Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ending


Loey dibawa ke mahkamah agung X-Factor dengan beratus tuduhan yang diada-adakan oleh ahli organisasi itu sendiri. Wajahnya bengkak kerana menerima pukulan yang cukup banyak semasa disoal-siasat oleh ahli X-Factor sendiri.

Lelaki itu tidak memikirkan apa-apa lagi selain Wendy. Dia risau akan keselamatan gadis itu walaupun mereka baru sahaja kenal untuk dua hari. Serasa seperti sudah bertahun lamanya mereka bersama.

Loey dibawa menghadap pengasas sebenar X-Factor, Kristalina Georgieva Jung.

Wajah wanita itu menakutkan. Sudah tiada lagi air wajah seorang wanita yang sering dikenali sebagai murah senyuman. Semuanya setelah dia mengetahui bahawa penerus agendanya, satu-satunya anaknya Krystal Jung telah meninggal atas perbuatan pengkhianat yang diketuai Loey dan bekas ketua CIA, Irene Bae.

"Park Chanyeol, agen 001, adakah anda mengaku bersalah atas tuduhan mengkhianat X-Factor, bersekongkol dengan pengganas dan mengancam keselamatan X-Factor?" soal Kristalina.

Loey tersenyum sinis.

"Aku atau kau pengganas sebenarnya?" soal Loey semula. Matanya tajam merenung wanita paruh baya 40-an itu.

"Tidak dibenarkan untuk merenung ketua sebegitu!!"

Seorang anggota polis menyebat belakang Loey kerana berani menentang Kristalina. Loey menahan sakitnya. Dia mengerang.

"Aku tak pernah sudi masuk kumpulan bodoh ni! Kau paksa orang politik untuk ikut kau dengan rasuah! Kau paksa aku dengan bunuh keluarga aku hanya sebab aku handal dalam risikan! Kau bunuh ibu bapa Wendy sebab mereka pernah berkhidmat dengan presiden sebelumnya dan tahu pasal organisasi ni! Kau pengganas yang sebenar!" jerit Loey.

Kristalina diam. Dia membuka rambut palsu formal yang sering dipakai oleh hakim.

"Jadi?"

"Kau memang tak ada perasaan. Aku tak akan segan-segan hancurkan organisasi ni dan kembalikan dunia kepada keamanan! Duit tak akan bawa kebahagiaan!" balas Loey.

Kristalina turun mendekati lelaki itu. Sampai dihadapan Loey, tangannya naik dan menampar lelaki itu.

"Jatuhkan hukuman mati kepada pengkhianat. Pastikan mayatnya hancur dan abunya kau buang ke laut," arah Kristalina.

Dirinya sudah dikaburi dengan wang ringgit. Sifat kemanusiaannya sudah hilang.

"Kau lepaskan penjenayah-penjenayah ganas dari seluruh dunia untuk buat huru-hara. Kau fikir mereka akan tunduk pada kau selama-lamanya?! Jumlah mereka lagi banyak dari orang kau! Mereka tu tak bodoh! Lambat-laun, kau akan mati jugak di tangan salah satu dari mereka.."

Kristalina memekakkan telinganya. Dia perlu bersiap-siap untuk ke majlis pengebumian anak perempuannya.

"Lima jam dari sekarang. Bunuh dia. Dan kalau kau bertukar fikiran, kami mengalu-alukan kau, Loey Park."

...

Wendy menyandar pada kerusi. Dia duduk memerhati bandar yang kini semakin kucar-kacir dengan para penjenayah yang membuat kacau tanpa henti. Mereka semua sedang mencari dia, Kai, Yeri dan Irene.

"Tak payah kenang lagi orang tak guna macam si Loey tu.. Berani dia tipu kita.." ujar Yeri, geram. Wendy tidak membalas.

Dia rasa kecewa. Kecewa dipermainkan sebegini.

Wendy menyeluk sesuatu di dalam poket bajunya. Ini rantai milik Loey kerana ada nama lelaki itu terukir diatasnya. Bila masa pula ianya ada bersamanya? Dia meniliknya lama. Hujung rantai berbentuk huruf muzik itu seperti bentuk pendrive.

"Yeri, kau ada laptop?" soal Wendy. Yeri menggeleng. Dia hanya membawa ipadnya sahaja. Yang lain sudah hilang entah ke mana.

"Kita turun dekat dengan tengah bandar boleh?" pinta Wendy kepada Kai yang sedang memandu helikopter. Tidak bertanya banyak, Kai menurut sahaja perintah Wendy. Mereka berhenti di kawasan yang agak jauh dari tempat orang ramai.

Wendy turun dari helikopter dan mencari pembentung yang pernah dia masuki bersama Loey.

Jumpa sahaja pembentung itu, dia terus turun ke bawah tanpa menunggu Yeri. Kai pula pergi mencari bantuan untuk merawat Irene.

Dia menuju kearah kamar rahsia milik Loey. Tiba sahaja di sana, mereka berdua masuk ke dalam. Wendy mencari tempat untuk memasukkan pendrive berupa huruf musik itu.

Komputer diaktifkan. Begitu banyak maklumat tentang bandar mereka muncul. Bermula dengan presiden pertama sehinggalah Ronald, yang terkini.

Wendy memberhentikan pengaksesan data saat terlihat wajah ibu dan bapanya yang lengkap berpakaian seperti seorang ejen rahsia. Mereka berdua kelihatan sungguh muda.

Nama: Shon ×××× (Bapa Wendy)
Tahun berkhidmat : 1976- 2015
Pangkat dan penghargaan : Ketua Angkatan Tertinggi Perisik, dan Penghormatan atas dedikasi kerana telah menyelamatkan Presiden XXX daripada kumpulan X-Factor
Tugasan terkini : error 404

Nama : Anne ×××× (Ibu Wendy)
Tahun berkhidmat : 1980- 2020
Pangkat / Penghargaan : Ketua Angkatan Tertinggi Kedua Perisik
Tugasan terkini : Informer atas kekecohan oleh Presiden Donald. Penyamaran : sebagai wanita tua bisu

Wendy bingung. Ibunya menyamar sebagai wanita tua bisu? Hah?

"Apa benda ni?" soal Yeri.

Mereka berdua sama-sama bingung. Apabila dilihat lagi kesemua data, muncul pula profil Loey.

Apa yang mengejutkan adalah, lelaki itu merupakan salah seorang anak murid ibunya. Wendy ternganga.

Jadi itu ke sebab Loey berada berdekatannya saat rusuhan berlaku dan menyelamatkannya? Sebab itukah Loey sentiasa ada berdekatannya?

Wendy membaca laporan tentang Loey yang disediakan oleh ibunya itu. Tangannya terbuka salah satu video yang menunjukkan Loey, bersama ibu dan ayahnya yang sedang berlatih. Ayahnya merakam Loey muda yang sedang dimarahi ibu kerana tersalah sasaran. Ayahnya mengacak rambut Loey yang sedang sedih setelah ditengking itu lantas memeluknya. Mereka nampak seperti satu keluarga. Sedangkan Wendy sudah lupa bagaimana rasanya dipeluk oleh ayah.

Salah satu video paling menyayat hati yang Wendy lihat adalah dirinya yang sedang disuap oleh ibu. Ayah datang mencelah, menunjukkan betapa bahagianya keluarga mereka.

Mata Wendy berkaca-kaca melihat ibu dan ayahnya yang masih hidup di dalam rakaman tersebut. Saat Wendy mendengar suara ibunya buat pertama kali, air matanya tumpah.

Bagaimana ibu boleh menyembunyikan yang dirinya boleh berbicara kepada Wendy sedangkan Wendy itu anaknya? Ibu terlalu ambil serius akan kerjanya ini.

"Yeri, bawa aku jumpa Loey.. Kita kena selamatkan dia!"

...

Penjara terbesar dunia dituju oleh mereka bertiga. Irene ditinggalkan di hospital bawah tanah yang ditemui oleh Kai. Dia sedang dirawat di sana.

Sampai sahaja di penjara, mereka menyelinap masuk tanpa pengetahuan sesiapa pun. Yeri mencuri data daripada penjara untuk mengetahui lokasi Loey.

"Jumpa.. Tingkat atas sekali.." ujar Yeri. Mereka masuk melalui salur udara sekali lagi. Semasa melalui beberapa tempat, mereka terdengar yang Loey akan dikenakan hukuman gantung tak lama lagi.

Wendy terus mempercepatkan langkahnya.

Sampai sahaja di lokap Loey, dia memerhati dulu sekeliling sebelum turun. Beberapa pengawal sudahpun beredar selepas Kai mengalihkan perhatian mereka.

Saat itu, Wendy turun dan melulu menuju kearah Loey.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Loey terkejut.

"Kau anak buah ibu aku?" soal Wendy pula. Loey pelik sebentar bagaikan Wendy tahu akan hal itu.

"Ini. Rantai ni. Aku dah tengok semuanya dalam ni," jawab Wendy.

"Bila masa pulak rantai tu ada dengan kau?" soal Loey, bingung. Dia meraba tengkuknya dan tak menyangka bahawa rantai kesayangannya itu telah hilang tanpa dia sedari. Mungkin tercabut saat dia melindungi Wendy. Nasib baiklah ianya selamat bersama Wendy.

"Jadi ini ke sebab kau selamatkan aku?" ujar gadis itu. Tertanya-tanya dan betul-betul inginkan jawapannya. Loey mengangguk.

"Aku dan ibu kau sama-sama bekerja untuk kerajaan. Kerajaan yang masih pentingkan rakyat daripada duit. Ibu kau bukannya mati sia-sia Wen," jelas Loey.

"Waktu rusuhan berlaku, ibu kau keluar untuk beri maklumat. Dia dapat tahu ada ahli X-Factor di sana berdekatan kedai kek yang kau nampak dalam rakaman CCTV bandar. Waktu tu aku ada sekali."

"Semasa dalam perjalanan untuk balik, ada ahli X-Factor cam wajah dia. Mereka suntik dia sesuatu sampaikan dia betul-betul tak dapat bercakap. Sebab tu dia tak dapat untuk minta tolong."

Wendy terkedu mendengarnya.

"Dia sempat arahkan untuk lindungi kau walau apa pun yang berlaku. Demi maklumat sulit negara dia sanggup korbankan nyawa. Sama macam ayah kau," sambung Loey lagi.

"Aku lindungi kau sebab aku terhutang budi dengan mereka yang telah ajar aku dari aku zero sampai sekarang. Aku tak pernah sudi untuk masuk kumpulan ni Wen. Diorang paksa aku. Percayalah, aku keluar sebab aku tak mahu apa yang diorang ajar aku, tersia-siakan. Aku tak mahu jadi orang jahat."

Loey cuba untuk meraih kepercayaan Wendy. Kali ini, dia betul-betul inginkan pengiktirafan daripada gadis itu.

"Maaf sebab tak dapat selamatkan ibu kau. Aku dah buat semuanya tapi dia nak aku lindungi kau. Dia risau kau cedera. Dia tak nak tengok mana-mana ahli X-Factor sentuh kau walau sehelai rambut pun."

Wendy merenung Loey, sepertinya percaya dengan kata-kata lelaki itu. "Jadi selama ni dia pura-pura bisu?" soalnya. Loey mengangguk.

Wendy termenung seketika. Wajah ibunya saat ditembak itu terkenang semula.

"Dia terpaksa. Kalau orang tahu dia boleh bercakap, kerja dia akan jadi susah. Dia sebolehnya perlu bersembunyi dan tidak terlalu menonjol. Sebab itulah dengan kau pun dia... dia tak bercakap.." jelas Loey.

Padahal Anne, ibu Wendy sentiasa mengadu padanya tentang betapa sakitnya dia saat melihat Wendy yang sentiasa cuba untuk berkomunikasi dengannya meski susah sehingga gadis itu belajar bahasa isyarat tanpa bantuannya. Susah tapi lama-lama Wendy terbiasa. Anne sedih melihat Wendy yang menganggap dirinya memiliki ibu yang bisu dan tidak seperti ibu yang lain. Dia tahu Wendy pasti kesunyian dan malu.

"Kau janji untuk lindungi aku selamanya?" ujar Wendy sambil menghulurkan tangannya kepada Loey.

"Ya. Aku janji. Hutang budi ni tak akan pernah terlangsai," balas Loey dan menyambut salam Wendy. Dia tak akan pernah lupa saat ibu bapa Wendy yang cuba untuk menyelamatkan ibu bapanya daripada dibunuh X-Factor sehingga mengorbankan ketuanya(ayah Wendy) itu. Meski ibu bapanya tidak dapat diselamatkan, ketuanya sekurang-kurangnya berjaya menyelamatkan dia. Dan sekarang dia akan membalasnya dengan menjaga Wendy.

"Kalau macam tu, jom? Kita habiskan diorang sama-sama!" ajak Wendy. Loey mengangguk.

Wendy menyerahkan pistol yang disorokkan di belakang pinggangnya kepada Loey.

Mereka keluar dari lokap dan menyerang pengawal-pengawal dibantu oleh Kai dan Yeri. Mereka membunuh satu-persatu sehingga Kristalina Georgieva Jung sendiri.

Loey membuat pengumuman tentang kematian ketua X-Factor itu.

Ahli kerajaan yang berpihak kepada keadilan muncul semula daripada tempat berlindung. Mereka menamatkan permainan dungu ini dan menangkap semula penjenayah-penjenayah yang melakukan pemberontakan itu.

Kesemua mereka dijatuhkan hukuman sekali lagi dan salah satunya adalah Byun Baekhyun. Loey tersenyum kegembiraan saat mengetahui bahawa Baekhyun akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Loey, Wendy, Kai, Yeri dan Irene dikurniakan pangkat kehormat. Mereka diberikan pingat kebesaran dan pangkat tersendiri. Sir dan Lady.

Wendy berdiri di sebelah Loey dan sama-sama menikmati keindahan dunia yang kini sudah pun kembali aman setelah 48 jam rusuhan.

Walaupun bilangan korban terlampau banyak, namun umat manusia akan tetap berkembang seiring waktu berjalan.

Loey memeluk bahu Wendy dan menarik gadis itu mendekat kearahnya. Wendy tersenyum.

"Terima kasih sudi percayakan aku.."

"Kalau kau jujur dari awal dah lama aku ada untuk lindungi kau tau?" balas Wendy, sombong. Mereka berpandangan seketika. Loey tergelak dan melepaskan pegangan.

"Ketod? Ada hati kau nak protect aku?"

"Ketod ni la yang selamatkan kau eh! Tiang."

"Iya. Tiang sayang ketod sangat-sangat. Terima kasih ketod. Terharu tiang."

"Geli!"

"Geli-geli pun kau suka kan? Kalau tak takkan lah cincin ni boleh tersarung sendiri kan?" Loey tersenyum sinis.

Wendy berkerut. Cincin apa? Tangannya ditilik. Secara tiba-tiba, Loey menyarungkan sebentuk cincin ke jari Wendy.

"Loey—"

Loey bersiul seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Lelaki itu memalingkan tubuh, membelakangi Wendy. Padahal dia malu-malu sendiri kerana menyarungkan cincin ke tangan anak gadis sebegitu.

"Woi babu cepatlah! Irene panggil! Next mission!!" Jeritan itu sedikit pun tidak menganggu Wendy.

Wendy menepuk belakang Loey, meminta penjelasan.

"Loey! Ini apa?!" Marah Wendy. Kepala Loey tertoleh ke belakang sambil tersenyum.

"I love you, olaf."

"Park Loey! Tak lawaklah!"

"Tak dengar ke aku cakap ada next mission?!"

THE END

"48 Hours of Crime? 48 Hours of Cringe adalah!" - Yeri dan Kai yang cemburu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro