Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Lima Belas

"Eeaargghh!!"

"Jeon Jungkook!!"

Dan,

"Zupp!" Dalam masa sama satu anak panah tertusuk tepat di bahu Taeyong dari arah yang tak diketahui buatkan Taeyong terus melepaskan pisaunya yang ditikam ke rusuk Jungkook dalam kesakitan.

"Arghh..." Taeyong merintih sakit tapi yang lain yang panik dengan keadaan Jungkook hanya mengerumuninya untuk memeriksa keadaannya.

Dalam masa yang sama tempat Eunwoo pula didatangi seseorang dari arah yang bertentangan dengan kedatangan team 3Alpha1 tadi.

Si dia mendekati Eunwoo bersama busur dan anak panah yang turut dibawa bersamanya. Sepertinya dialah orang yang bertanggungjawab memanah Taeyong tadi.

"Young... Hoon..." si dia cuma nipis tersenyum bila Eunwoo menyebut namanya.

Ya, dialah Younghoon... Kim Yonghoon, pakar pemanah 3Alpha1.

Ikatan di tangan dan kaki Eunwoo mula dirungkai Younghoon sebelum dia membantu membangunkan Eunwoo.

Taeyong pula Eunwoo lihat telah pun diikat Micchi yang turut dibantu Jaehyun dalam pada Micchi mengomel geram padanya.

"Oh, Micchi kau pun datang juga? Kenapa aku tak nampak tadi?" Terjeda sekejap omelan entah apa-apa Micchi pada Taeyong lantas matanya semerta saja menjeling geram pada Younghoon bila mendengar bicaranya itu.

"Kau diam, tiang! Aku tahu aku pendek! Sibuk je nak cari aku, hugh!" Geram saja Micchi menggerutu, tapi Younghoon dan Jaehyun yang turut mendengarnya sudah terkekek geli hati dengan respons Micchi untuk usikan Younghoon itu.

Micchi ni sensitif betul bila orang cakap bab tinggi... sebab dia pendek. Haha~

Tapi Eunwoo yang masih ralat dengan keadaan di sekitarnya masih bisu dari mengungkap sebarang bicara.

Dia lihat pada Taeyong yang sedang mengaduh sakit... otaknya terasa kosong.

Dia lihat pada Younghoon dan Jaehyun yang sibuk menyakat Micchi... tapi otaknya masih lagi kosong.

Dia lihat pula pada budak 3Alpha1 yang lain yang sedang mengerumuni Jungkook yang sedang terbaring di lantai saat ini... dan semuanya masih tiada rasa untuk dicerna di otaknya.

Namun tiba-tiba di hatinya diterjah suatu bicara...

'Omma... appa... abang Seungwoo...'

'Apa Eun turut sakit, seperti mana yang abang Seungwoo pernah rasa?'

'Kenapa Eun selalu jatuh dalam kepuraan hidup, kalau betul Eun tak sakit?'

'Apa semua ni masih sebuah mimpi untuk Eun?'

'Ini mimpi gelap Eun ke?'

"Ini... mimpi gelap Eun.." dan bersama bisikan tersebut, setitis mutiara jernih jatuh dari tubir mata Eunwoo, meski pandangannya masih terlihat kosong.

Kepalanya mula terasa berat dan tak lama, dia terus terjelepok jatuh ke lantai dan terus tidak sedarkan diri.

"Cha Eunwoo!!"

Tak... dia sudah tidak dapat mendengar lagi suara-suara itu memanggil namanya.

Kini semuanya gelap untuk Eunwoo.

:::

Di hospital...

Eunwoo jaga dari lenanya di saat dia rasa seperti ubun-ubunnya diusap lembut.

"Tidurlah dengan tenang... walau mimpi cuma mainan. Hidup ini banyak cubaan, moga kuat hati dan perasaan..." dan bersama usapan tersebut kata itu turut berbisik.

Dalam mamai Eunwoo cuba menggapai tangan yang sedang mengusap ubun-ubunnya itu lantas matanya dicelik dan renungan dinginnya turut diberi pada si gerangan yang sedang dipegangnya itu.

"Gu Harin?" Segera tangan Harin dilepasnya kasar.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Eunwoo kemudiannya pada Harin.

Harin yang masih tersentak dengan tindakan Eunwoo yang telah menolak tangannya tadi sudah tergaru dalam kebingungan di tempatnya.

"Nak melawat awaklah. Takkan tak boleh?"

"Tak perlu."

Ehek! Macam tu je Eunwoo balas? Tak mengalukan kedatangan dia langsung Eunwoo ni!

"Tapi saya datang dengan Jinwoo.."

"Mana Jinwoo?" Sekali lagi Eunwoo mecantas bicara Harin dengan soalannya bila Harin sebut tentang Jinwoo.

"Dia pergi tandas—"

"Dah, kau boleh pergi. Aku tak nak ada urusan dengan kau," sekali lagi Eunwoo menghalau Harin dalam dingin, buatkan Harin terus tarik muncung masam dia pada Eunwoo.

"Yay! Awak ingat saya datang melawat awak ni sebab nak cuba tackle awak ke hah, Cha Eunwoo?! Saya datang nak melawat je! Kenapa nak menghalau macam saya cuba nak raih perhatian awak?" Dengan penuh geram Harin berkata, buatkan Eunwoo agak hilang riak seketika di tempatnya.

Tahu pula dia terkejut dengan Harin.

Namun di saat Eunwoo ingin membalas, ada satu suara datang mencelah perbualan mereka.

"Aku tak kisah kalau Eunwoo nak perasan kau ada hati dekat dia. Tapi sekarang ni nampak gaya macam kau pula yang melebih emo, Rin. Atau kau memang ada hati dengan Eunwoo?"

Eunwoo hanya mampu terkebil ditempatnya manakala Harin sudah berubah merah wajahnya bila mereka berdua disapa soalan tersebut oleh Jinwoo.

Ya, Park Jinwoo.

"Jinwoo?" Jinwoo hanya nipis tersenyum tika disapa Eunwoo lantas dia segera menuju ke katil pesakit milik Eunwoo dalam pada Eunwoo pula turut bangkit dari pembaringannya dan duduk menyandar di kepala katil.

"Kau dah okey?" Jinwoo menyoal pada Eunwoo dalam pada dia turut menjeling ke arah Harin yang berada di sebelah katil Eunwoo sekilas, yang masih tak habis-habis menepuk pipinya yang sedang memerah itu.

Tchih! Bibir Jinwoo menyenget lucu melihat tingkah Harin.

"Jungkook dah okey?" Fokus Jinwoo kembali dipaku pada Eunwoo bila dia diaju soalan tersebut oleh Eunwoo.

Seketika kemudian keluh beratnya turut terlepas.

"Dia masih tak okey?" Eunwoo menyoal lagi. Kali ini ini Jinwoo pandang Harin pula, bagai dia tidak sanggup untuk menyatakan tentang keadaan Jungkook sekarang kepada Eunwoo.

"Jungkook masih di ICU dan masih tidak sedar. Tikaman di rusuk dia hampir kena paru-paru tapi nasib baik ia tersasar dan terkena di tempat yang tak merbahaya. Tapi luka dia masih perlukan 10 jahitan dan buat masa sekarang Jungkook masih perlu bernafas guna sokongan tiub pernafasan, sebab kadar denyutan jantung Jungkook masih lemah." Harin cuba juga mengungkap keadaan terkini Jungkook pada Eunwoo meskipun dalam masa sama hatinya turut sebak bila memikirkan keadaan Jungkook saat ini.

Eunwoo yang mendengar kenyataan tersebut dari Harin mula tunduk merenungi dirinya.

Semuanya salah dia.

Dia penyebab Jungkook ditikam.

Kalaulah dia terus ikut kata Taeyong tanpa perlu tunggu Taeyong dapat Jungkook... mungkin Jungkook takkan jadi macam ni.

Eunwoo memang tak guna, sebab terlalu takut dengan kegilaan Taeyong.

Eunwoo rasa dia betul-betul tak guna sekarang.

Dia memang tak guna!

Dan tiba-tiba kedengaran esakan kecil datang dari Eunwoo dan badan Eunwoo turut terhenjut-henjut seperti dia sedang menangis.

"Eunwoo..." Jinwoo dan Harin sudah terkedu melihat Eunwoo menangis tiba-tiba.

"Aku takut... dendam diorang, buat hidup aku makin sakit. Aku tak nak jatuh... dalam semua kepuraan ni lagi. Aku tak nak, hidup aku jadi medan catur orang lain... lagi. Aku manusia, bukan pawn... mahupun tebusan. Aku ada hati... aku ada rasa dan jiwa aku.. bukan untuk taruhan. Nyawa aku... bukan barang.. tapi kenapa, diorang buat aku macam mainan? Aku sakit... dengan semua ni.." satu-persatu kata itu diungkap Eunwoo dalam lirih, bersama tangis yang terluah darinya turut sayu terdengar.

Eunwoo takut, bila terus diasak dengan kegilaan dendam Taeyong yang cuba mengambil nyawanya... setelah dulu dirinya terlalu digilai Ong Seungwoo yang begitu ingin menjadikan dia sebagai pawn di dalam catur dendamnya.

Eunwoo juga takut, kerana catur hidup yang sedang menjebaknya ini akan turut mengorbankan hidup orang yang dekat dengannya... seperti mana yang terjadi pada Jungkook sekarang.

Ia buat Eunwoo rasa seperti hidupnya hanya mimpi...

Mimpi yang ngeri untuk dia.

Setiap kali terjaga, pasti dia dihidang dengan kepuraan yang lain pula.

Namun tiba-tiba Eunwoo terasa seperti kepalanya dipeluk dan diusap lembut oleh seseorang dari sisi, bagai si dia sedang cuba menenangkannya...

"Aku tahu... Cha Eunwoo. Tak apa, aku ada. Aku tahu kau manusia, aku tahu kau ada rasa... aku ada... untuk jaga kau. Bukan salah kau semua ni terjadi. Hidup ni memang sakit, untuk orang naif macam kau.." dan bersama usapan tersebut kata itu turut bernada.

"Yonghwa hyung?" Eunwoo yang seakan dapat cam suara tersebut cuba meneka. Tangisnya pula mula beransur reda.

"Unm..." ringkas Yonghwa menjawab, tanda tekaan Eunwoo betul.

Eunwoo yang malu sebaik mendapat jawapan Yonghwa segera ingin leraikan pelukan Yonghwa di kepalanya tapi Yonghwa tenang saja menghalangnya.

"Shh... pelukan boleh buat kau tenang. Jadi hanya tenangkan diri kau je, tak payah malu." Selamba saja Yonghwa mengujar buatkan Eunwoo terpaksa akur juga dengan arahannya.

Yonghwa kembali mengusap lembut kepala Eunwoo, penuh kasih seorang abang, buatkan makin lama Eunwoo mula selesa dengan usapan Yonghwa.

"Hyung..." panggil Eunwoo tiba-tiba setelah untuk sekian lama bicara mereka berdua dijeda.

"Hnm... ada apa?" Lembut Yonghwa menyoal, dalam pada dia masih mengusap kepala Eunwoo.

"Gomawo..." ungkap Eunwoo perlahan, sebelum bibirnya kembali diketap kemas, seakan dia sedang cuba menahan ungkapan lain yang ingin turut keluar sama dari mulutnya itu.

Dalam masa sama, tangannya turut mula memeluk pinggang Yonghwa bagaikan dia mula selesa dengan Yonghwa.

"Gomawo... gomawo... gomawo..." dan bersama pelukannya, kata itu turut diulang tutur oleh Eunwoo kepada Yonghwa... hinggalah dia tertidur dalam pelukan Yonghwa.

Hah, Cha Eunwoo...

Sudah dikata, dia memang malaikat kecil yang naif.

Bukan?

.tbc.

*note: last episode dah nak sampai...

* no one can touch my heart,
when I'm yours..
No one can reach my love,
when I'm yours...
No one can grab my smile,
when I'm yours...
No one can be mine,
when I'm yours...

-J'sMine-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro