Part 10
Wendy meneruskan perjalanannya dengan keadaan kelam-kabut. Air matanya sudah mengalir. Dia sungguh ketakutan sekarang.
Dia nampak apa yang berlaku kepada Joy tadi. Dia nampak lelaki bersut hitam itu menikam perut Joy berkali-kali sehingga dagingnya habis dicincang. Darah memercik ke merata tempat sehingga menjadikan kawasan itu lembah merah.
Mata Joy terbeliak saat menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kematiannya teramatlah sadis. Paling tidak dapat diterima dek akal oleh Wendy adalah, dia dan Joy sempat merenung kearah satu sama lain sebelum Joy pergi selama-lamanya.
Dia menyesal kerana tidak membantu Joy. Tapi kalau dia ada pun, mungkin dia yang bakal menjadi mangsa kedua.
Melalui saluran udara itu, Wendy hanya mengikuti gerak hatinya sahaja. Dia sudah buntu kerana terlalu banyak laluan di sana.
Saat dia melewati salah satu laluan, terdapat lubang udara besar yang dapat dibuka di situ. Dia mencuri pandang ke bawah dan ternampak figura yang tersangatlah dikenalinya.
Krystal.
Gadis anggun, jelitawan dan elegan yang lengkap berpakaian sut putih itu sedang mundar-mandir di dalam kamarnya. Dia sepertinya sedang melakukan sesuatu tetapi Wendy tidak pasti apakah ia kerana pandangannya terbatas.
tut! tut!
Satu getaran terasa di pinggang Wendy. Gadis itu agak terkejut. Dia membuka poket yang digunakan untuk meletakkan walkie-talkie dan melihat ada satu alat yang sedang berkelip-kelip tanpa henti.
Ia kelihatan seperti earpiece namun sedikit kecil daripada yang dipakai oleh pengawal yang berkumpul dihadapan bangunan tadi. Wendy meletakkan earpiece tersebut pada telinganya dan menekan butang padanya secara rawak.
"Wendy?" Suara Yeri kedengaran.
"Eo? Yeri?" Bisik Wendy.
"Iya aku. Kitorang baru sampai bilik kawalan. Baru sekarang dapat sambung signal untuk earpiece tu.." jawab Yeri.
Tangannya sibuk memanipulasi komputer dan memasukkan virus ke dalamnya untuk menghalang sistem sebenar daripada mengawal semula komputer. Proses itu mengambil masa yang agak lama dan tidak semudah di dalam televisyen yang kita lihat.
"Kau kat mana?" soal Yeri, lagi.
"Atas bilik Krystal. Dalam saluran udara," jawab Wendy.
"Good-- Siap!" ujar Yeri.
Yeri mengarahkan Kai untuk membuka CCTV. Kini, mereka dapat mengawal kesemua kamera litar tertutup dan mengambil rakaman tersebut. Ini boleh menjadi bahan bukti keganasan yang berlaku disebabkan ahli-ahli politik kejam dan korup. Mereka boleh didakwa sekiranya rakyat bersatu setelah melihat rakaman-rakaman itu.
"Joy mana?" soal Kai.
Wendy diam.
"Wendy?" panggil Kai.
Kata-kata Kai terhenti saat matanya terpandang satu tubuh yang terkulai diatas lantai yang dipenuhi 'cat' merah itu. Keadaannya sungguh sadis kerana mayatnya hampir hancur.
Wajah mayat itu dizoom. Kai tergamam. Kakinya hampir goyah. Dia terundur ke belakang.
Anak matanya bergetar.
"Adik..aku.." Kata Kai, perlahan. Masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Dia terjatuh diatas lantai. Manakala matanya masih fokus memandang skrin TV.
Walaupun adik tirinya itu kadang-kadang menyakitkan hati, tapi disebabkan perangai adiknya itulah hidupnya meriah. Joy dan dia memang satu gabungan adik-beradik paling serasi baginya. Berlainan ibu bapa tidak menjadi masalah kerana mereka tetap membesar bersama-sama.
Lidah Kai kaku. Tangannya dikepal.
Yeri segera menukar channel. Dia tidak mahu mengganggu Kai buat sementara waktu. Dia juga turut terkejut dengan kematian Joy dan agak tergamam tadi. Sudahlah Joy itu sahabat baiknya.
Yeri tunduk ke bawah dan cuba fokus kepada komputer. Dia tidak mahu menangis buat masa ini.
Mereka perlu selesaikan tugas dan kembalikan keamanan. Dengan itu, kematian Joy dan rakan sekerja yang lain akan dapat dibela. Mereka mati bukan sia-sia! Sekurang-kurangnya, mereka mati memperjuangkan negara. Satu amalan mulia. Pewira negara.
"Wendy.. Kita kena ambil kunci sekarang juga.. Bunuh Krystal kalau kau mampu.. Tak, bunuh sahaja sesiapa yang menghalang kau.." Ujar Yeri, dengan mata yang penuh dendam.
Demi Joy! Rakan seperjuangannya.
Manakala Chanyeol dan Irene, mereka dibawa ke sebuah bilik. Di dalamnya amatlah terang kerana sekelilingnya dipenuhi dinding putih. Kedua tangan mereka diikat antara satu sama lain.
Irene membuka matanya saat terdengar pintu terbuka. Matanya terus segar-bugar saat melihat Kang Seulgi sedang menuju kearah mereka dengan lenggok modelnya.
Gadis itu membawa sepucuk pistol bersamanya. Kaca mata ikoniknya masih terpacak dimata.
Irene mencubit lengan Chanyeol agar lelaki itu bangun.
Seulgi mencangkung di hadapan Irene dan menarik rambut wanita itu dengan kasar. Irene ingin melepaskan diri namun Seulgi semakin memperlakukannya dengan kasar.
"It's been a long time, Bae Irene.." sinis Seulgi berkata.
"Yea. Long time since you betrayed me!" balas Irene. Matanya penuh kebencian.
Seulgi ketawa. Wanita yang berada di hadapannya itu masih berdendam dengannya.
Irene ingat lagi saat dia berkhidmat dengan CIA dulu. Seulgi adalah rakan sejawatnya. Mereka sering bersama kemana-mana untuk menyelesaikan tugas sehinggakan hubungan mereka bagai isi dengan kuku. Namun setelah Irene mendapat satu surat misteri tentang X-Factor oleh seseorang dan menyiasatnya, wanita itu mendapat tahu satu rahsia besar tentang Seulgi.
Walaupun dia agak ragu kerana Seulgi merupakan sahabat baiknya, tetapi bukti yang ditemui itu semuanya menghala tepat kepada Seulgi. Sejak hari itu, Irene tidak lagi mahu mendengar arahan orang atasan.
Kerana salah satu ahli X-Factor adalah ketua CIA itu sendiri. Orang-orang atasan diarahkan untuk mengerah tenaga pekerja bagi mengalihkan perhatian dunia daripada organisasi itu.
Disebabkan tahu akan rahsia Seulgi juga, dia dipecat.
"Kau masih berdendam?" soal Seulgi.
Phuih!
Irene meludah tepat ke wajah Seulgi.
"Takkan aku lupa siapa gerangan yang menikam belakang aku. Disebabkan kau, aku hilang kepercayaan kepada orang. Aku layan kau dengan baik dan kau balas macam ni? Jadi tali barut dan sertai organisasi bodoh macam ni?! Hidup kau tak cukup senang lagi ke?!" marah Irene.
Wanita itu bengang.
Pipinya ditampar oleh Seulgi.
"Memang! Memang hidup aku tak senang! Aku tak suka dikaitkan dengan orang! Aku tak suka semua orang perlekeh aku dengan jadi lemah! Kenapa kau tak nak hidup mewah dan nak sangat banting tulang demi beberapa dolar sejam?! Kau masuk kumpulan ni, kau dah boleh jadi millionaire Irene. Kau boleh kuasai dunia. Tak ada siapa akan berani perlekeh kau. Orang akan tunduk dan hormat kau. kau tak mahu semua tu?" Ujar Seulgi.
Irene menggeleng kecil. Tidak percaya dengan mindset Seulgi yang sebegitu kecil.
"Buat apa orang hormat aku tapi secara paksa? Untuk apa aku disegani kerana menyakiti orang? Aku tak mahu semua tu.." jawab Irene.
Seulgi pula naik angin. Degil betul wanita ini, gumam Seulgi dalam hati.
"Kau bodoh."
"Biar bodoh sahaja daripada bodoh dan sombong. Kau mendongak langit harini, nescaya esoknya kau jatuh menjunam Seulgi. Apatah lagi cara kau naik bukannya secara natural. Sedangkan burung bersayap pun boleh jatuh, apatah lagi manusia bodoh sombong macam kau dan puak-puak kau yang lain.."
Seulgi berdiri. Dia sudah tidak mahu berbual kosong dengan Irene lagi.
"Tembak diorang.." arah Seulgi kepada anak buahnya yang berada dibilik kawalan diatas mereka.
Piu!
Satu peluru mengena sipi-sipi pada lengan Seulgi. Langkah wanita itu terhenti.
Wanita itu menoleh ke belakang. Kelihatan Irene dan Chanyeol yang sudah pun tidak diikat lagi. Irene sedang tersenyum sinis kearahnya manakala Chanyeol pula menghalakan pistolnya kearah Seulgi.
Seulgi menyentuh poket seluarnya. Pistol miliknya hilang dan kini berada ditangan Chanyeol.
"If you think you're the best at cheating, then I'm thousand times better than you.."
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro