Part 11
"Put that damn pistol down.. " arah Seulgi, dalam nada yang masih terkawal. Chanyeol mengejek cara percakapan wanita itu.
"Okay. But maybe after one or two shot, haha kidding... Unless?" Lelaki itu menghadiahkan senyuman sinis kepada Seulgi.
Secara tiba-tiba, lima das tembakan dilepaskan. Seulgi secara refleks menunduk untuk melindungi dirinya. Pada ketika itulah, Irene dan Chanyeol mengambil peluang untuk melarikan diri. Mereka menghancurkan tombol pintu dengan sekali tendang sahaja. Itu menyebabkan Seulgi terkunci dari dalam.
Mereka terus berlari dan cuba untuk menghubungi Kai dan Yeri.
...
Krystal keluar dari biliknya setelah mendapat panggilan penting daripada orang-orangnya. Ekspresi wajahnya nampak begitu sebal dengan berita yang didengarinya.
Pintu dihempas dengan kuat. Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa Krystal sudah menjauh, Wendy terus mengeluarkan tali yang berada di dalam beg galas kecil yang dibawanya. Hujung tali itu dilekatkan dengan magnet dan melekat pada dinding salur udara. Dia turun dengan lagak seperti seorang perisik yang profesional namun tak lama kerana dia terlupa untuk menurunkan kakinya terlebih dulu sehingga terjatuh.
Yeri menepuk dahinya saat melihat aksi Wendy yang agak cuai itu. Dia menjadi sangat risau dengan langkah Wendy yang seterusnya. Sesekali dia mengerling kearah Kai yang masih beremosi. Lelaki itu memerhati gerak-geri Wendy dengan begitu fokus. Bila-bila masa sahaja lelaki itu boleh memarahi Wendy sekiranya dia tersilap langkah lagi..
"Pakai spek yang ada dalam boot kau.." Arah Yeri.
Wendy bingung.
"Spek apa?" soalnya. Dia mengurut belakang badannya yang terasa sakit itu sambil membelek kasut bootnya. Ada satu kawasan yang agak besar daripada kasutnya yang sebelah lagi. Zipnya dibuka. Terdapat satu kaca mata lutsinar di dalamnya.
Wendy memakainya di sebelah mata kirinya. Entah bagaimana, tangannya tertekan butang on dan satu paparan grafik muncul. Dia dapat melihat segala isi barangan yang terdapat di dalam almari bilik Krystal tanpa perlu membukanya terlebih dahulu.
"Scan dekat mana kunci tu berada.." arah Kai. Nada suaranya agak tegang.
Wendy cepat-cepat bangun dan mencari di sekeliling bilik. Dia membuka setiap satu almari sehinggalah ke bawah katil. Namun semuanya tiada disitu.
Sehinggalah saat dia terpandang satu lukisan besar di belakangnya. Gambar Krystal yang sebesar alam itu ditenung. Di belakangnya terdapat satu peti besi yang agak kecil jika hendak dibandingkan dengan lukisan yang sebesar dinding itu.
Gadis itu mendekati lukisan tersebut lalu menyentuhnya. Dia agak kagum dengan kecantikan Krystal. Maklumlah dia peminat gadis bangsawan itu.
"Ini bukan masanya nak tenung dia. Jumpa tak?" soal Yeri. Wendy kalut.
"Maaf-maaf!" ujar Wendy. Dia buntu bagaimana hendak menolak lukisan besar itu ke tepi agar dapat membuka peti besi tersebut.
"Ada peti besi belakang ni. Tapi tak boleh tengok dalamnya," ujar Wendy kepada Yeri. Dia bersandar pada lukisan tersebut.
Tiba-tiba, gerakan daripada badannya menyebabkan lukisan tersebut tergeser ke tepi. Wendy agak terkejut pada mulanya. Nasib baiklah dia tidak terkena serangan sakit jantung.
Peti besi itu tersembul di hadapan mukanya sekarang. Wendy ternganga kerana kagum. Tangannya menyentuh kunci peti besi itu. Ianya cuba untuk dibuka namun tidak berjaya kerana memerlukan kata kunci.
"Tak boleh buka.." ujar Wendy.
"Memanglah itu pun budak tadika tahu.."
"Kai, behave.." Yeri cuba untuk mengawal kemarahan Kai. Dia faham emosi Kai tidak stabil buat masa ini. Lagipun adiknya baru sahaja kembali kepada tuhan.
Wendy menjadi takut-takut untuk bertindak kerana dijerkah sebegitu oleh Kai. Dia sudahlah tidak biasa diperlakukan sebegitu.
Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. Jarinya diregangkan.
Kunci peti besi dipulas beberapa kali untuk memasukkan kata kunci. Nasib baiklah peluh tak mengalir macam dalam televisyen.
clak!
Bunyi pintu peti besi berjaya dibuka. Wendy membuka pintunya dengan berhati-hati.
Di dalamnya terisi beberapa ribu dollar wang Amerika dan lima jongkong emas di bahagian bawah. Manakala di bahagian atas, ada dua kunci emas diletakkan berasingan di dalam bekas khas. Boleh tahan banyak barang di dalam peti besi kecil ini.
Wendy berkira-kira mahu mengambil yang mana satu.
Tangannya terketar-ketar.
"Ambil sebelah kanan."
"Kiri.."
"Macam mana kau tahu? Aku yang betul so ambil kanan!"
"Firasat aku mengatakan kiri so kiri!"
Wendy menjadi agak rimas mendengar pergaduhan itu. Dia membuka earpiecenya agak tidak perlu mendengarnya lagi. Dia mengira di dalam hati samaada mahu mengambil kunci di bahagian kiri atau kanan.
Saat dia sedang berperang dingin dengan diri sendiri, dia baru perasan akan sesuatu. Pantulan dirinya tidak dapat dilihat melalui bekas kaca khas itu sedangkan kaca sebenar sepatutnya dapat memantulkan rupa objek.
Bahkan kedua-duanya sama-sama tidak menunjukkan pantulan dirinya.
Wendy mengeluarkan dan mengalihkan wang serta jongkong emas yang berada di bahagian bawah peti.
Yeri dan Kai yang menonton menjadi agak bengang.
"Tak patut percayakan dia!"
"Son Wendy kenapa kau perlu fikir pasal duit pada masa-masa macam ni?!"
Yeri dan Kai mula bertengkar sesama sendiri. Menyalahkan satu sama lain.
Manakala Wendy, dia telah terjumpa satu lagi pintu kecil di belakang jongkong-jongkong emas tadi. Pemegang pintu ditarik dan kunci yang sebenar bersinar-sinar menyilaukan dirinya. Kunci tersebut diambil dengan pantas.
"Yes!" jerit Wendy keriangan..
Dia mencari CCTV yang berada di dalam bilik itu dan menayangkan kunci tersebut pada Yeri dan Kai.
Sewaktu bertengkar, Kai tertoleh kearah CCTV dan ternampak Wendy yang sedang menayangkan kunci dengan riangnya. Bibirnya menguntumkan senyuman.
"She did it!" ujar Kai.
Wendy masih lagi melompat-lompat seperti orang yang tidak waras. Kai dan Yeri pula berpelukan sesama mereka untuk meraikan kejayaan itu.
Kemudian keduanya menolak sesama sendiri. Kekok dan malu.
Kai menggaru belakang kepalanya dan Yeri pula pura-pura batuk.
Namun, kegembiraan mereka tidak berpanjangan lagi. Kini, Krystal dalam perjalanan untuk kembali ke biliknya bersama dengan makhluk kejam yang mereka kenali.
Oh Sehun.
Keduanya berjalan dengan begitu pantas sehinggakan gerakan mereka sukar untuk diperhatikan oleh mata kasar.
"Wendy! Menyorok!"
Arah Yeri. Tetapi Wendy tidak mendengar arahan tersebut kerana tidak memakai earpiecenya. Gadis itu masih meraikan kejayaannya sendirian.
"Put that damn earpiece back on your ears Son Wendy!!" Jerit Kai. Jantung mereka berdegup laju. Saat-saat mencemaskan.
Tuk! Tuk! Tuk!
Kasut tumit tinggi Krystal berbunyi. Wendy berhenti daripada menyanyi. Dia merenung tepat kearah pintu.
Otaknya masih memproses apa yang seharusnya dia lakukan sekarang. Krystal dan Sehun pula sudah sampai di hadapan bilik. Tombol pintu dipegang dan perlahan-lahan ditolak ke dalam.
Kai dan Yeri pula sudah pun hilang arah. Harapan mereka sudah musnah.
Chanyeol dan Irene masih berlawan dengan pengawal-pengawal di bawah arahan Seulgi.
Manakala Suho, tidak dapat dijejaki.
Bersambung
vote ya korang..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro