Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Empat Belas


Pisau yang dipegang Taeyong tinggi diangkat, buatkan Eunwoo yang melihatnya sudah memejam rapat matanya, tak ingin melihat mata pisau yang bakal dibenam ke dadanya itu.

"Bersedia untuk ke syurga, Cha Eunwoo..." tenang saja kata itu diucap Taeyong.

Dan...

"Bangg!!"

"Letakkan senjata kau, Lee Taeyong! Jangan cuba lari, tempat ni telah dikepung!"

Terus panasaran Taeyong di tempatnya bila mendengar bunyi tembakan dan juga bunyi suara arahan yang seperti dilaung dari pembesar suara itu.

Tidak jadi dia ingin menikam Eunwoo, sebaliknya matanya terus liar mencari di mana si pemilik suara yang berbunyi namun sebaik matanya tertancap pada rangka pintu yang menghubungkan bilik tersebut dengan bahagian luar, semerta saja senyum sinisnya disenget semula.

Lantas Taeyong segera menarik kasar tubuh Eunwoo lalu merangkulnya sebelum dia arahkan pisau yang dipegangnya ke leher Eunwoo pula.

"Tunjukkan muka korang kalau berani? Aku takkan lari, tapi kalau korang cuba ganggu kerja aku guna cara keji, aku jamin pisau ni akan tolong cabut nyawa Eunwoo untuk korang." Penuh tenang Taeyong berkata, tapi mata pisau yang dipegangnya makin dirapatkan ke leher Eunwoo buatkan Eunwoo sudah tidak cukup nafas ditempatnya akibat terlalu takut.

Dan seperti agakan Taeyong, memang ada gerangan yang keluar dari balik tembok luar bilik tersebut dan ianya adalah...

Lee Dokyeom, bersama beberapa orang budak 3Alpha1 yang lain termasuk Eiji, Tomari Eiji.

"Kau cuba belot dengan aku, Yeom?" Soal Taeyong yang mula berang melihat Dokyeom mengetuai pengepungan tempat tersebut.

Dokyeom hanya mampu mengetap bibirnya, tidak tahu untuk balas apa pada Taeyong kerana rasa bersalah. Tapi Eiji pantas memegang bahunya, cuba untuk membuktikan yang tindakan Dokyeom tidak salah.

"Aku cuma tak nak hilang kau dan Eunwoo, seperti mana kita pernah hilang Hyun, Taeyong. Aku sayang kau... aku juga sayang Eunwoo. Kau sepupu aku dan Eunwoo kawan aku. Jika kau nak suruh aku buat pilihan antara kau dan Eunwoo... aku tak boleh pilih. Nilai persahabatan amat penting untuk aku, kau juga adalah sepupu yang paling berharga untuk aku. Maafkan aku, Taeyong. Permainan ni terlalu kejam untuk aku.." satu-persatu kata itu cuba ditutur Dokyeom buat Taeyong, bersama air matanya yang mula jatuh sama.

Hatinya tak mampu jadi sekeras Taeyong, untuk mampu mencipta permainan dendam juga.

Baginya persahabatan dan pertalian kekeluargaan adalah barang berharga yang tak mampu dipilih buang. Ianya pelengkap perhubungan.

Tapi bila Taeyong paksa dia tebus nyawa Eunwoo untuk Hyun... Dokyeom jadi tak mampu untuk selesaikan tugas tu.

Taeyong yang mendengar kenyataan tersebut dari Dokyeom, memandang jengkel padanya.

"Ceh, setiakawan konon! Kau dah lama kenal aku malah kita sepupu, jadi kau sepatutnya perlu setia dengan aku, bukan belot aku!!" Dan bersama nada suaranya yang makin keras bernada, Taeyong menekan makin rapat pisaunya ke leher Eunwoo, bagai tunggu waktu Eunwoo ingin disembelih dia saja.

Eunwoo yang makin kecut perut sudah tidak mampu berkata apa-apa.

Eiji yang mengetuai puak 3Alpha1 mula membuka langkah berjaga-jaga, bersedia untuk serang Taeyong.

"Tak salah untuk membelot, kalau setia dengan kau hanya buat dia derita."

Terus mata Taeyong tertala pada si gerangan yang mencelah dengan bicaranya itu namun sesaat kemudian senyum sinisnya disungging buat si gerangan.

Cih, Kim Mingyu.

"Romeo tak laku 3Alpha1 pun ada juga? Maaflah, seperti yang aku pernah kata... kau bukan test aku. Test aku... ni, Cha Eunwoo.." dan bersama bicaranya itu pisau yang dipegang Taeyong turut dimainkan di serata kulit wajah Eunwoo, semata dia sengaja ingin buat Eunwoo makin takut.

Eunwoo cuba mengetap bibirnya bagi menahan rasa gentar yang makin kuat menyentap tangkai hatinya saat ini bila dihidang dengan satu-persatu kegilaan dari Taeyong.

"Tae... dengar sini. Aku akan ikut, cakap kau... tapi kau kena janji..—"

"Janji apa sayang?" Terus mati kata-kata Eunwoo bila dipotong bicara lembut dan bagai ingin menggoda itu oleh Taeyong secara spontan.

Eunwoo rasa bagai dia makin hilang nafas sekarang. Rasa takutnya turut makin memuncak.

Sekilas dia cuba mengerling manusia-manusia yang sedang berada tidak jauh di hadapannya, sebelum dia kembali memandang Taeyong yang sedang setia melihat wajahnya semata menunggu jawapannya.

Lagi sekali liur Eunwoo ditelan dalam gerun, sewaktu bertikam pandang dengan Taeyong.

"Tolong, lepaskan Jungkook. Jangan ganggu, yang lain juga...termasuk Dokyeom. Lagipun,.. kau cuma nak suruh aku sorang je kan, teman hyun... dekat syurga." Lambat-lambat dan dengan penuh keterpaksaan, Eunwoo menutur juga bicara tersebut buat Taeyong buatkan Taeyong sudah lebarkan senyumnya, suka.

"Kau buat pilihan yang tepat, Cha Eunwoo.." balas Taeyong pada Eunwoo sebelum dia kembali memandang ke arah Dokyeom dan yang lain yang masih berada dalam posisi berjaga-jaga di tempat mereka bersama senyum lebarnya yang masih tak lekang di bibir.

"Korang masih belum terlambat untuk berundur dan tinggalkan Eunwoo dekat aku. Lagipun Eunwoo dah bagi kebenaran untuk biarkan aku hantar dia pergi syurga jadi korang semua boleh pergi, bawa sekali Jeon Jungkook ni. Aku tak perlukan nyawa korang, aku cuma nak Cha Eunwoo je. Dah, pergi!" Penuh bahagia Taeyong menghalau, sebelum dia mengheret tubuh Eunwoo yang masih dirangkulnya agar terus mengikuti langkahnya tanpa mempedulikan yang lain lagi.

Namun tiba-tiba...

"Zzupp!"

Terus termati kembali langkah Taeyong sebaik di depannya sudah terpacak satu anak panah di lantai yang tidak diketahui telah dipanah dari arah mana itu.

"Kau dah terlambat untuk suruh kami berundur, Lee Taeyong. Budak 3Alpha1 bukan remaja sekolah tinggi yang hingusan. Kau salah hitung bila cuba culik orang kami, jadi sekarang kau perlu terima hukuman dari kami kalau masih tak nak serah diri!" Untuk julung baru dapat mendengar dialog yang panjang itu keluar dari mulut Eiji, buatkan anak buah di belakangnya ada yang seakan kagum dengan bicaranya.

Mentang-mentanglah Eiji ni jarang bercakap. Ceh!

Taeyong pula yang kembali rasa bengang bila kerjanya diganggu, berpaling semula ke belakang bagi memandang manusia yang cuba kacau kerjanya itu dan sebaik matanya tertancap pada Eiji, wajah jengkelnya terus dipamer.

"Cih! Korang nak berlagak jadi hero ke?" Sinis Taeyong menyoal, seraya dia mula menilik-nilik kembali pisau yang sedang dipegangnya depan mereka.

"Kalau kau tak nak menyesal lebih baik kau serah diri sekarang!!" Giliran Jaehyun pula yang mencelah dengan arahannya.

Riak wajah Taeyong terlihat makin bengang dipamer.

"Nanti aku serah dirilah! Tunggu aku hantar Eunwoo pergi syurga dulu! Jangan asyik paksa aku boleh tak?!" Taeyong mula membentak dalam geram buatkan Eunwoo yang mendengar bentakan tiba-tiba darinya itu turut terkejut.

Kemudian wajah keruh Taeyong mula bertukar sinis. Wajah manusia-manusia yang sedang berada di depannya itu dia tenung lama, sebelum tiba-tiba dia sunggingkan sengih sinisnya buat mereka.

"Jadi korang betul-betul tak nak pergi ke?" Soal Taeyong pada mereka kemudiannya namun masing-masing tiada jawapan untuk itu.

Senyum Taeyong dialih pada Eunwoo pula yang masih bisu di tempatnya.

"Diorang pun nak raikan kematian kau juga nampaknya. Tak apa kan?" Soal Taeyong pada Eunwoo pula sebelum dia kembali meletakkan pisau yang dipegangnya ke leher Eunwoo dan satu tangan lagi mendongakkan kepala Eunwoo, bagai dia sedang bersedia untuk menyembelih Eunwoo.

Eunwoo yang sudah hilang kata-kata sejak dari tadi hanya mampu memejam rapat matanya akibat terlalu takut dengan keadaannya manakala Dokyeom dan team 3Alpha1 masing-masing sudah saling menggenggam penumbuk mereka bagi menahan sabar dari membuat sebarang serangan buat Taeyong lagi kerana Eunwoo masih berada dengannya walaupun mereka kini sedang begitu ingin untuk belasah Taeyong. Mereka tak ingin cederakan Eunwoo juga.

"Bang!!"

"Sila letakkan senjata anda, Lee Taeyong! Letakkan senjata dan serah diri sekarang! Pihak polis telah mengepung tempat ini! Sila letakkan senjata anda sekarang!!"

Hati Taeyong kembali berasap bengang bila kerjanya sekali lagi diganggu tapi kali ini oleh polis pula.

Segera Taeyong mencampak kasar tubuh Eunwoo ke lantai sebelum dia terus melangkah ke arah Jungkook pula lalu...

"Kalau macam tu biar aku rasa nyawa kau dulu..."

Dan,

"Dupp!"

"Eaargghh!!"

"Jeon Jungkook!!"

.tbc.

*note: Hidup atau mati?...

**coming soon(FAKE/FALL S3)

catur dendam kita, takkan pernah tamat...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro