Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

pt.19📚

°°°

taehyung memakirkan keretanya di tempat letak kereta. sebaik saja dia sampai di rumah tadi, terus saja lelaki itu mandi dan bergegas ke sekolah. ada meeting penting kata yoongi.

taehyung berlari- lari anak masuk kedalam bangunan bercat putih tersebut. beg galas hitamnya dia sikutkan ke bahu.

brak!

automatik semua mata yang sedang berada didalam bilik mesyuarat tersebut memandang kearahnya.

" baru sampai? flight pukul berapa? " soal yoongi sebaik taehyung melabuhkan punggung disampingnya.

" sorilah, aku ada emergency tadi " jawab taehyung. pengetua yang sedang duduk di kerusi utama itu hanya menggelengkan- gelengkan kepalanya.

" saya sebenarnya panggil kamu semua kesini ni adalah untuk mengadakan meeting penting. budak last year tahun ni perlu ditekankan untuk fokus belajar oleh kerana ranking mereka menurun sangat tahun ini.

saya rasa mereka terlalu tertekan sebab extra clasa yang sudah ditetapkan tu diadakan pada tiap hari. so, tak ada masa untuk mereka luangkan dengan aktivi yang lain.

jadi saya suggest yang extra class hanya akan diadakan pada setiap hari- hari penting. itu akan saya bincangkan lagi dengan ketua panitia yang lain. " ucap pengetua panjang lebar.

guru- guru yang lain hanya mengangguk- angguk kepala mereka. setuju dengan cadangan pengetua tersebut.

" tapi kalau kamu semua ada usul yang lain, kamu boleh je cakap sekarang. tak payah cakap belakang. saya tak suka " perli pengetua dan guru- guru wanita yang lain hanya tersengih- sengih sesama sendiri.

" dan lagi satu, saya jugak nak perkenalkan seorang guru yang baru dipindahkan ke sini, dia dari busan. perkenalkan " pengetua memandang ke figura seorang wanita berbaju coklat itu. automatik jantungku berhenti untuk berdetak buat seketika.

" annyeonghaseyo, choneun kim jisoo imnida. boleh panggil saya jisoo, jichu or anything else. saya dari busan dan selamat berkenalan " ucap gadis tersebut. dia tersenyum manis. taehyung menelan air liurnya, kelat.

" terima kasih jisoo, kamu boleh duduk " arah pengetua, jisoo mengambil tempat di tempat duduknya semula. taehyung masih tidak melepaskan pandangannya. tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

mata mereka tiba- tiba bertemu, gadis itu tersenyum manis, taehyung sudah tidak tentu arah, ingin saja dia lenyapkan dirinya kalau boleh sekarang.

taehyung menunduk, memorinya dengan gadis itu berputar kembali, luka dihatinya berdarah kembali. ahh, shit.

taehyung menghidu bunga mawar yang dipegangnya itu. wanginya ya ampun!

hatinya berbunga riang. lelaki itu mengatur langkah ke arah loker yang tertera nama Kim Ji Soo, tunangnya itu.

loker tersebut dibuka, melebar senyuman lelaki itu apabila terdapat banyak sticky note yang dilekatnya untuk gadis itu.

sekali lagi taehyung mengambil peluang untuk menghidu bauan harum dari bunga tersebut sebelum disimpan kedalam loker dan ditutup rapat.

" eh arin, awak ada nampak ji soo tak? " soal taehyung, menegur arin, kawan sekelas ji soo yang berambut bangs itu. manis orangnya.

" ha? bukan dia pergi dengan awak ke tadi? saya langsung tak nampak batang hidung dia lepas dia cakap nak keluar dengan awak tadi, tae " jawab arin, dia menunduk untuk memungut kertas- kertas oppoimentnya yang jatuh berterabur diatas lantai.

" eh? saya tak ada janji temu dengan dia langsung hari ni " kening lelaki itu bertaut. arin mengangkat bahu tanda tidak tau.

" tapi saya nampak dia keluar dengan lelaki tadi, mati- mati saya ingat yang lelaki tu awak " jawapan dari arin itu sudah membuatkan tangkai hati taehyung tersentak.

tak, tunggu dulu. jangan buat andaian yang bukan- bukan dahulu tae.

" tapi mungkin itu abang dia atau mungkin sepupu, tapi jujur saya cakap, saya tak kenal dia. baik awak pergi cari dia sebelum benda tak baik berlaku tae " arin memberikan cadangan sambil memperbetulkan rambutnya yang kusut itu.

" saya pergi dululah arin. thanks for the information " ucap taehyung. laju saja kakinya mengorak langkah ke tempat yang sepatutnya.

lelaki itu berlegar- legar saja sejak dari tadi didalam kampus itu. hatinya mulai tidak sedap.

" saya tak sangka awak sanggup datang sini semata- mata nak saya jawab lamaran awak, hao dong " satu suara halus itu benar- benar menghentikan langkah kakinya.

" saya tak harapkan jawapan dari awak sekarang, tapi saya hanya nak kepastian je. tak boleh ke kalau awak terima je saya? saya ada semuanya. awak tak bosan ke dengan taehyung? lelaki tu, saya tak tau dia sayang awak atau tak sebab dia yang minta tangguhkan perkahwinan ni sampai 3 tahun. awak tak rasa sangsi ke? " ucap satu suara yang amat dikenalinya.

dengan langkah longlai dan lutut yang menggeletar taehyung mengatur langkah ke arah suara tersebut.

" saya bosan. rasa cinta saya dekat dia pun mulai menipis, saya perlukan kasih sayang. tapi dia asyik sibuk dengan oppoiment je. saya tak sukalah " adu jisoo, lengan ma hao dong di peluk gadis itu.

makin menjadi- jadi sakit yang dirasakan oleh taehyung. lelaki yang sedang berdiri disebalik tembok itu terpaksa berpaut pada dinding kerana badannya mulai hilang keseimbangan.

" saya rasa saya yang patut mulakan langkah dulu " jisoo memandang wajah hao dong yang redup itu. nyaman mata gadis itu dijadinya.

" ya, saya patut tinggalkan dia. saya terima awak, hao dong " sebaik saja ayat itu diucapkan oleh gadis yang sangat dipercayainya, hati lelaki itu bagai direntap. jantungnya kalau boleh gugur saja sekarang. sakit, sakit dan sakit.

untuk sektika, walaupun dia rasa dia tidak patut untuk melihat dua manusia tersebut, digagahkan juga dirinya. tapi sebaik saja kepalanya dijengukkan, hatinya yang sedia sakit menjadi lebih sakit apabila terlihat yang jisoo sedang bercumbu dengan hao dong, teman baiknya.

shet!

lelaki itu membawa hati dan harapannya yang telah hancur itu pergi meninggalkan tempat mereka. sakit yang dirasakan tidak diperdulikan lagi. dia perlu pulang, perlu pulihkan hatinya yang rapuh itu.

titt! titt!

dalam pandangan mata yang kabur dan sisa tangis yang masih berbaki, phonenya yang bergetar diatas meja dia capai.

LAFEU ❤

makin sakit hati lelaki itu jadinya. tangannya menggeletar ketika hendak menggesel butang hijau.

" tae.. awak okey? " soal gadis itu di corong talian. lembut dan gemersik saja ditelinganya.

awak rasa saya okey ke ji soo?

" y-ya " jawab taehyung, dia tau sebab apa gadis itu menelefonnya. agenda tersendiri.

walaupun saya tau yang awak takkan selamanya akan jadi milik saya.

" arin ada cakap tadi, yang awak datang cari saya, ada apa ya? saya sibuk tadi, ada hal mustahak. maafkan saya tae " terang ji soo.

tapi saya tetap pertahankan dengan bertunang dengan awak.

" ya, saya tau " taehyung membalas, air mata yang masih mengalir dia seka.

saya nak kahwin dengan awak ji soo, bukan lama lagi perkahwinan tu, just 3 tahun dan lepas tu kita akan mengecap bahagia.

" tae, saya nak cakap sesuatu ni. maafkan saya kalau saya ada lukakan hati awak tae. saya tak bermaksud, awak tau kan yang saya sayang awak? "

taehyung tersenyum hambar. sayang, pala bana.

tapi saya tau, manusia hanya merancang, yang tentukan segalanya adalah tuhan. awak bukan milik saya, ji soo.

" saya.. nak kita putus tae " luah ji soo.

awak tak rasa ke apa yang saya rasa ji soo? awak ingat tak sakit?

" sa- saya-- "

" jangan cari saya lagi tae. jangan cuba call saya, maafkan saya. saya akan bagitau keluarga kita pasal ni. sekali lagi maafkan saya, kim taehyung "

tittttt!

serentak itu talian dimatikan, menangis meraung pun kau tae, ji soo takkan tarik kata- kata dia semula. dia dah nekad.

pak!

taehyung yang sedang duduk diatas kerusi itu terus jatuh terkakang diatas lantai. mak aih, aku mengelamun rupanya.

" kau ni, berabis aku teriak nama kau macam nak hilang anak tekak ni kau buat derk je? kurang asam punya taehyung " marah yoongi.

" hah? " taehyung terpinga- pinga, sungguhnya dia tidak sedar apa- apa ketika sibuk melayan perasaan sendiri.

" kau kenapa? sakit? " namjoon meletakkan telapak tangannya di dahi taehyung. lelaki itu menepis tangan namjoon pelan. tak nak dipegang.

" bukanla " jawab taehyung.

" hek eleh, sombong. by the way, kenapa lambat tadi? jalan jammed ke? rasanya taklah " namjoon bertanya manakala yoongi hanya memasang telinga.

" ouh, yang tadi tu. aku temankan yeo mi semalam, kat hospital " jawapan taehyung berhasil membuatkan kedua manusia tersebut tersengih- sengih.

" honeymoon dekat hospital ke bang? " namjoon menjongketkan keningnya. eii ada jugak yang makan kaki ni nanti. taehyung menjegilkan matanya.

" so, yeo mi macam mana? pelajar kesayangan aku tu bila keluar hospital? " ujar yoongi dan meneguk susu putihnya.

" hari ni " taehyung memperbetulkan baju kemejanya, kemudian dia mengorak langkah ke bilik guru. ada laporan yang perlu dibuatnya.

~~~

orang ketiga dah maree!


[Thank you for reading. Do vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro