Satu
Kelas 3Alpha1...
"Park Jinwoo?"
"Ada!"
"Kim Jaehyun?"
"Ada!"
"Jeon Jungkook?"
"Yup!"
"Cha Eunwoo?"
"Dae!"
"Tomari Eiji?"
"Ada!"
"Mitsuzane Kureshima?"
"Eung!"
Dan begitulah yang berlaku seterusnya. Panggilan nama dibalas dengan sahutan dari gerangan yang hadir.
"Okey, nampaknya semua hadir ya hari ini.."ungkap si guru yang memakai tag nama Jang itu usai dia memanggil nama setiap pelajar kelas 3Alpha1 itu.
Tapi tiba-tiba pelajar yang tempat duduknya berada di depan meja Jungkook mengangkat tangannya, bagai ingin meraih perhatian di guru.
"Ya, Minghao...ada apa?"soal si guru sebaik dia perasan dengan si pelajar yang sedang mengangkat tangannya itu.
Si pelajar yang dipanggil Minghao itu segera berdiri di tempatnya.
"Cikgu! Kenapa cikgu selalu tak ingat nak sebut nama saya?"soal Minghao, seakan agak tak puas hati kerana hanya nama dia yang tak dipanggil si guru.
Si guru dah tayang muka pelik pada Minghao.
"Bukan cikgu dah panggil nama kamu ke?"soal si guru dalam konfius.
Terus Minghao menarik muncung masamnya tanda tak puas hati bila mendengar kata-kata tersebut dari si guru.
"Cikgu, nama saya tu terlalu vogue untuk cikgu lupa tahu tak?Xu-Ming-Hao! Takkan nama yang sungguh cantik dan sempurna tu pun cikgu boleh lupa nak sebut?! Nama Micchi yang buruk boleh pula cikgu ingat. Tak adil betul!"
Ehhek!
Terus tersedak Micchi bila namanya pun turut dikait sama oleh Minghao. Dahlah Minghao kata nama dia buruk!
"Oi, oi...agak-agaklah nak kutuk pun. Kalau kau nak kata markah aku buruk dalam ujian pun bolehlah aku terima lagi. Nama aku cute kut, mana ada buruk! Sedap je mulut mengutuk."balas Micchi, agak tak berpuas hati dengan Minghao.
Minghao hanya mencebih tanda malas nak layan dengan bicara Micchi.
Si guru pula sudah menggeleng kecil di tempat, bila sedar lupa memanggil nama Minghao adalah kesalahan dia.
"Maaflah, Hao. Cikgu ni agak pelupa sikit. Lagipun siapa suruh kamu duduk depan Eunwoo dan Jungkook. Cikgu jadi lebih perasan mereka berdua berbanding kamu.Haha..." tanpa rasa bersalah tawa cikgu Jang diselit diakhir bicaranya, buatkan seluruh isi 3Alpha1 turut tertawa dengan jawapannya.
Haha...kesian Minghao, tak diperasan sebab berada di depan orang yang terlalu bersinar macam Jungkook dan Eunwoo.
Jungkook dan Eunwoo hanya tersenyum cuma di tempat mereka, namun Minghao pula makin panjang pula menarik muncung panjangnya tanda tak puas hati.
Namun tiba-tiba pintu kelas 3Alpha1 diketuk dari luar sebelum seorang guru wanita menjengulkan kepalanya separuh ke dalam kelas tersebut.
"Ini kelas 3Alpha1 kan?"soal guru wanita itu, terlihat seakan separa ragu.
Cikgu Jang yang mendengarnya pantas tersenyum.
"Ya, ada apa cikgu Song?"soal cikgu Jang kepada guru wanita yang dipanggil cikgu Song itu.
Guru wanita tersebut sudah tersenyum bila mendapat jawapan tersebut dari cikgu Jang.
"Ini, pengetua minta saya tolong hantar pelajar baru ni ke kelas kalian ini."ungkap si guru kemudiannya buatkan cikgu Jang sudah terangguk agak mengerti di tempatnya.
"Oh...silakan, suruh dia masuk."pinta cikgu Jang pula buatkan cikgu wanita tersebut segera mengagguk sebelum dia menyuruh si gerangan pelajar yang datang bersamanya itu untuk masuk ke dalam kelas tersebut.
Setapak demi setapak, langkah si pelajar baru mula diatur hingga dia tiba di tepi cikgu Jang. Cikgu Jang tersenyum senang menyambut kehadirannya.
"Kalau macam tu saya pergi dulu ya cikgu,"pamit si guru wanita itu lantas ia dibalas anggukan dari cikgu Jang sebelum si guru segera berlalu pergi dari situ.
"Okey pelajar baru...sila perkenalkan diri kamu kepada rakan sekelas kamu ini ya."pinta cikgu Jang kepada si pelajar kemudiannya sebelum ia diangguk akur olehnya.
Yang lain hanya sabar menanti bicaranya.
"Unm, nama saya Taeyong...Lee Taeyong. Sekolah lama saya adalah Sekolah Tinggi Hanlim, sama sekolah dengan Eunwoo...Cha Eunwoo,"sapa Taeyong bersama senyum ramahnya turut dilayang buat rakan barunya itu.
Namun mereka semua terlihat seakan terkejut, bila tahu si pelajar baru yang bernama Taeyong itu adalah bekas pelajar sekolah yang sama tempat Eunwoo belajar dulu.
Eunwoo pula agak terdiam di tempatnya, tak tahu untuk memberi reaksi macam mana dengan kehadiran tiba-tiba orang dari sekolah lamanya itu.
"Baiklah, Lee Taeyong...nampaknya kamu agak beruntung kerana tempat duduk yang masih kosong betul-betul ada di sebelah tempat Eunwoo. Jadi kamu boleh ke sana."
Taeyong segera mengarahkan matanya ke arah tempat kosong di sebelah meja Eunwoo itu sebelum pandangannya dialih pula ke tempat Eunwoo sekilas.
"Unm...terima kasih cikgu."ungkap Taeyong sebaik dia kembali memandang cikgu Jang sebelum dia segera menuju ke tempat duduk barunya itu.
Namun dalam perjalanan, hatinya turut berbisik...
'Akhirnya kita bertemu...Cha Eunwoo.'
Dan bersama bisikan tersebut, dia turut tersenyum kecil...penuh makna.
Cha Eunwoo...
Adakah kisah catur kegelapan untukmu bakal terbuka semula?
Mungkin.
.tbc.
*note:This is Fake/Fall season 2, di mana Eunwoo bakal diburu oleh pencatur yang baru pula untuk dimakan. Siapakah si pencatur tersebut? Anda mungkin sudah dapat menekanya.
Now tagu,tagu~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro