pt.21📚
°°°
" cikgu kenal ke nurse yang tadi tu? " soal yeo mi, taehyung memandang sekilas ke yeo mi. suasana hening didalam kereta tadi terus mati akibat dari soalan yang yeo mi.
" kenapa kamu tanya? " taehyung bertanya, soalan dijawab dengan soalan, memang suka ler cikgu tu.
" tak, sa- saya cuma tanya jer " yeo mi menjawab, dia membuang pandang ke keluar tingkap. jam di dashboard dia pandang dari ekor mata.
8:37 p.m.
hmp, confirm bangun lambat lagi nanti. ahh matilah! homework, presentation! mana nak simpan weh? tak siap lagi benda tu, haram jadah dia tak buat lagi. aiguu
ahh lagi satu, banyak extra class yang dia tinggalkan, math, add-math, bi, bio? haa apa lagi? yeo mi mengeluh pelan. masuk kelas je nanti confirm tekanan terus.
" aih " tanpa sedar aku mengeluh hingga terdengar di telinga taehyung.
lelaki itu menoleh kearahku, fokus terhadap pemanduannya sedikit terganggu.
" yeo mi ada apa- apa masalah ke dengan nurse yang tadi? " soalnya, taehyung memulas stereng kereta.
" hah? " yeo mi mengerutkan dahinya, masalah apa pulak ni eii
" awak ada masalah ke dengan nurse yeon tu? dia ada cari pasal dengan awak ke sepanjang saya tak ada dekat samping awak ke? " soalnya lagi. dia memberhentikan keretanya apabila lampu bertukar merah.
" eh taklah cikgu. manada, heheh " aku tersengih, rambutku aku perbetulkan. bukan apa, kekok bila ditenung oleh cikgu taehyung. renungan matanya mempunyai banyak makna yang sukar untuk aku tafsirkan. sungguh dalam dan, sesuatu yang jarang aku lihat di mata orang lain.
" hmm.. "
aku membulatkan mataku apabila cikgu taehyung mendekatkan tubuhnya dengan ku. leherku diraihnya pelan, hingga aku bertatapan dengannya. ahh dah kenapa dengan cikgu ni? jantungku berdegup kencang. tidak seperti selalu, tapi hanya setiap kali apabila aku bersama dengan cikgu taehyung.
" betul ke ni? " soalnya, nada suaranya mendalam, sungguh. his deep voice make me feel like, ugh! aku hanya terkebil- kebil diperlakukan sebegitu.
" ya- ya " jawabku gugup, hanya itu yang mampu aku ucapkan. hendak cakap lebih- lebih, bibirnya terasa kaku pulak.
taehyung hanya diam, tatapan matanya jatuh ke bibir mungil yeo mi. bibir merah itu terlihat menggoda. haih
beberapa detik kemudian taehyung melepaskan pegangannya terhadap leher yeo mi. dia memulakan pemanduan apabila lampu bertukar ke hijau.
" eh, ini bukan jalan ke rumah kita ni cikgu " kata yeo mi sebaik taehyung memulas stereng kereta ke suatu jalan, membelok ke kiri.
" ya saya tau " jawab taehyung, dia memandang ke yeo mi sekilas.
" kita pergi beli barang kejap, barang basah dah habis dekat rumah tu " ujarnya, yeo mi hanya terkebil- kebil.
" tapi, bukan dah beli ke? saya rasa barang yang kita beli hari tu tak habis lagi " ucap yeo mi lembut, bukan apa, dia tak suka tengok orang berbazir. tak salah kan kalau dia menegur?
" ya, sebenarnya saya nak cari bahan untuk buat hot chocolate, sepanjang dua- tiga hari ni saya tak dapat tidur la, sebab tak minum hot chocolate tu. selalunya eomma yang tolong buatkan sebab saya selalu singgah rumah eomma. erk, awak pandai buat hot chocolate kan? " katanya, yeo mi hanya mengangguk.
" baguslah, sambil- sambil kita beli barang, kita singgah pergi makan kejap. saya tak makan lagi ni, awak pun tak makan lagi kan? " yeo mi mengangguk lagi, taehyung mengukirkan senyuman manis. senyuman kotak. handsome, auch.
°°°
aku hanya membututi cikgu taehyung, dia ke kiri, aku ke kiri, dia ke kanan, aku ke kanan bak kata erti lain kemana dia pergi aku akan ikut.
" yeo mi " panggilnya sambil menoleh ke kiri dan ke kanannya. pelik kali aku tidak berdiri di sampingnya.
" ada apa cikgu? " soalku di belakangnya. cikgu taehyung yang sedang memegang troli itu berpaling kearahku.
" mati- mati saya ingat kamu hilang tadi, haih. mari sini, jangan jalan di belakang saya, nanti saya tak nampak kamu " ujarnya seraya menarikku mendekat dengannya. lenganku dia pegang sambil satu lagi tangannya menolak troli.
aku hanya membisu. sebenarnya, motif aku jalan dibelakang dia tadi tu sebab err, iyela cikgu-- eh suami aku ni dahla kacak. tadipun time masuk je dalam kedai ni sales girl yang tolong dia ambikkan troli, tolong hulurkan sayur. sampai ke tahap aku dijelingnya apabila dorang perasan yang aku ni asyik ikut cikgu taehyung.
sempat jugak aku menangkap kata- kata sinis dari mereka antaranya
" eih menyibuk je perempuan kat belakang tu " ini aku boleh terima lagi, tapi ada yang cakap sampai berdesing telinga aku mendengarnya.
" adik ke? kalau adik takkan muka tak sama? hodoh bebenor gamaknya " ingin je aku tampar perempuan tu dengan ikan yang aku tengah pegang masa tu. biar sedar sikit. tapi aku tahan jer, maklumlah sedar diri jugaklah, muka macam sarang tebuan ni kalau dibandingkan sarang tebuan lagi lawa kot. manis- manis rasanya. aku? pahit- pahit rasanya. em
" yeo mi " aku tersentak, suara cikgu taehyung benar- benar mematikan lamunan ku.
" ke- kenapa cikgu? " soalku, taehyung menggeleng- gelengkan kepalanya.
" awak tengah mengelamun ke? saya panggil awak dari tadi awak tak dengar. padahal jarak kita hanya beberapa inci jer, bukan bermeter, awak khayal pasal apa? " soalnya, lenganku masih berada di dalam genggamannya sambil lelaki itu sedang ralit memilih sayur yang diletakkan di situ.
" saya-- err " aku menggigit bawah bibirku, cashier yang bertugas menjaga tempat timbang itu juga sedang mencerlung memandangku. eii aku isteri dia lah!
" kenapa? " taehyung bertanya lagi, matanya lansung tidak lepas dari memilih pelbagai jenis sayur- sayuran disitu. hijau jer, best kot untuk dilihat.
" saya tak selesalah " ucapku, aku mengusap pipiku, cikgu taehyung menoleh kearahku.
" tak selesa? sebab apa? "
" iyela, tengok tu. mereka tengok saya macam nak bunuh saya jer. eii seramlah cikgu " aduku, cikgu taehyung tersenyum.
" saya tau, yalah. manusia kan? mereka pun ada sifat cemburu, normal, terutamanya bagi wanita. mereka tu cemburu buta. awak tak cemburu ke kalau saya asyik di usya oleh mereka tu? terutamanya pelajar perempuan dekat sekolah kita tu. banyak kiriman hadiah dan bunga yang berlambak dekat meja saya tiap- tiap hari, semua tu pelajar perempuan yang buat. awak tak cemburu? saya suami awak tau " cikgu taehyung menjongketkan keningnya.
aku hanya mengetap bibir, cemburu tu mungkin. tapi err, cikgu taehyung ni, sukar untuk diduga.
" ataupun kamu salah seorang dari pelajar yang hantar bunga dan hadiah tu? " duganya, keningnya dijongket bagi mendapatkan kepastian.
" ma- manada " jawabku, eii gilakah nak bagi bunga? dahlah aku alah pada bunga. hadiah? appa pun jarang nak bagi hadiah ni pulak nak bagi hadiah dekat cikgu taehyung. duit dapat dari mana? celah punggung? eii
bruk!
aku terdorong ke depan, cikgu taehyung terus memeluk pinggang ku bagi mengelakkan aku jatuh menyembam lantai.
" sorry, i tak nampak you tadi " ucap seorang wanita, aku menoleh, ingin terkeluar bola mataku apabila melihat cara pemakaian wanita tersebut.
dress ketat dengan bling- bling yang-- ya ampun! tak cukup kain. aku memandangnya atas bawah, are sure gurl? dress ketat? dalam cuaca sejuk yang macam haram ni? nak mati beku ke apa?
" ya, tak apa " jawab cikgu taehyung, matanya tidak lepas memandang batang tubuh wanita tersebut. ni lagi satu, aish
" jangan tengok " bisikku, terdengar cikgu taehyung tergelak kecil sebelum tangannya yang tadi terletak di lenganku jatuh ke tapak tanganku, jari- jermarinya bertaut dengan jari- jemariku.
" jangan risau, dia bukan taste saya " katanya sebelum menarikku ke tempat lain. bukan tempat yang lain cuma, sudut yang lain.
" kenapa tak nak bagi saya tengok? jealous eh? " cikgu taehyung berkata setelah sampai di bahagian minuman dan cookies.
" merepek je "
" merepek? mana perempuan tadi tu? saya nak-- "
" ish cikgu! " aku memukul pelan lengannya. suka sangat nak menggatal. tengok aku ni sudahlah. halal dah, nak tengok yang haram tu dah kenapa? eii
cikgu taehyung tergelak besar.
" alololo, jealous eh? " soalnya, aku mencebik.
" okelah, saya tengok kamu jer, saya janji tak tengok orang lain. em, eomma boleh? " soalnya berhasil membuatkan aku tergelak. ee mengada.
" cikgu.. " aku menarik lengan bajunya pelan.
" apadia? "
" nak banana uyu, ta- tapi.. " aku menunduk, malu nak cakap sebenarnya.
" tak sampai? " aku mengangguk. sekali lagi cikgu taehyung tergelak, hisy. suka sangat nak ketawakan orang.
aku ingin melangkah pergi, tapi tangannya kuat memegang tanganku. oh, aku lupa. cikgu masih pegang tangan.
" saya ambikkan, janganla marajuk " katanya sambil mengambil banana uyu yang berada diatas rak yang paling atas tersebut.
~~~
kejap gaduh kejap mesra, itu- itu je jalan cerita dia mungkin. HAHAHAH tak lah, nanti saiya usahakan update banyak- banyak awok pun tolonglah hargai dengan vote. muah 😚❤
[Thank you for reading. Do vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro