Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Lima

Keesokan harinya, kelas 3Alpha1...

"Yow, Eunwoo! Kau dah okey?"

Sapa Jungkook di saat Eunwoo tiba ditempatnya. Eunwoo hanya mengangguk kecil tanda okey.

"Aku dah pindahkan tempat budak tu semalam. Jadi mulai sekarang Micchi duduk tempat budak tu, ganti dia."

Sekilas Eunwoo memandang ke meja sebelah yang semalam ia menjadi tempat duduk Taeyong, tapi kini telah berganti dengan Micchi.

"Terima kasih, sebab faham keadaan aku."ungkap Eunwoo di saat dia kembali memandang Jungkook.

Tiba-tiba tempat mereka berdua dikerumuni beberapa rakan sekelas mereka yang lain.

"Kau betul-betul dah okey ke, Woo? Aku tengok muka kau pucat lagi tu?"soal si kawan yang memakai tag nama Daniel...Kang Daniel.

"Haah, itulah pasal. Muka kau pun nampak layu je? Macam orang tak cukup vitamin."sampuk si kawan yang satu lagi, yang bertag nama Hwang Yogyeum.

Eunwoo pandang mereka satu persatu.

"Aku okeylah. Cuma aku pucat mungkin sebab masih terkejut dengan kes semalam. Tapi aku okey. Tak payah risau."balas Eunwoo kemudiannya pada rakan-rakannya yang sedang mengerumuni tempatnya itu bersama senyum kecilnya turut diukir buat mereka.

"Semalam aku cuma nak bergurau dengan kau, Cha Eunwoo...seperti mana Kim Mingyu cuba bergurau dengan aku begitu. Takkanlah bila aku buat macam tu pada kau jadi salah tapi Mingyu buat boleh pula? Kawan...gurauannya untuk aku perlu berbatas ke, sedangkan kalau untuk korang tak perlu ada batas? Hnm?"

Dan ya...bila mendengar suara Taeyong membuka bicara dari tempat duduk barunya itu untuk dia buatkan detak jantung Eunwoo semerta bergetar takut.

Entah kenapa...

Sejak kejadian semalam, dia akan jadi takut untuk melihat Taeyong ataupun mendengar suaranya.

Suara Taeyong...bagaikan mampu untuk buat bulu romanya meremang.

Apa betul...Taeyong terlalu merbahaya untuknya?

:::

Waktu rehat, Eunwoo menikmati sendirian makanan dan minuman yang dibelinya di kedai sekolah tadi di atas bumbung sekolah, hanya kerana dia inginkan waktu untuk bersendirian tanpa sebarang gangguan.

Lagipun saat ini, di atas bumbung tersebut tidak punya sesiapa...jadi Eunwoo rasa tenang boleh bersendirian di situ.

Novel kegemarannya yang turut dibawa bersamanya mula dibuka, sebaik Eunwoo menemui tempat sesuai untuk duduk.

Helaian novelnya dibelek satu-persatu hinggalah ia tiba di tempat yang masih belum dibacanya.

Fokus bacaannya segera diberi sepenuh hati, tanpa dia pedulikan lagi suasana sunyi di sekelilingnya.

Deru angin yang sesekali terasa menyapa wajah dan rambutnya tidak dihiraukan. Baginya apa yang penting sekarang tekanannya mampu berkurang jika dia membaca novel kegemarannya tersebut.

Agak lama Eunwoo khusyuk membaca novelnya itu, tiba-tiba dia terasa ada seseorang sedang merenungnya dari sisi.

Segera Eunwoo menoleh ke sisinya namun dia agak terkejut bila matanya bertemu dengan mata Taeyong yang sedang memandangnya dari sisi.

Terus berderau darah Eunwoo, ditambah lagi Taeyong turut pamerkan senyum simpulnya buat Eunwoo, namun cukup nampak seram bagi Eunwoo.

"K...kau.." Eunwoo sudah tergagap  untuk mengungkap sebarang bicara saat ini.

"Aku tak suka tengok kawan aku tak pedulikan aku bila kita bertemu. Ingat tu... Cha Eunwoo,"

Gulp! Liur Eunwoo terus ditelan dalam cuak bila mendengar kata tersebut dari Taeyong, biarpun nadanya hanya selamba diungkap Taeyong.

"Aku..bukan kawan-kau... aku tak kenal kau.."dalam gagap dan gentar Eunwoo cuba juga mengungkap sebelum dia segera menutup bukunya dan mengemas barangnya untuk segera pergi dari situ.

Namun Eunwoo tak sempat bangkit dari tempatnya bila tiba-tiba saja Taeyong menyambar pergelangan tangannya lalu mencengkamnya kemas, agar Eunwoo tak dapat lari dari dia lagi.

"Kalau kau lari sekarang pun lepas ni kita akan bertemu lagi, Cha Eunwoo. Kau cubalah lari dalam ceruk mana pun aku akan tetap ikut kau. Sebab kita kan kawan...ingat tu,"ungkap Taeyong lagi bernada sinis pula dalam pada tangannya makin kemas mencengkam pergelangan tangan Eunwoo di saat Eunwoo bergelut dengannya, cuba untuk melepaskan diri darinya.

"Kau nak apa dari aku? Jangan terus ganggu aku boleh tak?!" Soal Eunwoo pula dalam rasa geram dan takut yang mula bersatu, bercampur aduk.

Dalam masa sama tangannya yang satu lagi cuba mencapai bukunya bagi dilayang ke muka Taeyong namun tak sempat dia berbuat begitu, satu lagi tangan Taeyong sudah kemas memegang tangannya.

Kini Eunwoo sudah terkunci dalam pegangan Taeyong.

Taeyong pula terus merenung Eunwoo dengan tajam.

"Masih tak jelas ke apa yang aku cakap? Aku nak kau, walau apapun terjadi aku tetap nak kau! Jika kau terus lari dari aku, selagi itu aku akan kejar dan ikut kau! Jadi jangan terus lari dari aku. Ingat tu...Cha Eunwoo."ungkap Taeyong kemudiannya dalam tegas sebelum dia kembali lepaskan tangan Eunwoo yang dipegangnya lantas dia terus bangkit dan berlalu dari situ

Eunwoo pula masih tak mampu bangun dari tempatnya disebabkan tubuhnya mula rasa lembik bila mengenangkan kata-kata yang dilempar Taeyong buat dia tadi.

Semerta saja jantungnya berdegup kencang malah kepalanya juga terasa berat dan berpusing.

Tak..

Trauma dia datang lagi.

Dalam langkah yang longlai...Eunwoo cuba gagahkan juga dirinya untuk melangkah pergi dari atas bumbung tersebut bagi kembali ke kelasnya.

Tapi dalam masa yang sama, mindanya turut dituju sebuah persoalan berat.

Kenapa Taeyong begitu inginkan dia?

Apa dia pernah ada buat salah pada Taeyong ke?

Tapi dia yakin dia tak pernah kenal Taeyong.

Hah...

Apa mungkin kali ini catur hidup yang sedang dia terjebak lebih rumit untuk diselesaikan?

Eunwoo tak tahu.

.tbc.

*note:Sampai bila agaknya Eunwoo akan terjebak dalam catur dendam orang lain?

*story ni... buat author teringat pada my old story, FOR U[Beyond The Soul] dan sekuelnya CHARECTER. Adakah ini remake versi Cha Eunwoo? Mungkin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro