Part 4
X Factor.
Sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1500-an oleh seorang agamawan Jews. Jauh lebih awal daripada Iluminati dan Freemason. Tujuan ditubuhkan tidak lain tidak bukan kalau untuk mengawal dunia. Mereka mempunyai matlamat yang sama seperti Iluminati dan Freemason namun organisasi ini terlindung daripada pengetahuan awam. Benar-benar terlindung.
Mereka juga bekerjasama demi New Wolrd Order. Ingin menyatukan kesemua negara dalam satu pemerintahan sama seperti yang diinginkan oleh nenek moyang mereka, Nathanial Rothschild.
Hanya orang-orang yang berpangkat tinggi sahaja yang tahu tentang mereka. Pernah kita dengar artis-artis atau orang ternama mengikuti Iluminati bukan? Namun tak ada yang tahu tentang X-Factor yang merupakan pusat kepada dua pertubuhan rahsia itu.
Mereka tidak terlalu fokus kepada penyatuan agama sebaliknya kepada teknologi. Sejak awal penubuhan lagi, banyak saintis-saintis dari seluruh dunia direkrut secara paksa untuk mencipta ciptaan yang tidak masuk akal. Eksperimen-eksperimen mereka membawa kepada gelaran saintis gila.
Ramai manusia yang tidak bersalah diculik dan digunakan sebagai bahan eksperimen. Lebih tepat lagi tikus makmal. Terutamanya mereka yang berada jauh dipedalaman iaitu kanak-kanak Afrika atau Iraq yang tiada sumber makanan, minuman mahupun tempat berteduh. Orang-orang berkulit hitam dan rakyat bawahan yang sentiasa ditindas oleh orang-orang berkulit putih. Hidup mati mereka bergantung kepada nasib sahaja. Tiada siapa yang peduli samaada mereka hidup atau pun tidak.
Kerana itulah, mudah untuk organisasi ini menjalankan kerja mereka.
Dan ya, Presiden Ronald merupakan salah seorang yang ahli kepada organisasi itu.
Dalang utama kepada kiamat kecil ini. 48 jam yang memeritkan.
"Irene! Orang-orang X-Factor tengah berkumpul depan pejabat ni! Aku rasa diorang dapat jejak manusia dua ekor ni!" jerit lelaki yang membawa Loey dan Wendy tadi.
Ketua kumpulan yang bernama Irene menggigit bibir dalamnya. Senapangnya diselaraskan dengan kasar.
"Korang buat kerja tak clean! Cepat kumpulkan semua orang dan pastikan bekalan kita semuanya dibawa secukupnya! Kita berundur dulu! Tak ada gunanya membazir peluru sekarang!" arah Irene, penuh berkarisma.
Keadaan diluar kini kelam-kabut. Setiap orang mengisi senapang masing-masing dengan peluru. Ada yang menyimpannya dicelah paha dan kasut.
Ada juga yang mengisi bekalan makanan ke dalam beg sandang. Sekejap sahaja arahan yang diberikan oleh Irene disiapkan oleh mereka. Kini, mereka berkumpul dihadapan gadis itu dalam keadaan tersusun.
"Suho, tutup pintu tu dan pasang laser. Kai dan Joy, kau bawa dua orang tu pergi dulu. Jangan sampai diorang terlepas. Yang lain, follow Kai dan Joy dari belakang.. Jangan berpecah walau apa pun yang berlaku! Hubungi HQ lepas dah jauh dari sini dan minta tolong!" arah wanita itu, tegas.
"Baik Ketua!" sahut mereka. Suho mengambil besi penghadang yang berada disebelahnya dan mula memasangnya pada pintu. Beberapa buah alat seperti bedak compak diletakkan di setiap sisi pintu.
Alat kawalan jauh diambil di dalam poket dan butang merah ditekan. Serta-merta laser berwarna merah terbentuk. Kebetulan, seekor lalat terbang melulu kearah pintu itu lalu badannya terbelah dua. Suho tersenyum sinis. Kerjanya sudah selesai.
"Done!" ujarnya lalu mengekori skuadnya yang lain. Dalam beberapa minit selepas itu, kedengaran bunyi hentakkan disebalik pintu. Ahli-ahli X-Factor telah pun tiba.
Beberapa orang telah pun terbelah kepada beberapa bahagian setelah memasuki bilik tersebut. Itu menyebabkan mereka terpaksa mengebom pintu itu untuk membolehkan askar-askar lain melaluinya.
Manakala, di sisi lain, kelihatan anak buah Irene berlari menyelamatkan diri. Mereka keluar dari bangunan tersebut dan menuju kearah jalan utama.
Wendy kenal dengan jalan itu. Pada awalnya, dia tidak sedar akan tempat yang dituju mereka namun setelah dia ternampak restoran Wendy's dihadapan sana, barulah dia sedar.
"Palli-palli!" arah Kai sambil membuka pintu masuk kedai itu. Sebaik sahaja kesemua ahli kumpulannya masuk, dia mencari-cari pintu yang akan membawa mereka ke tempat persembunyian yang kedua.
"Cepatlah Kai!" arah Joy, tidak sabar.
Lelaki itu meraba-raba lantai tetapi tidak berjaya menjumpai pintu tersebut. Hal ini kerana kedudukan furniture disana sudah pun berubah sejak kali terakhir mereka menjejakkan kaki ke sana iaitu lima tahun lepas.
"Tak jumpa! Patutnya ada mozek yang nampak macam nak tertanggal tu tapi kat sini tak ada!" jawab Kai. Mereka semua tertunduk-tunduk mengetuk lantai demi mencari mozek itu.
Wendy menelan liurnya. Dia cuba untuk memanggil Kai.
"K-Kai.." panggilnya.
Loey dan Kai menoleh saat Wendy bersuara. Mata Loey nampak terbuntang luas seperti ikan lolong.
"Mo-mozek tu ada bawah kerusi sana.." ujar Wendy. Kai mengerdipkan matanya beberapa kali seperti ragu-ragu namun badannya tetap sahaja bergerak ke sana.
Suho membantunya untuk menolak kerusi tersebut.
"Betullah. Ada dekat sini.." ujar Kai. Dia mengangkat mozek tersebut dan meletakkannya ke tepi.
Papan yang menutupi lantai itu dibuka satu persatu sehingga menampakkan pintu besi. Setelah itu, satu alat pembaca passcode diletakkan disebelah pemegang pintu. Beberapa saat kemudian, pintu tersebut terbuka. Satu-persatu ahli kumpulan itu masuk ke dalamnya.
Loey mencuit siku Wendy. Matanya masih lagi membulat. Wendy membuat muka bingung.
"Olaf, kau boleh bercakap?" soal Loey, tidak percaya. Suaranya kedengaran seperti kecewa. Irene, Suho dan Kai menoleh kearah mereka.
"Saya tak pernah pun cakap yang saya bisu, kan?" jawab Wendy lalu pergi kearah pintu masuk itu. Kai membantunya untuk turun.
"Lagi satu, nama saya bukan Olaf.." sambungnya.
"Weirdo.." gumam Irene sambil mengerling kearah Loey.
...
"Macam mana kau boleh tahu pasal kedudukan pintu masuk tu?" soal Irene kepada Wendy sebaik sahaja dia tiba.
Wendy yang sedang terlopong saat melihat bilik yang dipenuhi dengan alatan moden abad ke-22 itu kembali ke alam nyata. Dia menunduk saat terpandang mata garang Irene.
"Saya kerja dekat sini.." jawabnya, perlahan. Mata Irene menjadi sepet seperti sedang menghakimi Wendy.
"Kawan kau kata kau bisu. Tapi kenapa kau boleh bercakap pulak ni?" soalnya lagi.
"Kami bukan kawan. Dia yang buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya dulu.." jawab Wendy, jujur. Irene tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia fikir yang Wendy dan Chanyeol adalah pasangan kekasih yang sedang bergaduh.
Irene bergerak kearah tempat penyimpanan senjata dan pergi kearah salah satu komputer lut sinar yang berada berdekatan Wendy.
Butang merah ditekan dan terpaparlah situasi diluar sana. Sama macam yang ada dibilik Loey dibawah pembentung itu cuma lebih moden.
Separuh bandar nampaknya sudah musnah. Banyak tempat yang masih terbakar dan mayat bergelimpangan. Irene menggeleng kecil kerana kesal. Bibirnya digigit sehingga hampir berdarah.
"Boleh tahu tak siapa X-Factor tu?" soal Wendy. Dia masih lagi tak berani nak membalas renungan Irene.
Jari-jemari Irene menekan butang enter setelah memilih fail yang diingininya. Muncul lah beberapa gambar ahli X-Factor dan sejarah-sejarahnya.
"Organisasi paling kuat di dunia. Mereka kawal manusia untuk kepentingan diri sendiri. Ahli-ahlinya terdiri daripada orang politik, businessman, dan orang kerajaan. Mereka ni kejam! Tak berperikemanusian langsung!" jelas Irene.
Salah satu fail ditekan lagi. Muncul segala jenis nama penyakit misteri yang pernah melanda dunia suatu ketika dahulu.
"E-bola. Orang kata orang putih yang cipta sebab nak hapuskan black people. Betul. Tapi tak spesifik lagi. X-Factor adalah dalang sebenarnya. Mereka ada mata-mata dalam setiap sektor kerajaan yang wujud atas dunia ni. Mereka cipta penyakit dan mereka juga cipta penyembuhnya. Tujuan? Kaut keuntungan mungkin?"
"Batuk kering yang pernah melanda dunia tahun sebelum 90-an dulu. Itu pun mereka. Malaria? Spanish flu? Itu pun mereka juga. Bahkan Aids dan HIV pun sama. Entah-entah nanti akan ada penyakit baru yang hampir sama dengan Spanish flu pula muncul.." sambung Irene.
Dia kembali duduk ke kerusi dan memandang Wendy.
"Sebab itu aku musykil, macam mana korang berdua boleh terlepas sedangkan kawalan sekuriti mereka lebih ketat dan paling selamat di dunia. Kalau korang ni tikus makmal mereka, tak mungkin korang boleh senang-senang lari. Unless, diorang hantar korang sebagai spy.."
Kening Irene terjongket. Dia tersenyum sinis.
"Saya berani kerat jari yang saya bukan spy—"
"Cop! Aku belum habis cerita. Kalau kau spy X-Factor, mengaku sekarang sebelum aku bunuh kau. Tapi kalau bukan, ada sesuatu yang kau perlu tahu," Irene mencelah. Dia kembali kepada fail sebelumnya. Wendy berdecit dalam hati.
"Ini orang-orang yang patut kau jaga-jaga. Kang Seulgi, agen 001 dari Korea Selatan. Agen terlatih dan telah berkhidmat dengan X-Factor sejak berumur 15 tahun. Percayalah, kau tak mahu terserempak dengan dia."
"Ini, Oh Sehun. Ketua pengawal yang paling lama berkhidmat dengan X-Factor. Berdoa yang kau tak mati di tangan dia. Tak, kau memang tak nak mati ditangan dia. Kau akan tahu kenapa."
"Ini Krystal Jung, pemegang kunci utama Bank Dunia—"
"Anak CEO bank dunia Kristalina Georgieva Jung, pun terlibat?" soal Wendy, terkejut. Sebabnya, dia terlalu mengagumi gadis bangsawan itu.
Dia juga iri hati dek kerana kemewahan yang dinikmati oleh gadis itu.
"Iya, Olaf. Dunia tak seindah yang kau sangka wahai gadis berambut merah.." jawab Irene.
"Krystal Jung—"
"Krystal mahir dalam lima jenis seni pertahankan diri iaitu Karate, Taekwondo, Judo, Silat dan Kungfu. Dia juga ada bakat dalam meniru suara orang walau siapa pun orang tu. Bijak dalam IT, sains dan kejuruteraan. PhD dalam bidang jurusan Undang-Undang, Perubatan dan Engineering, dan sedang dalam proses untuk ambil PhD dalam jurusan Kejuruteraan Kimia."
Wendy mencelah. Irene tersenyum. Nampaknya banyak maklumat tentang Krystal Jung yang gadis itu tahu. Bunyi memang gila. Tapi Krystal Jung itu seorang genius. Dia bahkan menguasai 50 bahasa sejak kecil.
"Okay. Berguna jugak kau ni. Yang lain nanti Kai akan bagitahu kau. Buat masa ni, prepare yourself first. By the way, siapa nama kau ye? Tak mungkin nama lahir kau Olaf. Weird af. Aku tak nak guna nickname yang boyfriend kau bagi," balas Irene.
"Erm. Wendy Shon dan saya bukan girlfriend Loey. Tapi saya kena prepare untuk apa ya?"
"Sebab kejap lagi, kau yang kena masuk dalam center bank tu.. as a spy.."
"Hah?!"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro