Part 7
Irene memunggah peralatan yang diperlukan ke dalam trak yang dihantar oleh Jongdae itu. Dia memastikan kesemua ahlinya naik ke dalam trak dan memastikan tidak ada barang yang tertinggal pun.
Peta yang bakal membawa mereka masuk ke dalam center bank disimpan di dalam kocek seluarnya.
tok! tok!
Dinding kereta diketuk oleh Irene sebagai isyarat supaya pemandu untuk
mula bergerak. Mereka melalui jalan yang agak sunyi dan tidak diketahui oleh orang ramai. Perjalanan memakan masa yang agak lama.
Sesetengah dari mereka sudah pun tidur sementara menunggu sampai. Suho tersengguk-sengguk disamping Irene. Beberapa kali sudah kepalanya hampir terhantuk pada dinding. Sehinggalah akhirnya, kepalanya mendarat dibahu Irene.
Gedegung!
Kepala Suho dihantuk pada dinding.
"Tak guna! Lelaki miang!" rungut Irene. Dia duduk agak jauh daripada Suho. Senapangnya digunakan sebagai penghadang diantara mereka.
Suho masih lagi mamai. Dia meringkuk dibawah tempat duduk dan tidur diatas lantai.
Wendy menggeleng kecil melihat adegan itu. Dia kembali memerhati jalanan dan memberi jelingan aneh kepada Loey yang sedari tadi sibuk merenungnya. Nampak seperti lelaki itu ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak terucap dibibir.
"Cakap lah.." arah Wendy. Loey menggeleng.
"Habistu? Jangan tenung aku lagi.." marah Wendy. Dia membuang pandang ke jalan tar.
Rasa agak seram kerana kawasan itu agak sunyi dan langsung tiada mayat bergelimpangan. Kelibat pengganas pun tiada.
"Kau cakap kau faham apa yang Suho kata tadi kan?" soal Loey. Wendy mengerling kearahnya sekilas.
"Cakap apa?" tanyanya sepatah dua. Malas nak melayan lelaki itu.
"Bahasa isyarat la.."
Wendy mengeluh. Wajahnya nampak sedikit terganggu dengan soalan itu.
"Iyalah.. Dahtu kenapa?!" marahnya. Sedikit sensitif.
"Oh. Bijak jugak kau ni rupanya.. Tak macam yang aku sangka.." ujar lelaki itu.
Wajah Wendy terasa panas.
"Aku faham apa yang kau bagitau dekat Irene haritu jadi baik kau tutup mulut sebelum aku bagitau dia yang kau kata muka dia macam n----"
Mulut Wendy ditekup. Loey menoleh kearah Irene. Wanita garang itu sedang mengerling kearah mereka dengan pandangan singa. Dia bangun dari kerusinya dan melangkahi badan Suho.
Loey berdebar. Habislah dia dikerjakan. Irene berhenti diantara Loey dan Wendy.
Dia secara tiba-tiba duduk mencangkung di sana. Pelik Loey dan Wendy melihatnya.
"Kyungsoo! Kita tak ikut jalan tu pun. Kau ikut jalan mana ni?!" teriak Irene saat menyedari jalan yang mereka lalui itu bukanlah jalan yang diberitahu oleh Jongdae melalui walkie-talkie tadi.
Pemandu trak atau Kyungsoo tidak menjawab. Dia menurunkan lagi topinya dan menutup tingkap kecil yang menghubungkan tempat duduknya dan bahagian belakang trak.
Irene sudah duga yang ini akan berlaku. Dia segera keluar trak dan naik keatas bumbung.
"Woo woo. Kau nak pergi mana?" soal Loey. Dia cuba untuk mengekori Irene namun dicegah oleh wanita itu.
"Stay dalam sana!" arah Irene.
"Tapi aku bodyguard kau kan?"
"Not now!" marah Irene.
Pekikan Irene dan Loey itu menyedarkan Suho, Yeri, Joy dan Kai dari lena mereka.
Terpisat-pisat mereka melihat sekeliling. Agak mamai.
"Kenapa ni?" soal Joy. Dia menekup mulutnya sambil menguap.
"Irene panjat bumbung.." jawab Wendy, risau.
"Hah? Kenapa?" Joy tersedar seratus-peratus sekarang. Hilang segala mengantuknya.
"Entah. Tadi dia tanya Kyungsoo kenapa lalu sini bukan jalan tu. Lepastu dia marah tiba-tiba.." jawab Wendy. Joy merenung Kai dan Suho. Kedua lelaki itu memandang kearah tingkap kecil yang telah ditutup itu.
Hujung senapang diambil lalu diketuk dengan kasar kearah tingkap itu.
"Hoi! Bukak sekarang! Ini arahan!" perintah Suho. Bertubi-tubi hentakan diberikan.
Sementara itu, Irene telah sampai di bahagian kepala trak. Dia turun di bahagian sebelah pemandu dan segera menendang cermin tingkap sehingga ianya pecah.
Irene masuk ke dalamnya dan membuka topi di kepala Kyungsoo secara paksa.
"Aku dah agak!"
Lelaki itu bukan Kyungsoo.
Dia cuba untuk menumbuk wajah lelaki itu sehingga berlaku pergelutan antara mereka. Trak bergerak terhuyung-hayang ke kiri dan kanan jalan. Stereng nampaknya tidak dikawal dengan betul.
Mereka yang berada dibahagian belakang terpaksa berpaut pada kerusi agar tidak tercampak keluar.
Guk!
Kepala Irene dihentak pada dashboard trak itu. Irene mengaduh kesakitan namun sempat lagi menumbuk hidung lelaki itu sehingga patah. Bunyi yang dikeluarkan tadi sememangnya mengerikan.
Lelaki itu mengerang kesakitan sehingga terlepas tangannya dari stereng trak. Trak kini bergerak sendiri sehinggalah terlanggar tiang lampu. Pelanggaran yang berlaku itu teramatlah kuat sehingga menyebabkan Irene terhantuk pula pada cermin tingkap.
Mereka yang berada dibahagian belakang juga menerima impak yang besar. Masing-masing pengsan di situ.
...
Wendy membuka matanya saat terasa badannya diangkat oleh seseorang. Badannya diletakkan diatas belakang seseorang agar mudah untuk digendong.
Dalam kabur penglihatannya, dia ternampak Joy mengarahkannya dia untuk senyap. Mereka bergerak masuk ke dalam satu bangunan untuk bersembunyi.
"Diorang ada kat sini!" bunyi seorang lelaki menjerit.
"Kalau ada, mana?! Kau jangan nak tipu aku!" balas seorang lagi lelaki yang lengkap berpakaian hitam.
Lelaki yang hidungnya patah ditumbuk Irene itu kelihatan bingung. Baru sahaja tadi dia tersedar dari pengsan dan segera berlari memanggil gengnya untuk memaklumkan tentang Irene dan kumpulannya yang telah masuk ke perangkap mereka. Namun sekarang geng Irene itu telah hilang.
Lelaki yang berbadan besar itu menarik kolar baju lelaki yang menjadi pemandu trak tadi.
"Hey Hansol. Kalau kau nak menipu pun, biar bertempat! Kalau tak ada, cakap tak ada!!"
"Lucas.. Sabar.."
Lelaki bernama Lucas itu melepaskan kolar baju Hansol. Dia tunduk hormat kepada lelaki yang bersuara tadi. Nampak takut pula. Mungkin ketuanya.
Bahu Lucas ditepuk lalu pipinya ditampar.
"Cakap dengan orang baru, kena lembut-lembut. Bukan macam ni.." ujarnya, sinis. Dia beralih pula pada lelaki bernama Hansol itu.
Satu lagi tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Bunuh dia.." arah lelaki itu, selamba. Hansol panik. Kedua tangannya kini dipegang oleh geng-gengnya sendiri.
"Nanti bos! Jangan bunuh saya bos! Saya masih nak hidup! Bos!" rayu Hansol. Tetapi rayuannya itu bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Hansol baru teringat akan sesuatu.
Dia memanggil ketuanya sekali lagi.
"Bos! Saya ada peta tu! Peta rancangan diorang bos!" jeritnya. Langkah ketuanya itu terhenti. Lelaki itu memandang Hansol buat seketika lalu mengarahkan orangnya agar memeriksa badan Hansol.
Satu peta dijumpai dalam poket bajunya.
Ketua membuka plan peta itu dan merenungnya sejenak. Kemudian dilipat semula dan disimpan di dalam poket jaketnya. Lelaki itu tersenyum begitu juga dengan Hansol.
Namun senyumannya tak kekal lama. Wajah bengisnya kembali.
"Bunuh dia," ujarnya sekali lagi dan segera beredar. Pintu kereta dibukakan oleh orang kanannya.
Hansol meronta-ronta ingin dilepaskan. Jeritan demi jeritan namun tidak diendahkan.
"Tuan!!!"
Disebalik bangunan, Irene tampaknya semakin kesal. Peta yang sepatutnya dapat membantu mereka kini telah terlepas ditangan musuh.
Dihentaknya lantai dengan buku limanya.
"Kita kena cari Jongdae secepat mungkin! Dah 15 jam berlalu! Tak ada banyak masa!"
Bersambung
SAY UMPAH UMPAH!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro