok keadaan kita macam ni, aku rasa ada baiknya aku diam dulu. kalau mood kau dah oke, kau boleh datang cari aku untuk dengar penjelasan dari aku. yeo mi aku.. " jungkook memegang lenganku.
" aku akan tunggu kau " ujarnya lembut. entah kenapa, ada sesuatu yang aku rasakan jungkook cuba sembunyikan dari aku, semuanya aku nampak melalui cara dia pandang aku, gerak geri dia. semuanya ada makna.
" GAIS! JAGUNG-- EH CIKGU DAH DATANG! " mingyu berlari seperti tidak cukup tanah je aku tengok dia masuk kelas. berdesup macam kena kejar zombie. eii
serentak itu, jungkook melepaskan tangannya dari lenganku.
°°°
" hai, nama saya kim ji soo, saya yang akan ajar kamu mata pelajaran kimia mulai hari ni untuk menggantikan miss lee yang cuti bersalin tu. saya harap kamu boleh beri kerjasama " wanita yang bernametag kim ji soo itu berkata seraya menundukkan badannya.
seluruh pelajar di dalam kelas 5A-1 bersorak gembira. cantik kot cikgu depan tu, dengan rambut bangs dia lagi, dengan blouse merah dia lagi. eii jealous aku, iyela mana tak jelesnya kalau cikgu tu macam bunga yang kita ni entah celah mana cantiknya. ciss
" tapi harini saya tak start mengajar dulu, mari kita release tension kejap. saya nak berkenal- kenalan dulu dengan kamu. semua cantik je dalam kelas ni, kacak pun ada. memang genetik kelas ni macam ni eh? khas untuk yang cantik dan kacak jer. pakej kot " cikgu ji soo berkata seraya berjalan ke belakang kelas.
" cikgu yang cantik, setakat pelajar perempuan kelas kami ni. eii cantiknya datang celah mana cikgu " sampuk mingyu dan memandang yuju dari ekor mata. yuju mencerlung memandang mingyu, eii tak sebulu gamaknya dua ekor ni. cikgu ji soo hanya tertawa kecil melihat gelagat mereka.
" betul pulak apa yang saya cakap tu. pakej, pandai, cantik, kacak. semuanya ada dalam kelas ni. oke, saya nak tahu nama kamu sorang- sorang. mula dari depan. sebutkan nama, cita- cita dan idola kamu siapa. saya akan duduk je dekat sini " cikgu ji soo mengambil tempat di kerusinya semula. tangannya memegang sehelai kertas.
" sebelum tu, saya nak tau. min yeo mi ni siapa? katanya budak target. saya nak tengok wajah dia " ucap cikgu ji soo dan serentak itu, semua pelajar dalam kelas memandang aku. eii pehal doh
" ni cikgu, yang pendek ni " hena berkata dengan lantang di belakangku. eish, nak je aku hempuk dia guna kerusi. untuk pengetahuan korang, aku tak pendek oke? just 167. bagi korang pendek sangat ke?
" mana dia? tolong berdiri dan perkenalkan diri kamu sekarang " arah cikgu ji soo sambil terjenguk- jenguk memandangku.
aku terus berdiri dari dudukku apabila terasa seseorang yang mencucuk pinggang aku.
" OH MAK KAU HIJO! " latah yeo mi dan disambut gelakan dari pelajar lain. jungkook tertawa kecil, comel jer aku tengok yeo mi ni.
" eii tolong jangan buat macam tu boleh tak? " ujarku sambil memukul lengan sado? jungkook berkali- kali menggunakan box pensel ku. merah tak merah pedulikan! biar dia rasakan yang malu tu macam mana rasanya.
" min yeo mi " panggil cikgu ji soo, sedar yang cikgu masih berada dihadapan. automatik yeo mi menghentikan aktivitinya.
" maafkan saya cikgu, anak jeon ni memang macam ni, biadap sangat " yeo mi menjeling ke jungkook yang sedang mengcover lengannya itu. nampak dah merah. em, mianei jungkook-ya.
°°°
" woii malaun! kau nak kemana tu? tak nak rehat ke woi " hena berteriak di koridor apabila aku mengambil jalan lain.
" ha? kau rehatlah dulu, jinyong ada untuk temankan kau, aku nak cari jungkook kejap " ucapku
" kenapa kau nak carik dia? ada hal mustahak ke? ataupun si jungkook tu nak confess ke? ececececece " hena menyiku lengan yeo mi, hingga gadis itu memaparkan wajah blurnya.
" confess mendenya eiii, ha jinyoung, jungkook selalu rehat dekat mana? " soal yeo mi. jinyoung menjongketkan keningnya. tubuhnya dia peluk.
" kenapa kau carik dia? " soal jinyoung pulak.
" adalah erk, something. ha " yeo mi mengusap pipinya, tujuan dia nak jumpa jungkook tu bukan apa, dia cuma nak minta maaf dekat jungkook. iyela, lepas dia pukul je lengan jungkook tu, tak bercakap budak tu jadinya. tadi pun, bunyi jer loceng, berdesup keluar kelas. langsung tak nak pandang pun muka aku ni.
" dia dekat library " jawab jinyoung sepatah.
" thank you weh, thank you " yeo mi terus berlari menyusuri koridor kelas. habis semua pelajar yang sedang lalu lalang tu dilanggarnya. gelojohnya ya ampun!
sekarang, aku sedang berdiri didepan pintu library, aku menghela nafas sebelum pintu library aku kuak pelan. sunyi jer, tak ada orang pun aku tengok. ish, mesti jinyoung tipu aku ni. ketika aku hendak keluar tu, terdengar kerusi besi ditarik.
serentak itu, aku menoleh semula ke dalam library, masih tak ada orang. dengan perasaan yang ingin tahu tu, aku terus berjalan menyusuri rak- rak buku.
" tch, ganas "
aku menangkap suara seorang lelaki sedang memprotes. sah, itu memang jungkook. aku mengintip- ngintip disebalik rak buku. ya, jungkook sedang duduk bersila diatas lantai sambil melihat lengannya yang merah kesan dari pukulanku tadi. dahinya berkerut. mianhae, jungkook-ya.
" awak.. " jungkook mendongak memandangku, dahinya berkerut. pelik mungkin.
" kau nak apa lagi? kalau kau datang nak pukul lengan aku lagi, baik tak payah datang. ak-- "
" saya minta maaf " potongku, jungkook menjongketkan keningnya.
" semudah tu? " soalnya
" em " aku berlutut didepannya, lengannya aku perati. merah weh.
" sakit tak? " soalku
" tak, tak sakit. rasa best sangat " jungkook menjeling aku. marah bebenor dia.
" sorrylah " aku menarik lengannya pelan, banana uyu yang baru ku beli di kantin itu masih sejuk, jadi aku letakkan di lengannya. tika itu, aku dapat rasakan yang jungkook sedang tenung wajah aku.
" dah rasa oke tak? " soalnya
" ehem em, y-ya " jungkook menggosok belakang lehernya.
" nah, banana uyu. kalau macam tu saya pergi dululah " ketika yeo mi hendak berdiri, jungkook menarik lengannya kuat hingga dia jatuh terduduk di atas lantai disamping jungkook. nasib baik tak terselak skirt, kalau tak, apalah reaksi lelaki tu.
" temankan aku " ucapnya
" o-okelah " yeo mi menjawab. jungkook mencucuk straw kecil dan menyedut banana uyu pemberian yeo mi. hanya suasana hening yang menemani mereka.
heyyo.
1483 words.
kira pencapaianlah jugak kan? tapi kadang aku pelik, bila cikgu minta buat karangan yang seribu lebih patah perkataan tu tak mampu lak. yang ni mampu. hampeh. haa ni, kenapa silent ni?
[Thank you for reading. Do vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro