Bab 54⏳
Aianos | Forever
“KENAPA diam je dari tadi ni, sayang?” soal Taehyung bila Haerin langsung tak membuka mulut, wish good morning pun dia tak buat.
“Haerin...” panggil Taehyung bila tak ada jawapan dari gadis itu.
Taehyung mengeluh kecil, butang terakhir baju kemejanya dibutangkan sebelum neck tie berwarna merah dicapai lalu diserahkan pada Haerin.
Gadis itu cuma akur, neck tie dililitkan pada leher Taehyung tanpa banyak bunyi.
Taehyung muncungkan bibirnya, lengannya melingkar di pinggang Haerin membuatkan jarak diantara mereka semakin rapat.
“Kenapa ni?”
“Tak ada apa- apa.” jawab Haerin buatkan Taehyung mencuit hidung gadis itu geram.
“Mustahil tak ada apa- akh!” Taehyung menjerit kesakitan bila terasa pinggangnya dicubit seseorang, dahinya berkerut kecil.
“Kenapa cubit?”
“Not me, tak nampak ke tangan saya kat kolar baju awak ni?” balas Haerin buatkan wajah Taehyung menjadi pucat, terus dia pandang kiri dan kanan.
Kalau itu bukan Haerin... takkanlah Haera pula?
“Sayang, saya tak nak pergi kerjalah hari ni.” ujar Taehyung, neck tie yang baru saja diikat Haerin itu dilepas oleh Taehyung sebelum Taehyung membuka baju kemejanya pula.
“Kenapa tiba- tiba pula ni?” soal Haerin, pelik dengan tingkah laku Taehyung yang secara tiba- tiba tak mahu ke kerja itu.
“Nothing, I just wanna spend a day with you.” balas Taehyung seraya mengenyitkan matanya. T- shirt hitam diambil dari almari.
Bukan apa, takut kalau dia pergi kerja hari ni, Haera masih lagi menganggunya. Dia bukannya takut, dia cuma gerun dengan Haera.
Kang tetiba dia muncul depan muka masa dia tengah buat kerja. Tak ke naya nanti?
“Sayang, come here.” panggil Taehyung, Haerin cuma menurut saja, tubuhnya ditarik hingga Haerin terduduk diatas paha Taehyung.
Lelaki itu tersengih suka.
“Marah pasal semalam ke?”
“Taklah.” jawab Haerin sepatah. Taehyung jongketkan kening.
“Dahlah, saya nak basuh baju. Layan awak melambatkan kerja saya-”
“Okay, saya mengaku yang salah. Saya yang minta dia urutkan bahu saya. Saya lelaki gatal..” luah Taehyung, mahu menjernihkan suasana daripada kekok sentiasa.
Lagipun, mungkin itu yang Haera mahukan? Dia mahu Taehyung jujur pada Haerin?
“Awak buat macam tu dekat kak Haera juga ke dulu?” soal Haerin. Taehyung mengemam bibirnya, dia menyentuh tapak tangan Haerin dengan bibir yang digigit bawahnya.
“Em.. pernah jugaklah. Tapi lepas tu saya cepat- cepat sedar. Sumpah tak buat lebih dari sekadar kenyit mata dan pegang tangan!” Taehyung mengangkat tapak tangannya.
Haerin diamkan diri.
“Tepilah.”
“Kenapa? Sayang i'm sorry okay? Lagipun lumrah seorang lelaki untuk tertarik pada seorang perempuan-”
“Ya, saya tahu. Lelaki kalau nak dekat perempuan atas urusan 'kerja' semua betul.
Kalau perempuan, dekat sikit dengan lelaki mulalah mereka nak melenting. Cakap perempuan gatal, mianglah.” perli Haerin seraya mengangkat punggung lalu keluar dari bilik.
Taehyung mengetap bibir.
“Haerin saya bukannya sengaja-”
“Malam ni tidur kat luar!” ucap Haerin serentak terdengar rengekan kecil dari Taehyung dari arah dalam bilik.
.
Girl always right?
Kalau bab Haerin, terbalik jadinya.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro