pt.20📚
°°°
setelah diberi suntikan untuk kali ke ketiga. heol, yeo mi terus tertidur pulas. asyik kena suntik je, sakitlah.
" eung.. " yeo mi menggeliat kecil, tetapi terasa ada sesuatu yang membataskan pergerakannya untuk seketika. yeo mi mencelikkan matanya perlahan- lahan.
apa yang dilihatnya benar- benar mengejutkan, taehyung. taehyung sedang tidur disampingnya, diatas katil sambil tangannya berada di pinggangku. wtf?!
" cikgu-- "
" syhh, jangan bising. saya nak tidur kejap. " bisik taehyung ditelinga yeo mi. terdiam gadis itu jadinya.
" cikgu.. " yeo mi bergerak sedikit, ingin menjarakkan dirinya dengan taehyung. tidak selesa dengan kedudukan mereka sekarang.
" cuba duduk diam- diam " arah taehyung, pinggang ramping yeo mi ditarik agar mendekatinya, bibir mungil yeo mi dia kecup bagi mengelak dari mendengar suara protes gadis itu.
yeo mi bungkam dengan apa yang dibuat oleh taehyung terhadapnya.
beberapa detik kemudian, taehyung melepaskan tautan. mata mereka bertatapan seketika.
" saya nak tidur kejap. please, biarkan dalam kedudukan macam ni sementara, saya nak peluk awak " bisiknya lembut, pinggang yeo mi dipeluknya lagi. suka benar dia.
yeo mi hanya kaku diperlakukan seperti itu, taehyung menarik selimut hingga ke paras dada. keadaannya masih sama, berhadapan dan hening.
" sejam je, lepastu kita balik " katanya bagi memberi kepastian ke yeo mi yang hanya terkaku dipelukannya.
" o-oke " jawab yeo mi dan menunduk. mengelak untuk bertatapan dengan taehyung dalam keadaan mereka seperti ini. sudahlah tadi taehyung memarahinya sebab keluar dengan doktor lelaki yang bernama hwang min hyun itu. tapi sekarang, dia pulak yang jadi bantal peluk. aih
" tadi saya jumpa masa lalu saya... " bisik taehyung lagi, matanya masih terpejam.
" hah, masa lalu? apa maksud cikgu? " dahi yeo mi berkerut seribu, masa lalu? boleh ditemukan ke masa lalu tu? atau cikgunya ini boleh menggembara dengan mesin masa?
" cinta " jawab taehyung sepatah.
yeo mi makin tidak mengerti, apa yang cuba untuk disampaikan oleh cikgunya ini?
" saya tak fahamlah cikgu " ujar yeo mi. taehyung mencelikkan matanya. lelaki itu mengeluh pelan. yeo mi takkan faham apa- apa kalau diceritakan kepadanya.
" tak ada apa- apalah " taehyung memejamkan matanya, tidak ingin meneruskan ceritanya.
" tapi cikgu-- "
" syyh! kamu ni, boleh diam sikit tak? atau kamu nak saya kiss kamu lagi? saya boleh je, tapi bukan setakat kiss, malam pertama jadinya nanti " celah taehyung dan membuatkan gadis itu terdiam. wajahnya merona merah. fak!
" tau takut "
yeo mi hanya menunduk. bukan takut apa, cuma patuh pada arahan, maklumlah suami. siapa yang tak hormat suami.
terasa hembusan nafas hangat kim taehyung dipipinya, sudah lena mungkin lelaki itu. yeo mi mengambil peluang ini untuk meneliti wajah cikgunya itu. kacak gais.
entah kenapa, hatinya berdegup kencang, dalam keadaan seperti ini, berpelukan dengan suami sendiri. wae yeo mi? wae?
bibir pucat taehyung dipandangnya. automatik wajahnya merona merah semula. bibir itu yang mencium bibirnya, bibir itu yang mengecup dahinya dan bibir itu juga yang telah mengucapkan janji didepan paderi semasa hari perkahwinan, janjinya sebagai seorang suami.
" done checking me out? "
yeo mi tersentak, tak! bagaimana cikgu boleh tersedar pulak ni? taehyung mencelikkan matanya, memandangku dengan satu renungan yang penuh makna.
" a-ani " jawabku gugup.
" ani? really? are you sure about this " taehyung memegang tanganku yang entah sejak bila aku letakkan di pipinya itu. darah merah terus menyerbu ke segenap wajahku. malu!
" maafkan saya " yeo mi menarik tangannya, tapi dengan gerakan lebih pantas, taehyung menarik tangan gadis itu ke pipinya semula.
" tak apa, sentuhlah saya, peganglah saya, buatlah apa saja. saya tak kisah, cause i'm yours " bisik taehyung lembut, penuh dengan nada suara yang menggoda.
yeo mi kaku seketika. ahh kau tak patut mulakan semua ni yeo mi.
" ani, cik-cikgu tidurlah balik, saya janji saya tak kacau lagi " ujar yeo mi.
taehyung menjongketkan keningnya, pelukan di pinggang ramping yeo mi dia eratkan lagi. aihh ni yang tak suka ni.
" tell me, macam mana saya nak tidur kalau awak asyik tenung wajah saya? kacak sangat ke suami awak ni, hmp? " soalnya, wajahku memerah lagi. ahh takkan cikgu tak nampak muka sendiri ke? sudah tentulah kacak!
" ta-tak-- "
" tak? maknanya saya ni tak kacak? lelaki depan awak ni tak kacak? suami awak ni tak kacak? begitu? " soal taehyung bertubi- tubi.
" tak! cikgu tak-- "
" tak? "
taehyung memusingkan tubuhnya hingga posisi dia sekarang berada diatas tubuh yeo mi. terjerit yeo mi jadinya.
" cakap sekali lagi, suami awak ni tak kacak? " soal taehyung sekali lagi.
" cikgu.. "
yeo mi menahan dada taehyung, sukar untuk dia tafsirkan perasaannya tika ini. cuak saja mukanya bila cikgunya itu tetiba bertindak sedemikian rupa.
" cakap sekali lagi, saya tak kacak ke? " taehyung mendekatkan wajahnya ke leher yeo mi. berdebar- debar gadis itu jadinya.
" cik-cikgu i-ini hospital " yeo mi memandang taehyung dengan nada suara separuh merayu. takut. dia tidak biasa lagi dengan semua ini. hati kecilnya menjerit.
yeo mi memejamkan matanya. dia tak patut hadapi ini, cikgunya bertindak luar kawalan.
terdengar suara halus menyapa halwa telinganya. yeo mi mencelikkan matanya, taehyung yang masih berada diatasnya. lelaki itu sedang tergelak kecil melihat telatah isterinya.
" apalah awak ni, saya usik sikit je, itupun nak nangis " kata lelaki itu, yeo mi hanya membisu.
" maafkan saya " taehyung mengecup dahi yeo mi lembut dan penuh kasih sayang.
" sekali lagi maafkan saya " ucapnya sekali lagi, kali ini hidung yeo mi dikecupnya. taehyung memandang yeo mi, wajah itu kelihatan resah dan takut. tersentuh hatinya apabila melihat yeo mi yang seperti ingin menangis itu, hatinya terdetak dia tak patut mulakan ini semua.
salahnya juga sebab gatal nak usik isterinya itu sampai ke tahap macam tu sekali. eii tak terfikir pulak yang yeo mi akan memberi reaksi seperti itu.
taehyung berganjak ke tepi, berbaring ditempat asalnya semula.
" sorry " ucap taehyung sekali lagi. yeo mi hanya mendiamkan diri. masih syok dengan apa yang berlaku.
°°°
" tak ada apa- apa yang tinggal ke? " soal taehyung, beg bimbit yang berisi pakaian baju yeo mi itu dia angkat. ringan je rasanya. well, yeo mi ni bukan jenis yang suka bawa banyak barang. just yang penting- penting jer.
" rasanya tak adalah cikgu " jawab yeo mi. gadis itu memperbetulkan sweater hitamnya. taehyung hanya memerhati, bajunya dengan baju yeo mi sama jer, sweater dan bewarna hitam. biar ahh biar nampak yang mereka ni match. ciahh
" okeylah, jom " taehyung melangkah keluar dari wad tersebut diikuti dengan yeo mi.
dalam kami berjalan nak ke kaunter untuk settlekan bil hospital, aku perasan jugak yang banyak mata yang mencerlung kearahku. ada jugak yang gedik nak tegur cikgu taehyung. taulah hot, eih.
" eh, dah nak balik dah ke? " soal seorang nurse, bername tag yeon itu sambil tersipu- sipu malu.
" ahh ya, dah nak balik dah ni. thanks sebab jagakan isteri saya ni " jawab taehyung. lelaki itu memandangku melalui ekor matanya. nurse yeon membuang pandang kearahku, renungan matanya tajam hingga menyentapkan hatiku. memberi makna seperti ' kau tak layak untuk lelaki seperti dia '.
yeo mi hanya menelan air liur, pahit. ya, dia tau dia siapa, dan rasanya yeo mi tak layak untuk memegang status sebagai seorang isteri kepada cikgu taehyung.
" maklumlah, isteri saya ni banyak ragam orangnya. manja pun ada jugak. tapi bila dia manja tu, manja dengan saya je yang banyak sangat, kan? " taehyung memegang tangan yeo mi, jari- jemari yeo mi yang kecil itu bertaut dengan jari- jemari taehyung. sekali sekala dia menghayun- hayunkan tangan mereka itu ke depan dan ke belakang.
" ouh, baguslah. saya doakan kamu berdua bahagia selamanya "
nurse tersebut tersenyum kelat kearah kami berdua sebelum melangkah pergi. aku lihat cikgu taehyung hanya tersengih, pengangannya terhadap tanganku dieratkan lagi.
" jom kita balik. duduk sini lelama buat saya naik rimas " ajak taehyung dan menarik yeo mi mengikutinya.
~~~
maafkan saya sebab jadikan ji soo tu sebagai orang ketiga tapi saya janji saya takkan jadikan dia jahat. just, jahat sikit- sikit jer. MUAHAHAH.
[Thank you for reading. Do vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro