Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

pt.17📚

°°°

taehyung memakirkan keretanya kedalam tempat letak kereta. kelihatan para pelajar sudah berpusu- pusu keluar dari kelas masing- masing. lelaki itu melirik ke jam di dashboard.

9:47 a.m.

jam sedang menandakan waktu rehat bagi para pelajar. lelaki itu mencapai beg galas hitamnya, dia menarik nafas sebelum menghembusnya kembali.

pintu kereta dibuka, taehyung keluar dari perut kereta dengan pelan.

" selamat pagi, cikgu " sapa seorang pelajar seraya menunduk. taehyung hanya tersenyum.

langkah kakinya dia atur ke bilik guru, pintu bilik dikuak dan serentak itu terselahla wajah yoongi dan namjoon disana. bala has caught me.

kelihatan kening kedua lelaki itu terangkat.

" baru sampai? " soal yoongi, lelaki itu berpeluk tubuh. taehyung tersengih, dia menggosok belakang lehernya.

" explain that " ucap yoongi, kening taehyung terangkat.

" explain? apa? " taehyung blur manakal yoongi sudah mencerlung memandangnya.

" oke, oke. aku explain. " taehyung mengeluh pelan, beg galasnya dia letakkan diatas meja.

taehyung menarik kerusi dan duduk diikuti oleh namjoon dan yoongi.

" sebenarnya, aku.. err.. dah--"

bak!

yoongi menepuk meja dengan kedua tapak tangannya, terkejut dua manusia tu.

" isteri siapa yang kau maksudkan tadi hah? " yoongi bertanya, suaranya lantang. tidak sabar ingin mendengar jawapan dari taehyung.

taehyung terkebil- kebil manakala namjoon sudah mengurut dada.

" rilek bro, duduk ahh " namjoon menarik lengan yoongi untuk duduk dan hanya diturutkan oleh yoongi. dia berpeluk tubuh.

" sebenarnya, aku dah kahwin " jawapan taehyung membuatkan kedua lelaki itu membulatkan matanya.

" bila? " soal yoongi.

" dua minggu lepas " jawab taehyung dan memainkan hujung baju kemejanya.

" sampai hati, kahwin tak jemput " celah namjoon dengan nada suara berjauh hati.

" kenapa tak bagitau kami? " yoongi bertanya lagi.

" aku minta maaf, perkahwinan tu rushing sangat masa tu. sorry gais " taehyung memohon maaf seraya menggosok telapak tangannya.

" takpelah, benda dah jadi. so, siapa yang jadi 'tulang rusuk' kau ni? " namjoon bertanya, cerita nampak menarik.

" korang semua pasti terkejut, isteri aku seseorang yang korang kenal jugak " jawab taehyung, dia mengeluh lega. lega kerana tidak di smackdown oleh yoongi.

" siapa weh? " namjoon menyoal, sungguhnya dia tidak sabar untuk mendengar siapa yang bertuah menjadi isteri taehyung.

" yeo mi, min yeo mi " jawab taehyung. yoongi dan namjoon sudah terlopong.

" what the fish "

°°°

yeo mi mencelikkan matanya pelan, lampu yang terang benderang itu menyakitkan matanya.

" ugh " gadis itu mengerang pelan apabila terasa sesuatu yang menyucuk- nyucuk di atas telapak tangannya. sakit.

pandangan matanya dia alihkan ke tangannya, tiub yang disambungkan dengan paket berisi air itu berhasil membuatkan dia berdecit ngeri. yang dia rasakan sekarang hanyalah sakit ditangan dan kepalanya yang masih berdenyut- denyut.

cklek!

yeo mi mengalihkan pandangannya ke pintu wad yang baru ditolak dari luar.

seorang lelaki berkot putih dengan name tag Hwang Min Hyun itu menyapa pandangan matanya.

lelaki itu tersenyum manis sambil kakinya menghampiri katil yang menempatkan yeo mi.

" hai, adik cantik. dah rasa oke? " soalnya dan berhasil membuatkan kerutan di dahi yeo mi.

" erk, saya o-oke " jawab yeo mi, doktor hwang tersenyum simpul. comel.

" saya doktor hwang, saya yang ditugaskan untuk merawat awak. " doktor hwang melabuhkan punggungnya di atas kerusi. wajah yeo mi dia pandang lama.

" err tae-taehyung ada? " soal yeo mi dan giliran doktor hwang pula yang berkerut seribu.

" taehyung? siapa tu? abang awak eh? " duganya.

" bukan, dia suami saya. " yeo menjawab seraya memperbetulkan duduknya.

" oh, suami rupanya. " doktor hwang mengangguk- anggukan kepalanya. dia menulis sesuatu dia atas paper yang dikepit dengan paper clip itu.

" dia balik kejap tadi. macam mana pulak boleh jadi suami awak? muda lagi kamu ni " ujar doktor hwang, dia membelek pek yang berisi air yang tinggal separuh itu.

yeo mi hanya mendiamkan diri apabila disoal begitu. sesungguhnya dia masih berasa pening. kepalanya masih berdenyut- denyut. ahh pedulilah.

" saya akan datang untuk cek keadaan awak lagi nanti, kalau tak ada apa- apa halangan, mungkin esok awak dah boleh cek out " ucap doktor hwang seraya mengukirkan senyuman. angelic smile. tapi yeo mi tidak boleh menafsir apa- apa sekarang, otaknya tidak berfungsi. gadis itu hanya ingin berbaring dan tidur lagi.

°°°

yeo mi mencelikkan matanya, tadi sebaik saja doktor hwang keluar, dia sudah tertidur semula. aiguu, kalau eomma nampak ni, mesti dia marah.

clek!

yeo mi memandang ke pintu wad, muncul taehyung dengan plastik makanan ditangannya.

" eh yeo mi " sedar bahawa isterinya sudah bangun, cepat- cepat dia melangkah mendekati katil gadis itu. plastik makanan dia letak diatas meja kecil di samping katil yeo mi.

" yeo mi oke? " soalnya sambil kedua tangannya diletakkan diatas bahu yeo mi.

air mata yeo mi kelihatan bertakung di tubir matanya. entah kenapa, dia rindukan cikgu taehyung.

" yeo mi, ma- maafkan saya. sakit sangat ke tempat saya pegang tu? saya tak sengaja, yeo mi.. "

" cikgu.. " yeo mi mendongak untuk memandang taehyung, lelaki itu terdiam. sesungguhnya dia tidak berniat langsung untuk menyakiti yeo mi. dia tidak berniat langsung.

" saya.. nak berterima kasih " ucap gadis itu. taehyung terkebil- kebil.

" dan saya nak minta maaf sebab susahkan cikgu, saya-- "

" yeo mi, kamu tak pernah susahkan saya. kan saya dah pernah cakap, segala keperluan awak adalah tanggungjawab saya sebab awak isteri dan hak saya. tak ke begitu? " potong taehyung, pipi yeo mi yang basah akibat air mata itu dia seka sebelum pipi gadis itu dia tekup.

" yeo mi, tolong berhenti cakap yang awak ni menyusahkan. " ujar taehyung sekali lagi. yeo mi masih tersedu- sedu, dalam kepayahan dia mengangguk. taehyung tersenyum.

" dah, jangan nangis. nanti tak cantik pulak isteri saya ni kalau asyik menangis " yeo mi mencebik kecil.

taehyung melabuhkan punggungnya diatas kerusi, yeo mi sudah duduk bersila diatas katil.

" cikgu, bila saya boleh keluar? tak bestlah duduk sini, bosan " tutur yeo mi. taehyung hanya memerhati gerak gerinya. entah kenapa, yeo mi dia rasakan sungguh comel tika ini, dengan baju hospital yang kebesaran. oh, nomu kiyowo.

" tadi saya dah tanya nurse, dia kata esok mungkin dah boleh keluar wad kalau tekanan darah awak tak tinggi " terang taehyung. lelaki itu mulai berdiri dari duduknya dan menghampiri yeo mi.

" tapi cikgu, dekat sini sunyilah " adu yeo mi, taehyung meletakkan kedua tapak tangannya di kiri dan kanan bersebelahan dengan kaki yeo mi. wajah mereka hanya beberapa inci dan taehyung mengambil kesempatan ini untuk mengecup bibir mungil yeo mi sekilas. gadis itu membeliakkan matanya.

" cik-gu "

taehyung menjongketkan keningnya, walupun begitu dia masih tidak berganjak dari kedudukan asalnya.

" itu sebagai pengganti "

" hah? pengganti untuk apa pulak ni cikgu? " yeo mi memandang wajah taehyung tidak mengerti.

" morning kiss. tadi pagi saya tak dapat kiss dari awak sebab awak demam. so, saya dah tuntut dah tadi " jawab taehyung, dia meneliti segenap wajah min yeo mi, isterinya itu dengan teliti. tidak ada yang kurang baginya. perfect saja.

" cikgu "

" em? " taehyung menatap ke dalam anak mata coklat yeo mi. ada bayang dirinya disana.

" sakit "

" hah? " mendengarkan itu taehyung cepat- cepat menjauhkan dirinya dari yeo mi.

" mana yang sakit? nak saya panggilkan doktor tak? " nada suara taehyung kedengaran cemas. yeo mi menggeleng. dia menunjukkan tiub yang berisi air itu.

" nilah cikgu, sakit tangan saya dibuatnya " rungut yeo mi, taehyung menghela nafas.

" sudah tentulah sakit yeo mi, dalam tu kan ada jarum kecil " tangan yeo mi diaraihnya pelan, agar gadis itu tidak merasa sakit yang lainnya.

" mintakla nurse tu cabutkan, saya tak sukalah cikgu. haaa tengok tu, tadi waktu saya tidur air dalam pek tu tinggal separuh je sekarang ni penuh balik. eii apa ni " yeo mi merungut lagi. taehyung tergelak kecil dengan tingkah gadis itu. nampak comel saja dimatanya.

" sabar sikit eh? nanti habislah tu " taehyung berkata dan disambut anggukan dari yeo mi.

~~~

tae nampak macam suami mithali ke? ececececece


[Thank you for reading. Do vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro