Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 12

"Kita kena alihkan kunci tu!"

"Dekat sini selamat!!"

"Kau tak faham ke diorang dekat sini?!"

"Tak! Aku cakap dekat sini selamat! Aku ketua kau dan ini arahan aku!"

Krystal menggertak Sehun. Membuatkan lelaki itu hampir hilang kewarasan diri. Dia begitu benci sekali apabila Krystal mula mengarahnya sesuka hati.

Ting!

Bunyi sesuatu yang jatuh mengalih perhatian Sehun dan Krystal. Keadaan menjadi sepi seketika. Kedua manusia itu berpandangan sesama sendiri.

Mereka memandang kearah lukisan gergasi yang berada ditengah-tengah bilik itu dengan penuh curiga.

"They're here.."

"I know can you just shut the fuck up?! This is all because of your stupid system fault!" marah Krystal. Sehun menggulingkan kedua bebola matanya. Menyampah dengan Krystal yang tak pernah mahu mengaku kesalahan sendiri.

Seorang Krystal yang menjengkelkan mampu menjerkah Sehun, ketua tertinggi yang ditakuti oleh ahli X-Factor. Tapi buat apa Krystal takut kalau dia adalah anak kepada pengasas X-Factor? Bermakna dirinya lebih berkuasa.

"Buat apa dekat situ carilah dia!" marah Krystal lagi.

Sehun mengeluh-kesah lalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

"Mari sini anak kucing aku tak akan apa-apa kan kau.." panggil Sehun dengan nada bosan. Dia menyelongkar ke dalam almari Krystal sehingga ke bawah katil untuk mencari Wendy.

Hampir satu bilik dicarinya.

Wendy yang berada di belakang langsir menekup mulutnya dengan kuat. Memastikan dirinya tidak bernafas dengan begitu kuat. Dia menyumpah dirinya kerana terjatuhkan syiling tadi. Macam mana boleh ada duit syiling dalam poketnya pun dia tidak tahu.

Kunci yang berada ditangannya itu disangkut pada rantai pemberian ibunya dilehernya. Ianya disorok di dalam baju agar tidak hilang.

Apabila Sehun mendekati langsir, lelaki itu berhenti dan membelakanginya.

"Nampaknya tak ada orang dekat sini.." ujar Sehun.

Krystal menayangkan wajah menjengkelkannya. Dia berdiri tegak sambil melipat tangannya separa dada. Menunggu arahan Sehun yang seterusnya.

"Maybe we should go..."

Belum sempat Wendy hendak menghembuskan nafas lega, langsir diselak dan tengkuknya dicekik dengan begitu kuat. Wendy terkejut sehingga tidak sempat untuk melawan.

Badannya diangkat tinggi ke udara lalu dilempar jauh. Dia mengerang kesakitan kerana belakang badannya terkena tingkap. Sakit sekali.

Krystal datang mendekat lalu menarik rambut Wendy dengan kasar. Gadis itu dipaksa untuk berdiri meskipun dirinya sedang dalam kesakitan.

"Penceroboh!"

Satu penampar diberikan oleh Krystal sehingga membuatkan Wendy kembali jatuh ke tanah.

Sehun menghalang Krystal dan mengarahkannya untuk ke belakang.

"Let me.." ujarnya. Meskipun dia benci dengan Krystal, tapi keutamaannya tetap pada gadis menyebalkan itu. Dia tidak boleh membiarkan Krystal cedera.

Kerana nyawa Krystal ibarat gaji bulanan baginya. No Krystal, No Allowance.

Sehun mengambil alih kerja. Dia mendekati Wendy dan cuba untuk mengangkatnya.

"Jangan dekat.." pinta Wendy. Dia mengesot untuk lari daripada Sehun namun lelaki itu memegang kakinya dan menariknya agar semakin dekat dengannya.

Wajahnya cuba untuk disentuh oleh lelaki itu. Sehun paling suka saat melihat gadis secantik Wendy yang sukar untuk didapati. Yang suka melawan. Seronok untuk dia bermain-main.

Pang!

Secara refleks, tangan Wendy hinggap di pipi Sehun. Itu membuatkan Sehun tergamam begitu juga dengan Wendy. Mata gadis itu membulat kerana terkejut.

"Kau..tampar aku ke tadi?"

"Ma-maaf..."

Krystal mengambil tempat di salah satu kerusi berdekatan. Agak menarik untuk menonton Sehun mengerjakan mangsanya.

Badan Wendy diangkat. Pipi gadis itu dilempang dengan begitu kuat sekali. Sifat berperikemanusiaan lelaki itu nampaknya benar-benar sudah lama menghilang sejak menyertai X-Factor.

Wendy hampir tidak dapat bernafas dan perutnya terasa senak sekali. Luka pada bibirnya menyebabkan lelaki itu dahaga. Sehun menjilat bibirnya. Dirinya memang sukar dikawal sejak menyertai X-Factor. Semuanya gara-gara ritual bodoh yang menyebabkan dia menjadi begitu.

Sehun mengeluarkan pistolnya dari dalam jaket dan menghalakannya kepada Wendy. Sehun tersenyum seperti psiko. Dia menjilat pipi Wendy. Geli hati Krystal menontonnya.

Wendy memohon simpati daripada Sehun namun tidak dilayan. Lelaki itu hanya tersenyum sinis mendengar rayuan dari makhluk lemah seperti Wendy. Gadis itu merenung sedalam-dalamnya ke mata Sehun agar tidak ditembak. Tidak Wendy, kau bukan Bella yang boleh mengubah Edward.

Pada saat itulah, Wendy perasan akan sesuatu. Dia ingat akan renungan sinis itu. Dia ingat dan kenal dengan pistol yang dipegang oleh Sehun ketika ini.

Itu adalah pistol yang sama menembak ibunya pada hari kejadian. Mata itu. Mata itu yang merenung tepat kearahnya selepas tembakan dilepaskan.

Api dendam Wendy semakin marak. Kepalanya terus dihentakkan pada muka Sehun. Hentakan mengejut itu menyebabkan pistol tersebut jatuh dan Wendy menyepaknya jauh. Nasib baiklah dulu dia pernah menyertai taekwondo walaupun berhenti sehingga mendapat tali putih. Bangga juga apabila kakinya itu berguna selain daripada untuk berjalan. Er?

Berbekalkan api dendam untuk menuntut keadilan keatas kematian ibunya, Wendy bangkit dan mula menyerang Sehun. Dia menumbuk Sehun bertubi-tubi.

Tetapi Sehun pastilah masih kuat. Dia menyerang balas dan membuatkan mereka berlawan seperti tiada hari esok. Walaupun Wendy tidak sehandal Sehun dan hanya mempunyai asas sahaja dalam teknik taekwondo, tapi dia lincah dalam mengelak saat diserang.

Dia hanya menyerang tatkala Sehun leka sahaja dan selebihnya mengelak agar tenaga Sehun berkurangan.

"Wendy.."

Satu suara menyapa Wendy yang baru sahaja ingin menendang Sehun. Gadis itu menoleh.

Seorang wanita tua yakni ibunya berdiri dihadapan pintu dan menuju kearahnya.

"Ibu? Ibu masih hidup? Macam mana ibu ada dekat sini?"

"Jangan serang dia sayang. Mereka baik. Mereka yang selamatkan ibu.." Wanita itu mendekati Wendy. Baju yang dipakainya itu adalah yang terakhir kali dilihat oleh Wendy sebelum kejadian tembakan itu.

"Ibu.."

Wanita tua itu menyentuh pipi Wendy lantas memeluknya. Air mata Wendy mengalir. Dia rindukan ibunya itu.

"Mereka takkan serang kalau kamu tak curi barang mereka. Ikutlah mereka sayang. Kita akan dijaga dengan baik oleh mereka. Serahkan kunci tu," pujuk wanita itu. Wendy mengeratkan lagi pelukan itu.

"Wendy rindu ibu.." ujar Wendy. Tak peduli dengan kata-kata ibunya itu.

"Ibu pun.." jawab wanita itu.

"Tapi ibu.."

Wendy terjeda. Pelukan yang tadinya erat kini agak longgar.

"Tapi apa sayang?" soalnya.

"Tapi.. ibu aku bisu orangnya, Krystal."

Buk!

Perut wanita itu ditendang sehingga melanting dan jatuh ke lantai. Kepalanya terhantuk pada lantai dan menyebabkan alat penyamaran yang disambung pada telinganya rosak.

Krystal membuang alat tersebut dengan kasar. Dia bangun sambil ketawa dengan begitu sinis. Fikirnya dia boleh melengahkan masa dan membantu Sehun.

"Nampaknya helah aku tak menjadi," ujar Krystal, tenang.

Macam manalah dia boleh terlepas pandang akan maklumat tentang gadis itu.

Pang!

Pipi Krystal ditampar.

"Kau sedar tak siapa yang kau cabar ni? Kau lupa yang aku ada--"

"Ada taekwondo, kungfu, silat bla bla. Aku tak peduli. Sekali kau hina ibu aku, aku tak akan pernah maafkan kau!" Tamparan kali kedua diberikan.

Krystal dianggap menghinanya apabila gadis itu menyamar sebagai ibu. Dia menyerang Krystal seperti sudah kehilangan arah.

Krystal mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya tetapi pantas dihalang oleh Wendy apabila dia mengelar tangan Krystal menggunakan kerambit yang berada dipinggangnya.

Darah memancut keluar. Krystal menjerit.

"Jangan cabar aku!" teriak Krystal. Dia cuba untuk membalas serangan Wendy namun lengannya pula dikelar kali ini. Darah mulai mewarnai baju kemeja putihnya.

Sehun yang berada dekat dengannya bagai putih mata. Dia sudah tidak peduli akan Wendy. Krystal yang sedar apa yang sedang berlaku mendesis.

"Don't you ever come near me! Kill her first!" Krystal memberi arahan kepada Sehun. Lelaki itu menghalang dirinya daripada menyelamatkan Krystal. Saat Krystal cuba untuk lari, belakang badannya tertusuk dengan kerambit yang dilempar oleh Wendy.

Gadis itu tumbang ke tanah.

Wendy beralih pula kepada Sehun. Mereka bersedia untuk berlawan.

Tendangan demi tendangan diberikan. Di mata Wendy, dia hanya nampak pembunuh kepada ibunya sahaja disitu. Setiap memori dan kenangan bersama ibunya diimbau kembali. Kekuatannya bagaikan dijana semula. Tiada pengalaman dalam membunuh bukan berarti Wendy tidak boleh membunuh langsung. Peluangnya tipis, bukan kosong. Kakinya diangkat tinggi ke udara dan smash!

Kepala Sehun dilibas sehingga menyebabkannya terseliuh. Sehun tidak mampu untuk bangun mahupun menggerakkan kepalaya.

"Ini untuk ibu aku.."

"Arghh!!"

Belakang badan Sehun dipijak kuat oleh Wendy.

"Ini pula untuk Joy!"

"Arghhhh!!"

Wendy melompat keatas badan Sehun. Sehun hampir lumpuh sepenuhnya ketika ini. Wendy naik keatas badan Sehun dan memegang kepalanya.

"Dan ini..balasan untuk semua perbuatan kau.."

crek!

Tengkuk Sehun dipatahkan. Nafas lelaki itu berhenti sampai di situ sahaja. Kedua tubuh manusia itu sudah tidak bernyawa lagi. Wendy kembali sedar dan bertindak menjauhi Sehun.

Dia memandang dirinya melalui pantulan cermin.

Inikah dirinya yang sekarang? Wow. Dunia memang kejam. Ia mampu mengubah manusia dalam satu malam sahaja.

DingDong!

Jam di dinding dipandang. Nampaknya masa telah lama bergerak tanpa dia sedari. Sudah sehari suntuk dia tidak tidur rupanya. Dia hanya mempunyai beberapa jam lagi sebelum tamat 48 jam di dunia penuh kekejaman ini.

"Wendy?"

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro