Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7⌛

Aianos | Forever




HAERIN melangkah menuruni anak tangga perlahan- lahan. Dia sudah selesai mandi dan lengkap berpakaian yang agak sopan.

Disebabkan hal semalam, dia jadi taubat tak nak pakai seksi- seksi dah. Aura Taehyung semalam, fuh. Memang tak boleh bincang.

Haerin gelengkan kepalanya, dia teruskan niatnya untuk membuat sarapan pagi.

Almari makanan dibuka, sebungkus roti dari situ bersertakan satu tin kecil ikan sardin. Tak lupa, expired date dilihatnya dahulu.

Terus membulat matanya bila melihat tarikh yang tertera pada label roti tersebut.

Used before:
12.02.2020 (wednesday)


Mwo? Ni dah dekat sebulan dah expired ni!” omel Haerin, tin sardin dicapai lalu dia lakukan perkara yang sama. Terlepas satu keluhan kecil dari bibir gadis itu, almari makanan kembali dibuka.

Beberapa jenama makanan dikeluarkan dari almari makanan lalu diteliti satu persatu. Terdiam dia disitu, hampir 80% dari makanan yang ada dalam almari tu dah lebih tarikh luput.

Yang tersisa hanyalah makanan ringan dan perencah makanan.

Biar betul Taehyung ni!

Apa dia makan selama ni? Takkan dia makan makanan yang dah expired pulak kan?

Takkanlah frust dengan kak Haera sampai makanan pun tak boleh nak ganti atau beli baru?

Bila Haerin pusingkan tubuh, dia bertatapan dengan Taehyung yang sudah tercengat dihadapan pintu dapur, lengkap dengan baju pejabatnya.

Masing- masing mengalihkan pandangan.

“Em.. saya tak dapat nak buat sarapan untuk awak pagi ini.” ucap Haerin sambil menayangkan sebungkus roti dengan tarikh luput. Taehyung cuma membalas dengan deheman.

Haerin mula memindahkan makanan yang expired kedalam plastik sampah. Cawan kaca dicapai lalu dia buatkan Taehyung kopi.

Just coffee for this morning, okay?” ucap Haerin, kopi yang telah siap dibancuh dia serahkan pada Taehyung yang masih tercengat dihadapan pintu dapur.

“Haerin.. pasal semalam. Aku tak sengaja. I'm hearing things.

It's okay, lelaki gelojoh.” bisik Haerin dihujung ayat sambil membuka peti sejuk. Sempat dia lirikkan matanya memandang Taehyung.

Nasiblah lelaki itu tak dengar. Kalau tak, habis!

“Haerin..” panggil Taehyung lagi. Kali ini kedengaran lembut, tak dingin macam semalam.

“Apa?” peti sejuk ditutup dan wajah malu- malu Taehyung dipandangnya. Berkerut dahi gadis itu jadinya.

“Pa- pakaikan aku neck tie.” ucapnya.

Mwo?” Haerin menyoal lagi. Takut dia tersalah dengar ke apa kan?

“Tolong pakaikan aku tali leher. Aku tak pandai.” terus terang Taehyung cakap. Tali leher berwarna hitam dihulurnya pada gadis itu. Mahu tak mahu Haerin rapatkan diri saja.

Dah besar panjang pun tak tahu nak pakai neck tie ke apa?

“Macam ni..” Haerin melangkah setapak hingga dia betul- betul berada dihadapan dihadapan lelaki itu. Tali leher dililitkan dibahagian kolar baju Taehyung.

Lelaki itu kaku posisinya. Tanpa sedar matanya ralit merenung wajah Haerin dalam jarak yang serapat itu.

“Haera yang pakaikan aku neck tie bila aku nak pergi kerja..” terang Taehyung. Nak mengelakkan salah faham. Takut si Haerin ni perasan pula, kan?

“Oh. Hah, dah alang- alang awak nak pergi kerja ni. Tolong belikan barang dapur. Saya tengok dah kering dah dapur awak ni. Kalau dulu tak apalah, awak tinggal seorang, sekarang ingat. Awak dah beristeri.” ujar Haerin seraya menekankan perkataan beristeri pada Taehyung.

Bila dia dongakkan wajah, mereka berpandangan seketika.

“Dengar tak?” soal Haerin bila dia rasakan Taehyung tak tumpukan perhatian.

“Em..” jawab lelaki itu sebelum mengalihkan pandangan.

Ceh, jual mahal!

.

Hehe❤

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro