Sembilan
Pandangan Eunwoo mula bertukar cerah apabila dia terasa benda yang menutupi matanya itu sudah dibuka.
Untuk seketika Eunwoo berasa ralat untuk beriak di saat dia melihat suasana yang sedang terbentang di depan matanya saat ini.
Ini... bukan ke bilik abang dia?
Jadi selama ini dia dikurung di dalam bilik abang dia, di dalam rumah sendiri ke?
"Kau dah lama tunggu ke, untuk lihat aku... Cha Eunwoo?" Tiba-tiba suara garau yang seram itu menyapanya dari belakang buatkan semerta saja bulu roma Eunwoo merinding, takut.
Si gerangan yang berada di belakang Eunwoo pula mula melangkah dan kemudiannya dia berhenti di hadapan Eunwoo.
Dan sebaik Eunwoo bertikam pandang dengan si gerangan yang sedang berdiri di depannya itu, semerta saja jantungnya berdegup kencang. Traumanya mula bertandang.
'Lee Taeyong...' desis hati Eunwoo, dalam takut.
Jadi betullah tekaannya, orang yang bercakap dengannya waktu matanya ditutup tadi adalah Lee Taeyong.
Taeyong hanya tersenyum cuma bila melihat wajah takut Eunwoo tika berpandangan dengannya itu sebelum jemarinya naik menyapa wajah Eunwoo semata dia ingin bermain dengannya.
"Sekarang sudah jelas kan apa yang aku bagitahu kau? Selagi mana kau cuba mengelak dari aku, selagi mana kau cuba lari dari aku, selagi mana kau cuba sembunyi dari aku... selagi itu aku akan cari kau, aku akan kejar kau dan aku akan ikut kau... hingga kau lelah dan akhirnya mengaku kalah pada aku. Ingat tu...Cha Eunwoo."
Gulp!
Eunwoo hanya mampu untuk terus terkaku ditempatnya bila mendengar kata tersebut dari Taeyong.
Kakinya yang turut sudah diikat sama dia cuba jongketkan sedikit demi sedikit semata dia cuba jauhkan kerusi yang turut terikat bersamanya agar jauh dari Taeyong.
Taeyong yang melihat tingkah berani Eunwoo mula membongkokkan badannya lalu dia segera memegang kedua bahu Eunwoo agar Eunwoo tidak terus bergerak dalam pada wajah Taeyong turut makin didekatkan dengan wajah Eunwoo.
Seketika sengihnya turut disenget sama buat Eunwoo, cukup sinis terlihat.
Makin buat Eunwoo takut dengannya.
"Aku tahu kau bijak dan baik... tapi kau cukup naif, Eunwoo. Aku cuma nak pesan... lain kali kalau kau tak nak ditimpa musibah, jangan buat baik dengan seseorang hingga boleh buat orang tu terlalu sayang dengan kau. Kau... bukan malaikat. Tapi aku boleh buat kau bertemu malaikat. Kau nak?" Eunwoo sudah tidak tahu untuk beriak macam mana bila mendengar setiap kata-kata Taeyong yang cukup menyeramkan itu.
Dia betul-betul dalam ketakutan sekarang.
Tiba-tiba kain yang diikat dimulutnya mula dirungkai Taeyong buatkan Eunwoo agak terkebil seketika dengan tindakan Taeyong.
"Sejak tadi lagi kau tak berbunyi lepas kau kena ikat, aku takut kau bisu je. Itu yang aku tolong buka ikatan di mulut kau." Ungkap Taeyong bersama senyum simpulnya masih dipamer buat Eunwoo biarpun ianya tak ditanya Eunwoo.
Tapi Eunwoo masih bisu ditempatnya, masih tidak tahu untuk kata apa.
Taeyong yang melihat reaksi Eunwoo sudah mengeluh bosan. Terus dia berdiri balik di tempatnya dengan muka fed up.
"Come on, sekarang ni kau betul-betul dah ready ke nak jumpa malaikat? Kau buat muka macam tu, buat aku rasa tak excited nak hantar kau pergi syurga." Ungkap Taeyong lagi yang bernada frust saja.
Eunwoo pula lambat-lambat cuba menstabilkan peredaran nafasnya biarpun dia masih rasa gerun dengan Taeyong saat ini.
"A-apa yang k-kau nak dengan a-aku sebenarnya?" Dalam gagap yang tak mampu dikawal, Eunwoo cuba juga menanya.
Taeyong yang mendengar soalan tersebut dari Eunwoo kembali dekatkan wajahnya dengan wajah Eunwoo bersama senyum simpulnya turut terukir seram buat Eunwoo.
"Kau betul-betul nak tahu ke?" Soal Taeyong balik, seakan cuba bermain tarik-tali dengan Eunwoo. Eunwoo kembali bisu.
Taeyong pula mula larikan jari telunjuknya di sekitar wajah Eunwoo, semata dia ingin buat Eunwoo makin takut dengannya.
Lagipun dia turut tahu yang trauma Eunwoo tentang saat dia diculik Seungwoo masih belum hilang jadi Taeyong memang sengaja ingin bangkitkan trauma Eunwoo agar ianya makin tak terkawal, kerana dia ingin Eunwoo menderita dengan lebih teruk dengan traumanya itu.
Eunwoo yang merasa tidak selesa dengan jari Taeyong yang sedang dilarikan di sekitar wajahnya itu cuba menepis, namun Taeyong dengan pantas mencengkam kedua rahang Eunwoo hanya dengan satu lagi tangannya cuma agar Eunwoo tak terus bergerak.
"Lep-paskan..." dalam sakit kerana rahangnya sudah dicengkam kemas oleh Taeyong, Eunwoo cuba meminta. Tapi Taeyong hanya abaikan suaranya malah jemari Taeyong masih ralit bermain dengan rambut Eunwoo pula.
"Kau pura-pura dungu, atau kau betul-betul dungu ha, Cha Eunwoo? Permainan kita baru saja bermula, aku baru je nak bermain dengan kau... masih tak rasa puas lagi main kau, takkan kau dah suruh aku lepaskan kau? Kawan tak boleh buat macam tu... ingat tu."ungkap Taeyong pula sambil tangannya masih seronok bermain-main dengan rambut Eunwoo.
"Aku bukan kawan kaulah!" Tapi Eunwoo yang mendengar kata-kata Taeyong cuba membentak dalam geram buatkan Taeyong yang sakit telinga mendengar bentakan Eunwoo makin mengemaskan cengkamannya dirahang Eunwoo hingga Eunwoo agak sukar untuk bernafas.
"Eaarrghh!..." kepala Eunwoo sudah terdongak ke belakang akibat tindakan Taeyong itu.
"Apa kau cakap? Kita bukan kawan?! Jadi aku tak boleh jadi kawan kau ke hah?! Atau kau nak suruh aku bunuh semua kawan-kawan kau dulu baru kau nak berkawan dengan aku?! Kau nak aku buat macam tu ke?! Hah??!" Dalam garang Taeyong menyoal, tapi Eunwoo yang makin sukar bernafas tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Dia hanya mampu meronta ditempatnya bagi melepaskan cengkaman Taeyong dirahangnya tapi giliran tangan Taeyong yang tadinya sedang bermain dengan rambut Eunwoo, mula mencengkam rambut Eunwoo lalu menariknya pula buatkan rontaan Eunwoo terus terhenti dalam kesakitan.
Eunwoo tidak mampu melawan Taeyong lagi, itu yang Eunwoo pasti.
Tiba-tiba pintu bilik tersebut dibuka seseorang dari luar buatkan Taeyong terus berhenti dari mencengkam rahang dan rambut Eunwoo sebelum dia kembali lepaskan wajah Eunwoo yang dipegangnya.
Eunwoo yang masih kesakitan hanya mampu untuk terus bisu ditempatnya.
"Yong..." segera Taeyong berpaling ke arah si kawan yang sedang berada di belakangnya itu sebaik si dia memanggil namanya.
Eunwoo turut mengalihkan pandangannya pada si gerangan yang datang mencelah antara mereka itu namun sebaik mata mereka berdua saling bertikam pandang, untuk seketika jantung Eunwoo terasa bagai ingin berhenti berdetak.
"Dokyeom..." Eunwoo sudah terkelu ditempatnya.
Tapi Dokyeom masih terlihat tenang ditempatnya. Wajah Taeyong dia kerling sekilas sebelum langkahnya mula diatur untuk mendekati Eunwoo pula.
Dan tanpa ragu, Dokyeom kembali mengikat mulut Eunwoo setelah tadinya ia dibuka Taeyong semata Dokyeom tak ingin Eunwoo berbunyi lagi.
"Ughh...ughh.." Eunwoo yang masih tertanya dengan kedatangan Dokyeom ke situ cuba berbicara namun Dokyeom hanya tenang tersenyum pada Eunwoo.
"Sekarang ni aku masih malas nak jawab setiap pertanyaan dari kau. Jadi lebih baik kau duduk diam je tanpa banyak bunyi. Lagipun kalau kau minta tolong dari aku untuk lepaskan kau pun... aku tetap takkan buat. Kau masih ada hutang dengan kitorang... jadi sekarang kau kena ikut je apa yang kitorang nak buat pada kau sebagai bayaran kau. Faham?" Ungkap Dokyeom pula pada Eunwoo sambil dia menepuk-nepuk lembut kepala Eunwoo.
Eunwoo yang mendengar kata-kata Dokyeom kembali terkaku ditempatnya.
Dia sangka selama ini dia berkawan dengan Dokyeom, mereka tiada masalah.
Tetapi sekarang...
Dia terjatuh dalam permainan Dokyeom bersama Taeyong pula.
Taeyong yang melihat reaksi terkilan yang terpamer di wajah Eunwoo itu turut pamerkan senyum kecilnya buat Eunwoo dan ianya cukup sinis terlihat.
"Jadi kenapa kau datang sini, Yeom?" Soal Taeyong pula pada Dokyeom.
Pandangan Dokyeom kembali dialih pada Taeyong.
"Bila kau nak selesaikan dia ni? Kalau kau nak buat dekat sini, selesaikan cepat sikit. Kalau boleh selesaikan sekarang juga. Aku takut kalau makin lama dia ni hilang tanpa berita, kawan-kawan dia akan syak kau dan diorang akan geladah rumah ni cari dia."ungkap Dokyeom pada Taeyong pula.
Taeyong terlihat diam memikir bila mendengar kata tersebut dari Dokyeom dalam pada matanya turut tajam merenung Eunwoo yang sudah diam tanpa sebarang bunyi di depan mereka.
"Tapi aku masih tak puas main dia..."ungkap Taeyong kemudiannya, muram saja bernada.
"Takkan masih tak cukup kau buat trauma dia datang balik? Jadi sekarang cepat selesaikan dia!" Tapi Dokyeom tegas saja mengarah, dalam nada tergesa dan riak wajah Taeyong pula terlihat turut berang sama.
"Andwae! Aku cakap aku tak puas lagi main dia, aku masih tak puas lagilah! Dia belum terseksa, dia belum betul-betul sakit lagi dengan mainan aku! Dia masih belum betul-betul menderita, seperti mana adik aku menderita! Aku dah janji pada kau kan, aku akan buat dia rasa sama macam apa yang adik aku rasa!" Penuh garang Taeyong berkata dalam pada anak matanya makin tajam dan garang menikam wajah Eunwoo yang terlihat sedang kebingungan.
Dokyeom yang mendengar kata-kata Taeyong sudah mengeluh. Nampaknya bila angin degil Taeyong dah datang, dia terpaksa mengalah.
"Okey, kalau macam tu lebih baik kau simpan Eunwoo dekat tempat lain. Aku cuma tak nak kau dapat masalah dengan mereka yang cari Eunwoo je. Aku risaukan kau." Dan sebaik kata itu diluah Dokyeom tikaman tajam anak mata Taeyong mula dikendurkan. Tapi wajah Eunwoo masih tak lepas dari direnungnya.
"Jadi, macam mana kita nak bawa keluar dia ni?" Soal Taeyong kemudiannya dalam pada tangannya mula merungkaikan ikatan ditubuh Eunwoo tapi ikatan ditangan,kaki dan mulut Eunwoo masih dibiarkan kekal.
Dokyeom pula cuba meliarkan pandangannya di setiap sudut yang berada di dalam bilik Seungwoo tersebut dan tiba-tiba pandangannya tertarik pada sebuah bagasi besar yang ada di atas sebuah almari pakaian.
Terus senyumnya melebar kembali.
"Tu, bagasi tu. Muat kut untuk dia ni." Ujar Dokyeom pada Taeyong sambil jarinya ditunjuk ke arah bagasi yang ada di atas almari tersebut.
Taeyong turut tersenyum bila melihat bagasi yang ditunjuk Dokyeom tersebut sebelum dia segera pergi mendapatkan bagasi tersebut.
Dokyeom pula kembali membuka ikatan di mulut Eunwoo sebelum dia pandang lama wajah Eunwoo.
"Kau cuba tolong aku ke?" Soal Eunwoo pada Dokyeom, dalam terkebil.
Dokyeom hanya senyum cuma.
"Aku cuma nak kau tahu, aku suka berkawan dengan kau sebab kau naif tapi cool, Eunwoo. Kau buat aku sedar, dalam permainan hidup yang rumit ini... pasti akan muncul seseorang untuk jadi malaikat buat kita. Aku nak kau tahu... walau apapun yang telah dan akan aku buat pada kau, itu bukan sebab aku benci atau berdendam dengan kau. Aku cuma nak tebus rasa bersalah kami pada adik Taeyong. Aku dan Taeyong nak bagi adik dia rasa bahagia balik dengan penebusan kami ini. Dan orang yang akan kami tebus untuk dia adalah kau, Cha Eunwoo..." dan Eunwoo yang mendengar kata terakhir itu dari Dokyeom mula berdegup kencang jantungnya akibat terlampau takut.
Tak, apa maksud Dokyeom?
Tebus? Untuk apa?
Untuk bahagiakan adik Taeyong?
Tapi Eunwoo tak pernah kenal adik Taeyong.
Kenapa mereka perlu jadikan Eunwoo sebagai tebusan untuk bahagiakan adik Taeyong?
Eunwoo makin sangsi.
Tapi Dokyeom pula mula mengeluarkan segulung pita perekat dan sebilah gunting yang ada dalam laci meja di sebelah Eunwoo sebelum tanpa banyak kata lagi dia terus menampal mulut Eunwoo dengan pita perekat tersebut pula agar mulut Eunwoo tidak dapat mengeluarkan sebarang suara lagi.
"Unmph..." dan ya, seperti agakannya... suara yang dikeluarkan Eunwoo kali ini sangat halus terdengar, seperti orang bisu yang hilang suara cuba bercakap saja.
Dokyeom kembali pandang Eunwoo bersama senyumnya turut disimpul sama.
"Lagi mudah suara kau dibiar macam ni, kan. Tak bising sikit." Ungkap Dokyeom kemudiannya tapi Eunwoo yang mula berang kerana merasa telah dipermainkan Dokyeom terus meronta ganas di tempatnya semata dia ingin menyerang Dokyeom.
"Unmph! Unmphh!!" Eunwoo cuba menjerit dalam berang tapi Dokyeom dengan pantas merangkul tubuh Eunwoo lalu dia mengunci pergerakan Eunwoo agar Eunwoo tidak terus melawan.
Mereka berdua terus bergelut bagi melawan satu sama lain di situ hinggalah Taeyong tiba di tempat mereka berdua bersama bagasi besar tadi yang sudah berjaya diambilnya.
"Yeom, dahlah tu! Ni bagasi, cepat letak Eunwoo dalam ni." Segera pergelutan Eunwoo dan Dokyeom terhenti sebaik mereka berdua mendengar kata tersebut dari Taeyong.
Dokyeom sudah melebarkan senyumnya manakala Eunwoo pula mula terlihat gerun wajahnya.
Dokyeom segera mengheret Eunwoo agar mendekati bagasi yang telah dibuka Taeyong tapi Eunwoo pula cuba mengeraskan dirinya untuk tidak terus berganjak dari kerusi yang didudukinya itu semata dia tidak ingin disumbat di dalam bagasi.
"Yarghh! Kau jangan degil boleh tak?! Mari cepat!" Arah Dokyeom yang mula geram dengan kedegilan Eunwoo itu tapi Eunwoo dengan pantas menggeleng.
"Unmph! Unmphh!" Eunwoo betul-betul tidak ingin disumbat dalam bagasi pula. Cukuplah dia sudah terseksa menjadi mangsa culik buat kali kedua, sekarang Dokyeom dan Taeyong nak tambah seksa dia lagi dengan nak sumbat dia dalam bagasi pula. Ia buat Eunwoo makin takut.
Taeyong yang melihat Eunwoo masih tidak boleh ditarik dari kerusi yang sedang didudukinya itu oleh Dokyeom, segera menghampirinya sebelum dia mencekak kolar baju Eunwoo dengan kemas lalu menariknya kuat buatkan nak tak nak Eunwoo terus terbangun.
"Aku cuma bagi kau dua pilihan, ikut aku dengan rela... atau ikut aku cara paksa?" Ujar Taeyong dalam pada dia menikam tajam wajah Eunwoo.
Eunwoo yang mendengar tawaran maut dari Taeyong itu kembali diam ditempatnya.
Taeyong sangka Eunwoo sudah ingin menurut dengan katanya. Tapi di saat dia cuba mengheret Eunwoo, Eunwoo sekali lagi mengeraskan badannya agar tidak berganjak dari tempat dia berdiri itu.
Taeyong yang berang dengan tingkah Eunwoo segera menumbuk kuat perut Eunwoo buatkan Eunwoo terus tertunduk dan terkulai kesakitan dalam pegangannya.
"Unmph...huh..huh.." nafas Eunwoo mula terasa sesak untuk dilepaskan. Dia juga tak mampu lagi melawan malah terpaksa biarkan saja Taeyong terus mengheretnya.
Sebaik Taeyong tiba bersama Eunwoo di tepi bagasi yang telah dibukanya tadi, badan Eunwoo segera dicampaknya ke dalam bagasi tersebut buatkan setengah badan Eunwoo terus terdampar elok di dalamnya. Tapi disebabkan kaki Eunwoo agak panjang, Taeyong terpaksa membetulkan kedudukan Eunwoo agar seluruh tubuhnya muat dimasukkan ke dalam bagasi tersebut.
Eunwoo yang masih kesakitan kerana ditumbuk Taeyong tadi cuba meronta kecil di tempatnya semata dia ingin menggagalkan kerja Taeyong saat ini tapi gangguannya ke atas kerja Taeyong gagal diteruskan sebaik Dokyeom turut datang ke tempatnya lalu menekan kepalanya hingga terbenam rapat ke dasar ruang bagasi yang sedang dimasukinya secara paksa itu, semata Dokyeom tak ingin dia terus bergerak.
"Unmph! Unmph!" Suara kecil Eunwoo cuba dibunyikan, bagaikan dia masih ingin melawan.
"Kau diam boleh tak?! Kalau kau asyik bising dan melawan macam mana kerja Taeyong nak siap?!" Tapi Dokyeom yang makin geram dengan Eunwoo mula menukas pula.
Taeyong pula tanpa banyak bunyi terus melakukan kerjanya. Tubuh Eunwoo yang diletaknya di dalam bagasi tersebut dibiar baring dalam keadaan mengiring sebelum kedua kaki Eunwoo dia bengkokkan lalu ditekan hingga ia muat untuk turut dimasukkan dalam bagasi tersebut.
Kemudian Taeyong segera mengambil seutas tali yang turut diambilnya tadi di saat dia mengambil bagasi, sebagai tali simpanan sebelum tali tersebut dia lalukan ke celah ikatan di kaki Eunwoo dan dibuat simpulan kemas agar ia tidak senang terungkai sebelum dia sambungkan pula lebihan tali tersebut yang masih panjang lalu diselit di celah ikatan tangan Eunwoo pula sebelum dia turut menyimpul ikatan tersebut dengan kemas.
Dan ya, kini Eunwoo langsung tidak mampu untuk bergerak lagi kerana ikatan tali yang disambung antara kaki dan tangannya saat ini sengaja dibiar tegang oleh Taeyong.
Eunwoo yang masih ingin melawan cuba untuk keluarkan kakinya dari bagasi tapi tak mampu kerana tali yang diikat dikaki bersama tangannya itu sudah tegang untuk dibuat regangan.
Taeyong yang melihat tidakan sia-sia Eunwoo itu sudah tersenyum sinis di tempatnya.
"Sia-sia je kalau kau melawan pun, Eunwoo. Bukannya kau boleh keluar lagi dari bagasi ni pun." Ungkap Taeyong kemudiannya buatkan rontaan Eunwoo untuk melawan mula terhenti.
Dokyeom yang sedari tadi menekan kepala Eunwoo mula melepaskan pegangannya.
"Huh...huh...huh..." terdengar nafas yang dihela Eunwoo cukup lelah. Mungkin dia sudah penat untuk terus meronta dan melawan.
Taeyong dan Dokyeom kembali menutup bagasi yang sudah diisi dengan Eunwoo itu sebelum mereka berdua zip dan kuncinya dari luar.
Terus saja dunia Eunwoo berubah gelap kembali.
Kemudian mereka berdua segera membawa bagasi yang berisi Eunwoo itu berlalu pergi dari situ semata mereka tak ingin perbuatan mereka disedari sesiapa.
Lagipun mereka masih ingin guna Eunwoo, jadi lebih baik mereka sembunyikan dulu Eunwoo dari orang lain, kan?
Heh!
.tbc.
*note: Adakah chapter ini mendebarkan? Apapun inilah chapter paling panjang setakat ni 2600 words. Ia penuh debaran bagi author.
*Fake or Fall... those dark chess was mine, forever...
**dua-tiga chapter lagi, buku ini akan ditamatkan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro