Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09

99% • Kim Taehyung


Ada yang rindu update daripada saya?


------

Hari kedua bersama Taehyung sangat melegakan hati seketul Hwa Yoon Seo. Lipatan kertas pemberian lelaki itu menimbulkan persoalan utama dalam mindanya.

Hatinya lebih berbisik perkara negatif. Kata-kata Taehyung jelas menunjukkan lelaki itu sedang berahsia sesuatu perkara yang besar.

Taehyung sakit? Adakah Taehyung hanya menunggu masa untuk ma-

"...."

Hujung bucu baju blaus floral yang dipakai Yoon Seo ditarik-tarik oleh Taehyung. Mata si dia merenung gadis itu bersama tatapan mata yang sayu.

Bibirnya terukir senyuman kecil dan palsu buat penjaganya itu. Jemari runcing Yoon Seo dibuka lalu lipatan kertas kecil yang baru diletakkan di atas telapak tangannya.

"Surat baru ye, Tae?"soalnya ramah. Bahu Taehyung diusap lembut seraya lipatan kertas kedua itu dibuka.

Aku teringin nak hirup udara segar.

Isi kertas itu ditelitinya. Yoon Seo menekup mulutnya. Sebak di dada menyerang diri tatkala kepala Taehyung dibenamkam di atas lengannya.

Tanda ketara lelaki itu ingin berkawan dan bermanja dengannya.

Manja sangat. Tahulah dia bahawa si Taehyung mahu membodek.

"Arasseo. Saya bawa awak jalan-jalan. Petang ni juga!"

Tanpa diduga, leher Taehyung dipanjangkan lalu pipi Yoon Seo dikucup spontan.

Malu dengan tindakan melulunya, kepala Taehyung menunduk ke bawah. Jemarinya menggeletar.

Permukaan dada bidangnya digosok kuat. Rimas dia bergelut kerana rasa debar jantung yang menggila ini.

Dia sedar. Dia mula sayang Yoon Seo melebihi seorang kawan.

-tbc-

A/N:

Haluuuuu. Sempena hujung minggu, saya kirim satu update.

Harap menyukainya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro